Home » Buat Duit di Internet » Kad: Kredit, Debit dan Prepaid

Ada tiga jenis kad di pasaran iaitu:

1. Kad kredit (credit card)

Kad kredit dipanggil juga sebagai kad hutang. Beli dahulu barang dan bayaran kemudian. Untuk memohonnya, ia mempunyai pelbagai syarat dan prosedur. Salah satu syaratnya adalah jumlah pendapatan. Tidak semua orang mampu memilikinya.

Kita tidak akan berbincang panjang lebar mengenai kad kredit ini kerana rata-rata telah ramai yang mengetahuinya.

2. Kad debit (debit card)

Kad debit adalah kad yang terus disambungkan (linked) dengan akaun bank. Untuk memudahkan rujukan dan perbincangan, kita panggil sebagai kad debit-akaun. Kad yang tidak mempunyai akaun bank bukan kad debit. Kad debit tidak dapat digunakan jika akaun bank tidak mempunyai nilai baki yang mencukupi.

Contoh kad debit:

  1. Maybankard Visa Debit
  2. EONCAP Islamic Debit Mastercard
  3. Al-Rajhi Debit Card-i (Visa)
  4. My Cash-i Debit MasterCard @ My Cash-i Visa Debit Card
  5. Terbaru: Public Bank Day2Day Visa Debit Card

Nota: Tidak semua kad di atas boleh digunakan untuk mengesahkan akaun Paypal. Yang terbukti boleh adalah kad debit Maybank dan kad debit Day2Day Public Bank.

Selain digunakan sebagai kad debit, ia juga berfungsi sebagai kad ATM untuk mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM. Kad ini sebenarnya hanyalah sebagai alat sahaja untuk mengeluarkan wang dan ‘tidak mempunyai apa-apa nilai wang di dalamnya’.

Kad debit ini akan menjadi status HALAL apabila akaun simpanan yang dibuka adalah akaun Islamik. Ini kerana, namanya sahaja kad debit, namun ia tiada apa-apa nilai di dalamnya, melainkan 100% duit diambil dari akaun simpanan. Inilah konsep kad debit-akaun ini iaitu wang diambil dari akaun bank.

kad debit public bank hukum

Sumber: Ustaz Zaharuddin

Kekurangan kad debit jenis ini adalah mengenai isu keselamatan. Andaikata ia jatuh ke tangan orang lain, habislah duit di akaun bank akan dibelanjakan. Namun, jika kita adalah pengguna yang bijak, sudah pasti ada langkah keselamatan yang boleh diambil. Di antara saranan saya:

  • Setkan nilai had (spending limit) kepada nilai yang rendah. Dari serendah RM0.00, RM10, RM20, RM50, atau apa sahaja nilai yang dimahukan. Kita boleh tetapkan nilai ini di mesin ATM. Rujuk pihak bank untuk maklumat lanjut.
  • Jangan simpan wang terlalu banyak di dalam akaun utama. Saya mempunyai dua akaun di Maybank. Satu, akaun simpanan peribadi. Kedua, akaun semasa peribadi. Hanya akaun pertama akan dijadikan sebagai akaun utama untuk kad debit. Jadi, saya hanya letak sedikit sahaja duit di akaun simpanan tersebut dan selebihnya di akaun semasa. Atau, saya hanya transfer duit ke akaun simpanan itu apabila mahu menggunakan kad debit.
  • Jangan membeli di tempat yang meragukan seperti di laman web yang tiada kredibiliti.
  • Jangan dedahkan maklumat kad debit seperti nombor akaun dan kod tiga digit (CVV).
  • Rancang sebaik-baiknya sebelum berbelanja.
  • Jangan buka sebarang emel yang meragukan atau klik pada link di dalam emel itu.

Sebagai pengguna, kita wajib mengetahui A-Z mengenai kad debit yang kita miliki. Jangan persalahkan pihak bank sepenuhnya jika kita menghadapi masalah. Merujuk laman web bank atau terus bertanya dengan pihak bank adalah langkah terbaik. Hendak seribu daya, sediakan payung sebelum hujan.

Setelah memahami kaedah kad debit sebegini berfungsi, maka jika kita mahu masukkan duit dari Paypal ke kad-kad di atas (kad Visa sahaja), maka lebih baik masukkan terus ke akaun bank kerana duit itu tetap akan dimasukkan ke akaun simpanan kad debit itu.

3. Kad prepaid (prepaid card)

Kad prepaid (prabayar) berbeza dengan dua jenis kad di atas, walaupun konsepnya sama seperti kad debit, namun ia tidak perlu mempunyai akaun bank. Ya, walaupun kita boleh “add” akaun kad ini ke dalam akaun Online Banking bank berkaitan, tetapi hanya duit yang ada di dalam kad sahaja yang boleh digunakan. Ia tidak bersambung terus ke akaun simpanan.

Konsep kad prepaid ini adalah, banyak mana duit ada di dalam kad, itulah nilainya yang boleh kita belanjakan. Konsepnya sama seperti kad Touch n Go dan prepaid card telefon yang perlu diisi wang ke dalamnya jika mahu digunakan, dan tidak boleh digunakan jika nilai tiada atau tidak mencukupi.

Kelebihan ketara kad prabayar (prepaid) ini adalah keselamatan. Kalau ia jatuh ke tangan orang lain, ia tidak membahayakan akaun bank kita kerana seperti yang dikatakan, ia tidak disambungkan ke mana-mana akaun bank. Jika ada RM20 di dalam kad itu, maka itulah nilai kerugian. Jadi, isi nilai yang diperlukan sahaja apabila ingin berbelanja.

Contoh kad prepaid di Malaysia:

  1. MOL Freedom Prepaid Mastercard
  2. TuneMoney Visa Prepaid Card
  3. Ambank NexG Prepaid Mastercard

Ketiga-tiga kad prepaid di atas boleh digunakan untuk proses pengesahan (verify) akaun Paypal. Dan bagi kad yang mempunyai tanda Visa, ia boleh digunakan untuk mengeluarkan wang dari akaun Paypal terus ke kad itu.

Ramai yang menyebut tiga kad di atas sebagai kad debit. Walaupun ia betul pada umumnya iaitu kad prepaid juga sejenis kad debit, tetapi dari segi teknikalnya adalah tidak. Kad prepaid berfungsi dengan sendirinya seperti yang diterangkan di atas.

Namun, tidak semua kad jenis prepaid ini mempunyai kemudahan e-statement. Untuk kad TuneMoney, ada disediakan e-statement. Untuk kad NexG, perlu buka akaun di AmBank beserta Online banking. Manakala untuk kad MOL Freedom, juga perlu begitu.

Seperti yang diterangkan, walaupun kita meletak maklumat kad prepaid di akaun bank yang dibuka itu, ia tidak disambungkan terus ke kad itu. Kita hanya ‘add’ kad di akaun online banking, bukan ke akaun simpanan. Kelebihan meletak kad di akaun online banking itu adalah, kita boleh transfer duit dari akaun simpanan terus ke kad prepaid itu dengan cepat dan mudah.

AKAUN BANK >> KAD PREPAID

(AKAUN BANK + KAD DEBIT)

Persoalan

Saya masih tertanya-tanya status hukum kad prepaid. Yang ada di pasaran sekarang adalah seperti yang saya senaraikan di atas. Kalau mengikut pendapat saya, jika tiada unsur-unsur meragukan (gharar) dan riba (seperti mendapat interest terhadap nilai baki semasa), maka ia tidak ada apa-apa masalah. Wallahu ‘alam. Perlu rujuk pihak Agama yang berpengetahuan dalam perkara ini.

Kemaskini (29/6/2010): Daripada carian saya, Ustaz Zaharuddin ada mengatakan kad Tune Money halal untuk digunakan. Kata beliau:

“Konsep kad Prepaid The Money Shop ini ada banyak persamaannya dengan Kad Prepaid Tune Money di Malaysia, ia juga halal untuk digunakan oleh warga Malaysia di tanahair khususnya.”

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/833/89/

Pendapat: Kad debit Islamik sudah ada, iaitu dengan cara membuka akaun simpanan yang Islamik. Maka bolehlah gantikan kad debit yang meragukan hukumnya (konvensional/terlibat dengan riba) dengan kad yang diyakini lulus di sisi syariah (syariah compliance). Atau, gunakan kad prepaid yang tiada masalah di sisi Agama.

Buat masa ini, saya tiada apa-apa keraguan atau kerisauan dengan kad debit-akaun walaupun ramai risaukan keselamatan. Saya telah pun jelaskan bagaimana kita dapat mengelak daripada ditimpa ‘bencana’ seperti kad dicuri dan digunakan oleh orang lain tanpa pengetahuan.

Apa pun jika benar-benar risau, saranan terakhir adalah menggunakan kad prepaid. Ia pilihan yang bijak, cuma prosesnya mengambil masa dan sedikit cerewet.

Selagi boleh berusaha, mendapatkan dan menggunakan yang HALAL adalah wajib. Itu lebih penting. Usaha itu perlu datang dahulu sebelum alasan. Kalau kita tidak bebas sepenuhnya daripada riba, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mengurangkannya.

Dan ALLAH sahaja lebih tahu yang terbaik. Wallahu ‘alam.

PS. Dapatkan ebook Panduan Asas Paypal di sini.

Bacaan tambahan:

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Debit_card
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Prepaid_cards
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Visa_Debit
  4. http://www.wisegeek.com/what-are-prepaid-debit-cards.htm
  5. http://www.wisegeek.com/what-is-a-debit-card.htm
  6. MasterCard Creates an Islamic Debit Card
  7. Penggunaan Kad Kredit Menurut Neraca Syariah

-

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

46 thoughts on “Kad: Kredit, Debit dan Prepaid

  1. nanti minta story reward card pula (penting juga nie)

    1. smartzul says:

      Pasal reward card tu, saya tunggu saudari yang tulis. :)

  2. Kamarul says:

    Salam Tuan Zul, Saya ada soalan. Macammana nak tahu statement kita untuk buat pengesahan PayPal. Saye guna Maybank Visa Debit. Atau pun dalam ebook Tuan Zul tentang Paypal ada menceritakan pasal ni?
    Maaf kalau soalan saye tak kena pada tempatnya.

    1. smartzul says:

      Salam Tuan Kamarul,

      Berikan masa dalam 24 jam untuk kod digit dari Paypal keluar di statement Maybank2u. Rujuk di bahagian Debit card transaction.

      Ebook yang akan dikeluarkan nanti ada menerangkan perkara ini.

      1. Kamarul says:

        oo..ok..terima kasih Tuan Zul..=)

  3. liza says:

    Haah misyah..apa kata u yang tulis pasal reward..hehehe

  4. Ejam Amad says:

    Pada pendapat saya, pengunaan debit kad tidak lah dianggap mempunyai unsur riba kerana, akau kita akan di charge oleh pihak bank tatkala kita menggunakan kad debit tersebut..debit kad memberi kemudahan kepada kita dalam urusan jual beli. Dan kita juga harus ingat bahawa kemudahan yang diberikan bukanlah kemudahan yang percuma..

  5. sufian says:

    eloknya set terus kad debit tu jadi RM0.00, setakat guna utk withdraw paypal je..

    risau macam2 kes penipuan yg macam2 taktiknya..

    1. smartzul says:

      Mengapa perlu risau? Kad ini adalah kemudahan. Dan mengapa perlu set kepada RM0.00 padahal kita boleh set kepada beberapa nilai yang rendah? Bagi saya, kalau set kepada RM0.00 pun, seperti kata saudara, kalau sudah orang ada pelbagai taktik, tetap dapat pecah masuk ke akaun kita. Kalau begitu, baik tidak perlu pakai kad langsung. Tapi kita perlu tahu juga, akaun kita pun boleh dipecah masuk secara Online. Jadi set kepada RM0.00 bukan kaedah muktamad.

      Keduanya, sudah ada kes yang berlaku? Kalau ada berlaku pun, kebanyakannya adalah disebabkan kecuaian pengguna itu sendiri dan sikap tidak peduli terhadap ilmu keselamatan dan pesanan pihak bank sendiri.

      Kad debit-akaun ini sudah lama praktiknya, hanya di Malaysia dianggap baru. Kita sepatutnya yakin dengan teknologi dan sebagai pengguna, kita perlu mendidik diri agar lebih berhati-hati, sepertimana yang diterangkan di atas. Banyak cara untuk mengelak selain terus set kepada spending limit RM0.00.

      Saudara, saya dan lain-lain sebagai usahawan internet, sepatutnya mendidik rakyat Malaysia agar menjadi pengguna yang bijak, bukan dengan ‘melarikan diri’ dari kemudahan yang baik, sehingga kita tidak mempraktikkan apa-apa kemudahan yang ada. Setakat pembacaan saya, ramai yang risau, tetapi perkara yang dirisaukan itu tidak pernah terjadi.

      Apa pun, kita banyak pilihan yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Tentukan apa yang sesuai untuk kita.

      1. sufian says:

        1 – risau masih ada, sebab transaksi internet tetap ada kelemahannya…bagi kes saya, saya ada kad kredit dan kad debit, jadi saya belanja guna kad kredit kerana kad kredit ada kemudahan chargeback..itu kelebihan kad kredit.
        kad debit tidak boleh chargeback, tapi ada kelebihan utk withdraw paypal..

        2 – betul juga, kadang2 berita merisaukan tanpa kita tahu apa cerita sebenarnya..pernah terbaca sorang makcik dikapur duitnya, didapati duitnya dikeluarkan di indon, tapi berita di akhbar cerita tu aje, takde pulak cerita kenapa jadi camtu, mungkin makcik tu jawab panggilan palsu ke, ..

        mungkin ramai yang yakin dengan teknologi, tapi bagi sesetengah pengguna hanya melebihkan kemudahan dari isu keselamatan, cthnya dari phishing pun ramai yg terkena, padahal bagi kita mudah je, tengok domain ntah apa2 confirm tu website palsu..

        syabas kepada en zul dan rakan2 yang cuba memberi pendedahan terhadap penggunaan transaksi internet dengan selamat..semoga diteruskan usaha..masih ramai lagi yg buta internet security walaupun dah celik it..

        1. smartzul says:

          Terima kasih di atas pandangan. Saya setuju dengan kad kredit yang boleh minta chargeback itu, dan kad debit tidak.

          Namun untuk kad debit, seperti yang diperkatakan, kita boleh setkan had pembelian, serta langkah-langkah yang lain. Saya sendiri set kepada RM500 sahaja. Kot-kot kecemasan di luar sana, bolehlah guna kad debit. Kalau set kosong, bahaya kalau masa tak terjangka.

          Mana-mana teknologi sama ada kad kredit atau debit, ia tetap ada risiko masing-masing. Sebab itulah wujud topik Pengurusan Risiko.

  6. aidil says:

    Salam Tuan Zul.
    Bagaimana pula dengan kad debit pbank yang independence(tanpa akaun)tu..?
    Itu dikira sebagai kad prepaid la kan..
    Boleh tak kad independence itu digunakan untuk paypal..?

    1. smartzul says:

      Saya pun keliru dengan kad itu sebab ia disebut debit card dan bukan prepaid card oleh pihak PB sendiri. Tapi saya rasakan, ia adalah kad prepaid, bukan kad debit.

      Setakat ini kad itu memang boleh digunakan untuk Paypal.

  7. Salam Tuan,

    Orang kata pakai kad kredit umpama kita berhutang kan? Tetapi persoalanya saya melihat broshur sekarang nie mengatakan berbelanja kad kredit kita juga akan dapat pulangan.. Dimana puncanya itu?

    Tq

    1. smartzul says:

      Saya tidak pasti mengenai perkara itu. Setahu saya, mereka gunakan kad itu sebagai kemudahan duit cepat untuk dijadikan sebagai modal dan mereka ada plan sendiri bagaimana untuk membayar kembali melalui program buat duit mereka itu. Tapi rata-rata, banyak yang gagal. Hati-hati.

      Namun saya kurang jelas dengan persoalan saudara. Kalau itu janji-janji bank, maka mereka lebih arif mengenainya. Tapi kebanyakan pakar kewangan berkata, elakkan janji manis pihak bank. :)

  8. halhas says:

    salam tn zul…mcm mn pulak dgn kad debit pb visa MU??sy dh tnya operator yg memberitahu yg kad ini adalah konvensional…apa yg perlu sy lakukan??adakah perlu sy buat kad debit semula yg islamic??sy dh set akaun nie dgn paypal kt produk sy..adakah boleh sy tukar no akaun di paypal atau sy perlu dftr baru semula akaun paypal sy utk kad debit yg baru(sekiranya kad debit pb MU tidak boleh guna disebabkan konvensional)….

    1. smartzul says:

      Ini cadangan saya:

      1. Daftar mana-mana kad debit yang Islamik.
      2. Di akaun Paypal, kita boleh letak lebih daripada satu kad. Jadi Add kad baru itu. Setkan kad baru yang di-Add itu sebagai kad utama (primary).
      3. Proses pengesahan adalah sama, iaitu perlu sahkan kad debit itu dengan kod Expuse Number.
      4. Setelah berjaya Add, boleh Remove kad yang lama.
      5. Batalkan kad lama itu (kad konvensional).

      Tidak perlu daftar akaun Paypal yang baru. Cukup sahaja Add kad yang baru.

  9. syafiq says:

    salam… kad debit pbank yang independence(tanpa akaun)tu yg mana ekk.
    boleh bg link dia tak?
    saya cari tak jumpa lah.

  10. syafiq says:

    boleh bg cadangan x?
    antara kad debit or kredit, yg mana bagus untuk withdraw duit dr paypal.

    1. smartzul says:

      Kad apa yang saudara miliki? Jika ada kad debit (mesti Visa), maka boleh sahaja menggunakannya. Kalau ada kad kredit (juga Visa), maka juga boleh menggunakannya. Tapi, tidak semua kad diterima oleh Paypal.

      1. syafiq says:

        saya tiada kad debit lagi.
        sbb itu saya fikir untuk guna kad mana.

  11. halhas says:

    adakah kad debit eon islamic dan maybankand boleh link dgn paypal utk bisnes ebay??mcm mn yer nk buat??

    1. smartzul says:

      Boleh. Sebenarnya kita hanya perlu “link” kad debit itu pada Paypal. Kalau dah berjaya link, maka secara automatik kita boleh add di Ebay. Sebab Paypal adalah milik Ebay.

      Jadi, perlu add kad debit di akaun Paypal dahulu. Kemudian baru boleh add akaun Paypal di Ebay.

  12. syafiq says:

    saya baru membuka akaun paypal.
    adakah saya perlu varified paypal saya sebelum mendapat duit dr akaun lain?
    atau varified hanya digunakan untuk withdraw duit sahaja?

    1. smartzul says:

      Tidak perlu verified untuk dapat duit dari akaun lain. Cuma untuk send ke akaun lain dan withdraw, ia ada limit. Namun adalah satu kelebihan jika verify akaun iaitu untuk tujuan pengesahan diri kita sebagai pemilik akaun. Apa-apa hal berlaku, mudah untuk mengurusnya bersama pihak Paypal.

  13. isham says:

    salam bro zul,
    selepas baca baru tahu, saya dh lame tak boleh buat pengesahan (verify) akaun Paypal,saya tgk kawan pakai kad kreddit,saya memang tak ada kad kredit,kad bank yg ada sekarang kad lama Maybank,CIMB,BIMB dan BSN.Semua tu boleh buat debit kad ke atau kena aktifkan dulu…pasal kad2 ni sensetif..tu yg saudara zul cakap kita selalu nak lari tapi tak belajar guna cara yg bijak..

  14. Fazli says:

    setakat ni saya tak ada lagi kad debit untuk keluarkan duit paypal. mungkin saya boleh cuba dapatkan satu dari MOL nnt. terima kasih zul.

  15. lydia says:

    salam tuan zul
    saya gunakan kad atm sebagai kad debit, bila beli barang saya akan gunakan kad debit sebagaimana kad kredit, cuma beza yg tuan zul ckp kad debit bergantung kepada duit yg kita ada dalam bank.
    okay sekarang ni saya ada masalah sikit nak minta pandangan tuan zul, saya dah gunakan kad unt beli barang, lepas tu resit dia x kuar dr mesin yg swap kad tu. penjual ckp xde transaction dilakukan. tp bila cek akaun, amount itu dah deduct. saya pegi bank, saya nak tau amount tu pergi ke akaun mana, tp pihak bank kata dorg x boleh trace mana duit tu pegi. logik ke mcm tu?
    itu saya nak tanya kat tuan zul.

    1. smartzul says:

      Salam,

      Kes ini tak dapat saya berikan jawapan sebab hanya pihak bank dapat bantu. Cuma cadangan saya, buatlah aduan kepada pihak bank. Kalau mereka tak nak terima aduan, buat aduan kepada tribunal pengguna.

      Satu lagi, kad debit apa yang digunakan ya? Cuba rujuk statement kad debit sama ada secara Online atau yang dihantar ke rumah. Biasanya dinyatakan pihak yang menerima bayaran tersebut.

      1. lydia says:

        salam..terima kasih atas info tuan zul..
        saya gunakan kad atm sebagai kad debit, bukan kad debit. kat atm yang biasa tu.

  16. adib says:

    jadi apkh kesmplnnye…..kad visa electron kad debit atau prepaid ?, ade riba’ ke x?adkh ia sme dgn tune money….kad yg x mmrlukn akaun bank adkh kad prpaid? bntuan sgt dprlukan……

    1. smartzul says:

      Adib: Kad debit atau kad prepaid, dua-duanya boleh. Bagi kad debit, pilih yang sah halal seperti yang dinyatakan dalam artikel iaitu di mana akaun simpanan yang di-link ke kad tu adalah akaun Islamik. Kad prepaid pula, rata-rata semuanya boleh. Tiada masalah.

      Ya, kad yang tidak perlu akaun bank adalah kad prepaid.

      TuneMoney kalau ikut ustaz Zaharuddin, tiada masalah.

  17. sy ragu says:

    hai sy ingin bertanya berkaitan dgn debit card..
    jika kad kita hilang dan didapati duit telah digunakan utk oembelian secara on9 apakah yang dapat kita lakukan n bertindak?

    1. smartzul says:

      Hubungi pihak bank dengan segera untuk batalkan kad tersbeut. Jika jumlah wang yang digunakan oleh orang lain itu banyak, boleh juga buat laporan polis.

  18. sy ragu says:

    boleh kah kita dapatkan alamat si pembeli @pencuri itu dengan bertanya kpd pihak penjualan online itu?

    1. smartzul says:

      Sebaiknya minta pihak bank batalkan dulu kad tersebut. Boleh juga bertanya kepada pihak penjual online, namun perlu berikan bukti yang kad itu adalah milik tuan.

  19. AKIMM says:

    MCMNE NK WITHDRAW JIKA ADA BANYAK AKAUN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.