Bagaimana Menjimatkan Kos Pengiklanan dan Maksimakan Jualan Bisnes Di Internet

Pada tahun 2011, bisnes internet semakin dipandang serius oleh kebanyakkan usahawan-usahawan kecil, yang menjalankan bisnes konvensional. Menurut buku Online Marketing Heroes, salah satu faktor utama usahawan memilih internet adalah kerana kos pemasarannya adalah jauh lebih rendah.

Salah satu contoh pemasaran internet adalah pengiklanan. Untuk peniaga mengiklankan produk mereka di majalah atau akhbar, ia memerlukan kos sehingga RM1,000 hingga RM15,000.

Harga yang dicaj bergantung pada tahap populariti sesebuah majalah atau akhbar. Berbeza pula dengan pengiklanan di internet, blog yang mempunyai 10,000 pelawat setiap bulan hanya mengecaj sekitar RM250 hingga RM950 sahaja setiap bulan.

Perbezaan Ketara Pengiklanan Internet dan Media Konvesional

Meskipun pengiklanan di internet menawarkan harga yang jauh lebih rendah daripada pengiklanan di media konvesional, ia dapat memberikan kesan terhadap perniagaan kita dengan lebih baik.

Sebagai contoh, jika kita ingin meletakkan iklan di blog, kita boleh menghubungi pemilik blog, untuk melakukan sedikit reviu terhadap produk kita. Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi pembaca blog tersebut, untuk mendapatkan produk tersebut.

Mari kita buat sedikit pengiraan, bayangkan pemilik blog tersebut mempunyai 1,000 pembaca setia. Kemudian 10% daripada pembaca tersebut mempunyai minat untuk membeli produk kita yang bernilai RM50, setelah ia direviu oleh pemilik blog.

RM100 didarabkan dengan RM50, bisnes kita sudah mencapai keuntungan jualan sebanyak RM5,000, menerusi satu blog.

Kajian Kes Blog Ain Maisarah

Penulis novel remaja nombor satu Malaysia, Ain Maisarah menyatakan bahawa blog beliau mampu mencapai sasaran jualan sehingga RM5,000 setiap bulan, dengan hanya mengiklankan produk, yakni buku beliau, di blog sendiri.

Jika kita ingin beriklan di internet, khususnya menggunakan blog, kita perlu menilai faktor utama dalam sesebuah blog tersebut. Faktor utama tersebut adalah jumlah pembaca setia yang dimiliki oleh sesebuah blog.

Bagi mengenalpasti jumlah pembaca setia, kita boleh mengkaji blog tersebut menerusi jumlah trafik setiap bulan menggunakan Alexa.com, atau hubungi sahaja pemilik blog tersebut, kemudian minta beliau jelaskan sedikit sebanyak mengenai blog beliau.

Dengan ini, kita akan dapat menjimatkan kos pengiklanan, serta mengiklankan produk dan perkhidmatan bisnes kita, pada sasaran spesifik.

Tentang Penulis
Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.ย Layari blog perniagaan internet beliau untuk maklumat lanjut.

Penulis: GuestBlogger


SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Bagaimana Menjimatkan Kos Pengiklanan dan Maksimakan Jualan Bisnes Di Internet

  1. satu penulisan yang baik, kena pelajari juga macam mana hendak menulis review sesuatu produk dengan baik. terutama memasarkan produk orang lain.

    p/s: sedang mencari job advertorial/review produk. kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya. ๐Ÿ™‚

    1. Saya sangat setuju dengan En. Isa,

      Membuat review tentang sesuatu produk juga memerlukan satu kemahiran dan kepakaran menulis yang mana ianya mempunyai kekuatan untuk menarik minat pembaca untuk membeli.

  2. Amat bersetuju dengan perkongsian yang diberikan. Internet adalah masa depan untuk perniagaan dan sesiapa yang tidak memaksimakan platform internet, maka perniagaan mereka akan menghadapi satu cabaran yang amat besar.

    Cabaran tersebut adalah perniagaan mereka tidak akan berkembang dengan meluas.:)

    Great sharing Aqif and SmartZul!

  3. Blog adalah satu media yang penting masakini dan juga masa hadapan. Pengiklan yang bijak akan menggunakan media blog ini untuk buat promosi mereka dan ianya memang lebih murah daripada media lain.

    Tajuk bagus Aqif!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *