Kejayaan Adalah Milik Individu..

Kembali dari cuti, ada beberapa kerja yang perlu saya siapkan. Tambahan pula, kini kawan-kawan serumah pula bercadang ingin berpindah rumah dan jika jadi, insyaAllah pertengahan bulan ni kami akan pindah. Hmm, angkut barang lagi, satu kerja yang saya kurang suka lakukan.. hehe.. Cuma perkongsian cerita sahaja, ok, kembali kepada topik. 🙂

Apabila kita membaca, melihat dan mendengar akan kejayaan seseorang, maka kadang-kadang terdetik rasa cemburu di hati dan juga tak kurang rasa motivasi tiba-tiba menjadi lemah.. Di dalam fikiran, “oh, jauhnya aku ketinggalan. Tengok dia, banyak betul yang dia tahu, berjaya lak tu..”. Sebagai manusia biasa, sifat itu adalah normal di peringkat permulaan, tetapi ia perlu dikawal sebaik yang mungkin.

Kejayaan orang adalah kejayaan mereka dan mereka berhak dengan hasil yang diperolehi kerana mereka berusaha dan bermula dari sifar. Maka, jika anda inginkan hasil seperti mereka, maka anda juga perlu berusaha gigih dan jika belum mulakan langkah pertama, maka mulakanlah dengan segera. Jika tidak, anda semakin tertinggal dan terus tertinggal. Anda bertambah ‘sakit’ dan akhirnya terus meninggalkan apa yang diimpikan.

Di dalam Islam, kita diajar bersyukur atas apa yang dimiliki. Jika orang lain lebih daripada kita, kita digalakkan melihat orang yang kurang daripada kita. InsyaAllah, kita akan terasa bermotivasi dan terus ingin berusaha dan bersyukur atas nikmat yang dimiliki, seterusnya mengelakkan rasa iri hati dan dengki yang terlarang.

Akhir kata, jika anda ingin berjaya, maka anda perlu berusaha dengan baik, bersungguh-sungguh, dan jika anda bertemu jalan buntu, berehatlah, jangan berputus-asa.. Rehatkan minda, tenangkan fikiran, insyaAllah, jalan keluar akan datang kepada anda.

Percayalah, jika ada usaha dan sabar, insyaAllah, kejayaan milik anda. Allah itu Maha Pemurah dan hanya orang yang beriman sahaja mempercayai Allah itu bersifat sedemikian dengan seyakin-yakinnya. Dan merekalah golongan yang kuat usahanya atas sebab keyakinan tersebut..

Wassalam.

PS. Saya mohon maaf jika saya lambat membalas emel anda semua.. Moga memahami.. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Kejayaan Adalah Milik Individu..

  1. Ya Islam menggalakan umatnya mencari rezeki yang halal.. 😀

    p/s: Tuah ayam nampak ditaji tuah manusia tiada sesiapa tahu.. jadi jangan takut jika ketinggalan daripada orang lain

  2. rakan sekalian,

    Kejayaan Adalah Milik Individu, betul tu zul.

    bagi saya pula, apabila membaca kejayaan mereka yg hebat di dunia ini, saya selalu ingin mengetahui bagaimana pengalaman pahit/susah mereka sebelum berjaya.

    pesan jutawan mlm kat saya 6 thn dahulu,
    jgn tengok saja mereka yg mempunyai kereta dan rumah mewah,
    tetapi
    ketahuilah bagaimana pahit/susah mereka utk mendapatkannya.

  3. Memang betul Kejayaan Adalah Milik Individu. Kita sendiri yang tentukan kejayaan kita & kita sendiri tahu keupayaan kita.Kita kena tingkatkan azam kita dan berusaha moga apa yang kita harapkan dan usahakan itu berjaya. Bila dah berjaya jangan lupa orang yang susah pulak…:)

  4. Hmm saya tambah/ubah sket statement tuh :

    Kejayaan adalah milik individu..

    kepada:

    Kejayaan adalah milik individu yang BERUSAHA

    tak kisah la aper popn, kalau kita usaha di jalan yang betul…. insyaallah kejayaan milik kita jugak…

    ps: Selamat Kembali ! Best makan Ketupat?? 😛

  5. Zul,
    Pertama tamanya Selamat Berpindah kerumah baru…itu pon saya rasa satu kejayaan jugak.. mungkin rumah itu lagi best dari yg ada ni…apa yg Zul cakaptu memang benar… tapi kena caranya jugak…yang pipih tak kan datang melayang dan yg bulat tak kan datang bergolek …betoi tak Zul ? ni tengah dok cari guru yg best dan salah sorang tak lain tak bukan ialh…… Zul
    Bravoo Zul…….zali

  6. Kalo senang sangat dapat apa yang kita mahu, nanti akan jadi pemalas pula. Bia rasa pahit dulu, manis rasa kemudian. Orang dulu, susah, makan nasi cicah garam je. Usaha kuat toksah cerita la – simpan duit utk anak2 sambung blaja. Hasilnya, lahir la kita sebagai generasi penerus cita2 mereka dan penyambung usaha mereka – x kira la bidang apa yang diceburi termasuk bidang pernigaan internet. 🙂

  7. Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi, dan jalan yang susah bagi orang yang mahu berjaya.
    Saya setuju dengan Robotys, Kejayaan mmg hak milik individu yg berusaha.

  8. sentiasalah bersyukur setiap masa dan setiap saat. dengan bersyukur akan menjadikan kita menghargai apa yang telah dan akan kita dapat setiap kali dapat keuntungan yang berlipat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *