Kaedah 5W + 1H
Antara kaedah untuk menentukan produk yang perlu kita jual adalah kaedah 5W dan 1H iaitu What, Who, Where, When, Why dan How.
1. What (Apa):
Apakah masalah yang wujud dan perlukan penyelesaian?
Apakah penyelesaian tersebut?
Apakah produk yang sesuai dijual?
Apakah yang betul-betul dimahukan oleh golongan sasaran?
2. Who (Siapa):
Siapa target untuk produk tersebut?
Siapakah yang akan disasarkan? Ada tahap umur atau usia? Atau golongan tertentu seperti para profesional, usahawan, pelajar dan sebagainya..?
Siapakah pesaing yang menjual produk untuk masalah ini?
3. Where (Di mana):
Di mana tempat yang sesuai untuk mempromosi?
Di manakah biasanya tumpuan golongan yang disasarkan tadi berkumpul? Forum? Blog tertentu?
4. When (Bila/Masa):
Bilakah masa yang sesuai untuk mempromosi?
Adakah masalah ini bermusim, berjangka pendek atau panjang?
5. Why (Mengapa):
Mengapa masalah tersebut wujud?
*Mengetahui punca masalah memudahkan kita mencari penyelesaian (menentukan produk) kerana tugas kita adalah menyelesaikan punca tersebut.
6. How (Bagaimana):
Bagaimana cara mempromosi yang berkesan untuk menjual produk ini kepada golongan tadi?
Bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran tersebut?
—
Saya hanya menyenaraikan beberapa soalan sahaja sebagai contoh dan pembuka idea untuk anda. Selebihnya anda cuba senaraikan sendiri.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







tips yang bagus. Selalu gak aku gunakan benda nih. Tapi aku yakin, ramai yang masih terlepas pandang.
kaedah ini boleh digunakan sewaktu kita buat pelbagai perkara. ini adalah ‘guide’ untuk membuat sebarang perancangan, taktik atau strategi.
memang mudah dan sekiranya sentiasa dilakukan, insyaallah kita tidak akan membuat kesilapan yang sama.
Ini salah satu cara untuk mengetahui pasaran dan requirement. Taktik #1 adalah sell what people wants, bukannya sell what we want