Jangan Buang Masa

Jangan buang masa dengan:

1. Membazir berjam-jam sehari di Facebook tanpa sebarang matlamat.

2. Berlegar-legar tanpa tentu arah di forum komuniti, berdebat, mengumpat dan memfitnah di sana. Termasuklah membuka ‘thread’ perbincangan yang membuang masa tanpa sebarang objektif yang berpijak pada bumi nyata.

3. Mengkritik orang lain. Kritik dan muhasabah dahulu diri sendiri. Apabila kita betul, orang lain akan jadikan kita sebagai teladan dan contoh.

4. Bersaing dengan menjatuhkan orang lain. Berapa banyak masa untuk kerja jahat ini?

5. Kerap membuka emel tanpa arah tujuan. Mengikut kajian, emel adalah salah satu sebab kebanyakan manusia tidak produktif.

6. Dengkikan usaha orang lain. Tidak perlu membazir masa untuk ini. Mereka berjaya sebab mereka kuat berusaha tanpa mengenal putus-asa dan takut. Kalau mahu berjaya seperti mereka, kenalah tambah usaha.

7. Berdebat. Jalan terbaik adalah tidak pedulikan kritikan orang lain. Tidak perlu berdebat. Rasulullah SAW berkata, sesiapa yang meninggalkan debat walaupun dirinya betul, akan dijamin sebuah rumah di syurga kelak. Maksudnya, orang yang meninggalkan debat adalah orang yang mulia dan terbaik.

8. Bercakap kosong. Jadilah ‘usahawan tin berisi’ yang sedikit cakapnya, tetapi banyak hasilnya. Elakkan menjadi ‘usahawan tin kosong’ yang kuat bunyinya, tetapi tiada apa-apa di dalamnya.

9. Bermain-main dengan idea yang belum pasti. Siapkan dahulu kerja dan projek yang sedia ada. Fokus dan buat sampai siap. Idea lain, biarkan dahulu.

10. Buat cara pemasaran yang tidak efektif. Masa adalah amat berharga, jadi utamakan teknik yang terbukti berkesan.

11. Jangan buang masa dengan terlalu banyak membaca dan belajar. Perlu seimbangkan dengan tindakan juga. Membaca sahaja tidak cukup, tindakan perlu diambil agar ilmu itu bermanfaat.

12. Terlalu risau tentang hidup, pekerjaan dan usaha perniagaan. Tenangkanlah diri. Jika kita benar-benar beriman kepada ALLAH, kita tidak perlu gusar kerana kita yakin ALLAH Maha Adil dan Bijaksana di dalam menentukan yang terbaik buat kita. Tetapi kita juga perlu berusaha sebaik mungkin.

Mari kita mengisi masa dengan:

1. Fokus pada kerja kita sahaja. Kata orang putih, “stick to it”. Buat sampai siap, buat sampai dapat.

2. Menulis. Orang-orang soleh dahulu kala suka mengisi masa mereka dengan menulis. Bermanfaat untuk mereka dan bermanfaat untuk orang lain. Sebab itu orang dahulu banyak menulis buku (kitab) kerana mereka banyak mengisi masa dengan belajar dan menulis.

Orang zaman sekarang bagaimana pula? Shopping, wayang, lepak, sesi teh tarik (ngeteh), sesi mengumpat, borak kosong, Game, DVD/VCD, konsert hiburan dan macam-macam lagi.

3. Membaca dan belajar. Orang dahulu juga amat ‘gilakan’ buku. Hidup mereka sentiasa bersama dengan buku.

4. Bagi orang Islam, selain solat fardhu, ada juga amalan sunat seperti baca Quran, berzikir, solat sunat dan lain-lain lagi amalan khusus.

5. Mengajar (berkongsi ilmu). Kalau anda ada ilmu dan pengalaman, boleh buat ceramah, kelas atau kursus. Tidak perlu tunggu jadi otai atau pakar. Pastikan anda faham dan ilmu itu bermanfaat.

6. Mengisi masa bersama keluarga. Isteri, anak-anak, ibu bapa dan lain-lain. Termasuklah menziarahi sanak saudara jika asa masa terluang.

7. Bersenam atau beriadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

8. Menyertai atau menganjurkan program-program komuniti yang bermanfaat.

9. affiliate program dan dengan menjual ebook.

10. Dan banyak lagi bentuk pengisian berfaedah… Tentukan yang sesuai dan perlu untuk diri sendiri. Lain orang lain keadaan. Yang di atas hanya contoh sahaja. Pastikan tidak terlalu banyak. Buat senarai pendek dan fokus pada pengisian tersebut secara konsisten.

Orang soleh terdahulu amat menjaga masa mereka. Sampai satu tahap mereka amat tegas walaupun dengan rakan baik sendiri. Contohnya apabila datang seorang rakan, mereka terus bertanya, “Kamu ada urusan pentingkah?” Jawab rakan itu, “Tiada, saja datang mahu borak-borak.” Lantas orang alim itu terus berkata, “Maaf, aku tidak ada masa untuk itu.”

Kesimpulan

Untuk mengisi masa dengan baik, kita perlu ada pengisian yang spesifik. Kebanyakan orang mahu buat semua. Itu mahu buat, ini mahu buat, segalanya mahu buat. Hidup perlu ada matlamat dan kerja yang spesifik. Kerja dan tanggungjawab lain, serahkan pada orang lain.

Tamak yang bertempat itu boleh, tetapi dalam keadaan tertentu, sikap tamak itu akan memakan diri sendiri. Sesungguhnya sikap besederhana dan seimbang itu jua yang terbaik.

Contoh amalan yang spesifik untuk seharian:

  1. Membaca dan belajar.
  2. Menulis (buku, artikel…).
  3. Mengajar (ceramah, kursus, bengkel, personal coaching, seminar…).
  4. Amalan khusus (solat, baca Quran, berzikir, majlis ilmu Agama…).
  5. Fokus pada bidang usaha semasa sehingga berjaya. ‘Abaikan’ dahulu peluang lain.

Apa pun, setiap orang perlu tentukan sendiri perkara yang perlu mereka lakukan kerana lain orang lain keadaan, keperluan, masa yang ada, pekerjaan dan pelbagai faktor lain. Artikel ini hanyalah umum sahaja untuk mengetengahkan konsep asas pengisian dan pengurusan masa.

Isilah masa sebaik-baiknya kerana mati itu biasanya berlaku tanpa terduga.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Jangan Buang Masa

  1. Terima kasih Tuan atas info yg bermanafaat di pagi jumaat.

    FB jika digunakan dengan tujuan yang betul akan memberi impact yang berkesan baik urusan untuk dunia ataupun akhirat. InsyaAllah

  2. Tazkirah Jumaat dari blog Smartzul. πŸ™‚

    Saya bersetuju dengan intipati entri ini. Dalam masa yang sama saya doakan agar kita semua dipermudahkan perjalanan oleh-Nya.

    Untuk tidak membuang masa, nampak seperti senang tetapi membuang ‘habit’ ini mengambil masa. Apa yang penting ialah bagaimana kita menghargai setiap hari.

    Dalam buku ‘Laa Tahzan – Jangan Bersedih’ ada mengatakan… “Anggaplah hari ini adalah milikmu dan ia adalah hari terakhir”.

    Maka dengan secara tidak langsung, kita akan dapat memanfaatkan hari ini. Begitulah amalan sogeh (Amalan kekayaan).

    Sekadar berkongsi. Terima kasih. πŸ™‚

  3. tq bro zul,
    peringatan kepada yg lupe…seperti diketahui manusia maksudnye pun pelupa…jd sentiasa kena ingt mengingati

  4. terima kasih bang zul.

    apabila saya baca, macam satu nasihat plak.

    nasihat itu satu kebaikkan.

    online facebook berpada pada.

  5. Salam sejahtera Tuan SZ. πŸ˜‰

    Peringatan yang sangat baik untuk direnungi. Semua manusia mempunyai tempoh masa yang sama di dalam sehari iaitu 24 jam SAHAJA. Namun tidak semua yang mampu memanfaatkannya dengan betul.

    Semoga kita di antara mereka yang memanfaatkan masa 24 jamnya.

    Terima kasih Tuan SZ.

    Salam maju jaya.

  6. Sangat setuju dengan artikel hari ini. Kadang-kadang bila masa kita banyak terluang, kita tak tahu nak buat apa. Tapi bila ada banyak kerja, rasa macam tak cukup masa pula πŸ˜‰

  7. Pingback: ZOR CORNER » Blog Archive » PERNIAGAAN INTERNET
  8. Saya pernah mencabar diri, jangan buka emel dan facebook seharian. Saya dapati kerja saya lebih cepat siap malah saya ada lebih masa untuk berehat dan mengurus hal-hal lain berbanding jika saya online dan sekali-sekala cek emel atau membaca status di facebook.

    1. Betul tu Nurul. Saya amat setuju. Begitu juga saya. Baru-baru ini, saya mahu siapkan salah satu projek saya. Paksakan diri tidak membuka Facebook beberapa hari (sehingga projek siap). Memang boleh siap.

      Facebook adalah bersifat Viral di mana kita akan mula menyelongkar FB dari satu status ke satu status dan ke satu profile demi profile. Sehinggalah kita terbawa ke luar melayari website lain.

      Walaupun kita tidak boleh salahkan FB dan bergantung kepada perancangan kita, namun dengan tidak memasuki FB terus, kita telah mengurangkan bebanan otak. πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *