Home » Usahawan Internet » Kad Debit Terbaru: Maybankcard Visa Debit

Kad Debit Terbaru: Maybankcard Visa Debit

Pihak Maybank telah pun mengeluarkan kad debit Visanya sendiri dan telah dilancarkan beberapa yang hari lepas. Kad ini sama seperti kad-kad debit lain, namun disebabkan ia masih baru, saya belum pasti sama ada ia boleh digunakan secara meluas secara Online terutama untuk verified akaun paypal (termasuk transfer duit paypal ke akaun kad debit).

kad debit visa maybankNamun, daripada senarai penggunaan kad debit ini, didapati ia boleh digunakan secara Online untuk pembelian apa-apa produk.

Accepted Everywhere

Maybankard Visa Debit is accepted in as many as 26 million VISA merchant locations worldwide. You can also make online purchases and mail/telephone orders (MOTO) from the convenience of your home or wherever you are”.

Satu perbezaan ketara kad debit ini dengan kad debit lain ialah (daripada apa yang saya faham), ia tidak dikenakan caj keahlian tahunan seperti mana yang dilakukan oleh Public Bank sebanyak RM24 setahun.

Fee Free

No more annual fees, monthly interest rates or late charges to worry about with the Maybankard Visa Debit”.

Untuk memohon kad debit ini, anda mestilah mempunyai akaun simpanan atau semasa di Maybank, dan mesti berumur 18 tahun ke atas. Anda akan mendapat kad debit ini pada hari yang sama anda memohonnya:

“How long does it take to receive a Maybankard Visa Debit?
You will get your Maybankard Visa Debit card on the spot when you apply.”

Andaikata kad ini boleh digunakan betul-betul secara Online terutama untuk sahkan akaun paypal, maka ini adalah satu berita baik untuk mereka yang masih belum mempunyai kad debit. Ini kerana, Maybank adalah di antara bank yang paling ramai memiliki akaun simpanan. Jadi, tak perlu lagi ke bank-bank lain kerana anda hanya perlu memohon terus sahaja di Maybank.

Cara untuk memohon ialah anda perlu ke cawangan Maybank yang terdekat dan akaun kad ini boleh disambungkan bersama dengan akaun simpanan anda. Jadi, mudah untuk transfer duit ke akaun kad debit anda.

Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai kad debit ini kerana ia masih baru dan belum ada lagi rakan-rakan kita yang memohon dan mencubanya. InsyaAllah, ada masa dan ruang, saya akan mohon juga kad debit ini kelak.

Kepada anda yang ada masa dan mahu mencuba, anda boleh ke cawangan Maybank terdekat untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan pelbagai kemudahan yang semakin bertambah sekarang, tiada lagi alasan untuk tidak melakukan perniagaan melalui Internet. Bagi yang mahu berniaga di Internet, kad debit adalah wajib. Anda amat memerlukannya.

Rujukan: Kad Debit Maybankcard Visa

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. Han says:

    zul,
    bila dah apply tu, update kat sini ye…hehe
    nak juga test kalau boleh guna untuk paypal…

    han

  2. En Dlie says:

    Menarik ni…. rasanya pasti ramai usahawan internet agak gunakannya kerana rata2 mereka (termasuk saya) mempunyai akaun maybank..

    Mungkin kita tak perlu lagi gi bank masuk duit dalam kad debit macam bank lain..

    Adanya kad debit maybank ni, boleh la kita transfer duit ke dalam kad tu.. :-)

  3. ijamidayu says:

    betul2 tiada alasan pelbagai lagi.. kalau en zul dah apply.. war2kan lah dengan kami disini.. :)

  4. morizna says:

    Bagus Maybank ni… Saya mesti mohon… (Versi Bank Rakyat) :)

  5. wanwma says:

    Nasib baik saya dah buka akaun Maybank 1-2 bulan yg lepas…seng la skit nak apply

  6. NayanMohd says:

    Ini satu perkembangan yg baik untuk sesiapa yg belum ada kad debit..

    “Saya mesti pilih!!!”

    • emet says:

      Hehe :) mcm kenal je ayat tu En Nayan, marah orang Bank Rakyat kang…

      Anyway saya pon baru nampak iklan mengenai Maybankcard Visa Debit ni kat paper hari ni. Kali pertama nampak pon dah menarik perhatian saya :) Tak sangka plak Zul ada buat review. :D

      Wajib milik ni, rugi wooo kalau tak apply! Saya cube tanyekan mengenai perkara ni kat sepupu saya yang keje kat maybank, insyaAllah kalau berkesempatan saya update apa yang saya tau kat sini :D

      Tapi kene tunggu jugak sapa2 yang nak verified kad ni di paypal, kalau dah boleh verified memang cun! :) Boleh buat dua akaun paypal :P

  7. NayanMohd says:

    Kepada newbie,jgn lupa dapatkan kad debit maybank.. kad debit akan memudahkan urusan perniagaan internet.

  8. ijamidayu says:

    :) thats true bro nayan.. kalo betul leh guna utk aprove paypal.. lagi la cantik.. :)

  9. dauz says:

    Yup…memang baguslah maybank nnie…(Versi maybank) :)
    Tetapi kad debit ini untuk 18 tahun ke atas lagi…Terpaksa la nunggu setahun lagi la nampaknya nie :) adoi…paypal pun tak verified lagi :)

  10. titan says:

    hehe. kalau ada orang dah sahkan. aku akan follow dan angkat satu..

    • smartzul says:

      Tu lah. Kalau boleh guna untuk paypal, nak juga angkat satu.

      ps. Hmm, ramai yg apply kad debit utk paypal je ke? :p

      • emet says:

        ha’ah la Zul, itulah realitinya sekarang :)

        Debit Card=Paypal

        Kalau tak, saya pon tak amik pusing tentang debit card ni. Anggapan saya Debit Card ni mcm kad ATM biasa je, tapi bile dah menceburi perniagaan internet ni baru paham apa itu Debit Card. :D

  11. Tok Ayah says:

    Debit card ni bagus juge..berbanding dgn kredit kad..tak ada hutang dan riba…Meniaga kalau terlibat dgn riba nanti hilang berkat..Definisi berkat..sikit cukup..banyak tak membazir.

    Terima kasih Zul..Sya pun nak apply satu

    Jemput kelaman blog saya

    http://tokayahmotivasi.blogspot.com/

  12. Cikgu Azleen says:

    Kenapa ya kad debit lain tak boleh verify PayPal? Sebab takde bil ya untuk dirujuk? Saya rasa boleh kot kad ni verify sebab Maybank kan boleh access online.. Tentu dia ada sediakan online bill untuk kad kredit ni..

    • smartzul says:

      Yang tu saya tak pastilah kenapa. Maybe takde connection kot. Yang pasti, kalau kad kredit biasanya no problem. Dalam kes ni, kad debit je yg tak semua boleh guna untuk paypal.

  13. zool says:

    Wah harap2 boleh accept paypal lah..
    senang sikit …
    lagipun saya memang ada akaun maybank… kalau kena fee sikit kira oklah kan…
    zul rasanya boleh tak tukarkan kad ATM biasa ke debit kad nie??? he he he… Jangan marah kalau soalan ni hanya boleh dijawab oleh orang maybank je.. saja tanya mungkin zul tau ker??

  14. Salam semua;

    Saya dah tukarkan kad ATM lama ke kad debit nih caj RM12 tapi kalau pengguna baru free jer.

    Memang menarik tak payah pening2 nak masukkan duit sebab duit dlm akaun maybank kita tu secara automatik boleh digunakan untuk kad visa ni.

    Tiada akaun berasingan,macam biasa login Maybank2u untuk lihat transaksi yg dah kita buat.

    Bezanya cuma tukar kad lama kepada kad debit visa ni dan servisnya dah jadi global dan macam2 lagilah……

    Rasanya memang boleh verify paypal dan withdraw sekali.Lagi best terus boleh semak dgn Maybank2u.

    sape2 yg dah try tu boleh kongsi kat sini ekk..

    • smartzul says:

      Apa kata wira cuba dulu. Boleh update kat sini perkembangan tersebut.

      Satu lagi, wajib ke tukar kad ATM ni kepada kad debit baru ni? Saya tanya sebab kat laman web dia tak bagitahu perkara ni.

  15. pluto says:

    wah! bagusnya maybank ni.. dah upgrade ke debit card.. tapi yang merisaukan ni, biasanya bila sesuatu yang baru muncul berkemungkinan akan ada banyak masalah yang muncul juga, sebab mungkin kurangnya kajian terhadap kad debit terhadap scam. jika debit card ni boleh digunakan terus sebagai bank card di ATM, bermakna semua duit simpanan kita akan dimasukkan kedalam debit card ni.. sebab card bank biasa ditukar ke visa debit card.. bahaya tu! jikalau card debit kena hack semasa digunakan secara online, habislah duit dalam akaun maybank… putih mata!

    • smartzul says:

      Kita boleh set kepada jumlah maksima transaksi untuk kad debit tersebut. So tak kacau kita punya jumlah duit di akaun bank. Untuk maklumat lanjut, maybe boleh tanya dgn pihak maybank untuk apa-apa kemungkinan.

  16. morizna says:

    Esok jugak kita serbu Maybank. Make sure Maybank kita ada duit. Takder duit kacau jugak. :)

  17. mozumel says:

    waaa.. ini satu kelebihan kepada kita. saya baru sahaja verified paypal guna debit card public bank. Tiba2 datang pulak yang baru. Takpe nanti saya gi tanya lebih lanjut. Moga2 kad debit maybank ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan sesuai untuk IM.

  18. minggu ni saya akan cuba dapatkan maybankard ni.. nak try tanya diorg, ebay dengan paypal boleh verifed tak.. hehe.. tunggu review saya nanti!

  19. Salam;

    Ciri2 keselamatan kad ni sama ngan kredit kad dan sentiasa di update.So tak payah nak risau.

    Pada pendapat saya semua akaun bank tak kira ATM,kredit kad atau debit kad memang terdedah kena ‘hack’.

    Maybe kad ATM kurang kena hack sebab penggunaannya lebih kepada di mesin shj.Tapi kad kredit dan kad debit sering digunakan untuk pembelian secara online atau dengan kata lain ianya lebih terbuka tidak seperti kad ATM.

    Jadi apa yg penting cara kita menggunakannya lebih2 lagi di internet jangan dedahkan nombor kad anda terutama 3 angka yg terakhir tu.

    Lagi satu kepada ‘kaki2′ yg suka shopping secara online hati2 dengan laman web yg tak diketahui asal-usulnya kerana maklumat kad debit anda mungkin berada dlm keadaan bahaya.

    Tapi saya tahu rata2 yg mengunjungi blog Zul ni tahu menjaga keselamatan kad debit masing2 ye tak?

    Tepuk dada tanya selera kerana Maybank tak wajibkan pengguna kad ATM lama menukar kad mereka.Walaubagaimanapun rugilah kita tidak merasa kemudahan yg hebat ni kerana kemungkinan besar duit Paypal akan boleh disemak di maybank2u….hah…ada sape2 yg dah cuba.

    Rasanya tak mustahil sebab kad debit visa Al-Rajhi Bank dah boleh keluarkan duit Paypal….

  20. amirol says:

    Saya dapat sumber dari rakan saya, kad debit maybank ni BELUM boleh digunakan untuk verify akaun paypal sebab masih lagi baru.

    Jadi, pengguna kena tunggu sikit masa lagi lah. Yang pasti pengguna AKAN dapat menggunakan kad debit maybank ni untuk proses verifikasi akaun paypal.

  21. ShahZ says:

    Ok guys, full info utk korang yang nak tau pasal Maybank debit card nih..
    1. Prepare RM12 masa korang pegi apply, bawak kad Maybank asal korang. Maybank will change your normal ATM card to Debit Maybankard. So, lepas nih, korang cucuk duit kat ATM pun, bole guna debit card nih terus. Dah takde kad kuning tu lagi.
    2. NO, Debit card nih TAK BOLE guna untuk Paypal *lagi*. It will be made available soon. Sebab ape? Debit card korang nih is too exposed. Diorang gabungkan VISA dengan VISA Electron skali, so, kalau ada orang curi debit kad nih, dier tak payah verification korang pun. Bole swipe and use. So, on the online surface, bende nih tak safe. That’s why, diorang belom allow online transactions. BUT, the good news is, Maybank is working on it :) Tak lame lagi kad nih akan jadi valid untuk PayPal, then this will be the best debit card in Malaysia :) So those yang belom ade kad nih, apply skarang. Yang belom cukup umo, nak tunggu setahun tu, by the time diorang implement PayPal, you’ll be in legal age :D
    3. Debit card Maybank is valid for 6 years. Lepas 6 tahun, kene renew. Its free of course :)
    4. Debit card Maybank TAKDE annual fee LANGSUNG! Just like your typical ATM Maybankard :)
    5. Debit card Maybank ade bagi “treat” points utk setiap transaksi. So, gunakanlah ia instead of other debit cards. Bole redeem some gifts :)

    Kalau ade yang nak tanye ape2 pasal debit card Maybank, post comment atau email me at mmubashar@gmail.com

    Sekian,
    tQ~
    ShahZ

  22. smartzul says:

    OK, terima kepada Amirol dan ShahZ.

    Saya pun dah agak yang kad ni buat masa sekarang tak dapat diguna secara meluas lagi sebab masih baru.

    So, terserah kepada anda semualah nak apply skrg atau nanti.

    Thanks all.

  23. pluto says:

    ya, saya pun fikir gitu juga.. debit card ni masih belum selamat untuk diguna online.. tapi yang mengherankan, kenapa pihak maybank mangatakan “Peace of mind with the smart chip security” dan lagi

    “Accepted Everywhere” = Maybankard Visa Debit is accepted in as many as 29 million VISA merchant locations worldwide. You can also make online purchases and mail/telephone orders (MOTO)* from the convenience of your home or wherever you are..

    jika pihak maybank tahu penggunaan secara online tak selamat dan diorang masih kaji, mereka pasti tak akan mengeluarkan kenyataan seperti diatas. lagipun bila nak berhubung terus kebank maybank untuk keterangan lanjut mengenai debit card ni, selalunya mereka sibuk dan tak staffnya pun kurang pengetahuan pasal kad debit ni.. sebab baru saja tadi saya ada pergi kebank untuk keterangan lanjut, yang mereka terangkan hanya bila menggunakan kad ni dapat point.. itu saja. bila disebutkan kegunaannya pada online, mereka pun jadi blur..

    Adakah ini hanya untuk menarik lebih banyak orang membuka akaun maybank? sebab motor maybank ialah “no people no profit”. saya rasa isu ni harus diteliti, sebab saya juga pemegang akaun maybank. harap dapat bantuan semua…

    • smartzul says:

      Ada pro dan kontranya. Staff biasa memang tak akan tahu banyak. Mcm tu juga dgn bank2 yg lain. Lagi la kalau sebut pasal online. Tu belum cakap pasal paypal lagi. :)

      Apa pun, benda baru memang tak terlepas dari kekurangan. Bagi sesiapa yg nak mencuba, silakan. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila hubungi ShahZ (rujuk komen di atas) atau terus call centre Maybank ke bahagian Credit Card Department. Biasanya mereka lebih arif berbanding staf2 biasa.

      Satu yg saya nampak kurang kat sini ialah pihak Maybank tak bagi info yg lengkap terutama usaha meyakinkan orang ramai mengenai sekuriti seperti yg kawan2 di atas persoalkan. Pengguna kad ni banyak level, yg expert bab2 sekuriti ni pun ramai. So, tak boleh nak explain benda yg simple2 kepada golongan expert ni. Kena yakinkan mereka.

      Tak cukup hanya bagitahu kelebihan, tapi explain juga tahap sekuriti kad debit ini. Ini yg lebih penting dan menjadi pokok pangkalnya skrg selain hanya untuk kumpul2 point. Al maklum, usahawan internet tak fikir sangat pun pasal kumpul point ni. Yg mereka nak: Sekuriti dan kelancaran. :)

  24. iCalvyn says:

    i need to check wether it able to buy thing online and use to verify paypal and google checkout also…

  25. zaifulzin says:

    hi zul
    saya dah try nak add dalam paypal tapi denied…banyak forumer2 lain pun kata begitu…mungkin baru lagi kot sebab kalau nak nak dibandingkan term and benefit between maybank visa debit card and ar-rajhi visa debit ianya hampir sama….
    tadi masa apply kad ni maybak ada bagi sekali no pin untuk bayaran melalaui phone/internet tapi lupa lak nak tanya cam ner nak guner sebab setahu saya lar kalau nak add card guna no pd lampiran kad…

    sapa2 yg nak apply tu tolong2 lar tanyer apa guner nyer no pin untuk phone/ngan internet yang dia bg tu

  26. lankapo says:

    one thing yg we all shud consider, using maybank visa debit card ni..link terus ke saving account kita. so if guna utk online transaction..

    kata lah one day hacker buleh tapped maklumat credit kita, tk pun guna unsafe website ke naya ooo

    i would think twice to use it for internet transaction.

  27. ultimatezezs-SE says:

    Assalamualaikum,
    Saya tertarik dengan penyampaian saudara Zul tentang Maybank Debit Card.

    Saya dah aply card ni dan memang benar kena bayar RM12 untuk tukar card tu dan boleh hanya ditolak dengan baki kredit akaun semasa sahaja.

    Saya juga telah mencuba untuk aply pada verify PayPal ternyata memang tak boleh!

    Sekarang saya hanya guna Dcard ni danya untuk keluarkan duit di ATM saja.

    Saya dah tanya pada pihak Maybank,.dan kata mereka sistem debit card mereka masih belum stabil lagi untuk global, tetapi sistem Credit card sudah lama boleh digunakan untuk verify PayPal.

    Kesimpulan saya, PB debit card masih lagi menang hehehe.

    Mungkin kat sini ramai yang “nak try” lihat dari tarikh Zul tulis artikel ni dan tarikh saya post ni nampaknya dah ada sebulan tapi masih tak stabil…rasanya mengapa yer maybank camni..

    Zul, kalau ada update..post kat sini yer..saya dah bookmark artikel ni…

  28. zt_lee says:

    Unfortunately, I got informed by maybank this debit card is not able to use for Paypal ..

  29. sheffezen says:

    hye..

    erm zt_lee..psl u ckp tu mmg pun kan..

    sebb maybank tak aktifkan lagi transaksi dari internet untuk visa baru diorg ni..

    untuk buktinya boleh lihat kat sini.

    http://www.internetmelayu.com/blog/2008/04/20/masalah-paypal-dan-kad-debit-visa-maybank/

    ni bukan spamming..bukan blog sy pun..tq

  30. am says:

    dulu saya waktu baru keluar… kebetulan saya nak bukak akaun maybank dalam bulan 6 kot.. diorang bagi kad ni. so saya tanya boleh pakai untuk online ker.. terus minah tu blur… lepas tanya bos dia.. bos dia cakap tak leh… sekarang dah boleh ke blum?

  31. Kimizo says:

    Aku baru je dapat debit kad maybank
    nak try guna esok kat online

  32. iza says:

    Salam..
    Thanks ats perkongsian info…
    tgh cari cara terbaik utk aktifkan paypal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.