Jangan Jatuh Cinta Pada Perniagaan Anda

Perniagaan hanyalah alat. Jika dispesifikkan lagi, ia adalah ‘hamba’ kepada kita. Namun untuk sedapkan keadaan, kita panggil saja mereka sahabat kita.

Namun hakikatnya, perniagaan tetap alat. Alat ini boleh bertukar ganti pemiliknya, musnah, ditamatkan dan sebagainya.

Dahulu, saya pernah menulis sebuah artikel bertajuk “cintailah perniagaan anda seperti anda menyintai kekasih (isteri)”. Dalam artikel itu, saya menyarankan agar menyintai perniagaan yang kita lakukan. Kita jaga ia elok-elok dan urus baik-baik. Artikel itu lebih kepada melakukan bisnes dan menjaganya dengan baik.

Pada artikel ini pula, saya lebih kepada maksud “jangan menyintai perniagaan sehingga kita lupa diri”. Hakikat sebenar kita melakukan perniagaan bukanlah kerana mahu kaya, ingin jadi terkenal, diangkat dan dipuja-puji. Sebaliknya, tujuan tahap tertinggi adalah kerana kita ingin menjadi manusia yang bernilai tinggi di sisinya.

Kita jadikan perniagaan sebagai alat untuk meraih rezeki yang halal, untuk hidup dengan baik di dunia ini dan menjadi hambaNya yang bersyukur. Ia tidak bermakna kita tidak perlu berumah besar, kereta berjenama dan tidak hidup senang. Berkereta yang selesa juga tanda syukur. Mempunyai pakaian yang baik-baik juga adalah tanda syukur dan menunjukkan luasnya nikmat Allah di dunia ini.

Gunakanlah perniagaan yang kita ‘miliki’ sebagai batu loncatan untuk kita menjadi manusia yang bukan sahaja menyenangkan diri kita, malah menyenangkan orang lain. Jika anda merasakan perniagaan yang sedang dilakukan adalah ‘alat’ yang berguna, jadikanlah ia boleh diwarisi. Salah satu caranya adalah dengan mendaftarkannya sebagai Sdn. Bhd.

Namun ada lagi cara lain yang lebih senang, iaitu dengan menyusun ilmu dan pengalaman kita sama ada ke dalam sebentuk penulisan dan dibukukan, ataupun mengadakan seminar, ceramah, majlis ilmu dan training agar wujudnya usahawan-usahawan yang bersyukur.

Akhir kata tulisan ini, “Jika tujuan perniagaan kita hanyalah duit, dunia dan harta, hanya itu yang kita dapat. Tetapi jika kita gunakan perniagaan untuk meraih pahala yang tidak henti-henti walaupun kita sudah tiada di dunia ini, ia adalah satu usaha yang amat berbaloi.”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Jangan Jatuh Cinta Pada Perniagaan Anda

  1. Assalamualaikum saudara zul,
    Saya sgt suka pada penulisan saudara tentang perniagaan. & Alhamdulillah byk ilmu perniagaan yg sy dapat dari penulisan saudara.
    Mungkin boleh saudara kembangkan lagi penulisan untuk perniagaan insuran,direct selling, Multi-Level Marketing dan yang seangkatan dengannya.
    sbb sy nampak cara penulisan saudara sangat berkesan, mudah difahami untuk setiap pembaca. Mungkin dari sini, lebih ramai lagi yang akan faham tentang perniagaan dan tidak mudah ditipu. Just opinion.
    Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *