Just Do It! Let Your Customer Talks!

Wah Zul, tajuk BI nampak. Hehe, apa salahnya sekali-sekala. Grammar salah ke tak, itu no. 2, yang penting mencuba. Bak kata cikgu Azleen (ratu jamu) di forum khas pembeli kit blogger, “tak kisah grammar tu, orang kita je yg risau sangat..”. Tak gitu cikgu?

Pengalaman saya pula dalam ebiz bila ber-emel dan berforum, grammar taklah ok sangat, tapi faham pula mereka tu. So, tak perlulah anda takut nak berbahasa inggeris terutama dalam komunikasi. Kalau takut sangat, gunakan spell checker dalam Microsoft Word. Kalau wordpress 2.1 pula, spell checker juga dah ada.

Ok. Apa yang saya nak kongsi pada hari ini adalah, jangan tunggu semua COMPLETE sangat-sangat baru nak mula sesuatu. Contoh mudah, saya dah siapkan pakej kit blogger saya. Dah semak dan test download, web dan sebagainya sebelum lancarkannya. Namun, itulah manusia, ada lemahnya. Rupa-rupanya ada lagi kekurangan, kesilapan kecil dan perkara yang terlupa dilakukan. Saya ke yang nampak kesilapan itu? TIDAK. Para pelanggan saya yang memberitahunya…

Jadi, pokok cerita pada kali ini ialah, kita tak akan dapat memperbaiki sesuatu jika kita tidak mula melakukannya. Sebab, tak mungkin semua yang kita nampak dan lihat, semuanya dan ok. Walau kita sendiri kata produk kita hebat dan tiada kekurangan, tapi lain orang lain pandangan. Pembeli akan tetap nampak kekurangan walau sekecil mana pun.

Kesimpulannya, dengar dan terima aduan pelanggan anda, dan perbaiki apa yang kurang! Bahkan anda akan banyak belajar daripada sesuatu kesilapan yang sebelum ini anda tak terjangkakan. Inilah dikatakan, belajar daripada kesilapan!

Terima kasih kepada para pembeli pakej kit blogger. Saya sedia mendengar komen, pandangan dan masalah yang dihadapi. Pastikan report di ruangan khas ok. 😉

Sekian.

PS. Sehingga masa sekarang, masih tinggal 69 lagi lesen resell rights untuk Pakej Kit Blogger.

PPS. Blog dot com akan terus bercambah di internet dengan panduan pakej kit blogger. Nak panduan bina blog, dapatkanlah satu. Klik di sini. 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Just Do It! Let Your Customer Talks!

  1. Assalamualaikum Zul..

    emm.. sebenarnya, “kesilapan” adalah guru yang terbaik untuk kita memperbaiki diri dan memantapkan ilmu serta pengalaman dalam mengharungi perjalanan hidup yang penuh mencabar sebagai seorang usahawan…

    Belajar, Berusaha dan Berdoa.. InsyaAllah.. kejayaan pasti akan menjadi milik kita..

  2. that’s right mr zul..everything what we done certainly should be have some error..so sbb tu blaja dr kesilapan adlh sesuatu yg baik spy kt b’igt agar tdk mengulangi kesilapan yg same utk mase2 yg akan dtg.. 😉

    Kpd abg zul..Q ucap’k jutaan trima ksh! Q sggh t’ruja bl m’bace pakej kit blogger tu..kandgannyee memang DA BOMB ahh!!! 😀

  3. askum zul..

    2-3 hari lepas, ebook resell right tu ade 80 lebih lg, skrang dh tnggl 60..huhu..
    rsenye dlm beberapa hari lg habis la ebook tu dijual..
    murah sungguh rezeki zul ye…

    memang..manusia memang x leh lari dr melakukan kesilapan dan tiada zhat yg sempurna melainkan DIA yg satu…

    Apapun, jgn jadikan kesilapan itu sebg satu masalah dan anggaplah kesilapan itu sebagai satu kelemahan kita sbg hamba-Nya. So, belajar dr kesilapan perlu utk mengatasi segala kelemahan kita yg sedia ada dalam mencapai sesuatu kejayaan.

  4. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan,walau kecil walau pun besar.Tetapi kita boleh me`minimum`kan kesilapan yang kita telah lakukan dengan belajar dari kesilapan dan pengalaman yang lalu.Jadi,tanpa melakukan apa-apa atau dengan tidak pernah mencuba utk melakukan sesuatu,kita tidak tahu dimana kelemahan dan kekuatan kita.

    Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan masing.Cari lah kekurangan anda dan berusahalah untuk minimumkannya,disamping mencari kekuatan dan cuba memaksimumkan kekuatan anda.InsyaAllah kita akan berjaya kelak.

    Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.Just my 2 cents!

  5. Zul,

    Yang paling penting is that kita mahu belajar dari kesilapan.

    Tahniah atas jualan Kit Blogger!

    Rasanya. Zul bolehlah publish buku tentang blogging dalam BM … macam Team Saifulsham buat…

    Why not?

  6. Tidak yang sempurna di dunia ini apatah lagi diri kita sendiri. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan dari kesilapan juga mengajar utk menjadi lebih baik.

    Kalau sesuatu benda tu dah sempurna pastinya tiada pengalaman yg amat berguna yang boleh diperolehi. Benda yg paling berharga adalah proses untuk menjadi sesuatu lebih sempurna..

  7. Syabas Zul dah terjual lebih 30 set nampaknya, tahniah!. Tentang kesilapan, itu lumrah alam.. kita manusia biasa tak mungkin jadi sempurna.. yang penting kita bersedia menerima teguran dan yang menegur juga pula perlulah berhebah sbb kita dididik dgn budi bahasa.

    ps: Zul, ni pertama kali akak tinggalkan msg di sini.. 😉

  8. hi zul,

    memang tidak dinafikan sedari kecil kita belajar dari kesilapan. Dari kesilapan mengajar kita menjadi ‘insan’ dan daripada insanlah maka lahirnya kejayaan dan kecemerlangan.

    Ermm… amacam zul ok tak sy berfalsafah… huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *