Kelebihan Mempunyai Akaun Paypal

Salah satu kelebihan mempunyai akaun Paypal adalah kita mampu membeli dan mengaktifkan nama domain tidak sampai daripada 10 minit. Biasanya jika secara manual (bayaran melalui akaun bank), pengaktifan bergantung kepada kecepatan servis pihak syarikat hosting.

Semasa saya menulis post ini, saya baru sahaja selesai membeli sebuah nama domain di NameCheap.com, dan juga selesai mengaktifkannya. Semasa proses pembelian, saya dikehendaki memasukkan Name Server hosting saya agar domain itu dapat dihubungkan terus ke server.

Proses pembelian berjalan dengan lancar melalui Paypal. Selepas selesai pembayaran, nama domain itu terus menjadi milik saya. Kemudian, untuk memastikan nama domain itu boleh digunakan untuk website, saya telah ‘add on’ domain itu di Cpanel akaun hosting sedia ada saya tersebut.

Tidak sampai 10 minit, nama domain tersebut telah aktif dan saya telah upload satu file ‘index.html’ sebagai laman sementara sebelum laman web sebenar siap sepenuhnya.

Kesimpulannya, jika kita membeli nama domain melalui Paypal (dengan syarat syarikat yang menjual domain itu terus set automatik segala proses termasuk pendaftaran domain), tidak sampai 5 minit domain akan terus aktif di bawah nama kita.

Tip ringkas:

  1. Miliki akaun Paypal dan aktifkan akaun itu dengan kad debit.
  2. Dapatkan dana (duit) dalam nilai USD ataupun RM untuk akaun Paypal.
  3. Beli domain name ataupun apa-apa produk dengan menggunakan Paypal.

Masih tidak jelas bagaimana akaun Paypal beroperasi dan berfungsi? Dapatkan Panduan Asas Paypal. Segala persoalan utama akan terjawab. 🙂

Pening dengan istilah name server, hosting, server, Cpanel, add on domain, malah tidak tahu cara beli hosting? Pakej Video KuasaFTP menjawab segala persoalan itu.

Kata-kata hikmah: “Siapa yang belajar, dia tahu. Siapa yang berusaha, dia dapat.”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Kelebihan Mempunyai Akaun Paypal

  1. Itulah kelebihian jika penyedia domain name antarabngsa menyediakan kemudahan bayaran melaui PayPal. Kalau tidak ada kemudahan bayaran seperti ini, kad debit jugaklah altenatifnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *