Kejayaan Kita BUKAN Kejayaan Mereka

Di dalam berniaga, keuntungan adalah salah satu matlamat utama perniagaan. NAMUN di sebalik itu, kepuasan hati pembeli harus juga dititik-beratkan walaupun terkadang ia satu perkara yang rumit.

Di dalam bidang perniagaan internet, begitu banyak panduan cara melakukan perniagaan internet. Dari ebook, video dan sebagainya, dengan tajuk yang berbeza, tetapi isi kandungannya lebih kurang sama. Ia tidak salah kerana lain usahawan, maka perlulah tajuk yang berbeza.

Cuma yang menjadi permasalahan yang berbangkit adalah sejauh mana panduan tersebut dapat membantu pembeli selaras dengan janji-janji yang ditaburkan dalam laman web jualan. Malah yang lebih teruk, di laman jualan mengatakan A, tapi rupanya di dalam ebook adalah B.

Kita sebagai usahawan memang boleh berbangga dengan hasil jualan puluhan atau ratusan ribu ringgit daripada pelancaran dan jualan produk. NAMUN, sejauh manakah kejayaan para pembeli kita?

Sedikit sukar bagi kita untuk membantu mereka menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan mereka. TETAPI, jika kita telah berjanji, maka tiada perkara lain melainkan kita cuba menunaikan janji tersebut.

Kejayaan kita menghasilkan 5 angka atau 6 angka, itu adalah kejayaan kita, TAPI BUKAN KEJAYAAN PEMBELI.

Kejayaan yang sebenar di dalam perniagaan adalah apabila pembeli atau pelanggan kita telah BERJAYA menyelesaikan masalah mereka atau telah berjaya memenuhi keperluan mereka setelah merujuk panduan yang diberikan. Atau sekurang-kurangnya mereka dapat maju selangkah ke hadapan.

Dalam maksud yang lain, sejauh mana kita telah membantu para pembeli. Janganlah selepas menaburkan janji manis, kita terus hilang ghaib entah ke mana. Sebaliknya hanya muncul apabila mahu menjual dan membuat untung sahaja.

Usahlah berbangga dengan hasil yang besar jikalau kita tidak berjaya menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan pembeli. Usahawan sebenar bukan hanya mahu keuntungan semata-mata, tetapi juga amat sensitif dan peka dengan masalah para pelanggannya.

Saya tidak mengatakan ebook panduan yang banyak sekarang ini tidak bagus. Bukan ebook atau produk yang menjadi masalah, tapi tuan punya produk. Ebook hanya medium sahaja sebagai bahan pembelajaran. Tapi jika si tuan punya janji macam-macam dan tidak menunaikannya, itulah masalahnya.

Cubalah yang terbaik. Mencuba itu lebih baik daripada tidak buat langsung. Saya menulis perkara ini bukan untuk orang lain, tapi juga untuk diri saya sendiri sebagai peringatan.

Tulisan saya ini bukan hanya untuk mereka yang membuat ebook perniagaan internet sahaja, tetapi untuk apa saja bidang (niche). “Juallah HARAPAN beserta dengan BANTUAN (sell hope & help)”. Itu kata seorang IM luar negara. Tak salah menjual harapan di surat jualan, tapi berikanlah juga BANTUAN. Tapi ramai mana yang rela melakukan hal ini?

Banyak lagi yang saya ingin nyatakan di sini. Tapi mungkin di artikel akan datang. Cuma apa yang dapat saya katakan, terkadang saya kecewa dengan sesetengah IM yang hanya menjual janji dan harapan. Pembeli-pembeli ebook mereka bukanlah orang kaya atau company besar yang ada dana. Mereka hanya bekerja makan gaji yang mahukan pendapatan sampingan..

Bagi saya adalah satu “kezaliman” jika kita mengambil kesempatan di atas kesesakan dan kesusahan mereka di dalam mencari rezeki tambahan. Kita memang seronok dengan hasil yang besar, tetapi dalam masa yang sama kita mengabaikan janji-janji yang telah ditabur dan tidak cuba memberi yang terbaik.

Saya menulis hal ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga di samping berharap para IM di Malaysia semua (terutama niche IM) melakukan yang terbaik dan jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata. Kita berniaga untuk masa yang lama, bukan sekadar setahun dua.

Saya akhiri artikel ini dengan kata-kata John Reese:

“Don’t Sell To A Market… SERVE IT! When most entrepreneurs set out to make money in a new business they always think, “What will I sell?” Then they do some research and usually discover what people are buying. Then they try to find a supplier for that item so they can sell it too…

Then they set out to sell as much of that item as possible. Selling that item is their one and only focus.

While this ‘method’ has worked in the past, it’s not going to work much longer.”

Petikan dari laporan The Rebirth of Internet Marketing, John Reese.

PS. Kata-kata hikmah daripada saya: “BERNIAGA ITU BUKAN MENJUAL”. Sama-sama kita fikirkan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

26 thoughts on “Kejayaan Kita BUKAN Kejayaan Mereka

  1. Idea smartzul selalunya jauh kedepan.. yang mana ramai orang belum lagi terfikir nak buat.. idea yg hebat & mantap. harap dapat jelaskan lebih lanjut lagi makna “BERNIAGA ITU BUKAN MENJUAL”. Kepada IM yg rasa TERTAMPAR dgn artikel ini.. ubahlah sikap anda, jangan menganiaya newbie dgn janji manis.. lepas untung ribu-ribu, blog pun tak update!

    1. Menjual itu hanyalah sebahagian kecil daripada proses & sistem perniagaan. Orang yg betul-betul berniaga mempunyai support yg bagus, barang berkualiti, ada komunikasi yg konsisten dengan pelanggan, jaga pelanggannya baik-baik, marketing Ok, tak promote produk yg tak bagus dan lain-lain lagi.

      Menjual itu hanyalah proses terakhir iaitu pertukaran barang dengan wang bayaran. Dan kebanyakan orang hanya menjual untuk dapat untung sahaja tanpa usaha membina sebuah perniagaan. Walaupun menjual memerlukan kemahiran juga, tetapi apa yang saya maksudkan adalah kebanyakan mereka yg mahir menjual hanya SEKADAR menjual.

      Bagi mereka yg dapat untung besar, itu tidak bermakna mereka telah berjaya dalam PERNIAGAAN kerana kebanyakan jualan yg dapat banyak ribu tu, kemungkinan pembeli membeli kerana takut terlepas dan bukan kerana kenal, percaya dan ada hubungan yang baik dengan usahawan tersebut. Sebaliknya mereka hanya berjaya menjual sahaja tanpa berusaha membina sebuah perniagaan yang teguh dan jauh ke hadapan.

      Nak terang panjang lebar, tapi ringkasnya: membina perniagaan itu adalah lebih penting daripada sekadar menjual. Alangkah bagus berjaya dalam jualan dan berjaya juga membina perniagaan yang kuat akar umbinya.

  2. Kiranya ada transformasi baru la nie
    bagus-bagus
    SmartZul nak salin kulit baru selepas ini πŸ™‚
    kita nantikan…
    betul tu Zul, kadang-kadang gap antara pembeli n penjual
    yang terlalu besar buatkan pelanggan kurang senang
    kadang-kadang kena ada give n take jugak

    1. Saya tetap pakai kulit yg sama. Hehe.. πŸ˜€

      Kadang-kadang, ada usahawan yg supportnya bagus, tapi pembeli pula yang buat hal. Last-last buat fitnah yang support usahawan tu tak bagus.

      So dalam soal ni sekarang ada pro dan kontra tersendiri. Pendek kata, usahawan dan pembeli perlulah sama-sama bekerjasama. Give & take.

  3. saya setuju dgn pendapat zul. sesetengah IM menjanjikan support sebelum membeli produk mereka, tetapi apabila telah dibeli, pertanyaan demi pertanyaan oleh pelanggan tidak dijawab. ini boleh jadi satu penganiayaan kepada pelanggan. terutama yang hidup susah dan sedang mencari pendapatan tambahan.

  4. Ketika baru-baru berjinak2 dalam dunia IM, saya pernah beli ebook dari seorang IM tempatan yang terkenal..hasilnya sangat mengecewakan.

    Sampai sekarang saya ada persepsi yang buruk terhadap IM tersebut.

    Sekarang saya sendiri dah tersenarai sebagai seorang ‘usahawan ebook’. Sedikit sebanyak saya ambil iktibar dari pengalaman2 lepas sebagai pembeli ebook.

    Sebagai penulis, kita akan rasa satu kepuasan apabila kita dapat maklumbalas yang positif dari pembeli ebook kita.

  5. Hmm..sudah sampai masanya semua IM tempatan merenung kembali dan bermuhasabah diri…

    Semoga artikel Zul kali ini dapat merubah persepsi IM tempatan agar tidak sekadar BERNIAGA untuk MENJUAL & Mengaut keuntungan semata-mata tetapi Berniaga untuk MEMBINA PERNIAGAAN!

  6. modul & silibus pendidikan yg dibuat ni untuk diri bro atau tatapan umum?

    PS : saya ada berasa sedih sedikit apabila seseorang yang berniaga tidak reti berSYUKUR apa yang mereka perolehi.

    1. InsyaAllah, silibus tersebut untuk mereka yang serius dan ada keinginan untuk berjaya. Yang penting, rela berusaha dan tidak bergantung harap kepada orang lain 100%. Perlu ada sikap berdikari walaupun ada pembimbing di sisi.

      Silibus ini akan digunakan melalui “PROGRAM” saya sendiri kelak. Saya akan umumkan bila tiba masanya.

  7. bagus artikel kali ni Zul…membuka mata ramai pihak yang fikir nak buat untung saja. Insyaallah sy sentiasa sokong orang mcm Zul

  8. Memang terang lagi bersuluh, siapa yang makan cili terasa pedasnya..Memang itulah yang berlaku pada masa sekarang, sale latter cakap A tapi ebook cakap B..tapi boleh dimaafkan lagi kalau sale letter tak hype..ini melampau-lampau.

    Respectlah kat smart zul ni..anda punya sale letter memang best memang sederhana jer..lagi satu saya nampak anda memang seorang yang merendah diri dan tak sombong..walaupun dah lama tak contact hehehe..tapi tetap jawab juga email saya..tq (saya faham juga anda sememangnya sibuk) dan selamat maju jaya Zul.

  9. saya setuju dngan kata2 SmartZul…
    fulfilling the customer’s need as far as we can is the business…

  10. Salam en Zul,

    Saya pernah ter’makan’ dengan sale letter yang hype tahap melampau. Akibat kurang ilmu, terbeli jugak walaupun harganya ratusan ringgit ebook tu. Tapi malangnya, indah khabar dari rupa. Ebook tu langsung tak sesuai dengan newbie cam saya…

    Penulisan en Zul ni memang patut di ambil perhatian oleh otai IM yang asyik mengejar keuntungan tanpa pedulikan nasib pembeli produk mereka tu…

  11. sangat setuju dgn tajuk ini “Kejayaan kita BUKAN kejayaan mereka”..
    tahniah kepada sdra Zul kerana menerbitkn artikel ini,harap artikel ini menjadi pengajaran kepada semua dan juga menyedarkan kepada yg berkenaan..

    p/s : slogan keramat saya “Keutamaan pelanggan No 1, Untung bukan No 2”..

  12. setuju dgn pendapat sZul yg menyatakan dah byk panduan asas pasal buat duit kat internet ni.

    ada byk gak panduan2 sampah…just fikir untung je.

    kwn sy ade ckp IM kat Malaysia ni semua nak menipu, tau nak untung je, tak boleh pakai.

    saye angguk je ape yg dia ckp..tp sy ckp gak kat dia IM haprak bukan ade kat Malaysia je..kat mane2 pn ade…satu lagi, tak semua IM kat Msia ni mcm tu..

    pastu sy copy URL blog Smartusaha ni n paste n paste kat YM dia….

    dia pn cakap….”owh!….betulke org kite dh minded bagus camni”

  13. Salam SmartZul,

    terpanggil rasanya utk memberi reply… Spt yg bro cakap, service after sales itu amat penting… Yelah, klu nk diikutkan rata2 pembeli produk keluaran IM tempatan adalah dari golongan newbie atau yg baru berjinak2 menceburkan diri didlm perniagaan internet… So, mereka ini sebenarnya memerlukan support yg tinggi… yang sy perasan (tak tahulah klu kawan2 yg lain nmpak) ada segelintir produk tidak menawarkan support (maksudnya dr segi produk yg dijual)… Mungkin newbie spt sy mmg nk tanya byk, maklumlah x familiar pasal IM ni… So, sy rasa support after sales itu amat penting…. follow up tentang progress pembelajaran, sering bertanyakan tentang masalah…. Ada IM tu sy tgk dia buat satu email yg bertanyakan tentang masalah subscriber2, ada problem ke, then dia offer diri dia utk solvekan masalah tu… rasanya idea tu adalah salah satu perkara yg mungkin boleh di apply utk penjual2 service, ebook atau panduan diluar sana…

    Ini cuma luahan, yelah sbb dh byk beli ebook, panduan tu semua.. Just berkongsi apa yg dirasa πŸ˜€ jgn touching2 ye…Yelah, perasaan seorang pembeli… Again, thanks SmartZul, bro telah membuka mata & hati saya dengan artikel yg begitu byk input utk dijadikan renungan…mana tahu esok lusa ada produk sendiri…

  14. Pingback: Sudah-sudahlah... | ArabMykrk.com
  15. satu info yang menarik
    apa yang smartzul perkatakan tu betul.Lama dah saya perhatikan benda ini.Cuma malas nak bersuara.mereka hanya mementingkan duit daripada membantu apa yang mereka perkatakan itu.inilah masalah sebenar im malaysia.bukan semua tetapi segelintir yang macam ji.

  16. Salam Zul,

    Bilakah program menggunakan silibus bro gunakan akan diadakan.
    Penulisan dan idea pemikiran bro memang SMART!
    Tahniah πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *