Jom Kita Tengok, Blog Saper Paling Bagus.. ;)

InsyaAllah, beberapa perkara telah saya siapkan untuk diberikan secara percuma kepada para pembaca blog smartusaha dan juga kepada rakyat Malaysia umumnya. Tapi, untuk yang pertama, saya telah setup satu carta top site yang mengkhusus kepada laman web yang berbentuk blog sahaja.

Laman carta blog itu di sini: http://cartablog.smartusaha.com

Untuk menyertai carta ini, pastikan anda memahami beberapa syarat di bawah:

1. Hanya laman web jenis blog sahaja boleh menyertai / mendaftar

2. Tidak kisah apa jenis blog, tetapi pastikan blog anda bukan blog yang berunsurkan menjual produk, sebaliknya blog yang memberikan informasi percuma dan berguna

3. Hanya blog di dalam bahasa Melayu SAHAJA diterima. Kenapa? Mudah je jawapan dia, tak perlulah saya setup top site ni sebab yang dalam english dah berlambak! 😉

4. Pastikan blog anda tidak mengandungi unsur-unsur yang salah di sisi Agama dan undang-undang. Pendek kata, bersih, suci, harum dan halal.. hehe..

5. Sekali lagi, HANYA BLOG sahaja yer.. 😉

* Jika blog anda tidak menepati syarat di atas, saya terpaksa menolak pendaftaran anda. Minta maaf awal-awal. 😉

Oklah, tujuan diwujudkan carta blog ni bukan nak bertanding ke apa di antara blog yang mendaftar, cuma sebagai wadah perkongsian dan pembelajaran.. ?? Ya, andaikata 100 blog dah ada dalam carta ini, maka kita lihat yang top ten dan kita perhatikan dan membuat analisis, kenapa blog mereka berada dalam senarai top ten? Dan kita soalkan pada diri kita, kenapa bukan blog aku? InsyaAllah, jika tak keberatan, saya akan menjemput antara blog top ten tu memberikan sedikit sepatah dua kata kat blog saya. hehe.. Betul, saya nak mereka kongsi apakah teknik atau sedikit perkongsian mengapa blog mereka ramai pengunjung.. Inilah maksudnya pembelajaran.

Sedikit mengenai carta blog tu, caranya menilai blog yang tersenarai adalah dengan melihat pageviews atau hit blog anda setiap hari dan average kesemua hit tersebut dari hari pertama tersenarai sehingga wujudnya carta blog ini. 🙂

Tujuan lain saya setup carta blog ini sebab satu ketika dulu blog saya di-delete dengan sengaja kat satu carta blog xxxx berbahasa Melayu, tanpa makluman dan tanpa sebab munasabah. Saya tanya kenapa, dia kata langsung tak ada unsur pendidikan. Dia cakap sekali tu saja dan lepas tu dia terus tak layan saya. Aduh.. Kecewa betul. Yang tak syoknya, blog saya sentiasa top 5 kat situ termasuk blog saifulsham (saifulsham pun kena delete gak). Bukan kena delete list blog jer, akaun sekali kena delete. Tak apa, sekarang saya dah setup carta blog sendiri dan saya boleh buat sesuka hati saya. hehehe.. Tak gitu?

Antara matlamat lain, anda perasan tak carta blog atau top site lain? Bercampur aduk laman web yang tersenarai. Forum ada, laman iklan ada, blog laman web berunsur 18SX pun ada, semua ada.. Yang berilmu dan tak berilmu bercampur. Yang komersil tak komersil semua ada kat situ. Maka saya mengambil inisiatif untuk buat carta ini agar blog yang berinformasi sahaja yang akan diterima masuk. 😉 Jadi kalau blog anda saya tak verify tu, faham-faham je lah ya. Tapi saya yakin anda faham maksud saya di sini.

Ok, sebaik sahaja anda daftar, blog anda akan terus disenaraikan di dalam carta. Tetapi pastikan anda meletak kod HTML di dalam mana-mana bahagian blog anda (kod) agar sistem carta blog ini dapat track hit blog anda.

Baiklah, tak perlu nak panjang lebar, dengan rasminya saya melancarkan carta blog smartusaha. Tak perlu tepuk tangan, bukannya dengar pon. :p

CARTA BLOG SMARTUSAHA: http://cartablog.smartusaha.com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

28 thoughts on “Jom Kita Tengok, Blog Saper Paling Bagus.. ;)

  1. irwan, selama mana smartusaha.com wujud.. 🙂

    Silakan saja selagi kena dengan syarat. 🙂 Tak kisah baru atau lama, dari carta ni kita dapat leihat sedikit sebanyak perkembangan blog kita. So dari situ kita boleh improve sikit-sikit.

    Mengapa saya letak banyak syarat, agar kita betul-betul dapat buat analisis yang tepat (insyaAllah). Kalau di topsite lain, ‘pertandingan’ macam tak adil sebab macam2 kategori laman web ada. InsyaAllah di carta blog saya ni hanya blog bermaklumat sahaja diterima. Kalau tak faham, contoh ‘terbaik’ adalah blog saya ni. Bukan bermakna kalau blog anda ada link affiliate, banner takleh masuk, bukan, maksudnya 90% content tu mesti berguna dan percuma untuk pembaca.

    Apa-apa masalah boleh tanya sini atau guna contact form.

  2. Rasanya dah ok dah.. Blog cikgu pun dah keluar. Dia akan keluar automatik, tak perlu saya approve. Namun begitu, jika blog yang didaftar tu tak menepati syarat, saya akan un-approve lah.. 😉

  3. irwan, boleh tak daftar? Pastikan masa isi form, isi betul-betul terutama masa kat bahagian verfikasi imej tu. Biasanya ramai yang terkantoi kat situ.

    Sedikit tambahan pasal carta ni, blog mana yang top 5, akan dapat skin / corak berbeza sikit pada bahagian petak penerangn blog tu. Nanti anda akan perasan ada beza yang top 5 dan no 6 ke atas.

    Pasal nak analisa carta ni, kita tunggu beberapa tempoh dulu k. 😉

    Selamat mencuba!

  4. huh, selamba beruk makyeh aje depa delete akaun blog ? nampak sgt mereka tak paham apakah hasrat dan objektif kita, maybe depa konfius ingat kita nak promote MLM online atau skim cepat kaya takpun bimbang sebab blog-blog camnilah yang biasanya catch people eyes dan menarik faithfull blog readers everyday…hehehe… saya pun tanak komen banyak2, maybe they have their own reason for doing that, alaaa….langkah zul create blog place camni amatlah disokong dan diberikan dua ibu jari naik ke atas..;)

  5. Actually orang yg delete blog zul dulu adalah orang yang sama bagi komen negatif pasal internet biz yg k.lin komen dalam blog k.lin..

  6. Pingback: Blog Usahawan & Perniagaan Internet » Carta Blog SmartUsaha
  7. hahaha, sabri, saya bagi hint jer.

    Dulu ingat tak yang blog saifulsham diaorang delete dari ranking carta blog diaorang? Haa, tuan empunya portal tu la yang kami maksudkan.. 😉 Yup sabri, anak buah dia tu ramai terpengaruh dengan style dia. Yang betul, dia dan anak2 buah dia jer.. Orang lain, siaplah kena ‘belasah’…

    Tapi takperlah, saya tak suka gadoh2 ni, biarlah dia syok dengan ‘alam ghaib’ dia tu.. hehe..

  8. Kata ulama’, mengumpat itu salah, tapi kalau kata-kata kita itu demi kepentingan semua, maka kita boleh menyatakan siapa si dia yang selalu membuat fitnah tu. Namun, biarlah dia dengan dunia dia tu. Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik.. Forget about him.. 😉 Kekadang buat sakit kepala jer fikir karenah dia.

  9. hehehe…thanks zul , orait per Mr B…;) …
    nak ucap terima kasih banyak2 ( really mean it ), di atas pertolongan zul, site saya dah mencapai target jualan, alhamdulillah sales tahun ni increase…

    saya pun ada pesanan utk ‘si dia’ ni

    “anda akan manambah lebih ramai musuh jika terus berbuat demikian so hentikanlah sebelum semua org memusuhi anda, kita tak perlu banyak sangat ‘unsur negatif’ dalam internet , banyakkanlah ‘unsur positif’ , tak baik wooo…kita sama-sama cari makan, tak boleh kah kita makan sama-sama ? kenapa perlu ada bisnes aku bisnes engkau, lantak kaulah labu yang penting aku hepi, aku tak terancam…yang penting tengkuk aku lepas, kenapa perlu tutup mata pencarian rezeki orang lain ? kenapa perlu bertindak secara tidak rasional, orang kat luar bukan bodoh dan bukan mudah diperdaya, lama kelamaan anda juga akan menerima nasib yg sama…”

    kalo tak paham juga, cuba cari ubat SINKI , sinonim dgn penyakit SINKI

    ni lah yg dinamakan sindrom dengki ( SINKI )

    – tak boleh tengok org lain ‘lebih’ sket : cukuplah dgn senario bisnes kat luar ni, dah sakit mata tengok aktiviti dengki mendengki ni berlaku di kedai makan, gerai-gerai, santau menyantau…tolonglah, bacalah buku dilema melayu tu, bukan nak mengajar tapi nak berkongsi syiling 2 sen ni

    – pantang tengok artikel org lain banyak timbul di search result google, dah menggelabah cari source, sapa tulis, apa IP dia, pastu ehem..ehem…

    – sakit mata tengok blog org lain dpt ramai visitor, so baiklah delete terus ( nasib baik DBKL bukan stok org mcm ni, kalo tak ramai dah bungkus tikar )

    – sakit mata tengok org lain gembira , kerana depa ni spesis yg suka tengok org monyok dan sedih, petanda awal sudah ada

    – cakap tak serupa bikin, suka cari silap dan lemah org lain

    – tunjuk autoriti depan org lain, nak tunjuk bahawa kita ada POWER, boleh tentukan apa yang boleh dan apa yg tak boleh tanpa beri alasan kukuh…cukuplah dengan iklan power root kat tv tu…

    – sembang aje lebih, tak tolong org tapi banyak komen, ni tak betul itu tak betul , ibarat katak yang kelaparan sebelum hujan..( dipetik dari APO )

    – penyakit terpopular org melayu iaitu DENGKI , yang dangkal pemikiran, ataupun pemikiran hanya menumpu kepada komuniti sendiri/diri sendiri tak menumpu kpd kebajikan orang ramai…idea konvergen dan divergen …pergh dah mcm pakar sakit jiwa pulak dah saya ni…

    – harap-harap depa ni takde kaitan dgn GENG KAYA RAYA INTERNET aka SKIM PIRAMID MESIR KUASA 1 JUTA HP PENDEKAR SUNGAI tu…. alaa, takkan korang tak perasan , dia dah popular siap masuk iklan kat TV lagi, iklan fair n lovely, main tangkap-tangkap cintan kat dada , gaya romantis isteri dan suami tu…(perhatian : aku gelak giler siot bile tengok model iklan tu dan teringat dgn jutawan suara seksi SKIM PENDEKAR SUNGAI tu ) ehehe..masuk iklan tu, popular siot…nasib baiklah ada wangcyber jadi CSI siasat MO depa-depa, kalo tak ramailah lagi tipah tertipu

    p/s saya memang tak leh terima langsung dah stok-stok org yang tabur dedak ke dalam periuk nasi bangsa sendiri ni, kat luar ni pun dah berlambak dgn KAKI SEMBANG KEDAI KOPI ( KSKP ) , bila lah dunia akan kekurangan stok-stok cenggini

  10. Encik Zul..,

    Kenapa lepas saya isi form tu dan kemudian submit tapi kembali semula pada form..3 kali saya cuba tapi still sama jugak.

    Permohonan tak diluluskan ke..?

    Terima Kasih dan Tahniah atas kewujudan Carta ini.

  11. Afzai, pastikan isi no verifikasi tu betul-betul. Memang saya faham problem tu, tapi saya sendiri masih mencari sebab dia. Tapi yang saya rasa sebab utama adalah, part yang dia suruh masukkan no dan angka imej tu (verifikasi).

    Kalau tak dapat juga, emel saya (guna form contact), biar saya masukkan secara manual.

  12. wuahahahaa… blog sapo yang paling bagus? blog yang ada kunjungan ramai dn berinformasi laa yang bagus… hihiii

    kalo blog saya? entahlah rasanya takder la bagus sangat pada pandangan saya… entah apa-apa ada laa…

  13. Bagus cadangan En. Zul ini. Blog saya masih baru sangat. Visitor masih 0 sebab saya pun masih touch-up sana sini. Jadi belum masa untuk mendaftar. Nanti kalau dah bersedia, Insya-Allah saya akan register dengan carta ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *