Jika Internet Sedunia Lumpuh

Syarikat Trend Micro meramalkan sehingga akhir tahun 2006, hampir 80 peratus daripada e-mel yang beredar adalah berstatus spam. Apakah ancaman besar lain terhadap Internet pada masa kini?Salah satu serangan ke atas Internet dinamakan sebagai `penafian perkhidmatan’ atau a Denial of Service (DoS). Serangan DoS ini merupakan satu tindakan di mana seorang pengguna atau organisasi sepatutnya menerima sesuatu sumber perkhidmatan seharian.

Dengan lain perkataan pelucutan perkhidmatan itu adalah ketidakupayaan sesuatu jaringan perkhidmatan tersedia ada seperti perkhidmatan e-mel tidak dapat berfungsi lagi.

Penafian perkhidmatan boleh juga berbentuk seperti kehilangan sementara akan semua jaringan rangkaian. Satu contoh yang paling jelas ialah tapak web yang berjuta-juta manusia melayarinya tiba-tiba tidak berfungsi.

Web tidak beroperasi. Operasi Internet terhenti. Maka Internet boleh lumpuh!

Serangan berbentuk DoS boleh merosakkan program-program dan fail di dalam sistem komputer. Lazimnya serangan DoS dibuat dengan niat jahat dan ada kalanya boleh terjadi dengan tidak semena-mena.

Serangan DoS adalah sejenis pecah amanah keselamatan kepada sistem komputer. Bagaimanapun ia tidak melibatkan kecurian terhadap maklumat-maklumat atau kecurian keselamatan lain. Apa yang pasti adalah pemilik komputer atau organisasi yang bergantung pada komputer akan menanggung kos yang tinggi sama ada dari segi kewangan atau masa.

Melumpuhkan

Serangan DoS dikhuatiri akan melumpuhkan jaringan Internet kerana ia menyerang pula pelayan-pelayan komputer yang mengatur lalu lintas Internet dunia.

Jika ini berlaku maka ia dapat mengalihkan data-data yang tidak diperlukan dalam jumlah yang besar ke beberapa komputer korbannya. Serangan Dos kini tidak mungkin dapat diatasi oleh teknologi yang dipakai oleh komputer-komputer milik perusahaan besar buat masa ini.

Dalam satu kes di Amerika Selatan, serangan DoS telah menyebabkan sebuah pelayan Internet telah diambil alih oleh penyerang lalu memusnahkan perkhidmatan-perkhidmatan yang diisikan di dalamnya.

Pelayan tersebut merupakan salah sebuah pusat pengendalian lalu lintas Internet di seluruh dunia. Serangan yang berlaku pada awal tahun ini hanya memanfaatkan sekitar enam peratus daripada sejumlah satu juta pelayan di Internet dunia. Serangan ini pun sudah dikira seperti ribut Katrina di Internet. Serangan ini berkuasa hingga lapan gigabit sedetik.

Jika serangan boleh menjangkau sebanyak 1,500 serangan maka serangan sejumlah itu boleh melumpuhkan tapak-tapak web komersial, para penyedia pelayan sambungan Internet dan perusahaan penyedia infrastruktur Internet selama berminggu-minggu.

Penyerang yang mengguna teknik DoS kononnya menghantar permintaan-permintaan palsu bagi meminta izin untuk mengakses komputer-komputer lainnya. Sasaran pengguna Internet yang diserang tidak menjangka sama sekali ia akan menjadi korban DoS.

Senario serangan DoS ini mirip seperti apa yang berlaku pada Oktober 2002 dulu di mana 13 buah komputer root server yang mengatur lalu lintas Internet terganggu kerana serangan ini.

Seorang peneliti teknologi dari Helsinki University of Technology, Finland, Profesor Hannu H Kari telah meramalkan bahawa wujudnya beragam-ragam virus komputer dan spam e-mel dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan kepunahan Internet pada masa akan datang.

Menurut beliau, awal kejatuhan Internet akan berlaku pada tahun 2006. Analisisnya berdasarkan kepada trend di dunia maya mengenai spam dan virus yang saat ini sedang bermaharajalela. Benarkah ramalan beliau?

Sumber : Ramli Abdul Samad, Utusan Malaysia

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Jika Internet Sedunia Lumpuh

  1. hanya jika lumpuh. buat masa ini belum lumpuh sepenuhnya kecuali pihak internet sendiri melumpuhkannya dengan kadar segera. kalo dah lumpuh semuanya akan menajdi resah gelisah tak menentu… perniagaan internet juga akan merasa beban yang berat dari kelumpuhan total tersebut…

    kalo dah lumpuh tak dapat lagi nak hapdate blog laaa…

  2. Tak berapa paham sangat :mrgreen:

    tapi bagi peringatan kepada pengguna internet amalkan la etika yang baik dalam medium internet ni k 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *