Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Keluhan hati… Aduhai…

Hmm, saya ingin mengambil contoh ebook saudara kita Shamsuriyadi, rajaadsense.com. Ebook beliau bukan sahaja telah disebarkan secara percuma pada bulan yang lepas, tapi kini berhadapan dengan mereka yang menjual tanpa kebenaran, bahkan dengan harga yang tinggi pula tu. Info terkini, individu yang menjual tanpa kebenaran tu sudah meminta maaf secara terbuka kepada penulis ebook ini.

Itu satu hal, tapi ada satu masalah lagi..

Copycat!! Tiru ayat, screenshot pendapatan dan macam-macam lagi!! Walaupun tidak dicopy 100%, tapi daripada ayatnya, jelas dan terang sesebuah laman web itu meniru ayat dari laman web yang sebenar. Mereka ni jenis tahu nak menjual, tapi malas nak belajar cara buat ayat sendiri atau lebih mudah dipanggil sales letter. Ini juga terjadi kepada rajaadsense.com di mana saya terjumpa beberapa buah website yang menjual ebook panduan adsense, rata-rata kebanyakan ayat sama seperti di laman web rajaadsense.com.

Mengapa ini terjadi?? Salah satu sebabnya malas. Kedua, suka cari jalan mudah. Akhirnya, orang lain yang mendapat kesan buruk.

Saya amat dukacita sekali dengan perkara ini kerana ada juga laman web saya yang dicuri bulat-bulat salescopy-nya! Bahkan lebih teruk, meniru bulat-bulat plan perniagaan saya. Aduhai.. Nak buat ayat-ayat yang power tu bukan semalaman cik abang oiii… Perah kepala otak nak taip, silih berganti ayat.. Plan perniagaan pun, bukan sehari nak fikir, sakit kepala dok bincang. Tapi mudah-mudah jer kan kita tiru? Hargailah hak orang lain. Mintalah izin jika ingin mengguna.

JANGAN MENCURI!! TAK BERKAT!!

ps. Ditulis dengan perasaan yang bercampur-campur. Marah, kecewa, dukacita, sedih, tapi tetap bersabar dengan cabaran sebegini.. Ia lumrah alam, tapi ia juga boleh dielakkan.

Facebook comments:

14 Responses to “Keluhan hati… Aduhai…”

  1. robotys says:

    Eh?! Nampaknya saya terpaksa hadapi kenyataan bahawa memang rakyat Malaysia nih MALAS+BIADAP (walaupun rakyat malaysia nih bijak: saifulsham) . Sedihnya. So, apa tindakan Raja Adsense? Takkan diam jer kot. Kalau nak say tolong huru-harakan (baca: HACK) website2 tuh leh ler kot email saya URL dia. BUKAN saya yang hack tapi saya tau dimana hacker2 yang baik2 belaka nih berkumpul. At least leh gak mintak tolong diorang DNS kan web2 tuh ! (masih bengang sebab hosting blog kener DNS attack. :) )

    TOLONGLAH RAKYAT MALAYSIA: “PERANGI PIRATED STUFF, BE ORIGINAL”

    ps: leh wat kempen nih.. :)

    new entry: “Siri Cara Membuat Website: Final Chapter” di blog saya.

  2. Raja Ads says:

    Sebelum saya post kat forum,saya dah slow talk dengan pemilik site tersebut.Daripada perbualan sms,sy dah tau dia tak tau pape.dia hanya mangsa keadaan dan kesilapan mengupah orang..

    Saya just mintak dia remove promo e-book tersebut atau ganti dengan banner affiliate.Dia dah pun buang promo tersebut. Saya juga mintak dia minta maaf secara terbuka di forum Raja Adsense dan WangCyber sebab ia melibatkan kedua duanya.

    Namun apa yang saya kesalkan pemilik (e-tunai.com),org yang membuat site tersebut belum membuat sebarang kenyataan.Dia mengunakan orang lain untuk menjual produk orang. Dia mengaku sebagai kawan saya apabila sy tanya penulis e-book tersebut apabila sy menyamar sebagai pembeli.

    Sejak kebelakangan ini banyak site yang cuba meniru site Raja Adsense.mungkin sebab malas.Apabila saya buat Panduan Adsense dlm BM,ramai pulak orang nak buat jugak.

    Saya tak kisah tentang persaingan asalkan tidak meniru produk saya atau sales letter saya.Ia mungkin satu cabaran untuk saya menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan bukan “Indah Khabar dari Rupa”.

    Panduan ni mendapat sambutan yang cukup mengalakkan.Malah ada juga merayu kepada saya bagi mendapatkan diskaun kerana tidak mampu dengan RM40.Jadi,saya sarankan kepada beliau agar menyertai affiliate Raja Adsense untuk mengumpul duit.:)

  3. galadriel says:

    A’kum…

    Itulah, dik…orang Malaysia, especially melayu, suka betul ambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan lumayan… sampai tak fikir dosa, tak fikir halal-haram….

    Yang buat kita marah, some of us penat2 tulis buku, reka website atau tulis blog, ada je orang yang ambil jalan mudah, copy&paste je hasil kita dan jual secara haram…

    Itulah sebabnya ramai di malaysia buat senyap2 je bisnes mereka. Ramai takut nak kongsi websites, kongsi blogs, ebooks coz takut ditiru…. takut clickfraud, etc… sometimes bukan kerana sombong or nak berahsia sangat tapi bila kejadian macam ni berlaku, siapa tak frust?!

    Kalau kejadian macam ni berleluasa, tak lama lagi tak ada orang nak kongsi pengetahuan mereka…tak kiralah di ebook, forum, website or blog… or seminar…. coz takut kena tiru…

    Jangan jadi pirate internet!….jadi pirates of the Caribbean tak pe…

  4. Apa la nak jd dgn internet di m’sia ni..

    Dah la penuh dgn skim cpat kaya (piramid) skrg ni plak ada org amik ksempatan mencetak rompakkan e-book..

    Yg susah siapa?? Kita sebagai Usahawan Siber jgak..

    MISKIN DENGAN HASIL TITIK PELUH LAGI BERKAT DARIPADA KAYA DENGAN DUIT HARAM

  5. smartzul says:

    Thanks all.. Takper, ini lah cabarannya.. Kalau kita semua takut, saper lagi kan?

  6. FATAH says:

    biasa lah… semuanya nak cepat. pastu dah terperangkap pulak. nak mintak maaf pulak. tapi takper laaa… dah mintak maaf tu kita maafkan. kita nih warga pemaaf. rasa tenang dapat maafkan orang.

    tapi kalu orang tu belum mintak maaf memang tak tenang laa. memang patut kena marah laa.

    banyak membaca, banyak idea. banyak perjalanan banyak pengalaman. tengok mcam rtm, dah semakin banyak info berbanding dulu…

    hang suruh dia tengok milliondolaarhomepage macam mana nak buat duit. sebagai contoh laaa. guna otak dan kepala batu hang tersebut. jangan nak mudah je.

    kalu nak fikir malas, semua orang malas… kalu pemalas tu memang tak rajin laaa… sori la membebel pulak saya…

    pada saya, kalu banyak membaca, makin berkembang dan banyak lagi bahan rujukan yang boleh dibuat. kalu nak tiru sekalipun jangan 100%. tiru sebagai panduan je.

    nak kena saman ker?

    saya rasa baik buat copyright yang percuma atau yang dah buat buku… sekurang2nya copyright tetap terjaga walaupun diedarkan oleh orang perseorangan secara percuma.

    PENTINGKAN COPYRIGHT untuk semua artikel anda mulai dari sekarang!

  7. robotys says:

    Cayalah Raja Ads, cool jer. Sory kalau post saya tuh bunyi macam gangster sangat+macam biadap sangat. Tapi memang saya MARAH walaupun bukan produk saya. Perangi Cetak Rompak dalam apa bentuk sekalipun.! Smartzul: Tak Takut sebab Kita Betul. :)

  8. Labanon says:

    Kita perangi cetak rompak heheheh :P huhu

  9. smartzul says:

    Tak apa, selagi wujudnya golongan yang sedar akan hal ini seperti anda semua, saya rasa orang2 yg suka ambil kesempatan tu tak akan dapat pergi ke mana.

    Orang kata, macam cacing kepanasan.. :)

  10. Raja Ads says:

    Harap lepas ni tiada lagi golongan seperti itu..

  11. XploR says:

    Knape kt web e-tunai tu dia tulis:

    * Perhatian ini bukan forum rasmi E-tunai.com, ini adalah forum ” WangCyber.com” ?

  12. smartzul says:

    hehe, bila Xplor tengok tu? Semalam? Kelmarin? Tadi? Actually ni kisah ‘lama’ dah.. Hampir dua minggu berlalu.. Tauke web tu dah mintak maaf dah kat rajaadsense, then sebab tu lah dia dah letak ayat tu.. ;)

  13. asfaniz says:

    sorry lambat menyelit,, sibuk sikit,,
    saya moderator dan wakil forum rajaadsense memang marah sangat tentang itu,, saya tahu penat lelah rajaadsen nak buat buku dan forum,, alhamdulilah forum makin berkembang,,
    http://hair-loss-hair.blogspot.com

  14. asfaniz says:

    kami from forum rajaadsense memang marah sangat tentang tu,,, penat lelah rajaadsense kita tahu mcm mane dia buat buku dan forum sampai berjaya,,
    http://hair-loss-hair.blogspot.com

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)