Rahsia Untung Besar Perniagaan Internet!
Kita memang tahu, trafik yang tinggi ke laman web adalah faktor penting untuk meningkatkan jualan. Kita juga tahu, surat jualan di laman web juga memainkan peranan yang amat penting.Namun, tak semua usahawan Internet mengutamakan satu langkah penting yang menentukan produk laku atau tidak.
Tidak lain dan tidak bukan ialah kaji selidik (survey).
Di dalam perniagaan, anda tidak boleh menjual sesuatu yang adan rasa boleh dijual atau sesuatu yang anda mahu jual. Yang sebetulnya anda mesti jual sesuatu yang orang ramai mahukan. Maka barulah pembelian masuk mencurah-curah tanpa henti.
Jangan, jangan dan jangan sesekali mula menghasilkan produk tanpa melakukan kaji selidik ini jika anda tidak mahu menanggung kerugian yang besar (kos, tenaga dan masa).
Bayangkan, anda meluangkan 3 bulan untuk menghasilkan satu produk, tapi selepas mula mempromosikannya kepada ribuan orang, yang beli hanya beberapa orang sahaja.
Kenapa ini berlaku? Tak ada sebab lain melainkan anda menjual produk yang orang tidak mahu.
Untuk mengetahui apa yang orang ramai perlukan, tiada cara lain melainkan melakukan sedikit soal selidik. Pada artikel ini, saya kongsikan kepada anda tiga cara mudah untuk melakukan kaji selidik:
Cara 1: Tanya pembaca blog anda. Caranya, buatkan satu Post yang khas bertanyakan mengenai persoalan yang berkaitan. Katakan anda ingin hasilkan sebuah ebook mengenai memancing ikan. Tanya mereka, apa yang mereka mahu tahu pasal memancing ikan?
Tapi seboleh yang mungkin blog anda itu ada kaitan dengan memancing ikan. Ini kerana kita perlu bertanya soalan yang berkaitan dengan minat pembaca.
Sebagai contoh, pembaca blog SmartUsaha.com ini minat untuk berniaga di Internet, maka soalan yang patut saya tanya ialah yang berkaitan dengan perniagaan Internet.
Persoalan anda itu akan dijawab oleh mereka pada bahagian pendapat (komen). Kalau anda belum anda blog, boleh buat satu dengan merujuk Pakej Kit Blogger.
Cara 2: Bertanya di forum. Tanyakan soalan yang berkaitan di forum yang mempunyai ramai ahli. Jika boleh, forum itu adalah tempat berkumpulnya mereka yang minat dengan topik persoalan anda.
Jika soalan kaji selidik anda mengenai memancing, sudah tentu anda buka pertanyaan di forum yang berkaitan dengan memancing.
Berikut adalah salah satu survey yang saya lakukan di forum WangCyber.com:


Selain anda mendapat jawapan, anda juga boleh Create Poll (undian) di bahagian persoalan tersebut.
Sila ke sini untuk melihat kaji selidik yang saya lakukan tersebut.
Cara 3: Buat undian (Poll). Boleh juga gunakan sistem undian yang banyak di Internet (free atau berbayar). Yang free biasanya terhad. Bagi anda yang gunakan sistem WordPress, ada satu plugin yang boleh digunakan untuk melakukan Poll.
Salah satu plugin tersebut ialah anda boleh dapatkan di sini:
http://wordpress.org/extend/plugins/wp-polls/
Caranya, anda tanyakan satu soalan dan sediakan jawapan yang berkaitan. Sebagai contoh:
Soalan: Adakah anda mahu belajar cara memancing ikan sehingga mahir?
Pilihan Jawapan: Ya | Tidak
Contoh Penggunaan Poll (Guna Plugin): Saya letakkan poll di bahagian atas kanan blog saya ini. Salah satu poll (survey) yang saya lakukan ialah:

Daripada kaji selidik mudah ini, saya dapati bahawa masih ramai yang tidak memiliki blog dot com mereka sendiri. Bermaksud, produk saya Pakej Kit Blogger mempunyai pasaran tersendiri.
Kesimpulan Kaji Selidik
Berikan sedikit masa kepada usaha kaji selidik ini. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan. Kemudian, lihat dan analisis hasilnya.
Jika hasilnya menunjukkan ramai yang berminat dengan persoalan yang dikeutarakan, maka ia menunjukkan anda boleh menghasilkan produk yang berkaitan.
Sebaliknya, jika respon adalah kurang menggalakkan, maka kemungkinan besar idea dan persoalan yang anda keutarakan tidak diperlukan oleh mereka. Maka lupakan sahaja idea projek anda tersebut. Mulakan kaji selidik untuk projek lain pula.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kaji selidik adalah langkah utama dan pertama sebelum anda menghasilkan sesebuah produk. Jangan sesekali mula menghasilkan produk tanpa bertanya kepada target market anda dahulu.
Itu sahaja tip pada kali ini. Lakukanlah kaji selidik. Langkah ini akan menentukan produk yang mahu anda jual itu ada permintaan atau pun tidak. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
ps. Jika tiada aral melintang, salah sebuah produk terbaru SmartUsaha.com akan dilancarkan dalam masa terdekat. Harga special untuk 100 orang pertama termasuk hak jualan semula (Master Resell Rights). Saya akan maklumkan terus kepada mereka yang berada di LIST saya. Daftar di sini jika belum.









Apa yang telah didedahkan memang betul kerana saya pernah mempraktikkan sebahagian cara-cara tersebut. Alhamdulillah..keputusannya..positif
ARB Dagang.Com
http://www.informasi.arbdagang.com
survey? Idea yang bagus. Tapi kalau forum famous cam wangcyber, memang membantu. Kalau blog tak famous, aii..jangan harapla survey tu jalan..
Salam zul,
Bagaimana pula dengan situasi macam ni, sudah lakukan survey, dan hasil survey tersebut memang ramai memerlukannya. Tapi, bila keluar produk, tiada orang yang membeli?
Pandangan zul?
Mesti ada something wrong dengan marketing.
Sales letter, promosi, offer, price, design, etc… Semua faktor perlu diambil kira.
Salam…
Thanks zul
. Artikel yang bagus
Sebab tu kena build list. Kali pertama mereka ke web jualan kita, tak semestinya mereka akan beli terus. Bila mereka dah daftar ke list kita, kita boleh follow up mereka.
Kata pakar, biasanya follow up yg ke-X kali baru customer tu akan beli.
Betul tu dah survey baru boleh hasilkan produk…
Hm.. kalau ikut rating blog ligakampung ada satu keyword yang berprospek untuk ebook..
tapi masih mempelajari dulu tentang keyword tu..
dah mahir baru boleh jual…
Yup, ‘track’ keyword pun salah satu cara nak tahu apa yg orang cari.
tips yang berguna….lepas ni sy pun nakpasang poll kat blog
salam buat zul daripada zul.
Artikel ni sangat membantu dan by the way, persoalan saya terjawab tentang cara nak buat poll pakai plugin wordpress. Thanks zul. I am Looking forward for your upcoming products!
Assalammualaikum,
Saranan yg terbukti berkesan yg dikemukakan oleh sdr Zul.Saya pernah lakukan kaji selidik sedemikian .Hasilnya memberi kita “alternative” utk mengubah strategi pemasaran.Kalau tahun lepas saya usahakan ebook, InsyaAllah bulan September ini , “online membership tutorial ” akan dibuka .Ianya merupakan “online service” yg didapati hasil kaji selidik saya tahun lepas.( Maaf, Sdr Zul, ambil peluang promosi pulak ! )
Saya juga akan menjangkakan apa yg diperkatakan oleh sdr Mazlie adalah benar.Namun, yg pasti kita sudah ada pelanggan, kita hanya tumpukan memperbaiki cara pemasaran kita sebagaimana yg dinyatakan oleh sdr Zul.
poll tu mende
Seperti yg dinyatakan di atas.
Contohnya ada di blog ini.
Assalamu’alaikum
Survey memang penting dalam usaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan diterima oleh orang ramai. Saya dah lama perhatikan, ‘orang2 lama’ dalam ebiz ni memang selalu buat teknik ni. Antaranya SmartZul sendiri la
Saya ada masalah mahu mempromosikan perniagaan membekal visual untuk sebarang majlis.
Sila bantu saya, terima kasih.
http://videografix.blogspot.com/
Jika kita tak buat survey sebelum berniaga,itu maknya kita cari nahas dan buang duit je..99% pasti akan rugi.