Kejap Itu Kejap Ini?

Note: Bengkel Sabtu ini di kuantan ditangguhkan ke 26/8/06.

Disebabkan bengkel ini ditangguhkan, maka saya ada sedikit masa untuk membuat beberapa kerja untuk smartusaha.com seperti proses kemaskini. Untuk pengetahuan anda, dalam bulan lepas hingga kini, portal dan blog saya sudah beberapa kali di-godam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Persoalan, mengapa hanya saya yang kena? Saya bertanya kepada pihak company hosting dan mereka menjawab, “kemungkinan besar di dalam pc awak ada spyware yang membolehkan orang tahu apa yang awak taip.”

Mengenai kegiatan godam-menggodam ni, banyak sebab dan faktornya. Saya yakin, bukan sebab hosting, sebab hanya saya sahaja yang kena. Dan saya yakin, pc saya berjaya diterobosi oleh si penggodam tu. Maka sebagai penyelesaian, saya telah format balik pc saya semalam dan pihak hosting akan re-construct semula akaun hosting saya.

Ok, kita tinggalkan soal itu, dari segi pro-nya, saya dah ada pengalaman di-godam. Anda yang belum jadi mangsa, sentiasalah melakukan persediaan yang sepatutnya. 😉

Berbalik kepada topik, mengenai semangat dan kuasa membuat keputusan.

Ramai di antara kita begitu mudah berputus-asa di dalam melakukan sesuatu, termasuklah di dalam bidang perniagaan internet. Apabila datang satu masalah, maka jalan yang diambil adalah untuk berundur. Betul kah penyelesaian ini? Bagi saya ia satu keputusan yang tidak wajar diambil oleh seorang yang ingin bergelar usahawan. Antara ciri yang perlu ada pada seorang usahawan adalah berjiwa tabah, yakin, berani dan tidak mengendahkan orang lain. Dia yakin kerana apa yang dilakukan adalah betul dan tidak salah. Dalam bahasa kasar, “lantak diaoranglah, bukannya aku mintak duit dari diaorang pun..”. 😉

Maka, sebagai mudah ceritanya, jika anda bercita-cita menjadi usahawan, anda perlu memiliki ciri-ciri yang saya nyatakan, tidak kiralah perniagaan offline atau online, sama sahaja. Ingat, anda tidak boleh lari daripada masalah! Anda sentiasa akan didatangi ujian, cabaran dan rintangan. Belajarlah untuk menguruskan masalah dan satu pantang yang perlu ada pada seorang usahawan, jangan libatkan masalah peribadi di dalam bisnes. Jika tidak, rosak. Bisnes tetap kena jalan, masalah peribadi, carilah jalan penyelesaian. Jangan sebab masalah peribadi, maka bisnes kita pun ditunda atau dibatalkan sepenuhnya. Ia bukan jalan yang bijak. Anda perlu terus berjalan ke hadapan, jangan sesekali berhenti melangkah. Anda perlu berani hadapi masalah, jangan larikan diri anda dari masalah.. Anda buatlah apa pun, bercuti, kerja makan gaji, berniaga, tidur, rehat, tengah makan, masalah sentiasa akan menegur sapa anda. 8)

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Jika kita inginkan sesuatu dengan mudah tanpa melalui sedikit kesusahan, maka anda telah silap perhitungan kerana kelak anda akan cepat menyesal dan berputus-asa, kerana anda inginkan sesuatu dengan mudah, TETAPI sebaliknya masalah dan cabaran yang datang. Maka, letaklah sifat ingin mudah itu di belakang anda, sebaliknya tingkatkan usaha dan kekuatan diri anda. Tiada jalan lain melainkan anda melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Ya, kita adalah manusia biasa. Maka, banyak cara untuk anda menenangkan fikiran. Mendekat diri kepadaNya, bercuti atau berehat seketika daripada kerja (jangan sentuh langsung!). Ingin bercuti, tidak semestinya ke pergi ke tempat lain. Banyak cara dan jenis cuti ni.. 😉

Kesimpulan di sini, jika anda begitu mengikut kata hati di dalam melakukan sebarang keputusan, maka ‘mati’. Buatlah keputusan yang bijak, ketepikan perasaan sakit hati atau kecewa kerana perasaan sebegini bukan membantu anda membuat keputusan, sebaliknya ia hanya akan memporak-perandakan lagi kehidupan anda. Maka hati-hati..

Fikir-fikirkanlah yer.. Belajarlah untuk menjadi orang yang ada prinsip yang kuat, tidak mudah goyah dan berubah-rubah. Jika anda mudah goyah, saya yakin, anda masih belum jelas lagi matlamat hidup anda.. Ya, saya yakin.. Tak percaya? Tanya diri anda sendiri, jika anda sering berubah-rubah dalam sesuatu keputusan yang melibatkan kerja yang anda lakukan, maka hehe, anda masih belum jelas matlamat kerjaya keusahawan internet anda. 😉

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Kejap Itu Kejap Ini?

  1. Warghhhh… Lega rasanya bila dah siap keje.. he he

    Malas nak bercuti, baik tido kat rumah..

    PS: Xbole nak behenti slagi xupdate laman web sendiri..

  2. Zul dah kasi tahu webhosting Zul tentang kena godam tu?
    Hari tu ada beberapa webhost kena godam, dan banyak websites dan blog yang down dan ‘rosak’ sebab tu…
    Mungkin mereka tak berniat nak target Zul tapi kebetulan webhost tu kena godam kot.
    Hari tu ada kawan saya kat forum orang putih kena godam, dia mati-mati ingat orang nak kenakan website dia, sedangkan website dia tentang wedding preparation je… kami orang pun heran jugalah…
    Rupa-rupanya webhost dia yang kena godam, so terkena kat web dia…

    Oh ye, berbalik pada topik Zul, memang kita harus ada prinsip dan tidak mudah kejap itu kejap ini. Bagi saya, saya sediakan list / plan setiap minggu tentang tugasan yang saya perlu lakukan kat PC. Kalau takde list tu mmg peninglah kepala. Mungkin one day saya updata website, another day tulis kat blog-blog saya, dan hari lain bina website baru. Ada juga time saya peruntukkan utk baca email dan newsletters. Macam time saya kerja kat ofis dulu je rasanya … 😉 Treat your internet business like a real brick-and-mortar business and InsyaAllah you will reap the profits like a brick-and-mortar biz…

  3. Kadang² kene rehat jugak minda tu..ambik masa untuk rehatkan minda..kesihatan pun aset kita juga.Kao tak sihat,business sama la kalo xde partner mcm saya ni.

    Memang e-biz ni,tak kenal masa..kadang² smpai 2,3 pagi wat keje..ada masa untuk berehat..

  4. saya pun terkejut bila bukak portal smartzul tempohari , selalunye sy selalu klik link kat situ utk ke blog smartusaha. bukak je web smartusaha terus kuar gambarajah tengkorak …confirm kena hack lagi …itu yg saya msg kat smartzul ..web smartusaha diantara website yg sy mesti lawat setiap kali online…your spirit inspire me …thanks …

  5. Terima kasih banyak-banyak hustlesoft. Entahlah, ada something wrong sikit dengan akaun hosting saya, mungkin ada yang berjaya pecah masuk pc saya. InsyaAllah, pihak hosting sedang membantu saya menyelesaikan masalah ini. Tapi ia tiada kaitan dengan company, sebab saya seorang ke yang kena.

    So sekarang, my portal is my blog. 🙂

  6. Kadang2 sukar juga untuk membuat pilihan terutamanya pilihan tersebut 2 2 bagus kejap nak yg ni kejap lagi nak yg ni pulak. Sukar membuat pilihan yg tepat…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *