Kelengkapan Asas Perniagaan Internet

Daripada survey yang saya lakukan semalam, bahkan pengalaman saya yang lepas, ada mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan internet bermasalah di dalam soal kelengkapan asas.

Alat-alat asas yang saya maksudkan di sini ialah komputer dan juga talian internet. Berikut adalah serba sedikit saranan saya untuk anda yang masih belum mempunyai komputer dan talian internet sendiri.

Komputer

Terdapat dua jenis komputer iaitu jenis desktop dan juga laptop (komputer riba). Jenis mana yang perlu anda guna adalah bergantung kepada cara penggunaan dan gaya kerja anda. Jika anda sering bergerak atau travel, maka laptop adalah amat sesuai untuk anda miliki. Sebaliknya, jika anda lebih kerap melakukan kerja-kerja perniagaan di rumah, maka adalah lebih sesuai menggunakan komputer jenis desktop.

Berapakah harga komputer? Bergantung kepada spesifikasi yang anda mahu. Saya bukanlah pakar perkakasan komputer di sini, tetapi apa yang dapat saya katakan ialah, cukuplah sebagai pendahuluan anda beli komputer yang dapat diguna untuk menaip dan melayari internet.

Harga sebuah komputer sekarang teramatlah murah. Tak cecah RM2000 pun anda sudah boleh dapat komputer yang spesifikasinya sudah agak bagus. Terdapat dua jenis desktop iaitu jenis klon dan juga berjenama (seperti Dell, Acer..). Kedua-duanya tidak ada masalah, bahkan ramai yang menggunakan komputer jenis klon kerana mudah untuk mendapatkan alat ganti.

Anda boleh ke mana-mana kedai komputer berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai komputer. Ingat, jangan sampai tertipu. Tip saya, bawa bersama sesiapa yang tahu selok belok mengenai komputer semasa ingin membeli komputer. Jadi, risiko untuk anda ditipu adalah lebih sukar. Atau anda juga boleh membeli di laman web Dell.

Begitu juga untuk laptop, anda boleh beli di laman web Dell. Terdapat banyak pakej yang boleh anda pilih. Anda boleh lawati laman web Dell melalui link berikut.

Talian Internet

Terdapat banyak pilihan sekarang. Daripada dial up sehinggalah kepada broadband, semuanya terserah kepada anda untuk menggunakan yang mana satu. Namun saranan saya, gunalah broadband kerana ia lebih laju.

Sama seperti komputer, jenis broadband juga ada dua iaitu yang bergerak dan juga tetap. Jika anda kerap keluar (travel) atau gaya kerja anda yang tidak tetap di satu tempat, maka gunalah 3G Broadband. Jika anda melakukan kerja ebiz dari rumah sepanjang masa, gunalah talian Streamyx atau dial up.

Yang mana satu bagus? Semuanya bagus. Usah dilihat atau dicari apa yang lemah pada setiap jenis talian Internet, tapi lihat kepada corak kerja anda dan tahap keperluan anda. Itu yang lebih penting daripada asyik mencari-cari kelemahan sesuatu teknologi. Sebab, kelemahan itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Untuk Streamyx, anda boleh layari laman web mereka di http://www.streamyx.com.my, manakala 3G Celcom Broadband anda boleh dapatkan maklumat di laman web ini. Selain produk Telekom dan Celcom, anda boleh juga mencuba talian Broadband dari Maxis dan DiGi.

Semasa saya menaip artikel ini, saya sedang menggunakan talian Internet Celcom Broadband yang kosnya RM68.00 sebulan. Kos permulaan hanyalah alat 3G card (dalam RM480 – harga lebih murah pun ada) dan bayaran untuk talian 3G broadband ini. Lupa untuk saya nyatakan, jika anda berada di luar bandar, kemungkinan kawasan anda itu tidak mendapat kelajuan broadband, tapi hanya setakat GPRS sahaja (lebih kurang laju talian dial up TMNet).

Sebaliknya, jika anda tinggal di kawasan bandar seperti KL, JB atau Kota Bahru, maka insyaAllah ada signal 3G Broadband tersebut. Saranan saya, gunalah dulu khidmat Streamyx kerana rangkaian dia lebih meluas. Anda boleh lakukan semakan untuk memastikan sama ada kawasan anda itu ada ‘coverage’ Streamyx atau tidak. Syaratnya anda mesti ada talian telefon tetap. Gunakan khidmat SMS mereka berikut untuk melakukan semakan coverage:

– Taip STX<ruangkosong>No.TelefonTetap

– Dan hantar ke 33535

Contoh: STX 071234567

Kemudian tunggu sistem mereka membalas SMS anda. Jika kawasan anda ada coverage Streamyx, maka bolehlah anda mendaftar. Untuk maklumat lanjut, silalah ke cawangan Telekom yang berdekatan. Tanyalah soalan yang mahu anda tanya dan mereka akan jawab. 🙂

Selain Streamyx, pihak Telekom Malaysia ada menyediakan pakej-pakej yang lain. Anda boleh lawati laman web mereka di http://www.tm.net.my.

Di ruangan yang terhad ini, saya tidak dapat menerangkan secara detail mengenai setiap pakej talian internet yang saya nyatakan di atas. InsyaAllah, saya akan tulis artikel yang detail kelak untuk setiap perkara di atas agar anda lebih faham.

Kesimpulan

Komputer + Talian Internet adalah wajib. Kebanyakan pengguna Internet di Malaysia menggunakan komputer dan Internet dari tempat kerja mereka. Walaupun mungkin tidak salah, tapi bagi saya ia sedikit sebanyak akan mengganggu tugas di tempat kerja. Bagaimana pula jika pihak majikan tidak mengizinkan? Anda tahu apa yang patut. Mungkin hasil kerja anda kurang berkat.

Memiliki komputer sendiri memang lebih produktif daripada menggunakan komputer orang lain. Simpanlah duit atau lakukan sedikit pinjaman. Cuma syaratnya, jangan hangat-hangat tahi ayam di dalam usaha melakukan perniagaan Internet. Mula-mula bersemangat, tetapi kemudian komputer entah ke mana, Internetnya entah ke mana. Rancanglah dulu sebelum bertindak. Perlu atau tidak anda melakukan perniagaan Internet? Ini soalan pertama yang perlu anda jawab.

Bila dikira semula, kos untuk mendapatkan sebuah komputer baru dan talian Internet tidak pun mencecah RM3500.00. Saya yakin, bagi anda yang bekerja (tertama dengan kerajaan), anda boleh melakukan pinjaman peribadi bukan? 🙂 Jika kena cara dan strateginya, RM3500 yang anda laburkan itu boleh diperolehi kembali melalui projek perniagaan Internet anda yang pertama.

Nak seribu daya. Rancanglah dengan bijak dan berusahalah.

Wasssalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Kelengkapan Asas Perniagaan Internet

  1. Tq for the good info. Alhamdulillah, saya tidak menghadapi masalah dari segi kelengkapan. Saya menggunakan desktop dan talian streamyx. Maklumlah..dah pindah ke kawasan luar bandar ( Benut, Pontian), kenalah guna streamyx.

  2. Buat masa ni, saya pakai Streamyx aje.

    Kalau buat kerja kat taman, biasanya saya akan lakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan talian internet seperti taip artikel, salesletter dan sebagainya.

    Tunggu 3G stabil dahulu baru pakai. 🙂

  3. Alhamduulillah, saya tiada masalah kelengkapan asas ni… skrng ni saya dalam perancangan nak pkai Celcom Broadband, tapi tgk la dulu mcm mana…

  4. Saya setuju dengn Zul pasal 3G tu, better guna streamyx bagi yg baru nak berkecimpung dalam internet biz ni. nanti mana nak faham cara guna streamyx dan mana nak faham cara guna 3G lagi. Pada sesapa yg nak kmptr murah, leh contact saya, sori Zul promo ckit.Tq

  5. memang perlukan talian internet cuma kadang-kadang talian internet di malaysia ni selalu mengalami masalah..macam mana nak bersaing dengan syarikat luar negara

  6. Yup…Komputer dan Internet merupakan satu keperluan 🙂 bukan hanya untuk perniagaan Internet..Saya pasti harga laptop kini lebih murah berbanding 5 tahun lepas 🙂 …
    Kalau nak pilih laptop tu..Jangan pilih berdasarkan rupa luaran tetapi dalaman nya juga penting

  7. Pada peringkat permulaan saya guna internet kat cc dan mana2 tempat yg ada internet free macam kat pustaka awam. setahun lebih saya belajar dengan cara itu dan beli ebook2 dlm internet. bila dah yakin, saya pasang tel dn streamyx kat rumah. Bayaran awl tu mmg mahal! Kebulur sy dibuatnya! Huhuhu…nak seribu daya..

  8. huh…
    saya baru je beli PC bulan 12 2007…
    tak sampai rm2000 pun…klon punya…hehe

    promote sikit boleh zul? kalau tak boleh delete je komen ni…

    utk sesiapa yang berminat nak beli streamyx, boleh
    YM atau email saya di musang2209[@]yahoo.com

    Han

  9. Saya penah cuba kaedah sms untuk tau coverage streamyx..
    Huhuhu tempat saya takde coverage.. Yang peliknya rumah saya ke bandar terdekat hanya 4 km sahaja.. Betul ke ZUl??

  10. betul tu… kedua-dua benda ni wajib ada jika ingin berjaya dalam bidang ni… ni lah masalah yang saya hadapi skrg… xda kedua-dua benda tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *