Jom Balik Kampung!
Sudah lama diri saya tak balik kampung. Keluarga di sana pun dah merindui dan asyik bertanya bila nak balik, jadi esok malam (Sabtu, 3 Jun) saya akan bertolak balik. Dalam perancangan, mungkin akan balik selama 4 atau 5 hari. Kekangan saya sekarang adalah, tiadanya laptop atau sesuatu alat mudah alih yang dapat membantu kerja saya sebagai usahawan internet.
Jika ada, nak balik berbulan-bulan pun tak kisah sangat. kat sini (Johor) pakai streamyx, tapi kalau balik kampung, boleh pakai tmnet prepaid. Tapi tu lah, takder kemudahan…
Tak apa, ambil ia sebagai cabaran dan sebagai momentum untuk terus berusaha. Nanti adalah tu.. Memang dalam senarai yang perlu dibeli pun. Semoga Allah permudahkan usaha usahawan internet ini.. hehe..
Di percutian nanti, saya tetap akan membuat perancangan, kajian dan ulang-kaji mengenai perniagaan internet ini. Bukan untuk diri saya sahaja, tetapi untuk manfaat bersama juga. Hehe, anda mesti berkata. “Zul ni, cuti pun nak buat kerja?”. Hmm, itulah saya yang dikenali oleh famili saya. Orang lain balik bercuti, saya balik memecahkan kepala. Nak buat macam mana, saya ‘bahagia’ dan tenang dengan melakukan apa yang saya….. MINAT. Namun, jangan tersalah sangka, tanggungjawab lain tetap dilakukan. Kita manusia, bukan hanya hidup untuk diri sendiri dan bukan untuk dunia semata.. Tubuh badan dan dalaman kita juga ada hak tersendiri yang perlu dipenuhi..
Jadi, kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya, tinggalkan lah apa-apa pesanan ke emel saya atau di blog ini, terutama kepada pelanggan saya dan bakal pelanggan.
Dan boleh juga menghubungi saya melalui telefon. Namun, hanya SMS sahaja sebab coverage telefon tak begitu bagus di kampung saya.. Kepada sesiapa yang inginkan no HP saya, boleh hantarkan emel kosong dengan subjek no hp smartusaha ke emel ini:
smartzul(@)smartusaha.com
*Buang tanda kurungan ( )
Secara automatik, emel akan dihantar kepada anda yang besertakan no HP saya. Hubungilah dan insyaAllah saya akan menjawab jika tiada masalah dan keadaan mengizinkan.
Kepada usahawan internet, pelawat blog ini dan kawan-kawan siber, salam maju jaya dan semoga sukses hendaknya. Doakan saya selamat sampai ke sana (kelantan) dan selamat kembali ke Johor semula..
Ada berita baru atau yang terkini, habaq saya nooo..
PS. 5 hari bagi saya satu tempoh yang lama kalau tidak masuk ke internet. ya lah, dah dunia usahawan internet tu internet.. hehe.. Macam ikan kelemasan di darat, dunia mereka adalah air..
Wassalam.
Ikhlas,
hensem tak? huhu.. Angkat bakul sendiri.. ![]()
Mohd Zulfadli a.k.a SmartUsaha
PS. Kejayaan bermula dari bawah dan dengan bersusah payah.. Mcm budak ni lerrr –>









Selamat Jalan SmartUsaha semoga selamat dalam penjalanan bertemu keluarga tersayang. Jauh tu.
Selamat pergi dan selamat kembali. Kalau saya 3 jam dan cukup kalau tak dapat masuk internet. Macam cacing kepanasan. Inikan 5 hari. Takpe… Itulah cabaran namanya.. Dari tanah manusia dijadikan, Kepada tanah manusia dikembalikan, Dari tanah manusia dibangkitkan…
Salamzz
Selamat Jalan my fren…..
balik kg…..oooo.oooo.oooo balik kg…..hari riang!!!!!!!!
Assalamualaikum abg Zul,
Dah balik JB kan?So selamat berbisnes internet kembali,=)
wa’alaikumussalam amirul.. Ya, saya dah lama balik JB, 9 Jun lagi.. Terima kasih..
Hore-hore jum balik kampung jangan tunggu lagi ketupat dah menunggu
budak hemsem mana nih? balik kampung dah…?
balik laa jangan tak balik. jalan elok2 yer…
adesh balik kampung 2006 daa… dan terkini akan balik kampung 2007 pulok laa weiiiii… selamat hari raya 2007…
mcm tak sabar nak balik kampung je abdfatah…
dah tinggal berapa hari je lagi…
dah nak raya…
huh…syok nya raya…
masa balik kampung tu, hati2 di jalan raya…
han