Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

‘Kek Coklat’ + Teknik 404 + Menulis..

Apa khabar pembaca semua? Sudah siap sedia untuk sama-sama merasai kek coklat yang saya janjikan semalam? hehe.. Baik, sebelum saya mengulas mengenai ebook percuma itu, saya ingin menyatakan satu ‘teknik’ yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan jualan dengan cara yang ‘mudah’. Teknik tersebut adalah teknik 404. Apa jenis teknik tu? InsyaAllah, saya dalam proses percubaan sebab baru terfikir setelah jalan-jalan cari makan di internet beberapa hari yang lepas. Hmm, mungkin sebahagian dah tahu kot teknik tu. :)

Teruskan membaca..

===========
Ebook Percuma
===========

Ya, ebook yang saya janjikan semalam adalah PERCUMA untuk anda.. Ya, saya ulangi, ebook percuma. Tidak tipu dan bukan mainan, tiada gurauan. :) Sekali saya janji percuma, maka percumalah ia. Tetapi, ia mungkin hanya percuma untuk satu tempoh tertentu sahaja dan saya tidak teragak-agak untuk mengenakan harga bagi satu masa nanti. Ebook tersebut walaupun ringkas, tetapi saya telah melakukan proof reading sebanyak lebih dari 2 kali untuk memastikan tiada kesalahan ejaan dan struktur ayatnya lengkap, serta mudah difahami.

Ebook tersebut bukan hanya teori, tetapi terdapat tutorial mudah yang boleh anda lakukan. Walaupun tutorial tersebut adalah perkara mudah bagi seseorang, tetapi saya yakin masih ramai yang tidak tahu, jadi merekalah fokus saya. Ebook setebal 42 m/s tersebut insyaAllah akan memberikan kefahaman yang baru kepada anda mengenai beberapa persoalan yang anda tidak tahu selama ini, terutama yang newbie.

Mengenai ebook kedua yang saya rancang untuk diberikan bersama, tidak dapat diberikan pada masa yang sama kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah, ia akan siap juga dalam beberapa hari lagi dan saya pun tidak pasti lagi ia akan diberikan secara percuma mahupun berbayar. Kemungkinan besar ia juga percuma. :)

Sedikit selingan, saya memang suka menulis. Sewaktu di awal-awal tahun saya di universiti, saya adalah seorang penulis teks ucapan bagi program-program tertentu. Dari pemimpin pelajar, pegawai universiti, YB, Menteri, sudah ramai yang menjadi ‘client’ saya. :) Sebelum itu saya tidak tahu yang saya ada bakat menulis, tetapi saya amat berterima kasih kepada seorang senior saya yang telah ‘memaksa’ tetapi mengajar saya menulis teks ucapan untuknya dan juga untuk seorang yang namanya juga popular di arena politik negara. Bermula dari situlah minat untuk menulis telah terus sebati dalam diri saya.

Mungkin anda bertanya dan memang ada yang bertanya, “zul, macam mana kau dapat idea menulis ya.. Aku punyalah susah..”. Jawab saya, “entahlah, kadang-kadang aku menulis seolah aku tak sedar apa yang aku tulis. Ia datang dengan sendiri..”. :) Saya masih ingat sewaktu saya kecil, ibu saya berkata kepada saya setelah dia melihat ada satu tahi lalat di jari hantu kiri saya, katanya, “ni kuat menulis ni..”. Kata-katanya ’sungguh’ masin sekali.. ;) Terima kasih ibu… Psst, tahi lalat itu hanya dongengan sahaja, saya tak mempercayainya, bahkan ada ulama’ yang melarang.

Akhir kata, saya sekarang sedang dalam proses untuk menyiapkan ‘mini-site’ untuk ebook percuma tersebut.. Dah siap, saya umumkan di blog ini dan juga melalui emel. Yang belum berdaftar, daftar secepat mungkin di http://smartusaha.com/news dan yang dah daftar, anda hanya perlu tunggu emel daripada saya. Sudah pasti, subscriber emel newsletter saya yang akan dapat dulu ebook ini. :)

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

14 Responses to “‘Kek Coklat’ + Teknik 404 + Menulis..”

  1. aidacutes says:

    Erm…suspen giler! ape la tajuk ebook si zul nie. Anyway, pas nie nak regsiter. Nak gak rasa suprise ebbok tuh. :)

    p/s- andai tinta setajam pedang, tentu sekali dapat buat hunusan yang tepat! :)

    aidacutes @ makiko tanaka

  2. smartzul says:

    erkk aida, janganlah tikam saya.. Kan tak sempat bagi ebook tu rugi laks.. Hehe, bermadah lak yer pagi2 ni.. ;)

    InsyaAllah, ‘kek coklat’ dalam perjalanan.. huhu..

  3. sham says:

    hehehe..zul²..mcm² ada..

    Zul tahi lalat kat jari hantu kanan ape plak?:p

    Saya kat jari manis kiri & kanan ada taik lalat..

    Lalat suka berak merata betul la..hehehehe

  4. aidacutes says:

    jari hantu kat jari kanan tu, membawa maksud sebaliknya kot~!? ahakz :)

    eisk, kalau dapat kek cekelet betul2 besh gak kan? hikhik

  5. ambsmart says:

    Tak sabar menanti..
    Saya memang suka benda2 percuma ni..

  6. BAGAK says:

    PERCUMA…amin

    ALLAH murahkan rezeki orang yang memberi ilmu secara percuma.
    Pahala berganda dibulan Ramadhan ini.

    p/s sengaja tunggu bulan ramadhan ker zul?

  7. SmartZul says:

    Erkk, tak dirancang pun bagak.. Terkena lak dalam bulan ramadhan.. :)

    Moga-moganya hendak begitulah.. ;)

  8. Galadriel says:

    huhu… Akak dah download…. tak sabar nak baca nanti.
    Sekarang ni mata tengah ngantok lak … biasalah bulan posa macam ni dan hari Ahad pulak tu…

    Zul makan apa time buka posa nanti? Ada kek coklat ke?
    hehe…Akak rasa nak gi makan roti garlic nan, ayam tandoori dan satay bersama teh ‘o’ panas kat kedai mamak time berbuka nanti….

  9. ummi_nf says:

    Kalau dapat Kek Coklat Moist Lagi bestttt kannnnn…..Zul…. Nak pulak yang ada krim coklat kat atasnya…adusssh….slurrrrpppppp…..hmmmmm….kecuq ayaq liuq….kurang pahala posa Kak Su ari nih…..ekekekekek

  10. aidacutes says:

    amboi, kak galadriel dan kak umi nie, bukan main sedap lagi hidangan berbuka pose korang ek? nak skit~! :)

  11. fai says:

    eh zul.. teknik 404 tu sama dgn crita blok 404 ke?

    He he.. :p

  12. abdfatah says:

    wuahahahaa… teknik 404, nak kena cuba tu… bagus jugak untuk mereka yang tetiba jumpa 404 nih . bleh buat tawaran yang menarik kalo kena caranya… saya tek berapa arif sangat… kena google laa dulu…

  13. Han says:

    teknik 404 tu teknik apa ek?
    mcm error je..hehe…

    han

  14. abdfatah says:

    cubalah try taip blog zul kendian letak apa-apa perkataan selepas dot com nya itu.

    contohnya kalo taip “bloganda/apaapa” kemudian kuar laa error tersebut yang boleh digunakan dengan sebaik mungkin… kalo ada apa-apa error ke blog kita sebagaimana silap taip ke… gitulah lebih kurang. kena tanya zul lebih lanjut lagi… ataipun bleh google aje tekni 404 tersebut.

    kalo pasal error yang lain pun ada jugak citer dia tapi tak tau laa nak buat camana. tahu yang ini aje laa buat masa nih…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)