Kad Debit NexG MasterCard
5 12 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Pada dua hari yang lepas, saya telah pun mendapatkan kad debit NexG Mastercard (produk bank AmBank) setelah sekian lama mengidam-idamkannya.
Sehingga kini, saya lebih banyak menggunakan kad debit Public Bank untuk membuat apa-apa transaksi melalui Online. Namun, untuk tujuan ‘backup’ dan beberapa tujuan lain, saya memerlukan kad kedua dan ia adalah kad debit NexG keluaran Ambank.
Di manakah saya mendapatkan starter pack kad debit ini? Saya mahu rahsiakannya dahulu. Yang pasti, bukan terus dari bank. ;) Dan saya amat yakin, ramai yang mahukan kad debit kan? Ya, kalau anda serius dalam perniagaan internet dan kalau anda mahu membeli secara Online, kad debit adalah wajib.
*Tidak perlukan kad kredit sebab kad debit sudah memadai.
**Konsep kad debit kalau mahu mudah faham, ia sama seperti kad telefon prabayar. Kena ada nilai baru boleh guna (buat panggilan). Begitu juga kad debit, kena ‘topup’ dahulu duit ke dalamnya baru boleh guna untuk apa-apa pembelian.
Kos untuk starter pack kad debit ini ialah sebanyak RM25.00 sahaja. Setelah dapat starter pack, anda perlu tandatangan di belakang kad dan isikan borang pengaktifan kad. Kemudian, hantar ke Ambank menggunakan sampul pos yang disediakan. Ini bagi kes jika anda isi di rumah dan tidak mahu ke bank lah.
Tapi jika anda isi borang di bank, anda boleh terus serahkan di cawangan Ambank tersebut. Dalam beberapa tempoh (jangkaan: 2 minggu), anda akan mendapat no. pin melalui pos. Setelah mendapat no. pin tersebut, barulah anda boleh menggunakan kad debit ini. Oh ya, anda kena isi dahulu kad anda tersebut dengan nilai tertentu.
Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja dan ada beberapa perkara lagi yang perlu diterangkan. Lagipun, saya perlu memahami secara jelas dahulu apa prosedur dia, cara-cara dan sebagainya sebelum menulis di sini. Saya akan membuat ‘review’ sepenuhnya mengenai kad ini setelah saya berjaya menggunakannya nanti.
Jika anda mahu tahu lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi kad ini:
>> Ambank NexG Prepaid Mastercard
Berikut adalah gambar/imej starter pack dan juga borang pengaktifan. Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar:
Borang Pengaktifan
Pek Permulaan Kad NexG
Borang, Terma dan Syarat, FAQ, Kupon Burger King ;)
Rupa Kad NexG Prepaid Mastercard
.
Sehingga bertemu lagi.
p.s. Sudah dapatkan Ebook Panduan Mudah FTP? Anda bukan hanya akan mendapat ilmu mengenai FTP semata-mata, tetapi lebih daripada itu. ;) Lawati http://ftpcaramudah.com/blog untuk maklumat lanjut. Atau terus ke http://www.ftpcaramudah.com untuk mendapatkannya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:



Saya pun ada 2 kad debit. Satu kad debit public bank dan yang kedua kad debit mol freedom mastercard (EON).
Saya dah try guna kad debit mol freedom (EON) ini untuk beli secara online dan memang tiada masalah!
Sesiapa nak cuba, boleh lah dapatkan kad tersebut. Sila rujuk http://www.molfreedom.com
p/s : ini bukan promosi yer zul.. :wink:
dah ade eon debit card. tapi terhad le penggunaannya. nak add di paypal pun x boleh.
so,kena ler ade PB debit card… ;)
eon pun ada gak ke??
menarik ni…
saya dah tgk web site dia.
memang offer dia agak menarikk..
:wink:
Betul ke eon bank debit card takleh verify paypal?Kalau cmtu rugi la saya beli.Lagipun debit card ni tiada charge bulanan tu yang menarik berbanding debit kad yang lain.
saya dh try byk kali, memang x blh.
pakai la PB debit card. caj RM24 jer setahun..itu kalau guna lebih dari yg PB tetapkan tak kena caj. berapa ribu tu lupa lak.
Yup. Kebanyakan kata, kad debit EON tu tak boleh diguna utk verify paypal. Untuk makluman, sehingga kini hanya 3 kad debit sahaja yg tiada masalah utk verify paypal:
1) Alliance Bank
2) Public Bank
3) Ambank
saya ada bad expeience guna cimd debit card. nak activate kena RM300. past blom activate lagi dah samapi bil anual fee…
hampeh sungguh
Public bank debit ok. bleh jadi atm sekali.
hehe
p/s: baru aritu dapat verify akaun paypal….. bestnyer…
Actually, Public Bank adalah yg terbaik buat masa skrg. :)
Yer ke tak boleh.. tapi saya baru jer verify kan paypal guna kad debit eon bank tu.. so memang boleh.. setakat ni x de msalah plak..
PB card saya ada masalah dengan paypal.. saya cuber verify paypal gune PB card tapi tersalah nombor.. jadi paypal dah reject PB card saya tu.. sebab tu saya guna eon bank debit card..
Ada tak jalan penyelesaian mcm mana PB card saya tu boleh digunakan dalam paypal..??
O, ye ke. Baguslah kalau boleh dan tak ada apa2 masalah.
Untuk masalah kena reject tu, saya pun mengalami perkara yg sama. Paypal ni, kalau dia dah reject, memang susah nak suruh dia terima balik. ;)
Solution:
1) Guna kad bank yg lain
2) Daftar kad PB yg baru. Ada orang bagi trik: Bgtahu pada pihak bank yg kad debit PB kita tu hilang (walau sbnrnya tak hilang). Kalau tak bagi alasan mcm ni, mmg x boleh lah nak daftar atas nama kita). So, bolehlah buat yg baru atas nama kita yg sama, tapi no kad adalah lain. Saya tak pastilah kita boleh batalkan kad sedia ada dan apply yg baru. Kalau boleh, lagi bagus. Tak perlu ‘menipu’ kata kad hilang. ;)
Bagus ada dua kad ni.Boleh jadi backup kalau apa2 jadi kat salah satu kad.
Saya tengah tunggu debit card PB siap.Dalam 2 tiga ari lagi rasanya.Bila dah siap boleh la verified Paypal.
Terima kasih Zul sbb dah byk ajar saya yang baru ni nak start bisnes.Satu cabang perniagaan menarik dan mencabar.
So far the cheapest around the town is TuneMoney Visa Debit Card. Nk apply murah dan nk maintain pun murah.
Syazwan, adakah kad tunemoney tu diterima oleh paypal dan boleh dibuat transaksi online?
Kalau tak salah saya rasanya kad debit ni boleh dapat di 7 Eleven kan? Sebab pernah ternampak iklan kad ni kat 7E. Cuma saya nak tanya, kad debit Public Bank ada account maintenance fee tak? Kad NexG Prepaid ni tiap-tiap bulan dia tolak RM3 (sumber dari website) kan?
Kad Public Bank fee dia RM24 je setahun.
Siapa ada pengalaman guna kad “MOL Freedom Prepaid Mastercard” yang dikeluarkan oleh Eon Bank? Kad ni ialah kad kredit prepaid. Penggunaannya sama seperti guna kad kredit tetapi kena masukkan duit dulu dlm akaun kad tu, then baru boleh guna.
Apa yg saya tahu dari pembacaan dan pengalaman orang lain, tak ada masalah untuk guna secara Online termasuklah nak verify paypal.
“MOL Freedom Prepaid Mastercard†yang dikeluarkan oleh Eon Bank” ini adalah kad eon bank yang diperkatakan oleh saya.Emm…ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak….so apa2hal cuba dulu ekk….Nampaknya zul pun pernh kena reject…kad PB bank ke?
Pada pendapat saya mungkin kena reject atas sebab2 tertentu kot.bukan sebab kerana kad debit tersebut…Jadi tidak ‘mutlak’lah sesuatu kad debit tidak boleh digunakan untuk verify paypal.
Masalah kena reject sebab paypal amat sensitif. ;) Ya, kad PB saya tu kena reject, tapi sampai skrg saya dah banyak gunakannya untuk buat pembelian Online. So, yg bermasalah adalah paypal, bukan kad debit. ;)
Saya lah yang gunakan “MOL Freedom Prepaid Mastercard”.
Saya guna untuk verufy paypal ~ lulus
Pernah beli secara online ~ lulus
Shopping kat pasaraya ~ lulus
So, sape2 yang cuba gune ketiga2 cara diatas tapi tak berjaya terutamanya paypal cube beritahu apa error yang diberikan oleh pihak paypal..
Thank En Dlie atas perkongsian. Saya dah merujuk di laman forum dan web lain, dan kebanyakan kata, no problem untuk guna scr online dan paypal. Jadi, dapat saya simpulkan, ada 4 kad debit bank Malaysia lah skrg yg boleh guna untuk paypal:
1) Visa Electron Public Bank
2) Ambank NexG Mastercard
3) Alliance Bank
4) MOL Freedom Prepaid Mastercard
Kalau ada kad yg lain, sila kongsikan di sini.
Note: Kita sentuh pasal kad debit/prepaid dalam Malaysia sahaja ye. Bukan yg virtual card atau kad debit luar negara.
Zul kad debit nextg dah boleh semak penyata akaun secara online ni saya ambil dari websitenya:
Dear NexG Prepaid MasterCard Users,
We understand your need for the convenient online management of your NexG Prepaid MasterCard account. As such, effective 2ndNovember 2007, NexG Prepaid MasterCard Enrolment has been added as the latest feature at AmOnline.
With the introduction of this new feature, statement viewing, topping up, online purchasing and bills payment will be made available once your NexG Prepaid MasterCard account is registered with AmOnline.
How to register? (For existing AmOnline users)
Log in to your AmOnline
Choose Link Account/Card at the Quick Link
Select account type (please select MasterCard)
Complete the registration Process
What’s more, for new AmOnline users, now you can activate your AmOnline today by using your NexG Prepaid MasterCard number and Web PIN. Please proceed to any of our nearest ATMs for Web PIN creation.
How to Activate AmOnline with NexG Prepaid MasterCard?
Log in to http://www.AmOnline.com.my
Click “First Time Log in”
Accept the Terms and Conditions
Select account type (please select ATM/Credit Card)
Enter NexG Prepaid MasterCard number follows by Web PIN
Create Log in ID and Password
Complete the Registration Process
Have a happy banking experience with AmOnline! Let us make you smile.
Wah lagi senang nak verify paypal sebab ‘expanded use number’ yang dihantar oleh paypal boleh disemak secara online.
Kalau salah fakta tolong betulkan ye :)
Thanks,Encik Dlie atas keperihatinan anda.
Oh ya Zul kad debit nextg dah boleh semak statement secara online senanglah nanti nak semak ‘expanded use number’ yang dihantar oleh paypal kalau nak verify :)
Perkhidmatan tersebut telah dimulakan pada 2 Nov 2007.
http://www.amonline.com.my
Perlu daftar apa-apa ke untuk guna aplikasi Online tu? Buat masa skrg saya tak ‘terokai’ banyak lg pasal kad nexG ni. Saya akan rujuk ‘orang Ambank’ nanti. Thanks 4 info.
Ya konsepnya sama saja dgn bank2 lain.Di mana kita perlu dapatkan pin number terlebih dahulu.
Kemudian pergi ke mesin ATM ambank tukar pswd.Lepas tu baru boleh dapatkan ‘web pin’(lihat menu pada skrin ATM).
‘web pin’ di gunakan untuk ‘First Login’ je pastu dah tak payah lagi kecuali kita lupa pswd.
Hi Zonan, terima kasih berkongsi di sini.
Saya masih tunggu ambank hantar # pin, semalam saya dah add kad debit di akaun paypal. Masalah sekarang belum dapat no pin, so x dapat guna aplikasi online. So, bagaimana saya nak dapatkan ‘expanded use number’?
Kalau minta pada pihak ambank mereka boleh tolong dapatkan ‘expanded use number’ x?
Akum,
Saya pernah guna PB debit kad di stesen minyak SHELL, hanya boleh di proses di kaunter, tidak boleh di pam.
From information yg sy dpt, boleh digunakan online. About paypal, need to discover lagilah sbb benda ni baru sangat-sangat.
Aritu Tengku Zafrul ada invite pergi launching kad debit TuneMoney tp sbb exam, tpaksa tolak.
Oo, ye ker. Thanks Syazwan. Apapun, orang Malaysia dah punyai banyak pilihan sekarang. Saya sukakan konsep TuneMoney tu.
Setria pada pengalaman saya mana-mana debit kad hanya boleh digunakan dipam sekiranya baki akaun anda melebihi RM150 kalau tak silap.
Tapi kalau kurang kita boleh ke kaunter takde masalah…
Oh ya En Dlie berapa minimum duit kat dlm debit kad seperti mol freedom untuk verify paypal tu…?
Kalau dah dapat ‘expanded used number’ boleh tak disemak melaui statment di internet?
saya pengguna kad mol ni.boleh je guna isi minyak petrol motor aku, tapi swap kat kaunter le. macam kad kredit gak, ada kena sain..
rasanya takde minimum, coz kad debit mol ni free fee untuk 2 tahun. untuk paypal ni, saya baru je add. mula2 tu, kena halang, katanya dah expired..saya emel paypal, dan mereka kata eon blok..so, saya call eon pulak..eon cakap, saya yang silap, coz salah kat tarikh :lol:
so, lepas berjaya add, paypal kata suruh check expanded number kat statement, tapi lum lagi dapat statement coz ada masalah pada saya, lupa pasword..so, nampaknya, macam boleh..
untuk statement tu, boleh jer..pas dapat kad mol tu, masuk kat eon banking online, mcm biasaler, ikut cara2 pengaktifan..nanti dapatlah statement dan cek transaksi kad mol.
kalau boleh verify mol ni, untung le, coz selamat le 2 tahun tanpa caj ;) kalau nak dikecualikan kena caj lepas 2 tahun, kena buat transaksi minimum 12 kali menggunakan kad mol tu
Salam…saya juga ada 2 debit kad. NextG dan MOL Freedom.
Saya dah aktifkan kedua2nya.
Bila check NextG, ada balance rm9
MOL Freedom sy topup rm50, masih ada balance rm50.
Sy cuba nak verify Palpal menggunakan MOL Freedom, tp masih blom berjaya.
Masalah sy, sy tak boleh nak login EON Bank T Pin.
Transaction Failed
10/12/2007 12:28:56 pm MYT
Error Code / Message:
#
914 / T-PIN has already been utilized
We apologise that your transaction has not been successfully processed.
For assistance, please e-mail us at echannels@eonbank.com.my or call our EON Bank Call Center Hotline at 03-2616 1133.
just set balik t-pin anda di atm. kemudian register balik di internet. mungkin anda telah masuk t-pin kali pertama dan tidak perasan atau gagal untuk register user id anda. t-pin hanya boleh diregister sekali sahaja. Jadi dapatkan t-pin baru di atm dan try register sekali lagi.;)
kad debit NexG Mastercard? yang nih saya dah buat. Saya memperolehi maklumat tentang kad ini di Panggung Wayang (tak ingat nama pawagam, tapi bukan golden cinema), sebab klu ada kad debit nih, tengok wayang buy 1 free 1.
Saya tengah tunggu paypal hantar ‘expanden used number’ sebab pendaftaran kad debit ‘Mol freedom’ telah saya lakukan di akaun paypal saya.
Oh ya jangan lupa dapatkan ‘web pin’ atau ‘T-pin’ untuk nextG dan Mol freedom baru boleh akses akaun anda secara online.
Salam,
Nak tumpang tanya ni…
Berapa lama paypal kirimkan ‘expanded used number’ ke kad debit?
Saya check kat statement masih kosong…
Register aritu pada 10dec2007.
Camne nak tahu kalau diorang reject melaui email atau melaui akaun paypal kita.
Biasanya dalam masa 4 hari.. kalau 10 Dec 2007, cuba semak statement akhir bulan 12 nanti..
saya dah dapat lulus ‘verify’ paypal.Terima kasih encik Dlie atas info yg diberi.
Encik Dlie,
saya sangat kagum mengenai pandangan anda dalam forum nih..jadi saya ade pertanyaan mengenai kad debit combi eon bank..
saya baru je dapatkan kad nih tadi..try nak add card tapi fail..
nape jadi camni??kad debit nih xleh nak gune utk paypal ke??kalau boleh,gtau la camne nak aktifkan ngan betul..hehe
saya da buat 5 kad debit n setakat nih xde satu pun yang working ngan paypal..ade yang bley di-addkan tapi xleh nak purchase..
HELP ME!! =(
akhirnya aku berjaya verified paypal menggunakan debit kad eon bank. senang je, yg penting kene topup dulu amount dalam tu at least rm50.
lepas tu tunggu untuk dapatkan 4digit expanded number. Kalau nak cepat, call center eon bank. Diorg akan bagi nombor tu.
Aku pun guna Ambank nexG beli kat 711 Banting, tapi masih tunggu no pin dari dorang.
Tak sabar nak verified akaun Paypal ni :)
4digit expanded number??pe tu??erm..untuk pe 4 digit number 2?? n lagi satu..aku bukan guna prepaid tapi gune debit card drpd akaun aku..ade beza ke??
Salam semua.
n|ck,nampaknya anda benar2 blurr…ngan cara2 register paypal nih..
4 digit expanded number itu diberi setelah anda mendaftarkan debit kad ke akaun paypal.
Syaratnya balance dlm kad debit tu minima RM50.Tak lama dalam 4 hari dah ada number tu.Semak secara online statement akaun anda pasti ada.
salam semua..maaf kerana saya betul2 baru nak kenal paypal nih..so mmg bley kate 0 ilmu pasal paypal.. :P
owh..4 digit xpanded number tu dapat lepas daftarkan kad debit la..
erm..masalahnye saya xdpt pun nak dftr pun nak dftr debit card sy ngan paypal.. =.=”
owh..untuk pengetahuan semua,saya guna kad debit combi paypas eon bank..bley ke kad nih gune untuk paypal?
Setakat ni belum ada sesape yg guna kad combi tu tapi apa yg pasti kad debit mol freedom eonbank memang confirm boleh verify paypal.
Saya sendiri menggunakan kad ini dan hanya sekali submit terus lulus.
ade gak kad yang boleh verify tp hanye blh tme duit dari paypal je tapi xleh nak purchase..erm,tapi logiknye molfreedom nih eonbank punye gak kan??so sepatutnye debit kad yg saya gune nih bleh gak digunakan untuk paypal.. bukan camtu ke??
Hanya kad yg berlogo visa shj setakat ni bleh withdraw duit kat mesin ATM.Kad debit public bank dan kad debit Al-Rajhi Bank setakat boleh keluarkan duit paypal di Malaysia.
Tapi kalau dah boleh verify tu kira syukurlah.Lagipun kita boleh edit untuk tukar debit kad lain bila2 kita mahu.
salam… ni blog apa nih? saya tersalah masuk… paypal? akaun paypal?, debit card? ada yang baik x baik ke? teringin nak join.. boleh dapat untung ke? sapa2 boleh tlg jelaskan ya. Tkasih
mmg bley verify tapi saya xleh nak purchase something dgn akaun paypal saya.. :(
Kalau ada duit dan kad pun dah verify mustahil takleh beli..emm…
xtau la..ble nak beli die akan bagitau “This credit card has been denied by the bank that issued your credit card” sedangkan semuanye ok..zzz
erm..i just contact the eonbank customer services n diorang inform yang problem saya nih disebabkan last 3digit security no yang saya masukkan tu x verified ngan eon..saya just masukkan last 3 digit number blkg kad tapi pihak eon kate security number kene apply direct dengan eon,bukan gune yang belakang kad..
so saya kene tunggu seminggu untuk dapatkan 3d security number tu..so ade x sape2 yang tau care nak adapatkan no 2 dgn cepat??
salam emet;
Dah dapat expanded number ke?
Biasanya selepas 4-5 hari add debit kad,paypal
dah bagi expanded number dalam penyata.
Kalau belum ade pin number cara yg paling mudah call center
number yg tertulis kad belakang kad tu.
Saya musykil ambank dah tak potong RM3 dah masuk 2 bulan.
Dah takde yuran bulanan ke?Akaun saya masih aktif,takkan
diorang lupa nk poting he,,he,,
Salam Zonan, igtkan cina. Sebab tu hi jer semalam… :D
“expanded number” blm dapat lagi, smlm 12 hb Mac baru add card di paypal. Sekarang ni saya masih tunggu # pin dari ambank, mereka akan bagi # pin melalui suratkan?
Sekarang yang menjadi masalah adalah, saya masih belum aktifkan banking online untuk NexG kerana belum dapat # pin untuk kad saya. So, tak dapat nak semak penyata secara online.
“expanded number” tu boleh expired ke bila kita tak aktifkan dalam tempoh 4 atau 5 hari?
Step pendaftaran NexG
1. Lengkapkan borang dan Fax/Pos ke Ambank.
2. Dapat surat pemberitahuan akaun Ambank sudah di buka atas nama kita. (masukkan Rm50.00 untuk aktifkan paypal)
3. Tunggu surat kedua berserta # pin kad debit Ambank.
4. Kad sudah boleh digunakan.
* betul ke step yang saya beri di atas? Kalau salah Smartzul tolong edit ye.
Sekarang ni saya baru sampai step 2 tapi sudah add card di paypal (gelojoh).
Untuk aktifkan banking online ada sapa2 boleh beri langkahnya step by step dalam BM? thanks
erm..just nak tambah info kat sini..
kalau ade sesiapa yang nak dapatkan debit kad ngan cepat n malas nak tunggu 2minggu,korang bley try guna eon bank combi card..stgh jam da siap n lepas satu hari da aktif n bley digunakan untuk urusan paypal..aku jamin 100% sebab aku da berjaya ngan urusan paypal nih..
nak bukak akaun pun murah je..rm10 @ rm20,x ingat.. :P
so xyah nak tunggu lame2 untuk debit card korang..hehe
so good luck guys..
Alahai, aku dah guna Ambank, len kali la apply untuk EON combi tu :D
Jom ramai2 kita try kad debit visa maybank.
yo!