Mengapa Pelancaran Besar-Besaran GAGAL?

Kita sering mendengar, si “A” berjaya buat berpuluh-puluh ribu dalam masa 24 jam dan beberapa hari sahaja. Ia bukanlah satu rahsia atau perkara mustahil. Saya telah terangkan di sini ‘rahsia’ tersebut.

Ia tidak salah. Itu adalah rezeki dan usaha mereka. Cuma apa yang ingin saya nyatakan pada kali ini adalah mengapa tidak semua orang mendapat hasil sebegitu? Kalau kita perhati elok-elok, hanya segelintir sahaja yang meraihnya. Si A, B, C dan D. Dan kemudian mereka menyatakan sesiapa sahaja mampu meraihnya. Adakah ia benar?

Setakat ini, saya tidak pernah lagi melakukan pelancaran besar-besaran untuk mana-mana produk saya. Sebaliknya sahaja hanya lakukan pelancaran biasa-biasa sahaja. Saya mempunyai alasan dan target tersendiri.

Pro dan Kontra Pelancaran Besar-Besaran

KONTRA:

  1. Mengambil masa yang banyak untuk persediaan. Sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum pelancaran.
  2. Dalam tempoh itu, anda perlu berpantang dengan tidak mempromosi (menjual) secara agresif kepada List anda.
  3. Bahagian sokongan pelanggan perlu sentiasa bersiap-sedia sepanjang tempoh pelancaran.
  4. Pakej hosting biasa tidak sesuai. Perlu gunakan pakej hosting yang lebih besar size bandwidth. Kalau ada modal, gunakan terus ‘dedicated server’.
  5. Sebahagian pembeli bertindak (membeli) bukan kerana minat atau mahu, tetapi kerana ‘terpaksa’ akibat tawaran terhad. Ini ada pro dan kontranya. Kekurangannya adalah kita mendapat pembeli yang tidak berkualiti.
  6. Pembeli-pembeli sebegitu akhirnya akan menyusahkan kita kerana kelak mereka akan mengatakan produk kita tidak berkualiti. Ini kerana mereka membeli kerana ‘terpaksa’, bukan kerana menilai dengan berfikir dahulu.
  7. Selain perkara ke-4 di atas, pembeli juga lebih mahukan bonus yang ditawarkan oleh rakan JV berbanding produk utama. Saya telah lalui di mana pelanggan mahukan bonus tawaran saya, dan bukan kerana produk utama yang dipromosikan. Jadi penjual produk utama itu akan mendapat pembeli yang kurang berkualiti.

PRO:

  1. Mendapat hasil yang besar dengan cepat. RM10,000 dalam masa 12-24 jam adalah perkara biasa.
  2. Kita hanya perlu menguruskan rakan JV sahaja dari segi bahan-bahan promosi dan memberi informasi semasa perkembangan pelancaran produk. Mereka yang akan ‘bekerja’ untuk kita.
  3. Akan mendapat liputan yang meluas di segenap sudut Internet seperti di blog, emel dan forum.
  4. Produk berkualiti atau tidak, orang akan tetap beli kerana tawaran terhad dan juga bonus menggiurkan oleh rakan-rakan JV. Berbeza dengan pelancaran biasa, mereka ada masa untuk menilai berdasarkan pendapat pembeli lain dahulu.

Tetapi, Mengapa Ramai Yang GAGAL?

GAGAL adalah perkataan negatif. Walaupun ia tidak enak didengar, namun dalam satu-satu masa, kita perlu menelan pahitnya. Mengapa ramai yang gagal melakukan pelancaran besar-besaran?

Pernahkah anda terfikir, mengapa setiap kali anda menjemput mana-mana Internet Marketer untuk ber-JV dengan anda, mereka langsung tidak membalas emel anda? Mengapa? Adakah kerana mereka sombong? TIDAK. Itu bukan sebabnya. Adakah mereka tidak cukup masa? Itu salah satu, tapi bukan sebab utama.

Jadi, apakah sebab utamanya?

Tahukah anda, rahsia utama dan terakhir Joint Venture dalam pelancaran sesuatu produk terutama produk digital adalah email marketing? Apakah perasaan anda menerima emel promosi produk yang terlalu kerap berkali-kali pada setiap hari atau jarak yang dekat? Sudah pasti ia amat memualkan membosankan bukan?

Jadi, Internet Marketer itu sudah pasti tidak akan menerima banyak jemputan JV dalam satu-satu tempoh masa kerana kekangan tersebut. Mereka tidak akan mempromosikan pelbagai produk untuk subscribers mereka dalam satu jarak masa yang sama. Paling lebih pun, hanya dua produk.

Mudah ceritanya di sini, dalam ramai-ramai Internet Marketer (pemilik produk), siapa cepat, dia dapat. Siapa yang dahulu mendapat persetujuan Internet Marketer itu, maka yang lain sudah pasti jemputan akan ‘ditolak’.

Selain itu, mereka para IM hanya mempunyai senarai emel (List) untuk kategori (niche) tertentu sahaja. Jadi kalau anda mahu melancarkan ebook mengenai masakan, agaknya sesuai atau tidak untuk List bagi kategori “buat duit?” Ia memang boleh, tetapi amat kurang sesuai.

90% Internet Marketer di Malaysia lebih berfokus kepada membina senarai emel (List) bagi kategori (niche) Internet Marketing dan juga buat duit.

Itulah sebenarnya di antara punca utama mengapa ramai Internet Marketer baru (bahkan yang otai pun) GAGAL melakukan pelancaran besar-besaran. Formula pelancaran ‘big launch’ hanya sesuai dalam satu-satu masa sahaja dan boleh saya katakan sebagai “NASIB“.

Cuba perhatikan, dalam setahun dua ini, produk Internet Marketer manakah sahaja yang sering dipromosikan? Bukan 10 orang, tetapi hanya segelintir. 1, 2, 3 dan 4 orang mungkin. Soalnya, mengapa hanya mereka? Saya telah siapkan satu artikel untuk menjawab soalan ini. Saya akan terbitkan nanti.

Penyelesaian? Lakukan sahaja pelancaran yang ‘biasa-biasa’. Contohnya pelancaran ebook Panduan Asas Paypal saya pada 25 Jun 2010 yang lepas, sehingga kini telah mendapat pembeli lebih daripada 100 orang. Tanpa pelancaran besar, tanpa bantuan ‘big IM’ dan tanpa promosi yang desperate ‘gila-gila’.

Dan sehingga ke hari ini, boleh dikatakan saya mendapat jualan pada setiap hari untuk produk tersebut. Ok lah tu kan? Saya bukanlah seorang yang terlalu ‘desperate’kan cepat kaya dan mahu duit yang besar dalam masa yang singkat. Prinsip saya adalah berniaga sampai mati dan kekayaan itu adalah satu proses. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Jadi cadangan saya kepada orang-orang baru dalam dunia Internet Marketing, usah terlalu mendambakan dan terlalu desprate mengharapkan bantuan daripada para Internet Marketer sedia ada. Siapalah anda pada pandangan mereka, melainkan anda mempunyai ciri-ciri atau usaha tertentu seperti yang saya tulis di sini.

Kalau anda sekadar mahu mereka promosikan, dan anda datang dengan ‘selamba dan sempoi’ tanpa perkenalan, hubungan, ‘pencapaian’ dan komunikasi yang baik, usah terlalu berharap, kerana anda PASTI KECEWA. PASTI.

Sebab itulah dari dulu bertahun-tahun saya sering mengulang: BINALAH LIST & BLOG SENDIRI. Tapi ramai yang tidak ambil pusing, malah bertangguh dan memberi pelbagai alasan (maafkan saya jika ada yang terasa). Selepas siap produk sendiri, barulah terkial-kial mahu melakukan promosi. Blog tiada, autoresponder pun tiada. Forum apatah lagi langsung tidak aktif.

Pengalaman Saya…

Saya berkata berdasarkan pengalaman saya pada tahun 2006 semasa melancarkan produk Pakej Kit Blogger. Pada masa itu, boleh dikatakan hanya beberapa orang Internet Marketer sahaja yang memiliki LIST. Nama-nama yang hebat sekarang belum lagi ‘wujud’. Lantas atas kesedaran itu, saya bina List sendiri beberapa bulan sebelum pelancaran Kit Blogger.

Hasilnya, saya berpuas-hati dengan usaha saya sendiri dan hasil yang diperolehi itu tanpa bantuan daripada sesiapa. Bukti? Saya hanya membuka program affiliate untuk Kit Blogger pada bulan Februari 2007.

Jadi saya mahu mana-mana Internet Marketer baru melakukan begitu juga. Usahlah terlalu berharap dengan bantuan orang lain. Sampai bila mahu begitu? Kita perlu berdikari dan kurangkan meminta-minta. Berusahalah di atas kaki sendiri (berdikari). Tiada jalan mudah untuk sampai ke puncak gunung. Kalau ada orang mahu membantu, sudah pasti ia satu peluang yang terbaik.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Mengapa Pelancaran Besar-Besaran GAGAL?

  1. yes, sangat kelakar (english = ironic)

    baru-baru ini, saya tengah fikir tentang “product launching” and nampak seseorang kata tentang types of launches

    1. quick launch – kalau sudah ada list dan mahu beri discount
    2. seed launch – kalau list anda sangat kecil
    3. internal launch – perlu setup yg betul. ini tidak digalakkan kalau langsung tidak buat quick launch dan seed launch
    4. JV launch – ini tidak digalakkan kalau langsung tidak pernah buat internal launch

    tetapi, sekarang, saya hanya buat seed launch (list kurang dari 50 orang) … 🙂 kesan taklah sangat blockbuster, tetapi betul kata SMARTZUL perniagaan buat sampai mati …
    tak payah desperate … 🙂

  2. “berniaga sampai mati” menarik tu. tp ada satu lagi frasa yg pernah menarik perhatian saya. “sekali buat bisnes, selama-lamanya buat bisnes” versi ringkas “sekali bisnes, selama-lama bisnes”.

  3. Saya sangat setuju dengan apa yang diperkatakan. Bukan mudah nak membuat promosi besar-besaran dan mendapat jualan yang banyak. Banyak perkara perlu dibuat terlebih dahulu iaitu menjalinkan hubungan dan membina kredibiliti bagi memudahkan usaha promosi dan mendapat jualan.

  4. Pandangan zul memang sangat bernas & kadang2 ‘kontroversi’ gak coz berlawanan dgn apa yg diwar-warkan sesetengah IM di luar sana. Sepanjang pengamatan saya zul memang mempunyai personaliti & aura tersendiri tidak mudah terikut-ikut dgn ‘angin semasa’.

    Apa yg saya paham daripada artikel di atas..untuk suksess dlm membuat jualan di internet adalah membina kredibiliti & keyakinan pembeli terutamanya jika sudah ada list yg berkualiti. Bukannya semata2 mengharapkan bantuan IM2 yg dah ada nama besar kerana mereka juga dah tentu mempunyai komitmen sendiri yg lebih besar..sebab tu ler banyak email2 yg dihantar kat mereka tak berbalas..! Benar seperti yg zul katakan jika dah ada perancangan yg rapi & teliti dah tentu bisnes internet apa jua bisnes akan mencapai kejayaan 😉

  5. Salam saudara SmartZul.

    Saya suka cara promosi yg dicadangkan oleh Tuan, ada benar juga apa yg telah diperkatakan oleh Tuan di dalam artikel ini. 🙂

    ”Berusahalah di atas kaki sendiri (berdikari)”.

    Menarik ayat di atas. Benar sekali. Walaupun agak lambat, tapi ‘seronok’.

    Salam maju jaya. 😉

  6. Salam SmartZul,

    Artikel ini sebenarnya teguran ‘lembut’ kepada mana-mana IM yang terlalu bergantung dengan JV. Sampai tak sudah blog sendiri pun takde, autoresponder pun tak tahu.

    Kenapa tidak kita membina list sendiri? Ya, memang ambil masa. Tapi hasilnya berbaloi dan kata orang ‘makan lama’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *