Kejayaan Orang : Apa Kata HATI kita?

Hmm, perniagaan internet bukan hanya sekadar bincang pasal duit dan buat duit sahaja, ia juga bisnes, dan perlukan motivasi, pertukaran maklumat dan pengalaman, berkomuniti, saling pesan memesan dan bekerjasama.

Begitu juga blog ni, saya tak mahu hanya bercakap mengenai perniagaan internet semata-mata. Daripada statistik, mengguna beberapa tools yang berbeza, blog ini dikunjungi ratusan pelawat setiap hari dan jika di Alexa.com, ranking saya buat masa sekarang adalah dalam 227,091. Tinggi jugalah tu berbanding blog Dr. Irfan kita (266,324).. hehe..

Oklah, bukan nak cerita pasal tu, sebab benda tu tak penting sangat, hanya sekadar nombor jer.. Yang penting $$$$$, hehe….

Berbalik kepada tajuk kali ni, saya hanya ingin mendapat pendangan anda, apakah kata HATI yang amat wajar untuk mentafsir kejayaan orang lain? Tanyakan diri kita, setiap kali mendengar dan melihat kejayaan orang, apakah yang datang dulu? Syak wasangka? Atau terus mencari ruang-ruang kekurangan di dalam kejayaan insan tersebut sebagai penenang bagi hati yang dengki? Atau kita ingin melihat mereka akan gagal nanti?

Apa-apalah, marilah kita melatih hati kita yang lemah ni untuk mentafsir kejayaan orang dengan pandangan yang POSITIF pada pertama kali kita melihat kejayaan orang. Jangan diwar-warkan aib orang sementara diri sendiri penuh dengan aib yang tak ter-ubat. Jangan mencari kekurangan dan kelemahan orang dikala diri kita sendiri penuh dengan ‘kedaifan’.

Di dalam perniagaan internet, saya amat gembira dengan kejayaan anak-anak muda kita seperti Dr. Irfan, SaifulSham, Kidino, Zamri Nanyan, Cikgu Fairuz dan ramai lagi… Mereka ini sepatutnya diberi sokongan agar kejayaan mereka juga akan disambung atau juga dikecapi oleh semua orang yang menceburi bidang ini.

“Kejayaan orang adalah juga kejayaan kita, jika kita mahu berfikir..”.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Kejayaan Orang : Apa Kata HATI kita?

  1. Hmmm, berat gak isu kali nih… tapi kalimah ini mmg tersangatlah benar

    “Kejayaan orang adalah juga kejayaan kita, jika kita mahu berfikir..”.

    Setuju 100%!

  2. Kejayaan mereka memberi kekuatan kepda sesiapa yang mahu mencuba e-biz. Mereka berjaya, kita juga akan terkena tempiasnya. Kita akan diajar juga bagaimana utk berjaya. Jika yg buruk pun seperti gejala dadah etc, kita juga akan terkena tempiasnya. Benarlah Dia Maha Adil

  3. Sepatutnya kita melihat kejayaan itu mengikut perspektif keserumpunan. Manusia ni ibarat zarah2 air dilautan. Satu zarah bergetar kuat bisa menggetarkan zarah2 lain disekelilingnya. Tambahan, dapat mencetuskan tenaga luarbiasa seperti tsunami.

    Manusia tabienya makhluk sosial. Bersaing biarlah secara sihat. Biarlah melengkapi antara satu sama lain, bukannya “membunuh” sesama sendiri sbb akhirnya akan kena batang hidung sendiri.

    Ewah… 😀

  4. Betul tu..

    Bagi saya, kejayaan mereka tu lah yg mendorong saya untuk berusaha agar dapat sebaris dgn mereka atau lebih tepat lagi lebih baik dari sesiapa pun..

    Sebabnya KEJAYAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN

  5. memang jelus laaa kalu orang lain berjaya, kita pun nak berjaya jugak. sama-sama bina kejayaan. sama-sama doakan kejayaan orang dan juga untuk diri kita sendiri… selamat maju jaya.

  6. Orang melayu selalu dikaitkan dengan PHD .. bila ada usahawan internet baru muncul.. ramai yang rasa irihati melihat kejayaan mereka. Apa-apapun kita perlu menyokong antara satu sama lain!

  7. kejayaan org lain di mata dan hati saya..saya merasakan kejayaan yg diperolehi adalah berkat usaha dan rezeki mereka..dan sesiapa sahaja boleh berjaya jika mereka berusaha dan ada rezeki dlm bidang yg diceburi..Namun, konsep kejayaan adalah berbeza antara individu dan individu yg lain. Kejayaan pada saya adalah perasaan puas dgn hasil usaha saya..Jadi tidak perlu perasaan dengki dan irihati..Saya sentiasa akan menyokong dan membantu sesiapa sahaja yg ingin berjaya..kerana itu kepuasan saya.(just my 2cents)

  8. orang dah berjaya dah tentulah kita suka tengok je… 😆

    dan kejayaan orang tu membuatkan kita terfikir bagi yang nak fikir : saya jugak mahukan kejayaan seperi mereka. jangan hanya nak fikirkan jeles dan ingin menyusahkan orang lain pulok…

    kata hati saya ; saya mahukan kejayaan sebagaimana yang telah dia dapat. lebih2 lagi dapat cara cepat dan mudah sebagaiman yang telah disarankan oleh zul… cepat bukan sebarangan mudah tauu…

    1. tengok orang yang berjaya memberi motivasi…
      jangan pula kita tengok orang yang tidak berjaya tu…
      tu boleh menjatuhkan motivasi kita…
      tapi jangan salah faham dengan ayat saya tu…
      tak tengok orang yang tidak berjaya tu bukan bermakna kita hina mereka…
      kalau kita lebih berjaya, apa salahnya kita tolng mereka…

      han

  9. memang jeles sungguh laa kalo nak diikutkan hati. namun kalo nak ikut hati macam mana nak jadi seperti orang yang telah berjaya? dah tentunya kata hati mengikut rentak seiring dengan apa yang telah mereka lalui dengan pengalaman yang setimpal dengan kejayaan mereka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *