Adakah jumlah komen menentukan kekuatan sebuah blog?

Jawapannya: Ya dan Tidak.

Ya jika pemilik blog mahu membina hubungan yang baik dan jangka panjang bersama pembaca.

Tidak jika kita menggunakan blog untuk mendapatkan trafik sahaja melalui enjin carian. Dengan memasukkan ‘content’ yang banyak pada blog, maka semakin banyak trafik yang masuk melalui kaedah SEO.

Semuanya bergantung kepada tujuan masing-masing. Tiada satu formula blogging yang satu untuk semua orang. Anda juga boleh mencipta formula dan strategi sendiri.

Prinsip saya adalah mahu bebas daripada cara dan kaedah orang lain. Jika ia sesuai, saya ikut. Jika tidak, saya akan ubah atau cari cara sendiri.

Jika anda belum mempunyai blog, tidak perlu risau soal komen banyak ataupun tidak. Yang penting adalah tulis dan terus menulis sesuatu yang berguna, di samping melakukan promosi secara konsisten. Satu masa nanti, akan sampai jua masa di mana blog anda akan meletup dengan gaya dan sambutan tersendiri.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Adakah jumlah komen menentukan kekuatan sebuah blog?

    1. Ada dua bentuk komen:

      1. Komen berbual-bual dan tidak memberi hasil kepada bisnes. Komen sebegini banyak dilihat pada blog peribadi.

      2. Komen yang ditulis oleh pelanggan yang berpotensi. Ini yang kita mahu sebagai usahawan.

      Sekarang, lebih ramai orang yang suka komen di Facebook berbanding di blog. Kedua, sebarkan juga artikel kita di sana. FB sudah menjadi seperti pusat sehenti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *