Jual Ebook Cara Mudah!

Sebelum ini, saya telah banyak menulis mengenai Resell Rights dan juga Master Resell Rights. Bagi yang telah membacanya atau memahami mengenai, sudah pasti anda faham apakah model perniagaan tersebut.

Secara mudah, Resell Rights bermaksud Hak Jualan Semula. Apa-apa produk yang disertakan dengan lesen hak jualan ini bermakna anda boleh menjualnya kembali. Dengan syarat, anda mendapatkannya (membeli) secara sah daripada pihak berkaitan seperti dari pemilik asal produk tersebut atau daripada mana-mana Reseller yang sah.

Menghasilkan Ebook sendiri tidaklah susah tetapi tidaklah semudah yang disangka. Ia memerlukan masa untuk mengkaji, mengumpul bahan, menulis draf, menyemak penulisan (proof reading), memformat Ebook dan tidak cukup dengan itu, perlu membina laman web jualan pula. Huuh..Γ‚Β πŸ˜―

Ya, memang banyak kerja yang perlu dilakukan. Bergantung kepada tahap penguasaan anda terhadap topik yang ditulis serta tahap kesusahan topik tersebut, ia akan menentukan berapa lama sesebuah Ebook itu akan siap.

Jual Ebook Cara Mudah!

Salah satu cara untuk menjual Ebook tanpa berpenat lelah seperti yang saya nyatakan di atas ialah, anda boleh mendapatkan hak jualan semula untuk Ebook-Ebook yang ada di pasaran (Internet).

Selain Ebook tersebut telah siap tanpa perlu anda menulis satu huruf pun, anda juga akan diberikan laman web jualan yang lengkap beserta dengan Ebook Cover sekali. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengedit sedikit maklumat di laman web jualan dan kemudian upload ke Hosting. Siap.

Anda hanya perlu menumpu kepada promosi dan pemasaran untuk Ebook tersebut sahaja. Tidak perlu pening kepala untuk menulis Ebook anda sendiri jika anda tiada masa yang banyak. Hanya perlu lakukan sedikit kerja (edit web) dan kemudian usahakan promosi untuk mendapat jualan.

Berita Gembira!

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga Ebook yang saya heboh-hebohkan sejak dahulu. Dan yang gembira di sini ialah, Ebook ini akan disertakan dengan lesen hak jualan semula (Master Resell Rights). Ya, ia bermaksud anda boleh menjualnya semula dan simpan 100% keuntungan!

Mengikut perancangan terakhir saya sekarang, saya akan lancarkan Ebook tersebut pada 13/11/2007 (Selasa). Tetapi, untuk hari pertama pelancaran, saya akan buka jualan hanya kepada 175 orang yang mendaftar sebelum ini sahaja. Dan kemudian pada hari Rabu (14/11/07) keesokannya, barulah saya mula menjualnya kepada umum.

Perkiraan Keuntungan

Harga Ebook tersebut hanyalah RM20.00. Katakan anda mempunyai list (subscribers) anda sendiri seramai 1000 orang. Anda promosikan kepada mereka dan katakan hanya 500 orang sahaja yang membeli, anda tetap mendapat hasil yang besar iaitu RM10,000.00! Jika hanya 100 orang sahaja yang membeli, anda tetap mendapat RM2000.00! Bagaimana jika 1000 orang pembeli?Γ‚Β πŸ™„

Itu perkiraan untuk mereka yang ada ‘list’ sendiri lah. Anda tak ada ‘list’? Tu la, siapa suruh tak buat “list building”, hehe.. Kan dah rugi besar tu. Nak promote pun susah. πŸ˜‰ Mulai hari ini, usaha-usahalah kumpul Emel secara sah. Jangan tahu buat SPAM jer. Silap-silap masuk lokap. πŸ˜‰

Jika anda tiada list, tidak ada masalah untuk meniagakan Ebook ini. Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan. Saya beri contoh perkiraan untuk yang ada list tu, sebab biasanya tak mustahil nak dapat jualan yang mudah seperti yang saya kira di atas.

Boleh jual lebih daripada RM20.00!

Namun, anda boleh menjual Ebook dengan harga lebih daripada RM20.00. Terserah kepada anda sendiri. [Menjual Ebook ini dengan harga kurang daripada RM20.00 dilarang sama sekali!]. Jika anda jual dengan harga RM30.00 dan 100 orang membeli, anda mendapat RM300.00. Jika 50 orang sahaja, anda tetap mendapat RM1500.00.

Jika anda biasa dengan perniagaan Internet, maka anda tahulah apa strategi yang boleh digunakan agar orang membeli dengan anda walaupun harga lebih tinggi sedikit.

Tapi saya yakin, jika anda belum pernah merasai pendapatan di Internet, mendapat hasil sekitar RM100.00, RM300.00, rasanya sudah amat mengembirakan anda. RM20.00 x 10 orang pembeli, hasilnya RM200.00. πŸ˜‰

Jadi, kepada sesiapa yang ada sedikit pengalaman dalam Ebiz ni, targetlah hasil yang rendah-rendah dulu yer. Usaha dapatkan 5 orang pelanggan dahulu untuk dapat RM100.00. Dan kemudian usaha lagi dan lagi sehinggalah anda menguasai kemahiran perniagaan di Internet.

Harapan Saya

Ramai yang mahu berniaga di Internet, tapi dalam masa yang sama, banyak juga program-program sampah yang menyampah di Internet. Tidak cukup menipu orang, buat cara yang salah dan haram, pergi pula menjual Ebook hak milik orang lain. Dan yang berminat tadi yang tidak tahu menahu, akhirnya tertipu.

Jadi para pembaca semua, marilah kita berniaga secara baik-baik. Manfaatkan apa-apa peluang perniagaan yang diberikan seperti bakal Ebook saya ini. Selain ia adalah untuk bisnes saya, Ebook ini juga diwujudkan untuk menyuburkan industri perniagaan Internet di Malaysia. Malah yang lebih penting, ILMU di dalam Ebook tersebut akan terus tersebar dan kesannya ramai yang akan dapat ilmu yang baik-baik.

Harapan saya, semoga dengan Ebook kedua saya ini, ia sedikit sebanyak membantu sesiapa sahaja yang mahu berniaga di Internet dengan sebenar-benarnya. Melabur RM20.00 untuk perniagaan ini lebih baik daripada meleburkan duit anda untuk program yang menipu yang begitu banyak sekarang.

Katakan TIDAK untuk Skim Cepat Kayap dan Program Cari Orang Dapat Wang!

Akhir kata, tunggukan hari pelancaran Ebook tersebut pada minggu hadapan.

Salam kejayaan.

ps. Kepada 175 orang telah mendaftar dahulu, semak Emel anda sekarang! Mana yang daftar tapi tak dapat Emel terkini saya tu, sila semak bahagian folder Spam/Bulk Emel anda.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Jual Ebook Cara Mudah!

  1. Saya dah dapat email tu Zul. Tak sabar tau nak tgk hasil buah tangan Zul yg ni. Meletup2 lagi lepas ni jualan Zul macam ebook buat blog dulu.
    Nampaknya tahun depan Zul dah bole kawin ni…Yer la, duit kawin pun dah banyakk…. πŸ˜€

  2. Seronok bila bercerita pasal biz internet ni.
    Saya dah cuba dengan free hosting jer…
    x sangka dapat sambutan. senang gak jual ebook ni πŸ˜† .
    sekarang baru siap web sendiri dengan domain sendiri..
    minta zul tolong komen sikit web saya yer..
    baru nak belajar
    p/s – x sabar tunggu hari selasa 😎

  3. saya pun berminat!
    Tapi ada sedikit kemusykilan tentang konsep master right resell, kena ada domain dan webhosting sendiri ker?

    zul, boleh selitkan saya sorang tak?hehehe πŸ™‚

  4. hahaaa… memang takder bezanya dengan yang awal atau lambat kalo dah dapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat… produk mesti beli dan boleh dijual dengan jayanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *