JV: Bukan Hanya Untuk Pelancaran Produk Baru

Apabila sebut JV terutama di dalam perniagaan internet, kita mesti akan terfikir terus di benak fikiran mengenai pelancaran produk baru. JV dengan pelancaran produk baru sudah sinonim di dunia Internet Marketing.

Namun, hakikatnya skop JV (Joint Venture) bukan hanya untuk melancarkan produk baru. Sebaliknya, ia lebih daripada itu. Skopnya teramat luas..

Hakikatnya, JV boleh digunakan untuk:

1. Pertukaran atau Perkongsian Kepakaran

Jika anda mempunyai kepakaran design dan usahawan lain mempunyai kepakaran copywriting, maka anda dan usahawan tadi boleh saling bekerjasama antara satu sama lain.

Caranya ialah anda berikan khidmat design percuma kepada mereka dan mereka pula akan berikan servis copywriting percuma kepada anda.

Atau jika anda tahu membina blog atau memasang sistem affiliate, anda boleh tawarkan kepada mana-mana usahawan lain dengan syarat mereka berikan atau melakukan sesuatu untuk anda.

Dalam perkataan yang lain, kita boleh panggil juga teknik ini sebagai ‘sistem barter’ (pertukaran servis/produk).

2. Promosi Produk Sedia Ada

Ramai yang ingat bahawa teknik JV hanya sesuai untuk melancarkan produk baru sahaja. Padahal, JV juga sesuai untuk produk sedia ada.

Katakan selama ini anda mempunyai produk A, maka carilah beberapa orang usahawan untuk dijadikan sebagai rakan JV. Untuk lebih baik, buatkan secara konsisten di mana setiap rakan JV akan promosikan produk anda pada setiap bulan atau minggu.

Untuk tip kedua ini, saya lihat tak ramai yang melakukannya.

3. ‘Promosi Bersilang’

Dengan cara ini, anda dan rakan JV bekerjasama mempromosikan produk masing-masing.

Sebagai contoh, satu teknik yang biasa digunakan oleh usahawan internet ialah webinar. Webinar ini biasanya dilakukan oleh dua pihak usahawan internet.

Di akhir webinar, mereka promosikan produk mereka dan saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya, jika pembeli membeli produk usahawan A, mereka akan dapat diskaun 30% untuk produk usahawan B.

Mudah ceritanya, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan inilah yang menambahkan lagi kekuatan promosi sesebuah produk.

Kesimpulan

Teknik JV bukan hanya untuk pelancaran produk baru atau sekadar memberi komisen semata-mata. Ia lebih daripada itu di mana kedua-dua pihak usahawan saling mendapat manfaat yang sama rata. Dah nama kerjasama kan? Sebaliknya bukan sekadar bagi komisen kepada rakan JV.

Atau untuk pelancaran produk baru, anda jangan hanya menawarkan komisen semata-mata. Sebaliknya, tawarlah juga sesuatu yang boleh memenuhi keperluan rakan JV anda atau memberi manfaat kepada mereka. Saya menyatakan perkara ini kerana kebanyakan para IM melakukan JV hanya berdasarkan kepada komisen semata-mata.

Usahawan Internet terutama yang telah berjaya terutama yang mempunyai list pada bila-bila masa boleh buat duit beribu-ribu ringgit. Mereka tak perlu tunggu mempromosikan produk baru orang lain pun.

Mereka lebih mahukan sesuatu yang boleh membawa perniagaan mereka jauh ke hadapan atau lebih berkembang. Setakat mahu dapatkan seribu dua, mereka boleh dapatkan dengan mudah (tak perlu tunggu komisen).

Fikirkan sesuatu di luar kebiasaan. Menawarkan wang komisen kepada rakan JV bukanlah sesuatu yang muktamad dan terakhir.

Daripada 95% jemputan JV yang saya terima, semuanya hanya menawarkan komisen semata-mata. Ini membuatkan saya berfikir panjang, perlukah menerima JV sebegini? Ini kerana saya boleh buat duit pada bila-bila masa sahaja kerana saya ada kemampuan. Saya mahukan lebih iaitu sesuatu yang boleh membawa perniagaan saya jauh ke hadapan.

Di dalam perniagaan, wang bukanlah segala-galanya. Memberikan wang kepada rakan JV bukanlah satu perkara yang terbaik bagi saya. Sebaliknya, jika kita berikan sesuatu yang boleh memajukan lagi bisnes rakan JV, maka itulah yang terbaik.

Tip Penting: Jika anda hanya tawarkan komisen semata-mata kepada bakal rakan JV, biasanya jemputan JV anda akan ditolak. Lagi-lagi mereka adalah Usahawan Internet Berjaya. Hanya mungkin kalau mereka terima adalah daripada rakan-rakan mereka sahaja. Tetapi mungkin tidak untuk usahawan yang mereka tidak kenali.

Akhir kata, ‘lakukan sesuatu di luar kebiasaan’ jika keadaan mengizinkan.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “JV: Bukan Hanya Untuk Pelancaran Produk Baru

  1. Salam,

    Artikel ni memang menarik macam pendapat dari Han. Saya masih baru lagi dalam arena internet marketing dan tak sabar nak tunggu artikel SmartZul yang akan datang mengenai kesilapan besar dalam JV.

    Terima kasih SmartZul

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  2. Terima kasih untuk perkongsian ni. Banyak perkara baru yang saya belajar tentang JV kali ni.

    “Saya mahukan lebih iaitu sesuatu yang boleh membawa perniagaan saya jauh ke hadapan.”

    Terima kasih kerana membongkarkan “keinginan” usahawan yang berjaya. πŸ™‚

    – Hairul

  3. Konsep Joint Venture ni sangat luas…

    Saya sendiri bila nak ajak sifu2 JV… hrmm.. diorang ni duit dah banyak.. takkan nak bagi komisyen jerk hehe… sebab tu saya cuba wujudkan hadiah tambahan yang saya harap mampu menambat hati para JV πŸ˜‰

    Paling penting… bina hubungan dengan mereka yang anda ingin JV dulu… jangan tiba-tiba dah hantar emel nak JV…

  4. tips yang amat berguna..JV dalam pelbagai cara dan bentuk.

    nak juga buat jv dengan saudara zul…..saling bantu membantu meningkatkan perniagaan internet ini jauh kehadapan..he he

  5. mmg btul apa yang dikatakan oleh smartzul…
    x kan nak tawarkan komisyen kepada orang yang dah berjaya bukan?
    tetapi untuk newbie yang nak buat JV nih cemaner plak?
    atau pn client2 smartzul yg nak buat JV contohnya…

    macam mana org jenis nih nak tawarkan yg lebih baik baik selain komisen?

    harap smarzul bley buat satu artikel untuk newbie bagaimana nak tawarkan sesuatu untuk ber JV.

  6. betullah kata anda smartzul..saya pun ada pernah terfikir..jika ada 50 usahawan internet..tak semua kenalan mereka juga sama..

    jd kalau bekerjasama di antara mereka untuk promosi sesuatu produk yang mereka ada kepada orang lain,tidak mustahil mereka mendapat manfaat bersama..

    kerjasama juga dapat memupuk satu komuniti yang amat bagus sekali, sebabnya mood kita tak selalunya ceria,bila ada kerjasama antara usahawan-usahawan,boleh membincangkan masalah yang di hadapi..

    dan seperkara lagi,tak tau nape sejak akhir2 ni saya berminat lawat blog ini..maybe anda mengikut jejak Dr. Irfan Khairi..apa2 pun saya sokong anda memberi motivasi kepada usahawan-usahawan..

    teruskan lagi usaha-usaha murni anda πŸ˜‰

  7. Abg zul…saya nak tanya tentang point kedua tu le..

    2. Promosi Produk Sedia Ada

    Saya kurang faham maksud “buatkan secara konsisten”. Memang saya akui hal ni berlaku pd saya. Saya sendiri tak terfikir dan hanya ingat JV utk produk baru aje… πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *