Kemahiran Penyelesaian Masalah

Dah Berpindah…

Saya baru sahaja selesai berpindah rumah. Kerja-kerja pemindahan barang dilakukan pada waktu malam sampailah tengah malam. Rumah baru dekat sahaja dengan rumah lama, jadi tak lah rasa keletihan sangat perjalanan tu. Cuma, seperti biasa, badan sedikit letihlah.

Sekarang, saya hanya menggunakan Celcom 3G. Kira Ok lah coverage 3G di JB ni (dapat HSDPA). Alhamdulillah.

Kemahiran Kendiri

Baiklah, pada hari ini saya ingin menyatakan sedikit “masalah” yang dihadapi oleh kebanyakan orang terutama newbie. Tidak kisah siapa anda sebenarnya, anda perlu ada tiga sifat pada diri sendiri:

1) Belajar
2) Bertanya
3) Usaha/Ikhtiar

Katakan anda telah membeli Ebook dan kemudian tidak faham dengan beberapa langkah di dalam ebook tersebut. Kemudian, anda pun bertanya. Penulis ebook tersebut lantas menjawab persoalan anda dengan baiknya. Namun, anda tanya lagi dan tanya lagi tatkala ada persoalan dan masalah.

Bertanya boleh, tapi apabila sampai satu peringkat, sifat bertanya itu sudah tidak begitu sesuai untuk diutamakan. Jikalau anda memanjakan diri anda dengan hanya bergantung harap kepada orang lain, anda tidak mampu untuk ‘survive’ dalam sesuatu usaha yang dilakukan.

Selain belajar dan bertanya, anda perlu mempunyai kemahiran penyelesaian masalah secara kendiri. Anda perlu tahu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dengan pelbagai kaedah selain bertanya. Salah satunya ialah dengan menggunakan enjin carian seperti Google.com.

Ebook atau pembelajaran yang anda perolehi daripada seseorang hanyalah satu medium atau kaedah. Begitu juga dengan bertanya kepada mereka. Namun, anda juga perlu lengkapkan diri anda dengan kemahiran penyelesaian masalah.

Jika anda tidak mempunyai kemahiran ini, anda tidak akan bertahan lama di dalam sesuatu usaha. Ya lah, semuanya mahu disuap, dimanja-manja, dibelai-belai dan pelbagai sifat yang merugikan diri sendiri.

Anda mempunyai akal dan kemampuan untuk berfikir dan berusaha, tapi apakah guna semua itu jika anda tidak menggunakannya? Sia-sialah belaka.

Pengalaman saya dapati, ramai yang malas berusaha sendiri di dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebaliknya mereka mengarah atau menyuruh orang lain membantu mereka. Meminta bantuan boleh, tapi perlulah ada sedikit usaha dahulu.

Itu belum lagi dikira dengan mereka yang mengambil kesempatan ke atas individu yang ikhlas membantu. Selepas dijawab banyak soalan yang ditanya, mereka yang bertanya itu bertanya lagi dan lagi tanpa ada sedikit rasa segan dan silu. Apakah salahnya cuba mencari dahulu sebelum bertanya? Tidak berdayakah? Tidak mampukah?

Usaha dahulu dan jika sudah habis ikhtiar, barulah meminta bantuan orang lain. Di dalam persoalan, anda boleh nyatakan saya dah cuba beberapa cara ini dan itu, tapi tak dapat. Barulah orang lain mudah dan senang untuk membantu anda. Keadaan akan berbeza jika anda tanya terus kerana ia bukan setakat menyusahkan anda, malah orang lain juga.

Selain daripada mencari di Google, anda juga boleh melawati mana-mana laman web atau blog yang berkaitan dengan isi masalah anda. Sebagai contoh, anda mahu memulakan perniagaan Internet. Maka, layari blog saya ini untuk membaca artikel-artikel sedia ada. Ini lebih baik daripada bertanyakan kepada saya yang sudah pasti saya tidak akan melayan pertanyaan anda itu. Saya tidak akan menjawab soalan yang telah saya jawab atau tulis di blog saya ini.

Cara ketiga di dalam kemahiran kendiri ialah kaedah cuba dan jaya. Jika anda melakukan sesuatu dan tak dapat hasilnya, cubalah sesuatu jalan atau cara lain sehingga dapat. Biarlah mendapat kesalahan atau Error, sebab itu adalah pelajaran juga. Jangan takut gagal dan jangan malas untuk gagal. Ia adalah perjalanan ke arah kejayaan. Tapi hakikatnya, ramai yang malas melakukannya.

Kesimpulan

Belajar, bertanya, usaha kendiri, praktik, sabar dan istiqamah, merupakan jujukan sifat atau ciri yang perlu ada di dalam diri anda. Itu pun jika anda seorang yang rajin dan mahu menggunakan kemampuan yang Allah anugerahkan dengan sebaik-baiknya dan semaksima yang mungkin.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Kemahiran Penyelesaian Masalah

  1. bagi saya,
    tak salah kalau org tanya…
    tu pendapat saya…
    sebab bila tanya, kita akan lebih mudah faham dari belajar sendiri…
    kalau bljr sorang2, salah2, jadi sesak…hehe
    kalau saya, saya akan jawap kalau saya rasa patut jawap…
    kalau tak, saya tak jawap…hehe šŸ™‚

    han

  2. Kemahiran menyelesaikan masalah ini satu lagi penting bukan setakat kepada pembaca ebook tetapi juga penjual ebook;

    1) Macam mana nak mengatasi masalah orang yang cakap ebooknya
    tidak boleh dibuka (sebab tiada WinZip)

    Kalau tanya direct, komputer dan ada WinZip ke tak, ada orang akan rasa terhina, saja nak lengah-lengahkan support dan diperbodohkan sebab pada orang2 yang dah biasa dengan komputer manusia yang tak tahu atau tak ada Win Zip kat dalam komputer memang tak wujud.

    Tetapi hakikatnya wujud je. Dalam 2-3 hari ini, tak kurang dari 4 orang yang ada masalah sebab komputernya tiada WinZip. (dan sudah tentu orang tersebut tidak tahu kewujudan Win Zip dan terpulang kepada kita untuk meneka bahawa masalah mereka berpunca dari WinZip yang tiada)

    Isy3…

    Banyak betul masalah yang perlu kemahiran penyelesaian nih…

    Sabri

    1. Betul tu sabri. Tak dinafikan dari 10 orang customer aku. At least 3 orang akan cakap. nape file tak leh baca dan tak leh bukak???

      BIla dah 2-3 kali berbalas email dan sms. Baru depa faham dan cari software winzip tu.

      Honestly. Memang ramai yang tak tahu dan betul. Diorang cukup malas nak cari. Nak disuap aje. Kalau 2,3,4 kali bolehla tahan. Tapi kalau dah sampai tahap berpuluh2 kali smpai keluar soalan paypal tu apa? Tang nih, aku dah tak tau nak kata apa. Sabar dan sabar ajela..

      Kalau diorang niat nak belajar. Bab terasa dan kecik ati tu. Dijauhkan la. Tak ke mana perginya kalau cepat kecik hati..

      Betul. Kita leh jawab. Jawab. Kalau tak nak jawab. Tak nak jawabla..

      1. Rasa kena beritau panduan dengan readme..
        Ala bukan semua orang tau pasal komputer nie…
        Takpe sabar je lah ek,,.

        ( Belum buat ebook lagi mungkin tak paham perasaan Sabri ngan Titan)

  3. Ya…betul tu… sebaiknya masukkan Download link utk:
    1) download winzip atau winRAR
    2) download acrobat reader (pdf)

    Supaya mudah bagi cust. yg masih baru dan kurang ilmu IT.

    Saya lebih suka cari penyelesaian melalui forum-forum yg memang TERBUKTI berhasil. Cubalah…

  4. Saudara Zul…
    Kalau saya jadi saudara zul,saya akan berpindah terus ke Kelantan kerana kat sana kebanyakan harga barangan dan makanan murah dan tak payah susah-susah pindah rumah lagi.

    Kat kelantan tu saudara zul bolehlah berjimat dan duit itu saudara zul bolehlah gunakan untuk memperkembangkan perniagaan saudara zul.

    Lagipun saudara zul masih bujang.Kalau nak kawin pun,saudara zul carilah orang kelantan juga.Nak balik raya pun senang.

    Itu hanya pendapat saya sahaja.Sori.Saya pun dah balik kelantan 2 bulan lepas šŸ™‚

  5. Blog Zul kalau di baca dari mula hingga sekarang saya rasa pasti seseorang newbie tu akan dipenuhi ilmu berniaga di internet.Percaya atau tidak,saya bermula dengan blog Zul bagi mendalami ilmu perniagaan internet.Barang free berlambak2.
    nak tahu pasal pay pal, ada free info,siap boleh download
    nak tahu pasal web hosting cun ada nasihatnya
    nak tahu cara nak download win zip ada dalam post beliau
    nak dapat ‘semangat yang hilang’ layari blog smarusaha
    “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”

  6. Betul tu Zul..
    Kena banyak bertanya bagi mengetahui sesuatu perkara..
    Kalau terlalu mengharapkan bantuan kita sukar untuk menjadi yang terbaik sebaliknya kalau kita mencari cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu lebih best.. Saya selalu mencari dulu sebelum bertanya kerana dapat selesaikan sendiri lebih terasa seronok dan akan lebih diingati dari tunjuk ajar orang..
    APa2 pun Zul banyak memberi tunjuk ajar dengan blog saya.,.

  7. ia terjadi(asyik bertanya sahaja) disebabkan tahap kebolehan memahami sesuatu bagi setiap orang adalah berlainan. macam saya pun, terpaksa menjawab persoalan balik persoalan yang benar-benar asas bagi beri kefahaman pada orang yang nak sertai bisnes yang saya buat.

    Yang bagusnya, ia beri kesan pada diri kita iaitu kita jadi lebih pakar dalam setiap apa yang ditanya oleh orang lain. dan bila dah pakar, meningkatlah kredibiliti kita dimata orang lain šŸ™‚

  8. kadang-kadang kalau kita bertanya tu dikatanya kita ni malas…. tak pun disurunay search guna google…. bayangkanlah kalau orang tu x tahu atau kurang faham bi macam mana dia nak dapat jwapan…..

    ya lah bagi orang yang terer atau expert soalan tu senang tapi bagi seorang newbie soalan yang senang bagi orang terrrer ni payah bagi mereka….

    tu yang kadang-kadang nak bertanya takut…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *