Interruption Marketing – Umpama Menjolok Sarang Lebah

Contoh pemasaran cara ini adalah seperti ‘telemarketing’, iaitu kita dihubungi oleh agen-agen produk tertentu melalui telefon. Sama juga apabila kita sedang menikmati makanan di kedai makan, kita disapa oleh jurujual yang menghampiri meja makan kita. Ini semua adalah contoh gangguan yang tidak menyelesakan.

Manakala di Internet, contoh pemasaran cara ini adalah dengan meletak komen berunsur promosi di ruangan komen pengguna FB lain, termasuklah memasukkan rakan-rakan Facebook ke group berunsur promosi tanpa keinginan mereka.

Interruption Marketing biasanya kurang berjaya, malah pada zaman sekarang ia semakin sukar dilakukan berikutan pengguna yang semakin bijak, serta peralihan mereka ke media sosial. Kaedah ini boleh dikatakan sebagai ‘bergantung pada nasib’, seperti kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Lawan kepada cara ini adalah PERMISSION MARKETING.

Berbeza dengan Interruption Marketing, Permission Marketing lebih kepada mendapatkan persetujuan dan keinginan bakal pembeli terlebih dahulu. Sama ada kita mencari mereka melalui cara yang menyelesakan mereka, ataupun mereka yang menghubungi kita. Kaedah ini lebih menumpu kepada ‘target market’ yang sesuai dengan produk yang kita jual.

Saya akan berusaha menulis buku bagaimana mendapatkan pelanggan tanpa perlu mencari mereka ‘walaupun kita tidak bernasib baik’. Dengan izin Allah.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Interruption Marketing – Umpama Menjolok Sarang Lebah

    1. Selain pengguna semakin bijak, salah satu tanda mengapa Interruption Marketing semakin sukar adalah wujudnya penghalangnya. Contoh:

      1. SPAM Email : Telah terhasilnya sistem Spam Filter dan diguna pakai secara meluas.

      2. Telemarketing: Adanya telefon atau software yang boleh sekat panggilan masuk untuk nombor yang ditetapkan. 🙂

    1. Hehehe.. Siang tadi saya disapa oleh seorang agen MLM yang saya tak pernah kenal secara tiba-tiba. Terus suruh saya join bawah dia. Amboi….! 😀

      Itu bukan Interrupt dah tu, itu dah double triple very interrupt! 😉

  1. Interruption marketing tak ubah seperti mencedok di air yang keruh. Untung sabut timbul, untukng batu tenggelam.

    Kadangkala, interruption marketing ini mungkin ada baiknya. Bilamana mereka mempromosikan sesuatu yang secara kebetulan dicari.

    Selain itu, ia hanya dipandang sebagai satu gangguan.

  2. setuju tuan 🙂 saya suka dihubungi bila saya mahu dihubungi. Namun, teknik ini akan terus wujud, kerana ia adalah salah satu teknik pemasaran / jualan yang ‘evergreen’.

    1. Terima kasih tuan. Saya juga bersetuju ia akan terus wujud. Kaedah ini bagi saya ada dua jalan: Jalan salah dan jalan betul. Jalan salah adalah seperti Spamming (masuk rumah orang tanpa izin). Jalan yang betul adalah seperti membuka booth di mana-mana tempat, di mana kita pasti perlu menyapa orang ramai yang lalu lalang di tempat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *