Kekeliruan Terhadap Perniagaan Internet

Saya amat suka menulis topik ini, walaupun berkali-kali. Sejak dahulu lagi sama ada di blog atau forum, saya sering menulis begini, “Bisnes bukan sekadar menjual.” Kata-kata itu walaupun pendek, tetapi ia sengaja dipendekkan agar mereka yang membacanya berfikir seketika.

Ramai yang masih keliru dengan beranggapan, perniagaan internet itu adalah satu cabang yang unik, lain dan berbeza berbanding perniagaan bukan internet. Kekeliruan ini diakibatkan oleh begitu banyaknya maklumat di Internet yang tidak menjelaskan dasar sebenar perniagaan melalui internet.

Perniagaan internet atau apa jua nama yang digunakan seperti perniagaan melalui internet, perniagaan di internet, bisnes internet, bisnes melalui internet, niaga online dan sebagainya, ia semua membawa maksud yang sama, iaitu mempromosikan produk di Internet dan menerima bayaran tanpa bertemu dengan pembeli.

Tidak kisah bentuk perniagaan yang dilakukan sama ada menjual apa jua jenis produk atau perkhidmatan, ia adalah PERNIAGAAN. Internet hanya satu medium untuk mempromosi, berkomunikasi dan menerima bayaran. Namun segala urusan dan transaksi itu kita rumuskan kepada satu perkataan, iaitu perniagaan.

Akibat mempercayai bahawa Internet sebagai satu model bisnes yang berbeza dan satu perkara baru, maka akibatnya:

  • Perniagaan tidak didaftarkan.
  • Hanya menumpu pada jualan dan mengabaikan aspek lain seperti pengurusan.
  • Hanya mampu bermula dengan baik, tetapi GAGAL mempertahankan perniagaan untuk satu tempoh yang lama.

Perniagaan bukan hanya menjual, ia lebih daripada itu. Perniagaan yang dibina perlulah betul-betul berpijak pada bumi yang nyata. Maksudnya, ia perlu didaftarkan, ada dasar yang kuat, ada perancangan dan diurus dengan baik.

Sebaliknya, sebahagian besar yang berniaga di Internet hanya sekadar menjual. Ia hanya selesai di situ. Buat produk, jual dan dapat hasil. Dan proses yang sama berulang lagi. Kalaulah begitu, saya berani mengatakan, perniagaan sebegitu tidak mampu berkembang.

Saya masih cuba ‘mengkaji’ dan memerhatikan ‘pola’ atau corak perniagaan yang dipraktikkan oleh kebanyakan peniaga Online di Malaysia. Setakat ini, seperti yang saya katakan di atas, ia hanya setakat menjual sahaja. Tiada asas dan dasar perniagaan yang berpijak pada bumi yang nyata.

Maksudnya, mereka tiada rancangan perniagaan, tiada pengurusan kewangan yang teratur, tiada dokumentasi perniagaan, malah tiada matlamat jangka panjang. Sebaliknya, mereka hanya menjual, dapat duit dan simpan. Sekadar berniaga sahaja tetapi tidak mempunyai ciri keusahawanan yang lengkap.

Apa pun, tidak salah sekadar menjual kerana segalanya bergantung kepada keperluan masing-masing. Tetapi bagi mereka yang mahu pergi jauh dan mengembangkan perniagaan yang dibina, menjual sahaja tidak memadai. Dunia keusahawanan lebih luas daripada itu.

Jika anda bertanya kepada mana-mana Internet Marketer dengan soalan ini: “Apakah itu perniagaan internet sebenar?” Kebanyakan mereka akan menjawab dengan jawapan yang hampir sama, “Perniagaan yang tidak menipu orang dan menjual produk yang betul.”

Jawapan itu benar, tetapi saya mahukan jawapan lain dari yang lain seperti yang ada di dalam benak fikiran saya, iaitu “perniagaan internet yang sebenar adalah perniagaan yang dibina atas dasar yang kukuh, ada perancangan dan mempunyai pengurusan yang baik.”

Perniagaan internet yang sebenar meliputi segala perkara penting yang wajib ada bagi sesebuah perniagaan dan juga bagi usahawan itu sendiri. Tetapi malangnya, kebanyakan Internet Marketer (IM) hanya sekadar mengajar cara menjual. Mereka tidak salah, sebab sudah nama pun Marketer. πŸ˜€

Sebab itulah saya menulis artikel ini: Usahawan Internet Vs Internet Maketer

Jadi, kalau mahu belajar menjual dan mempromosi, boleh belajar dengan Internet Marketer. Kalau mahu menjadi usahawan yang berjaya, perlu belajar dengan usahawan yang berjaya.

Keluarlah daripada kepompong (dunia internet semata-mata), kerana dunia ini terlalu luas. Kalau mahu jadi usahawan, miliki minda usahawan, bukan sekadar minda Internet Marketer.

…bersambung…. Pada sambungan nanti, saya akan berikan contoh kelebihan memiliki MINDA USAHAWAN berbanding sekadar MINDA ‘INTERNET MARKETER’ semata-mata. Dari situ anda akan mula fahami, kenapa saya jarang meletak gelaran Internet Marketer untuk diri saya.

PS. Tiada cara lain untuk menjadi usahawan yang ‘lengkap’ dan terurus, melainkan dengan membaca dan belajar dari semasa ke semasa. Keusahawanan itu tiada titik noktah.

PPS. Artikel di atas juga adalah nasihat dan peringatan untuk diri saya sendiri. Perjalanan saya juga masih jauh dalam bidang keusahawanan.

Artikel berkaitan: Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan

Produk Saranan: Panduan Pengurusan Perakaunan Untuk Perniagaan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Kekeliruan Terhadap Perniagaan Internet

  1. Penjelasan yang baik. Saya setuju, memang ada yang beranggapan perniagaan adalah menjual semata-mata. Tambah-tambah lagi perniagaan internet. Produk jual, dpt duit, done. Tiada perancangan sistem pengurusan yang teratur untuk terus buat duit.
    Tapi tak semua peniaga mempunyai minda usahawan. Dan mereka hanyalah peniaga, bukan usahawan. Ini perlu dipupuk.

  2. Penerangan yang begitu panjang lebar dan mantap, banyak ilmu yang bermanfaat boleh diambil darinya dari segi membezakan perniagaan interner sebenar dengan perniagaan yang sambil lewa atau tidak serius dalam perniagaan

  3. Sebenarnya, saya baru menceburi perniagaan internet 3 bulan yang lalu …

    Pada mulanya, Saya ingat dengan adanya website yang bagus sudah cukup … tetapi bukan as
    simple as itu….

    Cabaran yang saya ada ialah,
    1. “macam-mana market website ini dengan berkesan?”
    2. “macam mana buat website supaya visitor percaya servis saya?”

    Selama 3 bulan ini, saya guna 10 jam sehari depan komputer untuk belajar cara “market” sehingga mata saya sudah mahu berdarah …

    saya adalah malaysian pertama yang membuat servis menulis wasiat secara “online” …

    Semalam, Azli Paat dari Bernama Radio menyebut pasal website saya dan saya amat “shocked” … dia telah buat research and dapati website saya paling baik antara ramai …

    PS: Saya langsung tak kenal dengan Azli Paat sebelum ini tetapi selepas semalam, saya sudah “add” dia dalam facebook saya πŸ™‚

      1. ya, Saya telefon Azli untuk ucap terima kasih kepada dia … Dia sangat humble dan baik.

        Saya teleh gunakan “conventional” marketing untuk buat Perniagaan Internet, tetapi gagal dan habiskan banyak wang …

        lepas beberapa kali, baru tahu bahawa marketing dalam internet itu amat berbeza dan saya ini tengah belajar (sikit dari sini situ)

        So, saya amat tertarik atas perkara “Internet Marketing” πŸ™‚

  4. Hi SmartZul,

    Saya telah “LIke” you dalam Facebook, tetapi tak boleh leave Wall Post ?

    Hmmm … nvm, Saya harap saya boleh belajar tips tips internet marketing daripada you …

    THanks,
    Evanna

    PS: SOrry, saya punya bahasa malaysia a bit weird …

    1. Hi Evanna,

      Yes, tak boleh tulis post di wall fan page saya sebab saya telah set sebegitu. Ramai yang akan SPAM nanti. Just tinggalkan komen sahaja. πŸ™‚

      Bahasa Malaysia awak sudah Ok. πŸ™‚

  5. Assalamualaikum Zul..

    Setiap idea yang Zul tuliskan dalam blog zul ini selalu menarik perhatian saya..

    Pertama, saya tertarik dengan idea bernas yang Zul sampaikan melalui penulisan.

    Kedua, gaya penulisan Zul memang menarik dan tidak bosan untuk dibaca.Setiap idea yang Zul sampaikan berkesinambungan dan dibina menggunakan kosa kata yang menarik dan matang..Ini membuatkan saya tidak bosan untuk membaca artikel Zul dalam blog ini..

    Hmm…kalau Zul tidak keberatan dan pernah terlintas dalam fikiran zul, apa kata Zul terbitkan ebook tentang cara-cara menulis artikel yang berkesan dan menarik untuk dibaca..Maksud saya di sini, lebih kepada topik penulisan artikel secara lebih terperinci berdasarkan pengalaman Zul..Itu cadangan saya sahaja..

    Anyway, good luck untuk Zul..Keep up the good work!!

  6. Salam,

    Terima kasih En.Zul untuk article diatas. Baru saya perasan yang sebenarnya terdapat perbezaan antara internet marketer dan usahawan internet. konsepnya lebih kurang sama seperti peniaga vs usahawan dalm perniagaan konvensional. Tq

  7. Salam,
    Terima kasih di atas penerangan saudara yang berilmiah dan mantap.Penerangan saudara telah serba sedikit telah membuka minda saya untuk cuba beranjak kepada suatu tahap yang baru dimana ianya penting untuk memantapkan perniagaan di masa hadapan.sememangnya pendedahan seperti ini yang saya cari2 selama ini.

    Terima kasih….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *