Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Irfan Khairi Menerima Penghargaan Young Achievers Awards 2006

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Seperti biasa, seorang penulis blog biasanya akan memohon maaf.. hehe.. Kenapa? Sebab blog tak ter-update. Tapi tak mengapa, blog saya ni insyaAllah akan terus hidup untuk membantu anda semua..

Oklah, pada kali ini saya ingin menyampaikan satu berita kepada anda mengenai irfan khairi. Beliau telah menerima anugerah atau penghargaan Young Innovation Award daripada Oxford Association and Management, United Kingdom atas usahanya mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru malaysia dalam bidang internet dan kejayaan.

oximirfan khairi

Irfan bersama Fazley.. Kedua-dua kini telah bergelar Dr.

Pada tahun ini, terdapat tiga orang yang telah menerima penghargaan ini termasuk Irfan Khairi. Yang lain adalah:

1. Fazley (pelakon, penyanyi & pakar motivasi remaja): Young Achievement Award

2. Azmi Ibrahim (jaguh pecut Malaysia): Young Life Time Achievement Award

Irfan juga turut menerima honorary Certificate of Doctorate in Business Administration dari badan profesional berkenaan dan secara rasminya mendapat title Dr. :) Dr. Irfan Khairi, hehe.. Tapi merujuk kepada pihak Rahsia Internet dan Irfan Khairi Sdn Bhd, beliau akan terus menggunakan nama Irfan Khairi tanpa meletak gelaran Dr itu.. Lebih selesa katanya.. Apapun, tahniah kepada Dr. Irfan Khairi.. ;)

Komen saya:

1. Dengan pemberian anugerah atau penghargaan ini kepada Irfan, maka sedikit sebanyak ia akan membuka mata dunia bahawa Malaysia sudah bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik dalam industri perniagaan internet. Selama ini Malaysia dianggap sebagai top ten penipuan kad kredit, scam, spam dan lain-lain jenayah siber. Maka dengan adanya ‘permata’ internet marketer di Malaysia ini, moga industri ini akan kembali jernih dan meyakinkan pihak luar untuk membuka ruang yang telah ditutup selama ini.

2. Jika orang luar nampak akan adanya ‘permata’ di sini, persoalannya kenapa kita tidak nampak? Rata-rata daripada kita suka mencari kesalahan orang lain tanpa mahu melihat kepada kebaikan seseorang. Orang luar nampak akan kepakaran dan kejayaan orang-orang kita, sebaliknya kita tidak.. Inilah punca susahnya untuk kita meningkat maju.. Mungkin anda faham dengan ayat tersirat saya ini.

TAMBAHAN:

1. Industri perniagaan internet semakin rancak. Program-program wang semakin berkurangan! Kerana rakyat Malaysia semakin sedar dan insaf! Alhamdulillah.. Skim-skim seperti pelaburan berisiko tinggi telah jatuh merudum! Kini semua sedang sibuk berusaha untuk membina perniagaan internet.. Anda bila lagi? Pendayung sudah di tangan. Terserah kepada anda…

2. Dalam minggu ini dan minggu depan, anda akan mendapat dua buah tangan yang amat berguna untuk anda. Yang akan merancakkan lagi industri perniagaan internet! Nak tahu apa? Cepat-cepat daftar ‘newsletter blog’ saya ini untuk pengumuman mengenai buah tangan tersebut. Yang pasti, saya juga ada terlibat dengan projek tesebut.. Nak tahu apa? Tunggu…

Daftar ‘newsletter’ di sini:

http://blog.smartusaha.com/subscribe-blog-smartusaha

ikhlas,

mohd zulfadli a.k.a smartzul

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

17 Responses to “Irfan Khairi Menerima Penghargaan Young Achievers Awards 2006”

  1. Al-Hafiz says:

    Salam,
    Tahniah Irfan, tahniah Fadzly dan tahniah Smartzul,
    Moga kehadiran ‘permata yang hilang’ ini akan menyinarkan lagi bidang usahawan internet MELAYU.

  2. smartzul says:

    hehe.. Terselit gak tu nama saya.. ;) Sama-sama.. Saudara pun pakar IT gaks hafiz.. Moga berjaya dalam biz.. :)

  3. hasrul says:

    alhamdulillah. syukur ke hadrat kepada Allah s.w.t. yang telah memberi ilham kepadaku untuk menceburi bidang keusahawanan internet ini. terima kasih yang tidak terhingga kepada smartzul dan lain².

    Saya ada gak ajak member² yang terror pasal komputer ni untuk join. tapi ader gak yang tak minat.

    apa yang aku tulis nie…. tengah pening.. banyak kerja.. hahaha

    assalamu’alaikum.. mintak diri dulu

  4. Hafiz C3 says:

    Akum dan slamat sejahtera. Saya suke dgn ayat ni “Rata-rata daripada kita suka mencari kesalahan orang lain tanpa mahu melihat kepada kebaikan seseorang. Orang luar nampak akan kepakaran dan kejayaan orang-orang kita, sebaliknya kita tidak.. Inilah punca susahnya untuk kita meningkat maju”

    Saya nak ckp yg pesaing utk perniagaan Internet saya, persaingan mmg hebat kerana terlalu ramai yg boleh design ebook cover ni. Apa yg saya maksudkan, diorang bkn nak lawan satu sama yg lain but still tolong menolong. Nak tau kenapa, saya ade postkan something kat Warrior Forum tanya ttg pendapat diorang, and yg bagi pendapat tu adalah pesaing2 saya sendiri. Kl xcaye try tgk yg ni, and nick saya kat situ “bitol”

    http://www.warriorforum.com/FORUM/topic.asp?TOPIC_ID=87075

    Anda boleh nilai sendiri kenapa mereka maju and kenapa kita still camni. Great post smartzul!

  5. zamrin says:

    Askm dan Slm Sejahtera, Tahniah kepada 2 anak muda Malaysia yang berjaya mengharumkan nama. Segala ilmu dan tunjuk ajar mengenai perniagaan siber telah melahirkan Jutacash.Com.Apa yang menarik, pendapatan yang diterima sukar untuk dipercayai.Hidup Usahawan Siber.

  6. Shahrul says:

    yelah…. bagus la mereka tu, harap mereka menjayakan pula kita nie…. mana tau ada projek best ker…. bagi peluang kita labur modal dan dapat untung heheh :)

  7. kams says:

    Tahniah kepada Dr. Irfan & Dr. Fazly. Semoga dengan penghargaan yang diterima akan membuka mata masyarakat mengenai bidang2 yang diceburinya. Salam Usahawan.

  8. aina says:

    Tahniah diatas kejayaan Dr. Irfan dan Dr. Fazley. harap terus berjaya di masa akan datang. good luck.

  9. Azman says:

    Nak tambah sedikit sahaja.

    Saya ada terdengar Dr.Irfan menggunakan “Dr.” walaupun ianya honorary sahaja… dan ada yang pertikaikan. ni nak betulkan sedikit.

    Sebenarnya, Dr Irfan ada 2 anugerah “Dr”. Honorary pun ada, yang dia siapkan thesis dan dapat Doctorate in Business Administration pun ada daripada European business school.

    Jadi, penggunaan Dr dalam namanya adalah daripada thesisnya yang berkenaan dengan E-Commerce dan bukan yang honorary. Harap tiada yang keliru.

    ps: Seperti smartzul kata, pada mula Dr Irfan tidak menggunakan “Dr” sebab honarary. Lepas siap thesis, baru digunakan… itu pun selepas ramai orang panggil beliau Dr terlebih dahulu (seperti smartzul!)

  10. mypapit says:

    DBA dari European Business School, Cambridge ke? heheehehe

  11. abdfatah says:

    jutawan internet yang telah berjaya dengan perniagaan internetnya. maka jangan sekali2 bermimpi untuk cepat kaya yang berlipat kecuali dengan cara perniagaan internet yang sebenar.

    yang tipu2 peh main jauh-jauh laaa…

  12. abdfatah says:

    berapa banyak tahniah daaa kat sini. nanti nak mintak tahniah dari orang ramai pulak selepas ini. tapi kena usahalah dengan sungguh2… wahahhaaaa :mrgreen:

  13. Han says:

    memang tak terkiralah tahniah disini…hehe…
    nak minta tahniah dari orang abdfatah?
    kena berjaya dulu lah…

    nak dapat tahniah dari orang tak susah…
    buat je sesuatu yang baik…

    han

  14. abdfatah says:

    terfikir nanti dan suatu hari nanti akan dapat tahniah dari ramai orang. namun kalo tetiba aje dapat tahniah macam mana yer…? itulah dia teknik yang berkesan untuk menghargai seseorang samada rakan taulan ataupun sanak saudara ataupun costumer anda…

    tahniah kepada zul…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)