Jangan Paksa Diri dan Jangan Memaksa | Teruja | Arus Perdana

Semalam saya menulis mengenai pelbagai alasan yang biasanya digunakan oleh mereka yang tak mula-mula lagi perniagaan internet.. Pendek kata saya ‘berleter’ sikit.
Tapi pada hari ini saya terpanggil untuk menyatakan bahawa, saya tidak menggalakkan semua orang melakukan perniagaan internet ini. Mengapa pula?

1. Apabila kita mengajak seseorang untuk melakukan sesuatu dengan janji dan kata-kata manis bahawa ia akan menghasilkan wang yang banyak dan mudah, mereka akan menyalahkan kita dengan kata-kata bahawa kita hanya bercakap besar sahaja dan hype semata-mata. Mudah dikata, kita akan dipersalahkan dan memang salah kita pun. Sebab mereka ‘dipaksa’ dan diberikan janji kosong..

2. Apabila mereka yang teruja dan ‘dipaksa’ melakukan perniagaan di internet, lantas gagal, mereka akan memberitahu orang lain bahawa membuat wang di internet hanya sebuah mitos semata. Ini secara tidak langsung merosakkan nama industri perniagaan internet yang sedang tumbuh di Malaysia.

3. Lain orang lain keperluan dan kemampuan. Setiap orang ada kehendak dan minat tersendiri. Mungkin anda sesuai makan gaji sahaja, mungkin ada lebih sesuai di bidang pentadbiran dan kepimpinan, mungkin anda atau mereka hanya ada kuasa beli, mungkin anda sesuai menjadi tentera, polis, pegawai, pemain bola sepak, MLM tradisional, penjual burger, tukang masak, salesman, pekerja kilang…. Dan anda adalah anda… Tarik nafas, tanya diri anda, apakah yang sesuai untuk anda? Jawapannya adalah sesuatu yang menyenangkan jiwa dan kehidupan anda, juga yang mampu untuk anda lakukan. 🙂

Dan banyak lagi sebab… Ia adalah pandangan ikhlas saya. Saya tidak mahu orang mengatakan yang perniagaan internet di Malaysia ini penuh dengan hype atau cakap besar sahaja.. Saya juga tidak mahu orang bersalah sangka kepada internet marketer yang sedang naik di Malaysia seperti Dr Irfan Khairi, Kidino, Saifulsham dan lain-lain..

Juga saya suka mengingatkan kepada para usahawan internet semua termasuklah diri saya, perkara ini amat penting untuk kita tegaskan kepada diri kita agar bidang ini terus mendapat kedudukan yang baik di sisi rakyat Malaysia. Jangan kerana dengan pelbagai janji yang kita beri, kemudian ia tidak dikotakan, rupanya hanya hype semata, semua usahawan internet akan turut terkena. Sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Saya juga suka memesankan kepada yang baru memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu ragam manusia, selagi kita tidak berjaya, selagi itu mereka tidak percayakan anda.. Maka, menjadi ‘tanggungjawab’ anda untuk berjaya di dalam bidang ini bagi membuktikan apa yang anda cakap, anda buat dan anda berjaya menghasilkan pendapatan yang dikatakan. Ops, jangan salah sangka, bukan anda tidak boleh berkata atau bercakap mengenai hal perniagaan internet sama-sekali, tetapi yang dimaksudkan adalah, jangan berlebih-lebihan atau pendek kata, hanya cakap saja lebih, tapi tak buat. 🙂

Kesimpulan di sini adalah, sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi usahawan internet, anda perlu memikirkan masak-masak, adakah ia menjadi keperluan anda? Walaupun ia boleh mendatangkan pendapatan kepada anda tanpa perlu ada pejabat besar, tak perlu sewa ruang pejabat, tak perlu ada staf yang ramai, tak perlu ambil masa yang banyak, namun jika ia tidak sesuai dengan jiwa anda, ikhlas dari saya, banyak lagi bidang lain yang sesuai dengan anda. 🙂 Jangan paksa diri untuk mengikut arus perdana. Sekali lagi, jangan hanya mengikut semata-mata dek kerana teruja dengan kemudahan dan janji perniagaan internet yang tidak memerlukan modal yang besar. Janji tersebut hanya untuk mereka yang serius dan berminat sahaja. 😉

Anda perlu tahu, perniagaan apa pun walau modalnya kecil atau besar, bukan itu menjadi pokok pangkalnya. Yang menentukan ia berjaya atau tidak adalah diri anda sendiri. Usaha anda, strategi anda dan perancangan anda. Lihatlah, berapa ramai yang gagal dalam perniagaan walau modalnya tak begitu besar? Buka bisnes hari ni, lusa tutup? Salah satu sebabnya adalah kerana mereka mengikut arus perdana. Orang jual durian, kita pun nak jual jugak, orang jual burger, kita pun nak jual jugak, orang jual kuih tepi jalan, kita pun nak buat jugak… Berbalik kepada pangkal, ikut keperluan anda. Kalau nak buat jugak apa yang orang lain buat, rancang strategi, cukup persediaan dan yang penting adalah daya tahan dan sikap yang serius. Anda jangan ingat, walau perniagaan internet perlukan modal yang kecil, itu tidak bermakna anda boleh bermain-main!! Sila serius jika anda benar-benar ingin melakukannya dan menghasilkan pendapatan untuk kehidupan anda…

Walau ia memerlukan modal yang kecil atau tidak perlu modal sekali pun, sikap serius perlu ada dan tidak boleh dilakukan sambil lewa!

Akhir kata, tentukan apakah yang sesuai untuk anda. Jika perniagaan internet sesuai untuk anda, teruskan. Pastikan anda menyusun pelan perniagaan anda sebelum bermula. Semoga berjaya, kerana tidak kira online atau offline, hanya usaha dan sikap anda yang betul sahaja yang menentukan berjaya atau tidak.

ikhlas,

zulfadli. 🙂

“yang memerhati dan menganalisis..”

JIKA anda sesuai untuk menjadi usahawan internet, anda perlu merujuk dua orang yang berpengalaman ini. Mereka buat apa yang mereka kata.. Tiada hype atau borak-borak kosong! KLIK di sini untuk ‘merujuk’ mereka..

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Jangan Paksa Diri dan Jangan Memaksa | Teruja | Arus Perdana

  1. Saya bersetuju dengan pandangan saudara Zul, sudah menjadi tabiat manusia apabila gagal akan menyalahkan orang lain. Apa yang penting usaha-usaha dan perancangan perlu dilakukan terlebih dulu, berjaya atau gagal itu terserah kepada Yang Maha Esa.

  2. pasal bisness internet nih kita akan dapati banyak ragam manusia, kalu rasa tak sesuai dengan internet, baik tak payah mulakan.

    cuma jadi pemerhati dan penyelidik sahaja. jika anda selesa dengan kerja anda sekarang, jangan nak memaksa diri anda berhenti kerja dan terus mulakan bisness lantaran terpaut dengan keuntungan yang diperolehi oleh orang lain.

    begitu juga dengan bisness biasa yang anda dapati di sekeliling anda, tanya diri anda sendiri dan UKUR BAJU DI BADAN ANDA… yer tak??

    pendek kata UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI…

    saya sendiri tak boleh nak teruskan bisness internet nih secara berterusan berdasarkan kemampuan saya sendiri. jika anda tak mampu buat, anda perlu selidik terlebih dahulu… sabar dan tambah ilmu…

    ramai orang, banyak ragam…

  3. petikan… “Team SaifulSham mendedahkan cara membuat duit tanpa perlu bekerja keras, adakah mereka waras?”

    memang tak berape waras betul kalu tak perlu bekerja keras… mana boleh tak kerja keras??? semua orang kena kerja.

    namun demikian, kalu dah ada caranya… memang semua orang nak.

    kalu dah kerja buruh binaan, dah tentunya terpaksa kerja berat tiap2 hari. kalu boleh nak buat duit tanpa perlu kerja keras. hanya bekerja dari keselesaan rumah.

    dengan syarat… anda mampu melakukannya mengikut kemampuan anda. bukan sekadar ikut2 atau suka2 nak berniaga secara internet. yer tak??

  4. fuh panjang.. mmg. macam beleter pun.. hihi
    apa2 pun saya setuju.. kita merancang Tuhan yang menentukan.

  5. Sekali lagi Ikhlas is a keyword. Ikhlas pada diri sendiri dan tentunya kepada orang lain (pelanggan). InsyaAllah banyak keberkatannya.

  6. Terima kasih semua atas semua komen..

    Terutama Fatah, terima kasih sebab baca banyak tulisan saya di blog ini dan berikan komen yang membina jugak. Apapun, apa yang dapat saya rumuskan pasal awak Fatah, awak kena teruskan jugak. Mengapa? Seperti yang saya tulis sbeelum ini, apabila kita dah mulakan, kita akan tahu di manakah silap kita (kalau kita wat analisis lah) mengapa sales kita kurang?

    Satu lagi yer Fatah, kita perlu tahu, kuasa beli orang kita di internet ni masih rendah. Sebab tu kita kena masuk jugak market luar. Tapi, kalau kena cara dan produk, market Malaysia pun sudah memadai untuk bermula.

    Apapun saya dah tengok blog awak, terus tingkatkan mutu penyampaian. Kalau blog kita asyik tulis dengan ayat yang menyuruh orang beli, orang akan bosan dan anggap blog kita sebagai iklan semata. 🙂

    Apapun, bagi yang dah bermula, teruskan usaha.. Sekali lagi, setelah anda bermula, buatlah analisis sikit, kenapa sales kurang? Kenapa trafik / pelawat ke web aku sikit? Perlu saya tekankan, perniagaan internet ni sama dengan bisnes biasa, ia juga kekadang perlukan masa untuk mencapai target kita. Cuma bezanya ebiz ni, ia boleh pergi jauh tanpa perlu meninggalkan rumah atau bilik tidur.. 😉

  7. Hmmm..setahun yang lalu saya juga sangka perniagaan internet ni sesuatu yang mudah dan boleh buat duit yang banyak dengan kadar segera.Bila dah buat barulah tahu jerih payahnya.Mungkin dah memang jiwa saya sesuai dan memang minat dengan komputer dan internet maka mampulah bertahan hingga hari ini malah masih ghairah mempelajari teknik-teknik baru.

    Pernah dalam sehari saya mengadap komputer sehingga 15 jam melayan kerja net biz terutamanya bila design web site, cuma berhenti sekejap-sekejap buat apa yang patut.Kalau tak ada minat atau sekadar minat kat duit je bukan senang nak mengadap sampai macam tu..

  8. Saya bersetuju ngan sukeri mula mula masuk excited saya rasa tak de masalah nak berjaya n dapat banyak duit setelah 4 bulan berlalu saya dah hampir putus asa rasanyer macam nak give up..tapi bila baca balik ada yang lebih teruk masih bertahan so saya semangat balik teringat kata kata farid dalam sales letternya seminar adsense & affilaite lebih kurang sama….

  9. assalamualaikum…

    banyak lagi yang perlu ditingkatkan… sambil2 cari peluang sambil cari info, buat masa nih fokus kepada info dn maklumat untuk tingkatkankemajuan dalam bisness internet.

    saya surf internet nih pun kadang2 je… cuma dari segi promosi tu, kalu nak dikira hendak letak memang banyak tempat boleh letak dan mengomel suruh orang beli dan beli dan beli…

    memang sapo2 pun akan bosan. apo punya blog nih???? asyik ajak orang datang beli je… takda menda lain nak cakap?? hehhe

    takper la lain kali kita tingkatkan usaha dengan sedaya upaya yang termampu… kalu nak niaga sambil2 mengomel tentang isu semasa yang berkaitan dengan produk kita. yer tak?

    saya pun masih dalam peringkat fokus kepada info dan maklumat. sebelum nih pun pakai tibai aje laa. bukan ambik pusing sangat pasal marketing ke apa2 ilmu internet nih… ( mak aih panjang lebar pulak daaa..)

    HENTAN KROMO…!

  10. “sukeri Says:

    July 5th, 2006 at 8:20 pm
    Hmmm..setahun yang lalu saya juga sangka perniagaan internet ni sesuatu yang mudah dan boleh buat duit yang banyak dengan kadar segera.”

    memang mudah laa kalu dapat join yang FREE pastu buat promosi. MUDAH kan?? cukup mudah kalu dah ada website percuma untuk kita. pastu buat promosi sesedap hati. pastu bila dah tak dapat apo2 hasil terus aje fedup dan kecewa yang amat sangat. itulah yang berlaku pada saya 2 3 tahun lepas sejak tahun 2000. hehhe…

    pastu bagitau kat member kita guna website… punya la teruja member kita kita tu, sedangkan kita baru nak start, hasilnya tak tahu lagi banyak mana akan dapat… akhirnya tak dapat apo2 yang LUMAYAN!

    dah mula kena teruskan…
    dah teruskan kena tingkatkan…

    selamat maju jaya…

  11. perniagaan offline dan online sama sahaja..kena pulun. Masalah utama ialah ‘MULA’. Saya pun mcm tu..mula dengan blog..baru jer 2 minggu. Bila dah mula baru tahu praktikal. Its not that easy (even to build a blog) but not that difficult too.

  12. Jangan Paksa Diri dan Jangan Memaksa | Teruja | Arus Perdana

    Saya suka topik ini. Mungkin ini komen pertama dari saya,

    dan ini pendapat dan pandangan saya, kebiasaan apabila seseorang menceburikan diri dalam perniagaan internet, mereka terus rasa teruja. Teruja apabila melihat bahawa kejayaan dan keuntungan orang lain. Akan tetapi ada di antara mereka belum tahu untuk mengaplikasikan tahap kebolehan mereka terhadap pengetahuan dunia perniagaan internet.

    Dan bila tahap pengetahuan rendah, ada antara mereka memaksa diri agar pantas meneroka ruang perniagaan ini. Cth dia ada kelebihan untuk menyanyi tetapi apabila melihat kejayaan orang lain membuat lirik, dia juga terus mencuba membuat lirik, akan tetapi dia tidak minat untuk membuat lirik. Sedaya upaya dia ingin membuat lirik kerana dia beranggapan dengan membuat lirik dia akan berjaya seperti orang lain.

    Kenapa tidak dia terus menyanyi dan menggunakan nyanyiannya itu dan mengaplikasikan dengan cara yang betul? Disini kita boleh lihat dua perkara berbeza, ada positif dan juga negatif,

    Positif: Apabila anda cuba dan terus mencuba, dari sesuatu bidang yang anda tidak minat, seterusnya anda mencuba dan anda menggemarinya, hasilnya anda berjaya mengaplikasikannya.

    Negatif: Anda tidak berminat dan terus tidak berminat, anda memaksa diri anda supaya anda inginkan hasilnya sama seperti orang lain yang berjaya, hasilnya produktivi anda lemah dan rendah seterusnya anda gagal mengaplikasinya.

    Jangan terikut arus perdana hari ini, dan saya menyokong pendapat saudara zul, tidak perlu menjadi orang lain, kalau anda sendiri tidak ada karisma seperti itu, jika anda penjual burger, teruskan menjual burger. Akan tetapi landasannya tetap sama antara satu sama lain.

    Pemasaran, jualan dan keuntungan!

    Nah lihat hasilnya!

  13. Memang benar, kalau hendak memulakan perniagaan di internet, kita harus ada minat, jangan memaksa diri dan jangan kerana ikut-ikut orang sahaja.
    Sama macam menjadi ahli MLM, kalau kita jadi ahli disebabkan desakkan rakan atau setakat suka-suka kerana satu ofis sudah menjadi ahli, kita takkan berjaya.
    Setiap perniagaan memerlukan usaha yang gigih, kesabaran dan sikap tidak mudah berputus asa. Selagi kita tidak menganggap perniagaan internet kita dengan serius, kita tidak akan berjaya.
    So, jangan ceburi perniagaan di internet kerana semua rakan-rakan dah join dan saja-saja nak cuba.
    Ceburilah bidang ini kerana anda ikhlas hendak menambahkan pendapatan keluarga, mempunyai semangat ingin tahu, tekun dan gigih.
    Kita juga harus rajin belajar perkara yang baru.
    Tak kiralah apa kepakaran kita, kita takkan menjadi pakar di dalam semua perkara. Oleh itu kita harus terbuka hati untuk membaca buku dan menghadiri kursus, bagi menambahkan lagi pengetahuan kita tentang bidang perniagaan dan pemasaran internet.

  14. Hati akan gembira bila kita buat apa yg kita suka.. Kita cepat belajar dan berjaya kalau kita buat apa yg kita suka.. Buatlah apa yg anda suka. Jangan ikut orang…

  15. Panjang betul artikel ni…. betul jugak tu kita takleh janjikan sebarang pulangan kepada sesiapa… usaha terus berusaha… hidup smartusaha

  16. uikh..semua komen ni dr sifu dlm e-biz, so saya sbg newbie secara jujur aktiviti saya dlm IM ni hanya kawan yg rapat dan setia sahaja yg tahu. Bukan krn kedekut ilmu, tetapi mmg betul tanpa hasil kata2 mmg xbermakna pada org lain.

    Jangan Paksa Diri dan Jangan Memaksa | Teruja | Arus Perdana

    tiga keyword diatas ni mmg kadang2 mempengaruhi newbie, lebih2 lagi yg teruja dgn keuntungan dr sifu2 yg mereka dgr. Ada yg terburu-buru mengejar rakan2 e-biz yg lain tanpa mengukur baju dibdn sendiri. Tp sbg newbie sy tak sesuai utk memberi komen terhdp mereka yg dah teruja tu. Mungkin ada baik dan buruknya.

    Saya mungkin agak slow dlm dunia ni sbb perlu berhati2, dan byk perkara perlu dipelajari dari sifu2 diatas. Belajar dr sedikit kesilapan dan menganalisis itulah yg sy lakukan..tdk terlalu kedpn/terlalu kebelakang..sesuai dgn title sy sbg newbie..walaupun rasa mcm dah byk benda tahu..tp bila berbalik pada basic..hehehe..kena kuatkan lagi sbb nak stay lama dlm dunia ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *