Kemaskini Blog + Seminar

Apa khabar anda semua?

Jika anda perhatikan, blog ini berubah daripada keadaan biasa. Usah gusar, browser Internet anda tidak bermasalah. πŸ™‚ Blog ini akan kembali kepada keadaan asal dalam beberapa hari lagi.

Untuk pengetahuan, blog ini baru sahaja melalui satu proses yang amat teknikal dan kritikal. Mengalihkan file-file blog dan juga database yang mempunyai RATUSAN post ke server yang baru. Bukan setakat blog ini, malah blog dan laman web lain juga dialih. Satu kerja yang memenatkan fikiran dan mencabar emosi. Ia dilakukan pula dalam saat masa saya yang amat ketat di mana ada beberapa projek dan tugas lain yang perlu disiapkan.

Alhamdulillah, blog selamat dialihkan dan semua data juga selamat dimasukkan ke server baru. Cuma, ada beberapa blog dan laman web lagi yang belum dikemaskini sepenuhnya.

Seminar Perniagaan Internet

Saya akan bertolak ke Penang pada malam ini. Kepada mereka yang menjadi peserta seminar pada hari Ahad ini, saya mengucapkan terima kasih kerana anda menyertai seminar tersebut. InsyaAllah, saya akan sampaikan sesuatu dengan cara yang mudah difahami dan menyeronokkan. Untuk makluman, saya akan menggunakan modul baru yang mudah difahami khas untuk seminar. HANYA peserta seminar sahaja layak mendapat modul ini. πŸ™‚

Kepada peserta, semoga anda faham nanti mengenai ebiz ok. Dan insyaAllah, anda akan balik dengan kafahaman yang benar mengenai perniagaan Internet. Terima kasih di atas pra sangka baik anda semua (memetik kata-kata Dr. Rusly) kepada program seminar ini.

Oklah, jika anda mahu menjadi peserta seminar tersebut, sila hubungi pihak penganjur sama ada mereka masih menerima atau tidak penyertaan baru. Sila ke laman web bijakniaga.com untuk maklumat lanjut.

Inspirasiku

Semalam, saya telah berjumpa dengan seorang yang tidak asing bagi anda. Siapakah dia? Dia adalah sumber motivasi dan inspirasi saya. Sebagai hint, beliau adalah seorang usahawan yang berjaya. Ahaa, bukan usahawan Internet ok. Nak tahu siapa dia? Tunggu next post pada hari Isnin atau Selasa ini sebaik sahaja saya balik dari Penang.

Walaupun sebelum ini belum bertemu dengannya, tetapi selepas bertemu semalam, saya bertambah bersemangat untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya yang dicintai sampai ke akhir hayat. Lagi-lagi melihat beliau meninggalkan saya semalam dengan sebuah kereta BMW 5-series bersama dengan anaknya. πŸ™‚

Saya tinggalkan anda dengan satu soalan. Kadang-kadang kita pelik jika sekali tengok. Mengapa mereka (usahawan) yang berstatus jutawan yang telah berjaya masih rela dan sudi bekerja kuat? Pergi ke sana dan ke sini tanpa terlihat sedikit pun riak letih di wajahnya? Gembira ada lah! Bosan buat benda yang sama apatah lagi, langsung tak ada. Tak cukup lagi ke harta berjuta tu?

Mengapa mereka tak duduk je kat rumah dan upah orang lain yang buatkan kerja? Atau pergi bercuti di mana-mana yang ada pantai yang indah? Apakah yang tersimpan dan tersirat dalam hati dan jiwa mereka? Tu tak sebut lagi pasal berjimat-cermat. Mereka ni mengalahkan orang yang tak cukup duit. πŸ™‚ Mereka kaya, tapi berjimat. Yang ada duit cukup-cukup, membazir kepada yang tak perlu ada lah. Saya ada jawapannya, tapi bagaimana dengan jawapan anda?

PS. Tak sabar nak merasa nasi kandar. Ehem Jimie, belanja saya ok! πŸ˜‰

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Kemaskini Blog + Seminar

  1. Zul,
    Saya doakan anda sentiasa sihat dan terus bersemangat utk mendidik lebih ramai anak bangsa menjadi manusia yg berjaya satu hari nanti.

    Berbalik kepada soalan tu, saya bukan jutawan tapi saya rase mereka yg masih rela dan sudi berkerja kuat ni adalah kerana “passion”, sentiasa fokus dan berjiwa BESAR.

    Bagi saya, mereka ni sebenar tidak megejar wang atau kekayaan semata-mata tetapi mereka bekerja bersungguh-sungguh bagi menunai tanggungjawab dan amanah terhadap diri dan bangsanya sendiri.

    Selamat berangkat ke Penang. Dan teruskan usaha gigih anda ..

  2. Patutlah nampak lain. Ingatkan Zul dah pindah dari tadi. Rupanya baru pindah. Memang nampak lain pun. πŸ˜€

    Pindah ke server mana Zul?

    Bagi saya menjadi salah satu sebab kita jadi usahawan sebab kita minat. Bila kita dah ada minat, kerja apa pun sekali tidak akan meletihkan. Lepas tu bila kita buat kerja tu, ia adalah satu kepuasan buat kita, tak kira gagal ataupun berjaya.

  3. Seperti kata Dr. Irfan anda pasti menjadi hebat apabila berkawan dengan orang yang hebat.

    Suatu hari nanti pasti Zul pun boleh pakai kereta macam tu… wa bestnya kalau dapat pakai ye. Siapa yang tak teringin betul tak?

    P/s : Zul nasi kandar ke nasi kamdar?

  4. haha… sudah tentu ada rahsia yang tersendiri,

    nak jadi kaya yang berhemat dan bukan kaya yang tak selamat.

    atas dunia selamat, atas akhiratpun mesti selamat. eh atas akhirat ker?

    orang kaya pun mcam2 jenis jugak , orang miskin lagi berjenis2 macam. wahahha…

  5. hehehe..cuba tengok pada heade kat atas..gambar pemandangan tu macam menjiwai kemaskini blog ni la..

    nampak macam mendung dan senja je..harap2 bukan..abg zul, lebih cantik letakkan header tu gambar matahari tengah memancar la..sebabnya blog ni sedang bersinar dalam arenanya..

  6. Zul, bukan nasi kamdar, itu tempat beli baju raya…. πŸ™‚
    Orang Penang kata nasi kandaq…. He.hee… Nasib baik sempat bawa Zul makan nasi kandaq. Siap shooting depan ‘Line Clear’ lagi….
    Saper2 nak tengok SmartZul kat depan ‘Line Clear’ angkat tangan…

  7. Ermmm…. saya da tengok web bijakniaga.com.. satu lagi pengusaha seminar perniagaan internet. Makin ramai yang nak buat biz kat internet. Ini satu peningkatan yang menggalakan industri perniagaan internet.. Smoga saudara zul berjaya! πŸ™‚

  8. Apa khabar semua?

    Saya nak minta maaf kepada yang tak boleh nak letak komen kat sini. Spt yg saya maklumkan, ada beberapa bahagian blog ini dalam proses penaiktarafan sebab saya baru transfer blog ke server baru.

    InsyaAllah, skrg komen dah boleh ditulis.

    -zul

  9. ala… teringin sangat nak pi wokshop berkaitan ebiz ni…. ni lah yang paling murah…. kalau area kl mesti mahal gile… pasal rasanya dorg nak cover cost sewa tempat….

    kalau ada lagi kat kl inform k…

  10. Server baru ni nampak mcm lagi laju. Saya pun baru migrate ke server baru. Tapi saya upah diorang untuk buat. Tapi masalahnya bila dah migrate ada beberapa file dgn database yg tak update.

    Last-last saya plak yg kena buat sendiri. Hampeh + buang duit

  11. saya nak tanye pasal ressel right ebook.sudah di tutup ke?saya nak jadi orang yang dapat hak jual semula.

  12. sebelum ni dah beli pakej reseller blogger tapi duit kena pulangkan balik
    pastu zul janji nak bagi yang lain kalau ada reseller tapi terlepas jugak. πŸ˜₯

    1. kenapa boleh terlepas tu hamid?
      kesian juga.. πŸ˜†
      takpe lah..
      nanti saya buat pakej reseller, saya bagi tahu hamid dulu… πŸ˜†
      πŸ˜‰

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *