Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Cara Mudah Menjual CD Secara Offline

Saya masih membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan HAK JUALAN terhadap produk video KuasaFTP. Semasa post ini ditulis, peluang dibuka kepada 9 orang sahaja lagi.

Secara ringkas, produk ini membenarkan Reseller:

  • Membuat design sendiri.
  • Menggunakan tajuk sendiri. Boleh tukar jika mahu.

Lain-lain maklumat, boleh baca di sini.

Baik, kembali kepada tajuk utama.

Bagaimana kita boleh menjual produk informasi dalam bentuk CD/DVD dengan mudah, secara offline?

Salah satu caranya adalah menjual di mana-mana program yang kita anjurkan atau program yang kita kendalikan atas jemputan pihak penganjur.

Bayangkan, jika kita menjual satu CD atau DVD dengan harga RM20 dan ia dibeli oleh seramai 10 orang, kita telah memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM200. Kalau lebih daripada itu?

Jika kita menjual di program anjuran orang lain, pastikan mendapat kebenaran pihak penganjur terlebih dahulu. Biasanya, ada pembahagian keuntungan di antara kita dan mereka. Contohnya, 50-50.

Sebab itulah, saya amat galakkan para usahawan mengambil peluang dengan menganjurkan program sendiri sama ada seminar, ceramah, bengkel dan sebagainya.

Strategi Mudah

  • Seminar Percuma: Anjurkan seminar atau ceramah percuma mengenai topik bidang anda. Sediakan satu meja (biasanya meja urusetia pendaftaran) dan letak produk anda di situ.
  • Tumpang Program: Dapatkan maklumat mengenai program-program anjuran pihak lain dan hubungi mereka. Letak produk anda dan minta mereka uruskan jualan. Bahagikan keuntungan.

Bermula penghujung tahun 2010 ini dan pada 2011, saya sudah kembali aktif menerima jemputan ceramah dan juga akan menganjurkan program sendiri. Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang menjual produk tambahan melalui cara ini. Ia adalah pilihan kepada peserta dan bukan paksaan. Jadi mengapa tidak melakukannya? :)

Kata orang putih, “don’t leave money on the table!”

Selamat mencuba.

-

ps. Bertindak segera untuk menjadi Reseller SAH produk KuasaFTP dan mula menjana 100% keuntungan.

Klik >> http://blog.smartusaha.com/kuasaftp-resell-rights/

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

8 Responses to “Cara Mudah Menjual CD Secara Offline”

  1. Salam zul,boleke strategi ni digunakan untuk produk yang lain,contohnya bukuke?

  2. mantra says:

    Bagus tips ini. Saya pun sedar beberapa majlis yang saya pergi sebelum ini pernah membuat strategi sebegini. Thanks for sharing :)

  3. Salam, cara ini saya pernah lihat setelah pergi ke beberapa seminar sebelum ni. Ada yang berikan free gift seperti cd dan buku untuk orang yang terawal datang ke seminar percuma tersebut. Selepas daripada itu, peserta seminar yang datang perlu membayar untuk mendapatkan produk tersebut. Bagus idea ini. :-)

  4. Amril Muidz says:

    Salam tuan Zul,

    Satu tips ringkas tapi padat dari tuan…terima kasih..

    Jika ada peluang, mungkin akan melakukan strategy yang tuan katakan…

    Jika tidak dapat menjual produk, bagi name card pun jadi…bina networking :)

  5. Hani says:

    salam
    Bagus juge ye kalau produk digital convert ke cd..ada 2 option utk jual/dapatkan sesuatu produk.

  6. Amim says:

    terima kasih . tips yang sangat berguna ..

  7. mawardee says:

    Tahniah! Produk terbaik dari ladang.
    EducatticMind juga idea yang bernas.

    All the best, Smart Zul.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)