Jangan Berhenti Kerja!

Walaupun menjadi usahawan sepenuh masa itu amat menyeronokkan dan juga bebas, TAPI ia tidak semudah yang disangka. Perancangan dan strategi perlu disusun sebaik mungkin dan ia biasanya perlu mengambil masa.

Jika anda ada mengikut kursus Bengkel Berhijrah dari Makan Gaji oleh Tuan Shamsuddin Kadir (penulis buku, coach, trainer), beliau menyarankan anda berhenti kerja 11 bulan dari sekarang (selepas buat perancangan). Kalau nak tahu caranya, sertailah bengkel beliau.

Sebelum anda berhenti kerja, fikirkan masak-masak. Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan seumpama semudah memetik jari.

Banyak perkara yang perlu dianalisa dan dipersoalkan dahulu sebelum berhenti kerja (makan gaji). Antaranya:

1. Mampukah membayar hutang sedia ada dengan pendapatan dengan hasil perniagaan nanti?

2. Mampukah menyara keluarga?

3. Mampukah membayar kos-kos yang wajib seperti bil air, bil api, internet, duit rumah dan duit kereta?

4. Belanja harian makan dan minum.

5. Adakah anda mempunyai dana simpanan (rezab) untuk digunakan sewaktu kecemasan?

6. Ini yang paling penting: Sudah ada asas perniagaan? Sudah berjaya menjana pendapatan di internet? Jika tidak, maka jangan berhenti kerja lagi. Anda boleh buat bisnes internet secara part time dulu.

Bagi diri saya sendiri yang melakukan perniagaan internet sepenuh masa sejak hujung tahun 2005, sebenarnya saya terus terjun ke bidang ini tanpa sebarang persediaan rapi. Pernah poket kosong, makan tak menentu dan macam-macam cabaran lagi. Tapi sebab saya bujang dan tanggungjawab tak banyak, maka ia bukan masalah besar bagi saya.

Selain daripada memang passion saya berniaga di internet, menulis, travel, bercakap (talk, coach, training..), saya juga memang ‘rela berkorban apa saja’ untuk capai cita-cita saya. Maka lagilah saya tidak ada masalah besar dalam keusahawanan.

Saya juga jenis “keras kepala”, “degil” dan langsung tidak ambil kisah apa kritikan orang terhadap usaha perniagaan saya walaupun mereka berkali-kali mencadangkan saya kerja makan gaji. Dunia saya adalah dunia perniagaan.

Dan saya juga adalah jenis “kuat sabar” dan “tahan stress”. Dalam perniagaan banyak cabaran dan ada turun naiknya. Jadi ia memerlukan satu daya tahan yang tinggi. Soalnya, adakah anda memiliki ciri-ciri tersebut?

TAPI keadaan akan jadi berbeza jika anda tiada asas dalam berniaga, tak ada passion, tak ada keinginan untuk berkorban / tekad (determination) atau yang lebih teruk, anda tidak minat berniaga, tapi memaksa diri juga untuk berniaga sepenuh masa. Jangan “gantung diri sendiri”. πŸ™‚

Last but not least, saya tertarik dengan satu formula ini:

A successful business is created before there is a business – Robert Kiyosaki.

Ia bermaksud, sebelum anda melakukan bisnes secara sepenuh masa, anda sudah tahu apa yang perlu anda buat, apa yang perlu anda jual, apa pasaran anda dan siapa pelanggan anda.

Ingat, berhenti kerja BUKAN perkara yang remeh terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut akal yang bijak, selamat.

Salam kejayaan!

Rujukan tambahan:

1. http://www.mohdsuhaimy.com/2009/01/06/nak-berhenti-kerja/

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

22 thoughts on “Jangan Berhenti Kerja!

  1. Terima kasil Zul atas entri yang bagus ni. Moga ramai yang mula berfikir sebelum membuat keputusan secara terdesak.

    Apa pun, perancangan itu memang penting. πŸ™‚

  2. Salam saudara zul,
    Ini satu post entri yang menarik.
    Membuatkan ramai yang bercita-cita utk berhenti kerja dan memulakan perniagaan berfikir dua kali. πŸ™‚

    memang itulah sepatutnya yang mereka lakukan. sepatutnya kena ada rancangan. bukan main redah je. kang x pasal2 diri sendiri yang menyesal kelak.

    bagi semua usahawan yang telah berjaya. moga anda semua terus berada di peringkat kejayaan. Insyaallah πŸ˜€

  3. Mmg sy sgt2 bersetuju dengan Zul dalam post ni.

    Buku Before You Quit Your Job tu, mmg sy jadikan ‘buku teks’ sy untuk menjadi usahawan..InsyaAllah…kadang-kadang kalau rasa down sy akan bukak buku tu.

    Dan buat masa sekarang ni, sy sedangkan mengamalkan salah satu ilmu yg ada dalam buku itu iaitu ‘Why Work For Free?’ πŸ™‚

    So far so good..macam best buat benda ni.

    Yg paling penting anda mesti ada niat. Apa tujuan sebenarnya anda nk mulakan perniagaan ni. Nak buat duit yg banyak?? ohoh..
    Alasan tu macam tak berapa kuat sangat sebenarnya bagi sy.

    Sy amat sarankan sape-sape yg ada perancangan nk berhenti makan gaji & memulakan perniagaan yg sebenar, anda bacalah buku ni.

    Tak caye tanya Zul sendiri..heh

    1. Betul, duit bukan satu sebab yg munasabah untuk dijadikan sebagai matlamat.

      Buku tu memang bagus. Saya amat sarankan. Kalau boleh, baca semua buku Robert Kiyosaki.

      Sebenarnya, saya tak ada masalah kerja makan gaji, tapi saya perlu masa yang banyak dan bebas bergerak. Sebab tu saya tak kerja dengan orang, nanti kesuntukan masa nak buat bisnes.

      Apa pun, orang kata BINA TAPAK dulu.

  4. Mcm sdara shuth katakan yang mana sebelum nak berhenti
    perlu ada backup untuk 4, 5 bulan akak datang
    nmpak…bukan mudah
    tapi tak mustahil sebenarnya

    1. Kalau boleh ada backup untuk 12 bulan lagi bagus. πŸ˜€

      Dan jika boleh, perlu ada rezab juga. Rezab ni jangan usik langsung. Guna time kecemasan.

  5. Kena plan dulu sebelum berhenti dan buat apa yang patut. Saya sendiri pun planning dari tahun 2008 untuk bekerja 2 tahun lagi. Insyaallah mungin 2009 tahun terakhir bekerja makan gaji. Dah letih mengkayakan orang.

    1. Saya doakan Kak Rahimah berjaya mencapai impian tu. Saya amat menyokongnya!

      Bila dah berhenti kerja, jangan lupa bagitahu saya ya. Amat seronok jika semakin ramai yang jadi IM fulltime. Nanti kita boleh buat Kelab IM Sepenuh Masa. πŸ˜‰

  6. Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Blh berhenti kerja asal kita dah bina pasif income (mcm gaji jgk) yg tetap sekurang2nya kalau dlm perniagaan, kita ada pelanggan tetap setiap bulan yg menghasilkan pendapatan sekurang2nya tiga kali ganda drp gaji yg nak ditinggalkan (bukan dari pelanggan yg baru dicari)

  7. betul2… sy dh mengalaminya… bisnes baru nak start tp sy dah benti keje. akibatnya hidup saya x tentu hala jadinya.. tp Allah masih sygkan sy… akhirnya sy dpt keje semula dan sy cuba mulakan bisnes secara partime terlebih dahulu…

  8. betul tu dulu saya terfikir dan quit kerja dan buat biz sepenuh masa tp setelah berfikir biz tak stabil lg dan ada tanggungan saya tangguhkan dulu dan mahu buat perancangan dulu…kepada yang diluar sana sebenarnya ada pro dan kontra bekerja dahulu sambil berniaga…tapi sebenarnya ia mengurangkan risiko..biar kita ada pendapatan 10-20 kali ganda dari pendapatan asal supaya kita boleh simpan dalam tabung rezab atau kecemasan

  9. Salam!

    Setuju juga saya dengan post ini. Bagi seorang ketua keluarga terutamanya, berhenti kerja semata-mata untuk mencuba-cuba berniaga patut difikirkan banyak kali. Tidak bermakna untuk melemahkan semangat, cuma banyak yang harus dipertimbangkan, terutama jika keluarga sudah terbina dan disitu terdapat isteri dan anak-anak yang bergantung harap dan hidupnya pada anda.

    Berniaga itu mungkin boleh dimulakan secara sampingan (mesti pula bijak mengatur masa) dahulu dan bila sudah mantap dari segi-segi utamanya dan berpengalaman setimpal, barulah bijak membuat keputusan. Itu lebih baik dari terus berhenti kerja tanpa ada jaminan tentang perniagaan yang bakal diceburi.

    Salam.

  10. Bukan senang nak berhenti kerja kena ada perancangan dulu rupanya dan kena berkira-kira dulu hutang dan perbelanjaan setiap bulan baru boleh berhenti lepas tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *