Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com


Ke KL Selama 3 Hari + Bengkel Perniagaan Internet

Apa khabar semua..

Pertama sekali saya berharap, pelajaran 3 hari yang telah saya buat memberikan serba sedikit manfaat untuk semua…

Baiklah, ini adalah post ‘terakhir’ saya sebelum saya ke KL petang ini. Esok – 27/1/2007 – adalah hari bengkel perniagaan internet ebizmalaysia.com di UKM Bangi. Ini adalah bengkel ke-3 kami dan kami sentiasa mengemaskini segala nota dan modul. Nak tahu tak. Saya dah berkali-kali mengemaskini modul perniagaan internet dan kini sikit-sikit bertambah bilangan muka-suratnya. Malah, saya terus menambah atau memberi sesuatu yang saya ada kepada para peserta bengkel. Dan ia percuma. :)

Di bengkel esok, insyaAllah saya akan kongsi beberapa perkara dengan para peserta dan salah satunya adalah ‘rahsia web audio’:

audio.png

Apa? Nak buat audio suara kat web tu pun ada rahsia ke? Ya.. Ada. ‘Guru’ saya banyak memberikan tips mengenai teknik membuat suara audio untuk web jualan kita. ;) Nak tahu, jomlah ke bengkel.. hehe.. Juga, saya akan kongsikan transkrip tulisan tangan saya mengenai teknik yang saya lakukan di mana telah memberikan hasil kepada saya lebih kurang RM3XXX.XX dalam masa tak sampai dua bulan yang tumpu kepada pasaran Malaysia sahaja.

Kepada peserta yang lepas, jangan risau. InsyaAllah dalam minggu depan, saya akan hantarkan tutorial web yang telah dikemaskini termasuk modul utama bengkel, dan beberapa perisian lain yang akan diberikan secara percuma untuk anda.

InsyaAllah, pulang dari KL minggu depan (mungkin isnin), saya akan melakukan beberapa kerja yang belum siap termasuk beberapa projek yang masih dalam senarai menunggu. Dan yang pasti, insyaAllah Pakej Kit Blogger versi re-launch akan dilancarkan minggu hadapan jika tiada aral melintang.

Nampaknya tahun ini saya lebih sibuk. Ada juga la jemputan dari beberapa pihak yang mahu saya menyampaikan serba sedikit mengenai ebiz ini.. Alhamdulillah. Apa yang saya impikan selama ni dah nampak hasilnya sikit-sikit. Actually, banyak lagi yang saya perlu belajar untuk meningkatkan tahap pengucapan awam saya terutama dalam ‘mengajar’ orang lain seperti di bengkel. Nak mengajar ni bukan satu perkara yang mudah, kena pandai explain dan banyak aspek kena ambil kira. Orang yang pakar sekalipun kalau tak pandai ‘mengajar’, hancurr.. ;) Alhamdulillah, sikit-sikit saya dah belajar daripada pengalaman.

Oklah semua, masa saya agak suntuk dah ni. Ada beberapa perkara yang perlu diuruskan sebelum bertolak ke KL selepas solat jumaat ni. Semoga anda semua sentiasa bersemangat dan pastikan 11 bulan yang masih tinggal untuk tahun 2007 ini diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.

Lakukan yang terbaik dan usaha tanpa putus-asa. Be yourself!

- zul

PS. Saya akan stay di KL sehingga hari Isnin.. Saya nak belanja saya, jom jumpa. hehe. ;)

PPS. 5/2/07 ini insyaAllah saya akan ke Konvensyen Alumni SaifulSham.Com. Tak sabar nak jumpa mentor dan kawan-kawan yang lain. Apa yang diberitahu, banyak teknik-teknik terkini yang akan didedahkan. Untungnya jadi protej mereka ni..

Wassalam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

3 Responses to “Ke KL Selama 3 Hari + Bengkel Perniagaan Internet”

  1. Maizul says:

    RM3XXX.XX tak sampai 2 bulan hebat tu Zul memang power…

  2. hapisol says:

    zul, good luck!

    semoga dpt melahirkan ramai lagi pakar IM mcm zul slps bengkel esok.
    belanja makan? saya pun ada kat kl esok, tapi setakat pkl 12 mlm saja, lepas tu saya kena balik kedah semula. kalau kita dinner sama2, ok ka? kalau ok, sms kat saya katakan zul ok.

  3. Hamid says:

    kena usaha lebih :wink:

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)