Kemahiran Menguasai Sesuatu dengan Cepat

Apa khabar semua, moga sihat hendaknya. Masa begitu cepat berlalu di kala ini. Pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu.. Hanya mereka yang berusaha sebaik mungkin dan mengisi ruang masa yang ada dengan perkara yang baik-baik sahaja yang akan berjaya. Itulah lumrahnya.. Isilah masa anda dengan perkara yang berfaedah dan itulah pentingnya perancangan masa..

Baiklah. Kali ni saya nak bawakan satu perkara yang amat perlu anda ada pada diri terutama bagi mereka yang melakukan model servis seperti pembinaan laman web, hal-hal teknikal seperti setup sistem dan sebagainya.

Perkara tersebut adalah: Penguasaan Perkara Baru

Ya. Jika anda mempunyai skill yang baik di dalam penguasaan sesuatu perkara dengan cepat, ia adalah satu “add value” yang amat berfaedah dan menguntungkan. Sebagai contoh, anda hanya tahu design laman web sahaja. Tetapi satu ketika, pelanggan anda meminta anda setup sistem affiliate untuk mereka. Walhal, sebelum ini anda TIDAK pernah  sama sekali ingin ambil tahu atau tidak tahu memasang apa-apa jenis sistem affiliate.

Katakan upah (bayaran) untuk setup sistem affiliate itu adalah RM100, adakah anda ingin tolak bulat-bulat ‘permintaan’ tersebut? Jika saya tidak. πŸ™‚

Hari ni saya nak ‘pecahkan’ sikit rahsia saya yang ramai orang tak tahu. Kononnya saya ni hebat dalam hal teknikal. Dulu, saya hanya tahu design laman web. Dan, pelanggan minta saya design banner. “Aduh, aku mana pandai design-design banner ni..”. Tapi, rezeki jangan ditolak, nak seribu daya. Alhamdulillah, saya berjaya design apa yang beliau mahukan. Datang pula pelanggan baru. Dia tak nak web statik, tapi nak laman web dinamik. Lepas diskus, dia mahu gunakan mambo atau sekarang dikenali sebagai joomla. Sekali lagi saya sakit kepala.. Dulu tahu guna jer, orang lain yang setupkan masa saya praktikal. Alhamdulillah, nak seribu daya, dalam hanya satu malam sahaja saya dapat setup laman web yang dia mahukan dan menguasai lebih kurang sebahagian fungsi sistem joomla tersebut.

Cukup dululah contoh-contoh sebenar daripada saya. Banyak lagi yang boleh saya contohkan di sini.. Pokok pangkalnya:

1. Nak sejuta daya, tak nak macam-macam dalih. Anda mesti YAKIN!

2. Kemahiran menguasai sesuatu perkara baru dengan cepat atau berperancangan

Saya tidak sangka, begitu cantik taqdir Ilahi yang DIA susun untuk saya. Dan begitu perlunya juga usaha yang kuat. Jumhur ulama’ bersepakat, kita wajib berusaha untuk mendapat rezeki, tak cukup hanya berdoa semata-mata. Imam Ahmad rahimahullah pernah ditanya mengenai seorang lelaki yang hanya tahu duduk di rumah atau di masjid dan kata mereka, “aku tidak mahu bekerja sedikit pun, sampai rezeki datang sendiri.” Dan jawab Imam Ahmad, “Ia adalah lelaki yang tidak mempunyai ilmu”. Beliau berkata lagi, “Para sahabat juga berdagang dan bekerja dengan pohon kurma. Dan mereka itulah sebagai contoh teladan buat kita.” (Fathul Bari, 11/305-306)

Pendek kata, anda perlu usaha sebaik mungkin dan kadang-kadang memerlukan usaha yang kuat untuk berjaya. Percayalah. Jika langkah awal anda begitu berat, susah, sakit, penat, insyaAllah, di hujung usaha anda adalah keselesaan, kesenangan dan kegembiraan. Persoalan saya seperti biasa: Anda masih mahu hanya menjadi penonton kejayaan orang lain? Kalau orang lain boleh, kenapa anda tidak boleh walhal anda mungkin lebih mampu daripada mereka?

Jumpa lagi, wassalam.

PS. Di tulisan akan datang, saya akan kongsi apakah asbab (penyebab) yang membawa saya ke alam perniagaan (bisnes). πŸ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Kemahiran Menguasai Sesuatu dengan Cepat

  1. Yeah, betul cakap Smartusaha tuh. Bukakan diri anda untuk menerima/mencuba seribu kemungkinan! Insyaallh berjaya. Sebenarnya takder apa2 teknikal yang susah dalam dunia nih. Once dah tahu, senang la jadinya. Yang susah nya ialah bila kita tak tahu macamana nak buat. So, belajar2 la buat. Lama2 dah tahu karang jadik senang la. πŸ™‚

    Lebih muda lebih cepat pick up.. then it will slowly less power, less pick up.. semput dan kaput πŸ™‚

    Ya betul!! πŸ˜€

  2. Ya.. Hargailah masa muda kita dan kalau boleh amik le sbrapa byk peluang yang kita dapat.. Barulah kita dapat belajar dr pengalaman..

    PS: Err.. Kalau ade yg lambat pick-up plak mcmana? (mcm saya kot :P) hehe jgn marah

  3. hapisol, takder lah baca sangat. Tapi dalam seminggu tu adalah baca sikit-sikit apa yang patut untuk mengisi ruang-ruang kosong jiwa kita ni.. πŸ™‚

    Irwan, kalau belum kawin, kawinlah cepat2. Time muda2 ni lah banyak tenaga. Opss.. hehe.. πŸ˜†

    robotys, betul tu. Mula2 jer susah, lama2 kita dah ada rentak dan mudah nak menguasai sesuatu dengan cepat. Kuncinya adalah ASAS.

    fai, lambat pick up? Bukan lambat tu, cuma tu adalah kemampuan kita sendiri dan kena ambil masa lah nak cepat pick up. Orang kata, “practise make perfect..”.

  4. huh … itulah cabaran dunia zaman ICT skrg nie … everyday mesti ade jek teknologi baru di pasaran … contoh paling dekat ialah henset .. huh.. henset skrg nie mcm2 bleh wat … Sbg org IT plak … kadang2 nyesal plak amik bidang nie sbb ape yg kite pelajari di Uni langsung x digunakan dalam alam pekerjaan, semuanya mesti belajar sendiri bila dah keje nie .. oklah tu jelah my opinion πŸ˜€

    ps : Pakai henset murah yg xde camera jek ..

  5. Pusak, ramai salah sangka masuk u tu sebab untuk cari kerja semata-mata. Padahal we can use that knowledge to make a lot of money everyday. Tak perlu tunggu cukup bulan nak dapat gaji. hehe.. Dan ini juga termasuk bagi anda yang sedang bekerja, guna ilmu anda sebaik mungkin untuk tambah income.

    yusli, saya ‘sengaja’ menulis hal-hal agama sebab cuba nak menerapkan konsep keusahawanan Islam. Itu matlamat awal dan akhir saya. Kebanyakan orang begitu skeptikal apabila kita kata, “rasulullah bersabda”, “Allah berfirman”, “sahabat rasulullah berkata..”. Seolah-olah ayat tersebut tak ada class.. Sebaliknya kalau kita kata, “Robert Kiyosaki kata”, “Bill Gates kata…”, kebanyakan orang begitu excited sekali. πŸ™‚ Bukan tak boleh, tapi mindset dah lari jauh.. hehe..

    So, saya cuba sebaliknya bersama dengan cara-cara yang lain. Saya tahu, setiap orang faham dan tahu pasal agama, tapi apa salahnya kita menulisnya bukan? Kita kan usahawan muslim, mesti bangga dan bermotivasi untuk menulis ayat-ayat sebegitu.. Bukan tujuan nak menunjuk tahu agama, tapi kita kan muslim, tak salah nak guna ayat2 sebegitu di mana-mana pun, everywhere, anytime. πŸ™‚

    Satu lagi, kita ‘wajib’ menyatakan sumber kitab sebab mudah orang nak rujuk dan itu adalah satu kaedah yang diguna pakai oleh banyak penulis kitab Agama, bahkan buku2 umum pun. Begitu juga dengan hadits, kena nyatakan shahih atau tak agar orang yang membaca yakin nak amalkan. Lagipun, kalau kita sampaikan hadits yang palsu dan dinyatakan Rasul yang sabdakan, kita tanggung satu dosa besar tu.. Sebab buat fitnah kat Rasul, padahal bukan baginda pun yang cakap.

    Jemaah? Hoho, hari ni dah ada dua orang tanya saya. Macam ni lah. Seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan orang begitu “skeptikal” apabila mendengar orang menggunakan ayat2 keAgamaan, maka terus ditanya, “awak ada join mana-mana jemaah ke?”. Tak apa, it’s normal. Jawapan mudah:

    Saya adalah muslim dan saya mesti berbangga dan tak malu nak guna ayat-ayat sebegitu. We should proud dengan nikmat Islam ini. Islam is the way of life, boleh diaplikasikan di mana sahaja. Saya adalah normal dan tak ada bias dengan mana2 jemaah, tapi ada pengalaman lah juga. Orang kata, pengalaman membuatkan kita berubah dan lebih matang.

    Harap2 kalau ada orang tanya saya lagi soalan saya ni ada ikut jemaah ke tak, itulah jawapan saya. Saya tak ada join mana-mana jemaah sebab Islam itu dasarnya hanya satu & berlandaskan tauhid yang satu. Saya ‘tak suka’ berjemaah-jemaah sebab bagi saya ia salah satu penyebab berpecahnya umat Islam akibat berlainan prinsip. Padahal dulu takder pun jemaah aku jemaah kau.. Anda boleh perhatikan sendiri di luar sana. Lain jemaah, lain caranya. Why? Tak dapat saya explain kat sini. Lagipun, masing2 ada hujah tersendiri. Pendek kata, kita adalah muslim, Al-Qur’an dan As-Sunnah no 1. Just that.. Tak perlu nak jemaah2. Bukti? Sebab Rasulullah takder pun tinggal pesan, “kau ikutlah jemaah ni dan jemaah ni nanti”, sebaliknya Nabi pesan, “peganglah elok-elok Al-Qur’an dan As-sunnah”.

    ** Jangan salah tafsir. Jemaah dan persatuan (organisasi) lain maksudnya ok.

    Mudah citer lagi, saya dari kecik lagi dididik oleh datuk dengan amat tegas dengan nilai Agama. Dipaksanya ke surau sampailah saya besar. Sayalah budak paling besar dalam kelas ngaji Qur’an dan paling rapat dengan ustaz kat kampung (orang kuat la tu..). Nenek pulak biasalah, tegas juga tapi saya lebih manja dengan dia. Saya dikawal ketat dan jarang keluar rumah. Kelebihannya dapat ilmu memasak dari nenek. hehe.. Dapat didikan sempurna dan saya berjaya di sekolah (akademik) mahupun rohani, alhamdulillah. Actually saya dibesarkan oleh datuk dan nenek dari kecik lagi.

    Minat agama begitu mendalam bermula form 3 dan ambil bahasa Arab dari form 1 sampai form 3. Sekolah biasa sahaja.. Kadang2 menjadi tempat rujuk kawan2 kalau ada persoalan dan suka bincang2 hal2 sebegini. Masuk UTM, jumpa lak dengan member yang “banyak tahu agama”, bincang itu dan ini dan saya lalui beberapa perkara yang membuatkan saya “matang” dalam soal agama terutama mengenai jemaah. πŸ˜‰ Kalau anda nak tahu, saya pernah kenal dengan geng Dr Azahari yang dikata terrorist tu. Tapi saya tak join, sebab sempat ‘di-tarbiyah’ oleh member. Alhamdulillah. So, saya tahulah juga asal2 usul geng ‘pengganas’ tersebut.

    Sorrylah bercerita sebab lain kali kalau ada orang tanya lagi, saya just point ke post ni..

    Ohh, berceramah pulak saya… hohoho… πŸ˜† Apapun, mungkin akan timbul macam2 persoalan terhadap huraian saya ni. Tak dapat saya nak tulis kat sini sebab ni blog perniagaan internet. hehe.. Pendek kata, saya nak terap konsep keusahawan Islam di dalam usaha saya dan penyampaian saya. Saya bangga dengan agama saya ini. πŸ™‚

    PS. Sedih tengok orang sekarang. Lebih suka jadikan artis sebagai panduan hidup.. Nak tengok jatuh bangun negara, tengoklah si anak muda..

    PPS. Ok ok, back to the topic.

    Nota Rahsia: Saya ada satu blog agama dan dah ada beberapa post, tapi nak customize balik before buat betul2. Terbocor rahsia saya. πŸ˜‰ So nak borak pasal agama kat sanalah nanti ya. InsyaAllah.

    ** Inilah komen saya yang terpanjang kot. πŸ˜† So tutup cerita, jom kita minum…

  6. zul,

    tq for responed me.
    saya setuju, kadang2 kita selalu membelakangkan islam dlm sesuatu perkara.

    alhamdulillah, minggu lepas saya dpt pengarah baru yg begitu menekan aspek agama, siap ada tazkirah 15 minit sebelum memulakan mesyuarat. natijahnya, saya rasa aura bekerja dgn tenang sekali semenjak kedatangan beliau ke jabatan kami.

    fai,

    betul juga, rasanya ini komen zul yg terpanjang. anyway, kita sama2 amalkan apa yg baik drpd tulisan zul ini.

    utk makluman zul, masa saya kat utm dulu pun pernah didampingi geng2 dr azahari ni, alhamdulillah berjaya juga saya tak join mereka, kalau tidak, mungkin saya pun tak dpt menulis kat sini.

  7. kalo apa-apa kemahiran yang kita nak kuasai itu begitu lambat,bermakna lambatlah hasilnya yang akan kita perolehi nanti dan juga bisness kita juga tidak dapat dikembangkan dengan sepenuhnya… namun ia bergantung kepda individu itu sendiri bagaimanakah caranya untuk menguasai kemahiran secara cepat melalui beberapa pendekatan yang boleh mereka ikut…

    kena tengok macam mana cara penguasaan sesuatu ilmu seseorang samada secara visual, pendengaran, atau perbuatan dan apa kebenda entahnya satu lagi… yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri…

    dan itu pasal lelaki tak berapa ramai masyuk universiti…. hihiiiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *