Cerita benar: Menjana puluhan ribu ringgit tanpa grafik yang cantik

Ini cerita benar.

Saya terkesima dengan seorang rakan saya dalam usahanya menjual produk informasi dengan menggunakan kaedah laman web minisite. Walaupun laman web jualannya tidak secantik dan seprofesional seperti orang lain, namun produk beliau mendapat sambutan hebat.

Buktinya bukan jumlah pendapatan yang beliau tunjukkan, tetapi senarai testimoni pembeli yang begitu gembira menelaah produk informasinya yang benar-benar membantu.

Saya sendiri apabila membaca surat jualan website beliau, saya tidak terasa seperti beliau menjual walaupun memang beliau sedang menjual melalui laman web itu. Sebaliknya hati saya berasa beliau sedang ikhlas berkata-kata dan benar mahu membantu melalui panduan yang beliau hasilkan.

Apa yang dapat saya rumuskan bagaimana beliau menulis surat jualan (sales letter) adalah:

  1. Beliau menulis dalam bentuk bercerita dan berbual-bual, seperti sedang berada di hadapan pembelinya. Cara ini langsung tidak melihatkan beliau sebagai seorang jurujual yang penuh dengan ayat menyuruh produknya dibeli, tetapi seorang manusia yang benar-benar ingin membantu. Hati siapa yang tidak ‘cair’ apabila ada orang yang ikhlas mahu membantu sehingga pandai melakukan sesuatu yang belum pernah dikuasai/dimahiri.
  2. Meletak testimonial asli sama ada yang dihantar melalui emel, Facebook dan sebagainya oleh pembeli beliau.
  3. Mempermudahkan pembeli. Disebabkan produknya dalam bentuk video, maka beliau kirimkan ia dalam bentuk DVD/CD.
  4. Menunjukkan contoh sebahagian produk.
  5. Produk beliau memang berkualiti dan ‘lengkap’. Tanda dan bukti beliau benar-benar ikhlas mahu membantu.
  6. Beliau mempunyai pengikut tersendiri dengan menggunakan blog dot comnya sendiri.
  7. Laman web beliau tiada grafik yang cantik dan berkilau-kilau. Hanya sekadar grafik yang biasa-biasa sahaja yang dihasilkan sendiri.
  8. Beliau tidak aktif di Facebook. Ada akaun, tetapi tidak bersosial di sana.

Terkadang mungkin kita mudah tersasar….

Sebaik mungkin, kita melakukan perniagaan dengan dasar ikhlas mahu membantu orang lain. Soal untung, harga dan sebagainya, ia hanyalah kaedah. Sama ada produk itu berbayar ataupun tidak, pokok pangkal kejayaan yang sebenar adalah sejauh mana kita ikhlas.

Sebaliknya, apabila kita mula menjadikan wang sebagai matlamat awal dan akhir, kita akan mula melalui satu keadaan yang tidak menguntungkan seperti kita mula mengabaikan pelanggan, cepat melenting dan tidak mahu membantu pelanggan.

Apabila kita menjual sesuatu dengan ikhlas, pelanggan dapat merasainya dengan hati mereka. Rasa hati dikatakan tidak mampu dinafikan kerana hati manusia adalah begitu peka dengan getaran rasa yang kita pancarkan sama ada dengan penulisan dan kata-kata.

Andaikata kita telah tersasar dari landasan ikhlas, masih ada masa untuk kita perbaiki keadaan dengan syarat tidak terlalu lama berada di lorong kesilapan.

Ikhlas adalah salah satu faktor kejayaan seseorang usahawan. Ia mudah dilakukan, tetapi sukar untuk dikekalkan. Hanya mereka yang bersabar akan mempunyai keikhlasan yang tidak mudah goyah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Cerita benar: Menjana puluhan ribu ringgit tanpa grafik yang cantik

  1. Siapakah orangnya yang dimaksudkan itu? Mahu tahu juga. Benar apa yang dikata. Apa yang datang dari hati akan jatuh ke hati juga. Dan biasanya jika apa yang datang dari hati itu ada salahnya, salah itu begitu mudah dimaafkan dan mudah pula diperbetulkan.

    1. Terima kasih. Apa maksud tuan “kalau ikhlas tidak perlu beritahu”?

      Cerita benar di atas adalah daripada pemerhatian saya terhadap website-website jualan beliau, tanpa beliau sendiri yang menceritakan. Semasa membaca ayat-ayat dalam websitenya, saya tidak rasa seperti beliau sedang menjual, tapi seperti beliau sangat ikhlas membantu. 😀

    1. Sama-sama. Semoga bermanfaat. 🙂

      Pada tahun 2006, saya buat sendiri grafik untuk ebook saya. Tapi dapat juga 4 angka. Masa itu, jumlah subscribers saya sedikit sahaja, dan dibantu juga dengan blog + forum online.

      Yang penting adalah keikhlasan kita dan ketelusan dalam menyampaikan sesuatu. Elakkan Hype melampau.

  2. Saya pernah jumpa orang macamni…
    website blog dia simple(background putih jek) dan tak banyak iklan…
    ada akaun FB tapi tak aktif…
    tapi bila dia tulis blog, dalam sehari boleh sampai beratus-ratus komen walaupun kadang-kadang dalam sebulan satu entri je dia tulis…
    Memang betul…salah satu sebab, cara menulis dia lebih dekat dengan pembaca 🙂

  3. Kisah ini mungkin benar dan mungkin juga tidak. Ini juga sebagai salah satu teknik dalam perniagaan. Kita buat-buat cerita dulu agar orang suspen dan tertanya-tanya. Betul tak. Kemudian pembaca kecoh komen macam2 nak tahu.Jika betul penceritanya ikhlas apa ruginya lampirkan web berkenaan sbg prkongsian dan contoh yang disebutkan…He..he..sekadar pndangan.

    1. Cerita ini benar. Kalau ia tidak, saya hanya membazir masa sahaja menulis panjang-panjang. Masih banyak kerja lain yang perlu saya lakukan.

      Saya tidak lampirkan webnya atas sebab-sebab tertentu. Cukup sahaja ambil inti pelajaran, iaitu unsur ikhlas. Tidak perlu tahu siapa orangnya pun tidak mengapa. Orang-orang kita kebanyakan mahu lihat individu dan puaskan hati semata-mata, tapi tidak mahu praktikkan ilmu. Sebab itu saya tidak beritahu siapa orangnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *