The Next Internet Millionare. Will It Be You?
15 05 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Jutawan Internet Seterusnya… Adakah Anda?
Tiada sesiapa yang dapat menjawabnya melainkan diri anda sendiri.
Bermula daripada impian dan matlamat, di situ ia bermula…
Usaha, keyakinan dan motivasi…
Jutawan Internet, bukan lagi satu perkara yang mustahil dan satu rahsia.
Joel Comm, bukan nama yang asing lagi dalam dunia perniagaan Internet, pengalamannya menjangkau 20 tahun dalam arena ini dan beliau lebih dikenali sebagai sifu Google Adsense. Pada 9 Mei yang lepas, beliau telah melancarkan satu program realiti TV. Oh, jangan salah sangka, bukan realiti TV hiburan yang berlambak-lambak kat TV tu, bukan. Tetapi rancangan tersebut adalah pertama seumpamanya yang khusus kepada bidang perniagaan Internet.
Dengan tajuk “The Next Internet Millionaire, Will It Be You?”, beliau mencari seorang ‘calon’ yang akan bekerjasama dengannya agar impian individu tersebut untuk menjadi seorang jutawan Internet akan tercapai. Bagaimana program realiti TV ini dijalankan?
1. Sehingga 6 Jun 2007 ini, sesiapa yang berminat boleh menghantar video secara online (youtube) untuk pemilihan dilakukan. 50% daripada ‘markah’ adalah daripada undian (vote) secara online di laman web NextInternetMillionaire.com. Mereka tak guna SMS. ;)
2. Kemudian, mereka (calon) yang mendapat kedudukan 50 ke atas akan dipilih untuk pusingan seterusnya yang berlangsung dari 13 hingga 27 Jun 2007. Pengumuman 50 orang yang terpilih itu akan diumumkan pada 7 Jun 2007. Di pusingan kedua, calon yang terpilih boleh menghantar video ‘audition’ yang baru jika perlu.
3. Daripada 50 orang itu, HANYA 12 orang sahaja yang akan terpilih untuk dibawa ke pusingan terakhir yang akan berlangsung di Loveland, Colarado dari 22 Julai hingga 4 Ogos 2007. Tambang makan minum semua akan ditanggung oleh pihak pengurusan.
Di sana, mereka akan dilatih secara intensif dan seramai 12 sifu Internet Marketing yang memang femes dan expert akan turut diundang di peringkat akhir ini. Di sana juga, akan berlangsung rakaman TV untuk pusingan akhir ini.
4. Daripada 12 orang itu, hanya seorang sahaja yang akan mendapat grand prize sebanyak USD25,000 tunai dan peluang bekerjasama dengan Joel Comm untuk meraih jutaan dollar. :)
Dan ini adalah dipetik dari laman web pertandingan:
SELECTION CRITERIA:
The audition videos will be judged on the following criteria:
First round:
Vote popularity/rank – 50%
Creativity – 25%
Professionalism - 10%
Clear communication – 10%
Overall impression/impact – 5%
Second round:
Vote popularity/rank – 30%
Creativity – 35%
Professionalism - 10%
Clear communication – 10%
Overall impression/impact – 15%
Finals:
Finalists on the show will be judged daily by Joel Comm and guest judges, based on their performance on the show.
Sumber: http://www.nextinternetmillionaire.com/rules.php
Untuk maklumat lanjut dan mengikuti perkembangan program realiti ini, anda boleh ke laman web program tersebut dengan klik URL berikut: NextInternetMillionaire.com.
Jika anda seorang yang meminati program realiti TV yang berlambak-lambak sekarang, ermm, mengapa tidak untuk program ini? Lagi-lagi anda memang buat ebiz. ;)
Untuk melihat calon-calon pertandingan dan mungkin mahu mengundi mereka, anda boleh mengundi di laman web program tersebut. Mudah cerita, layarilah laman web tersebut satu demi satu bahagian (menu). :)
Kepada anda yang mahu menjadi usahawan Internet, ikutilah program ini sampai tamat. Anda hanya perlu melayari laman web dan menonton bagaimana seorang yang hanya berbekalkan matlamat dan kemudian terpilih dan dilatih sehinggalah mereka berjaya. Jadi dari situ, anda akan nampak bagaimana jalan yang mereka lalui. Di laman web itu, semua video peserta ada di sana beserta dengan senarai top 50 yang terkini (dikemaskini secara automatik setiap saat).
Dulu ramai yang meminta, siapalah yang nak buat program realiti untuk ebiz ni. Nah, sekarang dah ada! Saper yang mengeluh dulu tu, tengoklah program ni. Time tak ada bukan main meminta, tapi bila dah ada orang buat, tak layan pula. ;)
Berikut adalah video promo oleh Joel Comm:
Anda juga boleh melihat video para calon di YouTube melalui link berikut:
http://www.youtube.com/profile_videos?user=nextmillionaire
PS. Jika anda berminat untuk menjadi peserta, anda boleh menyertai pertandingan tersebut. Anda newbie, tak tahu apa-apa, intermediate ke apa, itu bukan syarat utama, tetapi ciri utama adalah ada impian dan matlamat yang jelas, mengapa anda mahu jadi jutawan internet?
PPS. Saya akan sentiasa mengikuti perkembangan program tersebut dan akan membuat rumusan atau berita yang terkini seperti perkembangan semasa sehinggalah tamat program itu di blog ini.
“Will It Be You?” :)
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:
















slmt pg zul…
menarik ni… mcm kick start pula…
:twisted: Sangat menarik.. Kalau saya tak kawin lagi :roll: , besar kemungkinan saya akan hantar video untuk masuk..
Wah… da ada rancangan realiti lak yer… ini satu perkembangan yang baik bagi dunia perniagaan internet. Agaknya, Dr Irfan Khairi akan buat macam tu tak? heheh… :-)
Wah menariknya… saya suka tengok program realiti tv ni.. tapi saya suka jenis bukan hiburan. Hari tu tengok juga di TV American Inventor kalau tak silap..best jugak tu.. kalau ada citer camni kat TV lagi la best..
Azahari, sama lah kita. :)
Yg bezanya program Joel Comm ni, sebahagian prosesnya adalah melalui web, nak vote berkali-kali pun boleh tanpa kena caj. ;)
Yup, konsep yg Joel Comm guna tu lebih kurang sama dengan American Inventor tu, not just ciptaan mereka, malah para juri ambil kira matlamat dan kisah hidup mereka…
menarik gak ni…x de ke calon dari malaysia…malaysia kan bolehh….
bila dah kaya, macam2 idea depa boleh launch..poket tebalzz…money make money… program2 live reality show yg integrate dgn keusahawanan..
Thanx for sharing :)
Wah sure saya tak miss :D
wah bagus sekali… terbayang program The Apprentice lak. Tq Zul atas info ini…
Wahh bagus ni..insya allah aku pun akan follow up jgak program nie.
Nak cuba jadi peserta ekk..:D
woi.. bestnya, siapalah agaknya rakyat malaysia yg akan terpilih? adalatu kan..
pasti ada.. tingin gak nak masuk tapi rasa cam tak layak je..hahahahaaaaa…
wah.. best program nih…!!!
huhuhuhu… hari ni dh 7 hb.. dh tak dpt nk antar video.. sy lambt amik perkembangn… :(