Jana Keuntungan Dengan Menjual CD Secara OFFLINE

Salam sejahtera,

Bagaimana kita boleh menjual produk informasi dalam bentuk CD/DVD dengan mudah secara offline?

Salah satu caranya adalah menjual di mana-mana program yang kita anjurkan atau program yang kita kendalikan atas jemputan pihak penganjur.

Katakan jika kita menjual sekeping CD atau DVD dengan harga RM20 dan ia dibeli oleh seramai 10 orang, kita telah memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM200. Bagaimana pula hasil pendapatan jika mendapat jualan lebih daripada itu, dan dalam sebulan kita anjurkan program lebih daripada sekali?

Kos untuk menyiapkan satu set pakej CD biasanya di antara RM5 hingga RM10. Satu set CD terdiri daripada CD, sampul CD dan label pelekat CD.

Kiraan Kos

Buat sendiri
– sekeping CD kosong: RM1.00 atau kurang
– Sampul CD: RM0.50 atau bergantung kepada jenis sampul
– Print label: [kos dakwat printer]
==> JUMLAH = RM1.50

Upah kedai
– Duplicate CD: RM4.00 sekeping
– Print label: RM1.50 sekeping
– Sampul CD: RM0.70 sekeping
==> JUMLAH = RM6.20

*Kiraan di atas hanya mengambil kadar purata sahaja dan menggunakan kaedah packaging yang simple.

Katakan kita jual dengan harga RM20 untuk satu set CD, kita masih mampu mendapat jumlah keuntungan yang tinggi.

UNTUNG ==> RM20 – RM6.00 = RM14.00

Tip Tambahan: Jika guna perkhidmatan dari mana-mana kedai pencetak, tempah dalam kuantiti yang banyak kerana kos/caj akan semakin berkurangan.

STRATEGI JUALAN CD

1. Seminar Percuma: Anjurkan seminar atau ceramah percuma mengenai topik bidang anda. Sediakan satu meja (biasanya meja urusetia pendaftaran) dan letak produk anda di situ.

Jual produk CD yang selari dengan tajuk program. Jika buat program ceramah perniagaan, jual CD yang berkaitan dengan perniagaan, cara promosi dan motivasi.

2. Tumpang Program: Dapatkan maklumat mengenai program-program anjuran pihak lain dan hubungi mereka. Letak produk anda dan minta mereka uruskan jualan. Kemudian hasil jualan dibahagi mengikut persetujuan.

Jika kita menjual di program anjuran orang lain, pastikan mendapat kebenaran pihak penganjur terlebih dahulu.
Biasanya, ada pembahagian keuntungan di antara kita dan mereka. Contohnya, 50% untuk mereka dan 50% kita.

3. Jual di mana-mana tempat dan keadaan yang sesuai.

Mungkin anda pernah melihat cara-cara di atas dilakukan di kebanyakan program seperti seminar, kursus dan bengkel. Namun anda mungkin tertanya, bagaimana cara memiliki produk untuk dijual di mana-mana program ataupun mungkin secara santai di mana-mana situasi sesuai?

Terdapat tiga cara untuk memiliki produk CD:

a. Hasilkan kandungan (video, audio..) sendiri.
b. Dapatkan daripada pembekal. Jual dan ambil untung.
c. Beli hak jualan produk. Ia umpama produk kita sendiri dan boleh tentukan harga yang kita mahu.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Pingback: Menjual produk informasi: Bagaimana mendapat hasil jualan pertama dalam masa 30 hari? – Bahagian 1 | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet