Jeff Bezos

Jeff Bezos adalah pengasas Amazon.com. Mungkin ramai yang menganggap beliau bermula dari tiada apa-apa. Hakikatnya:

1. Beliau adalah seorang pelajar Universiti Princeton dalam bidang Sains Kejuruteraan (Sains Komputer).

2. Beliau pakar dan berpengalaman dalam bidang pengaturcaraan, Internet dan komputer.

3. Sejak kecil beliau adalah seorang yang suka merekacipta dan bereksperimen.

4. Sebelum memulakan perniagaan, beliau pernah bekerja di beberapa organisasi besar dan ‘mengemudi’ bahagian sistem dan perisian.

5. Semasa memulakan perniagaannya, beliau juga mendapat suntikan modal daripada ayahnya.

6. Server pertama (pada peringkat awal) untuk website beliau adalah dibina sendiri dan berpusat di rumahnya.

7. Beliau memang bermula dari garaj rumah, namun kemudian berpindah ke premis perniagaan yang lebih selesa.

Mesej di atas ditulis bertujuan:

1. Membuang persepsi “kalau dia boleh, aku juga boleh”. Prinsip itu betul, tetapi apabila kita melihat sesuatu dengan pandangan yang tidak tepat, kita akan gagal. Bisnes tidak boleh dengan berbekalkan dengan sangkaan semata-mata. Contohnya, kita mungkin menganggap Jeff Bezos bermula tanpa ada apa-apa, jadi kita juga boleh. Walhal beliau mempunyai banyak kelebihan tertentu sebelum memulakan perniagaan.

2. Sejarah kejayaan seseorang ada fakta yang tersembunyi. Tidak semua kita tahu melainkan ia didedahkan sendiri oleh empunya diri. Contohnya adalah seperti Jeff Bezos tersebut. Dahulu saya menyangka Jeff Bezos bermula tanpa mempunyai apa-apa kemahiran, sebaliknya beliau memang seorang yang pakar dalam bidang komputer.

3. Untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang kita lakukan, kita perlu berdiri di atas bumi yang realiti dan menggunakan teknik yang betul.

4. Kebanyakan bisnes memerlukan modal wang ringgit, cuma skala dan saiznya berbeza. Selain itu, masa juga adalah modal, kesihatan juga adalah modal dan ilmu juga adalah modal.

5. Namun ada satu perkara yang Jeff Bezos sendiri akui, pada peringkat awal perniagaan, beliau juga banyak melakukan kesilapan dari sudut pengurusan dan operasi perniagaan. Jadi di sini bermaksud, kepakaran teknikal yang kita miliki adalah bukan jaminan dan faktor utama untuk berjaya dalam bisnes. Kemahiran dan bakat bisnes juga perlu dilatih dan dipelajari.

Sebab itu ramai yang pandai dalam bidang masing-masing gagal dalam perniagaan, kerana mereka tidak menitik-beratkan ilmu perniagaan, pengurusan dan pemasaran.

6. Jadikan orang lain sebagai sumber inspirasi dan rujukan. Kita pula jadi diri sendiri.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *