Jom Main Bola Sepak!

“Jom main bola sepak?”.

“Minta maaf, saya tak suka main bola sepak”.

Dialog di atas ialah analogi untuk ‘targeted market’ produk anda. Katakan anda menjual satu produk A, anda tidak boleh mempromosikan kepada mereka yang tidak sukakan produk A tersebut. Mereka mungkin lebih sukakan produk B atau C.

Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah dua perkara:

1. Jangan salah promosi kepada mereka yang tidak sesuai dengan produk anda. Jika anda faham perkara ni, maka akan terjawab persoalan kenapa daripada ratusan orang, hanya seorang yang membeli. Yang tak membeli itu mungkin tidak memerlukan produk anda. Tumpuan anda ialah mereka yang perlu dan mahu sahaja.

2. Usah peduli dengan mereka yang tidak sukakan anda dan produk anda. Bagi perkara kedua ini, anda tidak perlu bersedih atau kecewa jika ada mereka yang memarahi anda. Sebab, mereka bukanlah orang yang sesuai dengan produk anda. Biarkan mereka pergi jauh-jauh sebab mereka “tak suka main bola, tapi mereka mungkin lebih suka main badminton”!

Jika anda memaksa juga mereka membeli, akibatnya akan timbul masalah yang lain pula seperti mereka tidak berpuas hati, meminta pulangan duit bayaran, marah-marah dan menyebarkan fitnah. Jadi, pandai-pandailah pilih pelanggan sebab tak semua orang sesuai untuk menjadi pelanggan kepada produk anda. Jangan sebab semata-mata nak buat duit, anda menjual kepada orang yang salah.

Teknik Pemasaran Emel

Jika anda mempromosi juga kepada mereka, sudah pasti mereka akan marah-marahkan anda. Namun kadang-kadang, ia bukan silap anda. Di dalam pemasaran Internet, email marketing adalah salah satu cara yang efektif untuk mendekati bakal pembeli. Caranya ialah dengan menyuruh mereka mendaftar (subscribe) ke mailing list.

Walaupun ia efektif, tetapi anda perlu tahu bahawa yang subscribe itu tidak semuanya memahami apa yang mereka lakukan tersebut (subscribe). Ada juga yang hanya mahu dapatkan barang percuma dan tidak mahu membeli atau mendengar apa-apa kata-kata kita yang lain. Akibatnya, apabila kita mempromosi kepada mereka sesuatu produk, mereka akan salah sangka..

“Boleh tak jangan hantar emel kepada saya lagi?”

“Ni apa promote promote ni?”

“Tak payah lah nak psiko kami dengan ayat-ayat pemanis kau tu”.

“Stop sending me your rubbish email!” –> ini ayat real. Saya yang kena. ;)

…dan seribu satu reaksi lagi.

Semua ini berlaku akibat beberapa faktor. Antaranya:

1. Pada opt-in page tidak dinyatakan yang mereka akan menerima emel daripada anda kelak.

2. Mereka yang mendaftar tersebut tidak tahu apa-apa mengenai email marketing. Akhirnya, orang lain yang disalahkan. Yang mereka tahu, daftar sahaja.

Pasaran Perlu Dididik

Apa yang saya perhatikan, usahawan-usahawan Internet semuanya hebat-hebat. Sudah cukup ilmu di dada. Tapi, pasaran yang ditarget itu terutama di Malaysia ini masih lagi belum bersedia sepenuhnya dengan kaedah-kaedah tertentu. Bagi mereka, ia sesuatu yang janggal, mengganggu dan sebagainya.

Jadi, saranan saya kepada para usahawan Internet semua, didiklah pasaran tumpuan anda dahulu sebelum menjual. Beritahu mereka apa yang patut. Untuk email marketing, beritahu mereka apa itu komunikasi melalui emel dan kenapa anda menghantar kepada mereka. Antara lain, kenapa mereka perlu sahkan pendaftaran ke mailing list iaitu double opt-in?

Pasaran tempatan ini masih lagi “mentah”. Tidak seperti pasaran luar yang sudah biasa dengan kaedah-kaedah tersebut. Di sini, kita bukan mencari siapa yang salah. Tapi apa yang kita mahu ialah apakah yang perlu kita tahu dan lakukan? Terkadang, memang sah kita yang salah, maka terima ia dan perbetulkan. Jika orang lain yang salah, kita cari apa penyelesaiannya.

Akhir kata, didiklah pasaran tumpuan anda sebaik-baiknya dahulu sebelum anda mula menjual. InsyaAllah, mereka pasti akan kurang karenah.

Salam maju jaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Jom Main Bola Sepak!

  1. Ingatkan Zul ajak main bola sepak.. kalau nak main saya on jer.. :mrgreen:

    Saya juga pernah terima emel-emel mcm tu, mereka marah saya coz hantar emel promosi produk walhal mereka dah subscribe utk terima sebrg update.. Pening2.. rasanya rakyat Malaysia masih belum boleh terima emel promosi seperti kat oversea..namun, ini merupakan satu cabaran untuk terus memperbaiki kelemahan saya sebenarnya..

    Apapun, saya akan cuba mendidik pelanggan saya seperti yang disarankan Zul.. :razz:

    1. Saya dah lama x main bola sepak. Sebab saya minat sukan lain. :D

      Biasalah dalam ebiz ni. Serasa saya, bukan market Malaysia je. Negara lain pun ada juga mcm ni. Apapun, do the best sehabis boleh.

      1. Jawapan yang bagus,

        Ha ha ha (sebut cam cara professor clone cakap)

        Ari tu dapat email , siap nak gaduh lagik.

        Ha ha ha (baca dengan nada professor clone :D)

  2. Tq la Zul, dapat lagi ilmu baru hari ni…
    Ada jugak ke orang marah2 macam tu? Ini suma gara2 kaki “spam” habis rosak susu sebelanga… Sebab spam punya pasal orang ramai dah taktau bezakan mane satu betul, mane satu tipu…
    Saya rasakan Zul, ini cadangan sayalah…
    Zul ni berkebolehan dan disegani, ramai orang dah kenal Zul…
    Bile lagi Zul nak kuar kat surat khabar? atau Majalah?
    Maksud saya,sediakan satu kolum untuk Zul brkongsi ilmu tentang IM, kalau maklumat pasal internet atau kmputer memang dah ada…
    Tapi pasal IM belum adalah rasenya… :smile:

    1. emet, yup. Nak salahkan mereka tak boleh juga. Rata2 yg saya perhatikan mereka ni dah fobia dgn produk2 scam. So, mereka lebih berhati2 lah.

      Keluar majalah, paper? InsyaAllah. Untuk tahun ni maybe belum lagi kot. Tahun ni santai2 dulu. Tahun depan dan depan baru pecut sikit. Tunggu. ;)

  3. “Anda menerima emel ini kerana anda telah mendaftar di smartusaha.com”, ini ayat yang memperjelaskan dahulu. Pastu baru promosi. Isu ni macamana ada kaitan dengan post yang sebelum ni. :wink: Terima kasih zul.

  4. Terkejut gak baca tajuk zul kali ni. Ajak main bola la pulk..saya baru je 2 hari pergi mengurut pasal tersalah urat gara2 main bola.Huhuhuh..

    Pasal post kali ni kan…saya nak tahu la, ada tak cara2 supaya kita boleh asingkan subscribe kita dengan status yg berbeza-beza? contohnya, IM, pelanggan, org yang kedekut (hehehe..org yg hanya nak barang percuma) dan lain2 tu dalam senarai yg berlainan. Atau kita perlu buat mailing list yg berbeza-beza?

    yela, mcm Zul ckp..tak semua org minat bola! termasuk la saya (tu pasal la tersalah urat ni, lama dh tak main). Jadi kalu kita dah tak minat tapi terima email pasal perkara ni berkali-kali, lama2 mula la bosan dan nak marah2! itu la yg berlaku pd pelanggan kot? akibatnya jadi macam saya, tersalah urat! Kan dah naya! Mula la nak marah kt kwn2 yg paksa sy main bola hari tu!!! Huhuhuhu..

  5. Betul la kata Zul ni…saya pun banyak kali kena marah sebab bagi emel-emel yang dianggap promote…sedangkan mereka sendiri yang membenarkan kita menghantar emel.. pelik2 :wink:

    p.s: paling dahsyat, ada yang tuduh IM tempatan ni menipu bila buat internet bisnes..fuh, geram jugak dengan orang mcm ni..tapi biarlah dengan akal cetek mereka tu.. :mrgreen:

  6. Emm… kalau dah tak nak terima email, kenapa tak nak klik unsubcribe? susah sgt ker? Dah tu nak kutuk2 lagi sape suruh hantar email..

    Betul juga kata zul, mereka ni perlu dididik.. mungkin mereka masih belum mahir menggunakan email. :wink:

  7. slmt mlm zul,
    dlm hal ni, bukan susah pun…
    kalau mereka marah2 hantar email, delete jelah email dia tu…
    mungkin sebab dulu masa dia daftar, dia tak tahu apa…yang dia tahu hanya nak barang percuma…dan lepas tu tak pandai2 unsubscribe…hehe

    han

    1. A a h dulu masa opt in kepala ingat nak benda free jerk, then dah dapat lupa lak dia juga dah subscribe newsletter, bila hantar newsletter marah-marah, nak gaduh padahal dia yang opt in.

  8. Info untuk isu seperti ini perlu diperbanyakan , kalau boleh bila nak post artikel tu, selit-selit lah sikit hal ini.Nyatakan satu dua patah perkataan atau link yang berfaedah untuk mereka fahami benda macam ni. Lain-lain cara , saya rasa kita cuba buat ‘segmentation’ bila senarai opt-in dah banyak.Yang benci dengan kita tu, delete sajalah atau broadcast saja perkara yang lain.
    Wallahua’lam.

  9. Ingatkan nak ajak main bola la tadi…
    saya kurang minat main bole..badminton leh la..
    huhuhu
    :)
    secara jujurnya, kalau saya menghadapi situasi nie, mesti saya bengang..
    Siapa tak bengang, dah dia yang daftar..then, bila kita hantar email, kita lak yang kena marah..
    ade ke patut..

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.