Kawan, Pesaing dan …… + Profesional + Selisih Pendapat

Pepatah ada menyebut, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pepatah saya pula: “Jangan menduga lautan luas, kalau tak tahu berenang..”. hehe.. Ok, post kali ini mungkin agak serius sedikit.

Mungkin jika anda ahli forum wangcyber, anda mungkin sedikit sedar bahawa 2, 3 menjak ini saya berubah sedikit pada gaya penulisan. Maafkan saya jika ada yang terasa, tapi bagi saya, kita perlu berkata benar, walau ia pahit sekali mana pun. Di dalam berforum, kita mesti memberikan respons yang membina, dan saya biasanya TIDAK akan menyebelahi mana-mana pihak. Hatta kadang-kadang, saya berselisih pendapat dengan moderator yang lain, TAPI kami tidak menjadikannya SEBAB untuk tidak bertegur sapa. Kami menjalankan kerja secara profesional dan kami saling memberikan idea yang kadang-kadang tidak sama. Tapi, kami tetap profesional, insyaAllah.

Apa yang saya ingin maksudkan mengenai perselisihan pendapat di atas adalah, kita kadang-kadang terpaksa akur jika pendapat kita lemah. Keputusan majoriti dalam sesuatu kumpulan perbincangan mesti diterima dengan hati yang tenang, kerana biasanya keputusan ramai adalah lebih menuju ke arah yang tepat berbanding keputusan individu. Jadi, pelajaran yang saya ingin bawakan adalah, berselisih pendapat tidak mengapa, TETAPI JANGAN sesekali menyimpan dendam dan api kebencian. Semoga Allah menjauhkan kita dari keadaan itu. Jadilah seorang yang profesional dalam apa saja aktiviti.

Topik lain pula adalah: Antara kawan dan pesaing. Persoalan besar di sini adalah, pesaing bisnes kita adalah kawan sendiri. Kebanyakan orang terasa serba salah untuk bersaing dengan kawan sendiri, maka sebab itu mereka TIDAK MAJU. Saudara, apabila kita masuk sahaja ke medan perniagaan, istilah kawan adalah no 2, mereka adalah pesaing anda! Bukan bermaksud mereka bukan kawan anda atau perlu membenci mereka, tetapi anda perlu bersaing SECARA SIHAT dengan mereka. Dan mereka, perlulah memahami situasi ini, lebih-lebih lagi jika sama jenis perniagaan.

Merujuk kepada pepatah di awal tulisan ini, jika anda takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Begitu juga bisnes, kadang-kadang amat pahit dan berat untuk kita meyaingi kawan seperjuangan kita sendiri. Namun, sedarlah, ia adalah adat dunia perniagaan. Jika anda takut atau kesian dengan kawan anda (pesaing), maka tak perlulah anda berniaga atau bukalah bisnes bidang lain. Persaingan adalah satu cabaran, jangan jadikan ia sebab untuk kita berbalah sesama sendiri. Jika anda seorang usahawan yang sebenar, maka anda jangan sesekali menyimpan dendam kepada pesaing anda yang juga sebagai kawan anda. Kerana, seorang usahawan sebenar TIDAK CEPAT melatah, takut, gusar, dengki, berdendam, kedekut dan lain-lain. Soal diri anda sekarang, adakah anda mempunyai ciri itu? Jika anda cepat gusar dan takut, mungkin ada sesuatu yang hilang dalam jiwa dan diri anda.

RAHSIA BESAR BISNES

Saya mempunyai beberapa rahsia dan kunci-kunci bisnes yang diamalkan oleh ramai usahawan offline atau online. Dan ingin saya nyatakan, saya akan dedahkan satu persatu rahsia-rahsia itu untuk MENDIDIK ANAK BANGSA saya. Saya tidak mahu mati membawa sekali ilmu yang ada ke dalam kubur, kerana yang tahu adalah WAJIB menyampaikan kepada yang tidak tahu. Kelak, anak bangsa sendiri hancur dan mengalami dunia gelap. Tak wajar kita sahaja yang senang, tapi bangsa dan yang seAgama sendiri susah tak keruan. TAPI, seperti ilmu silat, rahsia-rahsia besar itu tidak mudah disampaikan begitu saja. Hanya ‘yang berhak’ sahaja perlu menerima ilmu ‘hebat’ sebegitu. Jika tidak, ilmu yang baik akan makan diri sendiri. 🙂 Bagi saya, rezeki tak ke mana. Semakin kita menyampaikan ilmu, semakin besar rahmat Allah dan rezeki melimpah-ruah. Kita perlu tahu akan hal ini..

Awas usahawan sedia-ada: Rahsia besar itu mungkin boleh mengganggu gugat kedudukan bisnes anda. 🙂 Bukan gurauan, tapi kenyataan. Saya terpaksa menyatakan hal ini awal-awal kerana, saya adalah seorang educator yang benar-benar mahu melihat kejayaan umat ini. Tak guna kita hanya tahu bercakap besar mengenai bangsa, tapi kita merahsia ilmu yang patut disampaikan yang perlu mereka ketahui.

BERKATA BENAR

Di dalam perniagaan internet, saya akan sampaikan segala perkara yang benar apa yang saya tahu. Mungkin apa yang diberitahu itu sedikit menjejaskan perniagaan pesaing saya, yang juga mungkin kawan bisnes saya. Maaflah, kerana prinsip saya, akan menyatakan kebenaran walau ia pahit, kerana bagi saya, amat berat untuk menyimpan sesuatu perkara yang wajar orang lain tahu, tapi kita rahsiakan. Lagi-lagi perkara yang akan memberikan kesan negatif kepada mereka.

Info: Mungkin tulisan saya kali ini agak kontroversi, tapi saya akan menanggungnya. 🙂

Saya akhiri tulisan ini dengan satu firman Allah yang Maha Agung:

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-hadid:20)

Semoga kita sama-sama dapat bergandingan bahu agar umat ini maju di segenap bidang tanpa ada rasa curiga dan dendam antara satu sama lain.

Wallahu ‘alam.

PS. Jangan sesekali anggap saya alim atau warak atau seorang yang tinggi ilmu Agama. Amat jauh sekali…. Saya orang biasa dan cuma seorang muslim yang cuba mempraktikkan ajaran yang kita anuti dalam bidang bisnes ini secara praktikal dan terus-terang tanpa selindung. Moga kita sama-sama dapat manfaat. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Kawan, Pesaing dan …… + Profesional + Selisih Pendapat

  1. ada satu yang tersirat dalam tulisan saudara kali ini saya tidak mahu bertanya tapi masih boleh memahami…dan agak bagus juga. Tulisan saudara actually banyak membantu pada yang baru…maybe itu target saudara…sebagai orang baru terima kasih dari saya…semoga saudara terus maju. Yang penting pada Newbie jangan cepat mengalah…berniaga/untung bukan untuk satu hari tapi kalo boleh selamanya.

  2. syabas zul..! saya memang sokong 100% ttg tajuk rahsia besar bisnes dan berkata benar itu.hati saya terpanggil utk tulis komen ini setelah sekian lama saya menjadi pemerhati setia saudara.memang ramai “orang kita” bersikap demikian.malah terlalu ramai jika dibandingkan dengan “orang lain”.sebab itu lah “orang kita” ketinggalan dalam perniagaan.saya sebenarnya telah lama berkecimpung dgn bisness off line.”orang kita” tidak ada sikap mahu tolong sesama sendiri dalam perniagaan.kebanyakannya mahu “kaya sorang”.mereka banyak meminta bantuan dari bangsa sendiri dan menyenangkan bangsa lain.jangankan rahsia yg besar,malah rahsia yg kecil pun mereka susah nak beritahu pada orang lain yg baru berjinak2 dgn perniagaan seolah2 rezeki nya akan diambil oleh orang yg bertanya.padahal itu lah puncanya ALLAH akan tambahkan lagi rezekinya.

  3. smartzul…saya sebenarnya senang sekali dgn gaya tulisan saudara, mudah difahami dan tersusun.Amat bertuah sebenarnya sesiapa yang berpeluang sampai dan singgah di smartusaha.com. (setakat ni saya dah rekomen 2 org kwn yg berminat utk explore)Hanya kadangkala sikap segelintir masyarakat kita yg enggan berkongsi petua hebat menyebabkan segala apa yg dilakukan membuang masa.Semoga terus kekal dgn ketelusan dan kecemerlangan.Amin.

  4. drpd umur 13 thn lagi. saya sudah mendapat bantuan drpd kawan2, dan sehingga hari ni, saya masih mengutamakan nilai persahabatan kawan2 tersebut. dan kawan2 yg teringin berkongsi susah senang itulah kawan2 sejati kita dunia akhirat.

  5. Zul , cakap apa yg zul nak cakap- biar semua tau.. apa yg zul cakaptu tidak ada lain sememangnya benar. Orang2 kita ramai yang memiliki PHd[ nanti ramai yg marah ni …] lagi satu zul – awas !! musuh zul sedang berlegar2 disekeliling zul. Kalau silap haribulan nanti dia ngap Zul…tapi saya percaya yg benar itu tetap benar dan kebenaran itu menjadi perisai utk Zul..
    Insyaallah…..
    zali

  6. zul, tak ramai org yang berilmu berpendapat mcm ni. Ramai org berilmu tukarkan ilmu yg ada dgn duit semata-mata tanpa hiraukan pembangunan ummah. Sekiranya kita tgk di mana ulamak-ulamak mahsyur terdahulu suka menulis kitab dan kitab-kitab tersebut menjadi panduan seluruh umat manusia. Amat besar balasan yg mereka akan terima nnt. Dgn ilmu juga, pahala dpt di ftp ke alam barzakh tp tidak duit walaupun ada online banking spt maybank2u..

    Zul, teruskan….

  7. Ya, saya pun perasan juga tempo dan gaya penulisan bro lain skit skrg ni. Apapun pada saya itu satu perkara biasa. Pada saya perselisihan pendapat itu pun boleh dikatakan rahmat juga. 🙂

  8. dalam ikatan persahabatan, ikhlas saya berkata orang kelantan cukup setia kepada sesama sendiri dan sanggup menolong ketika susah. saya bukan nak mengangkat ekor etnik sendiri tetapi itulah yang saya alami selama saya berada diperantauan. kalau takde duit kat stesen bus , berani tak mintak duit kat orang, dan adakah orang bagi? tetapi kalau sesama kelantan confom dia bagi, takyah bagi alasan. tetapi setia orang jepun lagi hebat…….

  9. aku suka cerita baru zul(zul kini), mirip kepada usdota.com, gaya orang tua bercerita, gaya macam bekas pelajar sekolah aliran agama. yang pelik itu aku suka. go ahead zul…..

  10. Saya amat tertarik dengan tulisan Sdr Zul kali dan begitu komen2 sdr/sdri yg memberangsangkan. Perkara sebegini berlaku dimana2 bukan saja dlm bisnes saja. Yang penting NAWAITU anda, setiap amalan tu bergantung kepada niat kan… InsyaAllah, kalau nawaitu tu BETUL, dengan izinNYA, kebenaran akan timbul.

    Blog ini adalah blog pertama yang saya “jumpa” semasa surfing mencari rujukan utk peluang bisnes kat internet sejak lebih sebulan ni dan ianya telah menjadi penghubung utk saya meninjau lain2 blog dan laman web terutamanya yg digerakkan oleh anak bangsa. Saya bangga dgn kebolehan, keupayaan anak2 muda kita. Mudah2an sdr Zul akan terus cekal menghadapi cabaran dan selagi sdr “walk the talk” dan istiqamah dgn NAWAITU sdr, saya percaya sdr boleh BERJAYA. InsyaAllah

  11. Terima kasih semua. Err, kadang2 saya rasa segan lakss.. 🙂 Jangan dipuji sangat usaha saya ni, just orang kata perkongsian dan sama-sama mengingatkan jer. Tak lebih dari tu.. Saya tak hebat sangat, jangan anggap lebih2 lak. hehe.. Kita sama2 berusaha, insyaAllah. 😉

    InsyaAllah, saya akan usaha lagi untuk berjaya dan sokongan anda semua akan menjadi dorongan untuk saya lebih berjaya. Kelak, saya akan pastikan anda juga berjaya.

    Pasal musuh tu, saya TAK TAKUT. Hidup mati ALLAH yang tentukan. Tapi, takkanlah nak bagi nyawa macam tu jer kan? Kenalah berusaha agar kita sentiasa selamat. 😉 Motivasi kita dalam hidup ni adalah para Nabi dan sahabat rasulullah serta imam-imam besar. Mereka rela terseksa, TAPI mati dalam iman dan amal soleh. KERANA…. Mereka yakin akan hakikat hidup ini yang sebenar. InsyaAllah.

    Wassalam.

    PS. Dalam mana-mana penulisan saya, kadang2 ada orang terasa. Nak wat camner, saya tak ada niat pun. Mungkin anda terasa, bagaimana pula orang lain? hehe.. Kalau terkena kat batang hidung anda, maaflah yer.. 🙂

  12. itulah dia asam garam dalam perniagaan, persaingan adalah biasa untuk meningkatkan skill kemahiran perniagaan masing2. rezeki telah disediakan cukup untuk semua orang…

    kalo nak bersaing, dah tentu dengan cara yang sihat… setakat mana sangat nak bersaing nih… hanya dibumi malaysia sahajakah? dah tentu kita akan bersaing dengan lebih gigih lagi sekiranya berada di pasaran antarabangsa…

    kalo terasa kesian sedikit sedikit lain citer laa. anda dengan cara anda dan kawan anda dengan caranya yang tersendiri… hari ini rezeki beliau, esok lusa rezeki kita… kita tak tahu banyak mana yang kita akan dapat samada bersaing ataupun tidak…

  13. bersaing secara sihat adalah diwajibkan…
    jangan sesekali menjatuhkan orang atau pesaing…
    pesaing mungkin kawan kita…
    tapi dalam perniagaan adalah tiada kawan…
    jangan salah faham pula dengan ayat saya tu ok…
    dalam perniagaan, kalau kawan kita bersaing dengan kita bermakna dia dah pesaing kita…(dlm perniagaan)
    kalau di luar, kawan tetap kawan…

    han

  14. apa sahaja akan dilakukan jika hati dah penuh dengan kesumat dengki yang bermaharaja lela… tak senang duduk tengok orang senang. kenapa begitu heh??? takleh ke orang lain senang kita tumpang gembira walau takleh tumpang senang? senang hati okeh jugak…

  15. Aslm saudara.. terima kasih atas perkongsian saudara.. saya mmg mencari-cari jawapan dlm persoalan ini. Dan ternyata hasil perkongsian saudara membantu saya memahami situasi yg saya alami sekarang. Semoga saudara meneruskan perkongsian-perkongsian sebegini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *