Ke Batu Pahat + Kubur..

Hari ni iaitu hari Ahad, 26/2, saya bersama 5 orang kawan lagi pergi ke Batu Pahat. Errm, bukan jalan-jalan cari makan, tapi ada kerja sedikit.. Saya ikut mereka sebab dah lama juga tak ‘jalan jauh’. Ya lah, asyik mengadap buku & komputer sahaja dan di kesempatan yang ada sedikit (hari minggu), saya ikutlah mereka.. Badan punya rezeki, sarapan pagi dan makan tengahari dapat makan free. Apa lagi, orang belanja lah.. Nasi beriani lagi tu.. 🙂

Baiklah, saya bukan nak ceritakan apakah yang saya buat kat Batu Pahat tu, atau apa-apa pasal tu. Cuma, semasa perjalanan (jalan kaki) ke masjid untuk solat zuhur berjema’ah, saya telah melalui sebuah perkuburan saudara kita se-Islam. Ermm, kalau ikutkan dah lama tak ke kubur terutama melawat kubur saudara mara & ahli keluarga terdekat. Al-maklum, saya kat Johor dan kampung di Kelantan, balik hanya sekali dua setahun.

Apa yang ingin dinyatakan adalah, apabila melihat kubur-kubur di situ, hati saya tersentak dan ‘ngeri’ apabila memikirkan mengenai kematian. Ya lah, sudah cukupkah amalan kita? Dalam satu hari berapa kali kita beristighfar? Kerja atau perkara-perkara salah yang kita sedar ia salah, masih lagikah menjadi tabiat kita? Fikirkanlah, bila anda dimasukkan ke dalam liang lahad, dikambus dengan tanah, gelap-gelita menemani anda. Kecuali bagi orang yang beriman dan beramal sholeh, mereka diluaskan kuburnya, diberi cahaya untuknya sehingga tiba hari kiamat. Bagi mereka yang banyak dosanya, sudah jelas dinyatakan diancam keperitan seksaan di dalam kubur.. Anda tahu, tak perlu saya ceritakan.

Apakah kaitan perkara ini dengan perniagaan internet? Entah apa-apa zul ni.. Ya, ada kaitan! Kita sebagai umat Islam, janganlah begitu gelojoh, tamak dan ‘gila’kan harta dan dunia tanpa mahu memilih dan mengkaji sesuatu terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jika ulama’ mengatakan sesuatu itu haram, maka turutilah. Mereka lebih faham dan lebih mempunyai cahaya hidayah yang lebih tinggi daripada kita. Maafkan saya kerana menggunakan perkataan HARAM dan tidak menggunakan perkataan TIDAK BOLEH. Kedua perkataan ini jauh bezanya dan kekadang sama maksudnya. Perkataan haram lebih jelas dan mudah untuk difahami..

Saya amat berharap dan ingin mengajak bersama sahabat semua agar kita menjadi usahawan yang bukan sahaja berjaya di dunia, bahkan kita juga berjaya di ‘sana’. Jadilah usahawan internet atau usahawan apa sahaja yang mengikut lunas-lunas dan garisan Islam agar harta dan pendapatan kita diredhai oleh ALLAH Yang Maha Pemurah.

Bagi mereka yang melakukan program atau perniagaan yang jelas dan nyata diharamkan oleh Islam, segeralah meninggalkannya. Anda hanya mendapat kekayaan di sini sahaja, tetapi anda tidak mendapat kekayaan iman dan keredhaanNya. Dalam tak sedar, anda sedang berada di dalam kemurkaan Yang Maha Esa.

Usahawan Islam yang sejati adalah usahawan yang bukan hanya mengumpul kekayaan dunia semata-mata, tetapi mereka sentiasa taat dan mengikut garisan Islam, redha dan menerima apa sahaja perintah Allah. Mereka juga bukan mementingkan kekayaan semata-mata, tetapi hati mereka jelas, terang dan nyata apakah matlamat hakiki mereka di dalam kerja perniagaan dan keusahawanan. Ya, usahawan Islam tahu matlamat hakiki mereka.. Fikir-fikirkanlah dan renungkanlah seketika apakah matlamat anda? Saya boleh memberitahu apakah matlamat hakiki yang patut kita ada, tapi apa kata kita sama-sama mengkaji, bertanya dan memikirkan matlamat hakiki ini? Kalau masih tak terjawab, jom pi tanya ustaz.. 🙂

Ingatlah, tatkala malaikat maut datang menjemput, segalanya tak berguna lagi, melainkan iman, taqwa dan amal sholeh..

Wassalam.

“Tak guna kaya berjuta, kalau takwa panjang sejengkal”

“Baik hidup beratap bocor, dari hidup mencari murkaNya”.

ikhlas,

mohd zulfadli.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Ke Batu Pahat + Kubur..

  1. Assalamualaikum,

    bagus penulisan ini, sebagai orang Islam, jgn asal boleh je. Nanti tak selamat hidup…sembrono tuh!

    Apa kata dalami/kembngkn lagi topic ini sbb penting. amal jariah u….

    insan_biasa.jb

  2. Ya betul. Kita perlu berhati-hati dan pandai memlilih program menjana wang din internet agar dapat duit yang berkat… 😉

    Juga jika jadi usahawan internet, jangan cuba guna kaedah yang salah dan tiadk ber-etika. Islam tidak mengajar cara-cara buruk seperti menipu, memfitnah, saling menjatuhkan dan lain-lain lagi.

  3. A’kum,

    saya pun sudah mula mengambil serious peluang2 biz on line ni… ada apa2 yang bagus tu boleh la share. Penatla bis menjait n kuih muih ni. nak branch out pulak – via d net!!! Doakan i ye.

  4. kubu kena ingat… mati pun kena sentiasa ingat. kita tak tahu di mana kita akan mati, bagaimana kita akan pergi… pelbagai ragam akan kita temui cara manusia itu pergi dari alam fana ini… dan itulah caranya untuk mengingati mati bagi mereka yang tahu kedudukannya di muka bumi ini…

    siapakah kita? apakah yang telah kita lakukan untuk diri dan keluarga kita dn juga sumbangan kita kepada masyarakat… sebagimana iklan khidmat maysarakat…

  5. Terima kasih diatas peringatan.
    Saya berharap sangat agar rakan² yang mengamalkan program² yang TIDAK BOLEH itu membaca artical ini.
    Semoga mereka sedar akan apa yang dilakukannya.

  6. peringatan yang cukup penting. kalo takder peringatan siapa lagi yang nak ingatkan diri kita ini. banyaj pengajaran yang kita boleh ambil dari apa jua peringatan yang diberikan kepada kita…

    jangan tak ingat apa-apa dah laaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *