Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Jual Ebook = Pendapatan Pasif

Kebanyakan orang hanya ada satu sumber pendapatan sahaja, iaitu pendapatan dengan bekerja kuat, membanting tulang, pergi kerja balik kerja dan bersesak di jalan raya (ini paling tension). Begitulah sampai tiba hari persaraan. Ia dinamakan sebagai “active income”. Maksudnya, kalau tidak kerja, maka tidak dapat gaji/duit.

Satu lagi jenis pendapatan (income) yang jika boleh wajib setiap orang ada adalah pendapatan pasif (passive income). Ia adalah di mana kita buat kerja sekali dan mendapat pendapatan berterusan tanpa melakukan lagi kerja yang sama berulang kali.

Contoh sumber pendapatan pasif yang boleh dilakukan melalui Internet adalah:

  1. Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.
  2. Buat satu website ‘review’ produk affiliate. Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.
  3. “Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.
  4. Hasilkan ebook dan website jualan untuk ebook tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan ebook, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi ebook itu dijual.

*Sudah pasti promosi termasuk sekali dalam usaha di atas. Promosi juga boleh disetkan secara ‘automatik’. Itulah kelebihan Internet.

Sebagai contoh, salah satu ebook saya iaitu Pakej Kit Blogger, ia mula dijual pada tahun 2006. Kini jualannya hampir genap 4 tahun! Dan masih ada yang membelinya dari hari ke hari. Saya tidaklah kerap melakukan “hard selling”, tetapi sebaliknya secara ‘automatik’ daripada hasil usaha promosi awal yang dilakukan.

Usaha awal itu adalah seperti menulis artikel, membuat “backlink”, ebook viral dan program affiliate.

Promosi automatik boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:

Adalah amat rugi jika tidak memanfaatkan “kuasa internet” ini. Sebahagian besar perkara boleh berlaku secara automatik walaupun kita sedang tidur dengan nyenyaknya.

Contoh paling mudah adalah laman web jualan. Ia umpama pekerja kita (salesman) yang bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Berterusan tanpa rehat! Pelanggan dapat membuat pembelian walaupun pada waktu tidur kita. Inilah ia pendapatan pasif. Sedang tidur pun dapat duit.

Perniagaan Ebook

Kita masih lagi berada di era informasi. Segala maklumat boleh dicapai dengan hujung jari sahaja. Semakin pantas manusia, semakin cepat manusia mahukan sesuatu maklumat. Mereka tidak kisah jika perlu membayarnya.

Di sinilah tugas kita untuk memenuhi keperluan mereka ini iaitu dengan menjual (membekalkan) maklumat itu kepada mereka dalam bentuk yang tersusun, jelas, padat dan boleh diguna-pakai.

Bagi anda yang mahu belajar perkara-perkara asas yang penting dari cara mendapat idea ebook sehingga kaedah promosi, Pakej Pakar Ebook boleh membantu. Boleh dapatkan pakej tersebut sebelum harga dinaikkan atau mungkin jualan akan ditutup selama-lamanya.

“Skeptikal (ragu-ragu) berpanjangan hanya merugikan diri sendiri. Bertindaklah untuk mewujudkan sumber pendapatan yang pelbagai, terutama melalui Internet yang kebanyakannya tidak memerlukan modal yang besar.”

-

Facebook comments:

6 Responses to “Jual Ebook = Pendapatan Pasif”

  1. Hanafi Wawi says:

    Ebook memang dah jadi produk yang paling laris di internet dan dengan ebook jugalah ramai IM yang hebat boleh menjana pendapatan sangat lumayan. Setelah dilancarkan secara besar besaran jualan akan terhasil setiap masa dan ketika selagi mana orang masih memerlukan maklumat yang terkandung dalam ebook ini. Menjual ebook lebih untung dari menjual buku dan lebih mudah untuk membuat ebook dari membuat buku. Sebuah ebook yang betul-betul berkualiti mampu menghasilkan jualan ratusan ribu malah jutaan ringgit jika kena dengan caranya. Banyak lagi ruang yang boleh diterokai dan topik yang belum ditulis dan inilah peluang baik untuk menjana pendapatan automatik di internet.

  2. bacho says:

    Assalamualaikum bang zul.saya baru terjumpa blog abang zul hari ni.banyak info menarik.oleh itu tujuan saya adalah untuk bertukar link dengan abang zul.saya dah add link abang zul.harap diterima ek.tq

    • smartzul says:

      Waalaikumussalam Bacho,

      Terima kasih sebab add link blog saya ini.

    • smartzul says:

      Waalaikumussalam Tuan Azman,

      Terima kasih. Saya berharap tulisan-tulisan saya bermanfaat dan mudah dibaca.

      Saya masih banyak lagi perlu belajar cara penulisan yang baik, iaitu cara penulisan yang betul dari segi tatabahasa, susunan ayat dan penggunaan perkataan yang baik. Penulisan yang baik sebegitu perlu diselarikan dan diadun agar pembaca tidak cepat bosan.

      Saya setakat ini tiada formula khusus, cuma mungkin atas sebab pengalaman menulis dari tahun 2004 lagi semasa di IPT yang mana ketika itu saya diberikan tanggungjawab menulis teks-teks ucapan dan juga kertas kerja.

      Apa yang dapat saya katakan, saya menulis atas dasar “sudah terbiasa” tanpa merujuk mana-mana kaedah atau formula. InsyaAllah, saya akan cuba menulis panduan penulisan artikel berdasarkan pengalaman yang saya ada.

  3. sufian says:

    berminat utk buat ebook, dah ready nanti bleh contact en smartzul

  4. Fauzi ahmad says:

    Untuk hasilkan ebook kita perlukan ilmu dalam bidang tersebut. Ebook yang baik ialah ebook yang lengkap dengan fakta, cara dan ulasan yang boleh difahami. Penulis ebook sama juga dengan penulis buku ilmiah.

    Kena ada sumber bahan, bukan main salin, tiru dan terbit. Dalam dunia internet sekarang ini, banyak maklumat kita dapat, cuma kita kena tahu cara nak tapis, jangan terima bulat-bulat.

    Paling penting ebook tu berkualiti.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)