Kaya dan berjaya dengan Bisnes Affiliate

“Bisnes Affiliate? Err, bukankah Affiliate itu sebuah program dan bukan bisnes?”

Jawab saya, “Ya, memang betul. Tapi kita juga perlu tahu, bisnes yang sebenar pun boleh menjadi sebuah program jika tidak kena caranya.”

Yang bertanya tadi mula buntu dan keliru.

Saya mula menjelaskan, “Apa sahaja kaedah di dunia ini yang ada produk untuk diniagakan dan ada penjual serta pembeli, maka itulah sebahagian daripada perniagaan. Maka begitulah juga dengan program affiliate, kalau kita serius dan betul-betul merancang, ia boleh menjadi sebuah bisnes yang amat menguntungkan.”

Tiba-tiba dengan spontan beliau bertanya, “Habis, bagaimana pula dengan bisnes sebenar yang boleh menjadi program?”

Saya menjawab ringkas, “Bagaimana tidak begitu, jika empunya bisnes bermalas-malasan sehingga hasilnya amat kecil berbanding mereka yang melakukan ‘program affiliate’ yang mendapat hasil yang amat besar. Sesuatu yang pelik jika bisnes sebenar dikalahkan oleh ‘kaedah picisan’.”

Tambah saya lagi, “Dan jika bisnes sebenar dijalankan dengan kaedah skim cepat kaya, maka jadilah ia sebuah program jana duit, bukan lagi bisnes sebenar.”

Individu tadi mula menampakkan minat. Tanpa sempat beliau berkata-kata, saya menambah lagi, “Walaupun kita hanya digelar sebagai agen affiliate, tetapi jika kita serius dan berfikiran seorang usahawan, kita boleh menjalinkan kerjasama yang utuh dengan pemilik produk yang kita promosikan itu. Lantas kita sudah bergelar rakan niaga, dan bukan lagi agen biasa-biasa. Malah boleh pergi jauh daripada itu jika kita kreatif.”

“Sebenarnya apa sahaja yang kita lakukan, kita sendiri yang akan mendefinisikannya iaitu dengan bagaimana kita melakukannya. Ia boleh menjadi sebuah program atau bisnes sebenar. Jika buat secara ala kadar, maka itulah sekadar buat duit. Jika buat bersungguh-sungguh dan berimpian besar, itulah sebuah empayar perniagaan.”

Beliau terus bangkit berdiri, “Wah, jika begitu saya berminat!”

Entah mengapa beliau begitu teruja. Namun dari kotak pengalaman saya, tindakan sebegitu biasanya berlaku kerana mereka melihat sesuatu dari sudut yang berbeza, malah terlalu unik bagi mereka.

“Saya mahu bermula kembali dan menjadikan affiliate sebagai sebuah bisnes yang menguntungkan!”

Dalam hati saya, “Eh, macam ayat aku saja?”

-Cerita Tamat-

Begitulah kisah ‘ciptaan’ saya. Namun ia tidak mustahil boleh berlaku di dunia sebenar. Ya, selama ini kita mendengar di sana sini bahawa program affiliate hanyalah sekadar program affiliate semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Ia sekadar picisan yang tidak dapat menandingi bisnes sebenar.

Tetapi, pandangan saya mula berubah apabila melihat para Internet Marketer luar negara begitu serius dalam bidang ini. Mengapa mereka memiliki pasukan sendiri, menubuhkan syarikat untuk mempromosikan produk orang lain dengan serius, mengadakan konferens besar-besaran sepertiΒ Affiliate Summit dan pelbagai lagi aktiviti ‘ilmiah’? Dan ya, mereka melakukannya sepenuh masa.

Keyakinan saya mula mendadak naik apabila melihat perkembangan perniagaan internet di pasaran Malaysia terutama produk digital. Jika dahulu pendapatan affiliate seseorang Internet Marketer hanyalah ratusan ringgit atau ribuan ringgit, tetapi itu semua telah tinggal sejarah. Kini, individu yang membuat pendapatan affiliate untuk satu produk, lebih daripada RM10,000 pun sudah ada!

Saya ada menulis di Facebook mengenai affiliate ini:

Mohd Zulfadli FB

Ya, saya ‘menyesal’ sebenarnya kerana saya bermula dengan cara yang ‘susah’ iaitu menjual produk sendiri *(awal tahun 2005). Tatkala orang lain hanya perlu mengasah parang (ilmu promosi), saya pula terpaksa membuat parang; mencari dan menyediakan bahan-bahannya dan pelbagai lagi proses membuat sebilah parang sebelum mula dapat mengasahnya.

Tatkala “agen affiliate” boleh mempromosikan bila-bila masa sahaja apa jua produk dalam masa sesingkat 24 jam atau beberapa jam sahaja, usahawan lain (yang fokus pada produk sendiri) masih sakit kepala dan tidak tidur malam menyiapkan produk sendiri.

Cek Affiliate

cek affiliate

Saranan Saya

Jika anda mahu melibatkan diri dalam bidang bisnes affiliate dan tidak mahu melakukan ia sebagai ‘program picisan’ semata-mata, ini cadangan saya:

  • Bentuk kepercayaan yang baru. Affiliate adalah satu cabang bisnes yang amat menguntungkan. Selagi ada produk dikeluarkan, selagi itu peluang bisnes akan tetap ada. Ia BUKAN program picisan dan bukan pilihan terakhir. Ia sama hebat seperti mana kaedah lain (Ebay, produk sendiri, blogging dan lain-lain).
  • Kumpul LIST (list building) dan asah kemahiran “email marketing” (cara promosi yang betul melalui emel). Email marketing adalah salah satu cara promosi yang cepat, mudah dan jimat kos.
  • Bentuk satu pasukan sendiri. Ia sama ada rakan niaga atau barisan staf atau freelancer. Mereka ini akan bersama-sama dengan anda menjalankan bisnes affiliate secara serius dan menyasarkan pendapatan yang BESAR.
  • Belajar dengan sekurang-kurangnya seorang yang telah berjaya. Jadikan mereka sebagai mentor. “Taklid” sepenuhnya kepada mazhab mereka dahulu sebelum mengikuti “ajaran” yang lain. TAPI… Pastikan mereka mengamalkan cara yang HALAL dan BERETIKA.
  • Dalam bisnes affiliate, jangan fokus kepada satu niche sahaja. Bebaskan diri kita daripada bergantung kepada satu bakul sahaja. Ia amat merugikan.
  • Lakukan secara profesional dan terurus. Mesti rajin dan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar melepas batuk di tangga atau bermusim-musim.
  • Gunakan apa sahaja yang memudahkan kerja kita seperti bahan-bahan PLR yang boleh kita ubahsuai menjadi pelbagai bentuk. Dalam kata lain, LEVERAGE sehabis mungkin.
  • Apa pun keadaan, pertimbangkan buruk dan baik, dosa dan pahala. Jangan perkara haram pun dibuat walaupun ia kecil. Contohnya, mempromosikan produk yang haram di sisi Agama.

“Bisnes Affiliate Memang Syok!”

  1. Mampu memiliki masa yang bebas.
  2. Boleh bergerak ke mana sahaja tanpa kekangan.
  3. Tidak perlu pening kepala menguruskan produk dan karenah pelanggan.
  4. Ia boleh diautomasikan sebahagian atau sepenuhnya.
  5. Jumlah pendapatan tanpa had! Malah anda boleh tentukan sendiri jumlah yang anda mahukan.
  6. Mempunyai banyak pilihan produk untuk dipromosikan.
  7. Tidak perlu menyimpan stok! Ya, saya ulang sekali lagi; tidak perlu menyimpan stok walaupun produk yang anda promosikan itu adalah produk fizikal!
  8. TIDAK PERLU TERGESA-GESA BERHENTI KERJA. Anda MAMPU mendapat pendapatan lumayan tanpa perlu berhenti kerja.
  9. Memerlukan kemahiran teknikal yang minima.
  10. Jangka hayat bisnes adalah selari dengan kadar pertumbuhan bisnes. Bermaksud, selagi ada produk, selagi itu bisnes affiliate akan terus bertahan.
  11. Kos dan risiko yang amat rendah!

Saya yakin anda mula tidak duduk selesa. Malah gelisah hampir menguasai diri. Fikiran pula melayan-layan memikirkan sesuatu yang sungguh membuai diri.

TETAPI percayalah. Kesemua kelebihan di atas tidak akan dimiliki jika kita hanya menjadi penonton semata-mata. Kita perlu BERTINDAK. Belajar, buat betul-betul dan kemudian dapat hasilnya. Dan semuanya mesti di dalam tempoh masa yang ‘pantas’, tanpa bertangguh-tangguh.

Akhir kata, bisnes affiliate adalah salah satu jalan yang dapat membantu kita memiliki hidup yang kaya (senang) dan berjaya.

PS. Sesiapa pun mampu mendapat ribuan ringgit walaupun secara ‘part time’, jika betul kaedahnya. Caranya,Β belajar daripada mereka yang tahu dan telah mendapat hasilnya.

[Hot!]Β Program Affiliate Pakej Pelancongan

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

        • Saya suka penerangan yang ringkas dan padat di samping penggunaan ayat yang baik πŸ˜‰

          Tahniah diucapkan.

        • Pembeli mahu “joran” terus, bukan mahu mendengar cara buat joran. πŸ˜€

          Mereka terus mahu menggunakan joran itu untuk memancing ikan.

          Sama juga dengan ebook yang terus terangkan apa yang perlu dibuat atau terus berikan step by step. Pembeli terus tahu apa yang perlu dilakukan berbanding membaca penerangan teori yang panjang lebar.

  1. Kini affiliate di pasaran tempatan juga memberikan pendapatan yang lumayan.

    Apa yang pasti segala ayat yang digunakan oleh Tuan Zul di atas benar-benar belaka.

    Tidak perlu pening kepala, cuma perlu bijak menambah value yang sedia ada. πŸ˜€

  2. Terima kasih saudara SmartZul. Benar kata Emme, artikel yang benar-benar membakar semangat dan juga perkongsian yang bermutu seperti kata Razif.

    Semoga blog ini akan terus ‘ada’. πŸ˜‰

    Chia you!

  3. Maafkan saya.. sedikit pembetulan.. he2 πŸ™‚

    Terima kasih saudara SmartZul. Benar kata saudara/i Emme, artikel yang benar-benar membakar semangat dan juga perkongsian yang bermutu seperti kata saudara Razif.

    Semoga blog ini akan terus β€˜ada’. πŸ˜‰

    Chia you!

  4. Post nie pasti membuka mata semua pembaca yang masih ragu2 tentang peluang Bisnes Affiliate dan teknik/kemahiran yang diperlukan untuk menjana pendapatan lumayan… Thanks bro Zul πŸ™‚

  5. Kha belum pernah lagi ‘berjaya’ dengan affiliate..tapi mana tahu suatu hari nanti mungkin boleh berjaya..banyak lagi perkara yang nak dipelajari & Kha belum tahu dalam modul affiliate..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..salam bisnes πŸ™‚

  6. salam tuan zul..
    Dalam bisnes affiliate, jangan fokus kepada satu niche sahaja.
    Bebaskan diri kita daripada bergantung kepada satu bakul sahaja.
    Ia amat merugikan.

    Saya nak tanya apa maksud tuan zul.
    bukankah kita di larang tamak dalam menjalankan
    bisnes affiliate…

    • Salam Tuan Awiefie,

      Seperti yang saya jawab melalui emel:

      Salam Awiefie,

      “Larangan tamak” itu sebenarnya jika kita tidak mampu melakukan banyak perkara seorang diri sahaja. Tetapi jika kita ada kemampuan sama ada dari segi modal, tenaga kerja, masa dan lain-lain, boleh sahaja buat pelbagai perkara.

      Saya menyarankan mempromosikan pelbagai produk dalam pelbagai niche kerana di internet banyak peluang yang ada. Keduanya, kalau satu produk niche itu “jatuh”, kita masih ada lagi niche yang lain. Ketiga, affiliate boleh diautomasikan dan kita tidak perlu menjadi pakar dalam niche tersebut. Kerja kita hanya mempromosikan.

      Pendek kata, setakat manakah kemampuan kita? Kalau kita mampu buat satu niche sahaja, itulah kemampuan kita. Kalau kita mampu buat beberapa niche, itulah yang kita mampu lakukan.

      Akhir kata, jangan terlalu berpegang kepada mana-mana saranan kebanyakan orang, termasuklah saranan daripada saya kerana ia ada betul atau salah. Kalau ia betul pun, belum tentu ia sesuai untuk kita.

      Kita perlu berani untuk mencuba pelbagai perkara dan mengujinya sendiri. Lain jika kita baru bermula, berpegang kepada satu-satu pandangan adalah penting, tetapi ia bukanlah untuk satu tempoh yang lama (selama-lamanya).


      Zul

  7. Pingback: Perniagaan Internet Tanpa Modal | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  8. Pingback: Jual Ebook = Pendapatan Pasif | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet