Ada Apa Dengan 2011?

Berikut adalah beberapa perkara yang saya jangkakan akan berlaku pada tahun 2011 dalam dunia Internet Marketing, terutama pasaran tempatan.

1. Affiliate Marketing: Perkembangan dunia pemasaran Affiliate semakin berkembang terutama pada suku tahun terakhir 2010 yang lepas. Kita dapat melihat orang-orang baru yang berkembang dengan lebih cepat berbanding sebelumnya. Jadi pada tahun 2011, perkembangan dijangka akan lebih hebat.

Pro: Produk-produk baru dan sedia ada dapat dipromosikan dengan lebih berkesan dengan kos yang minima. Joint Venture (JV) boleh dilakukan dengan lebih mudah dan dalam jumlah yang ramai.

Kontra: Akan lebih banyak produk yang mengajar cara melakukan program affiliate. Terlalu banyak pilihan untuk orang-orang baru.

2. Email Marketing: Sudah ramai Internet Marketer yang mula menggunakan email marketing sebagai salah satu teknik pemasaran perniagaan. Dijangka pada tahun 2011, ia akan digunakan dengan lebih efektif dan terancang berbanding sebelum ini yang digunakan secara “melulu”.

Pro: Peluang untuk JV lebih mudah untuk dilakukan.

Kontra: Lebih ramai yang menggunakan emel untuk promosi, maka hanya yang terbaik di mata penerima sahaja akan diterima. Kotak (Inbox) emel penerima akan penuh dengan promosi bertalu-talu dan ini merupakan satu cabaran untuk kita menjadi yang terbaik.

3. Facebook Marketing: Pemasaran sosial menggunakan Facebook semakin digilai ramai. Malah para Internet Marketer berebut-rebut mahu mengeluarkan produk informasi berkaitan cara pemasaran ini. Pada tahun 2010 sahaja, hampir atau lebih lima buah produk (panduan) yang dikeluarkan.

Dijangka pada tahun 2011 ini, FB Marketing akan semakin digilai dan dijadikan salah satu usaha pemasaran yang wajib dilakukan.

Pro: FB Marketing mudah dilakukan dan berkos rendah (malah percuma). Kaedah JV juga boleh dilakukan di FB.

Kontra: Dunia FB akan penuh dengan jual beli dan aktiviti sosial akan semakin berkurangan. Para Internet Marketer perlulah mendidik para usahawan dan peniaga melakukan pemasaran sosial yang betul di Facebook. Elakkan promosi hard sell keterlaluan yang berterusan.

4. Video Marketing: Video yang dimaksudkan bukan sahaja video yang dibuat menggunakan perisian iaitu seperti video ‘teaser’ pelancaran produk. Malah video rakaman peniaga itu sendiri juga sudah mula dilakukan oleh ramai usahawan.

Dijangka pada tahun 2011, akan lebih ramai usahawan internet mahupun offline akan menggunakan video sebagai salah satu kaedah promosi produk dan perkhidmatan mereka.

Pro: Lebih banyak video tempatan akan dihasilkan.

Kontra: Sampai satu tahap, video akan dianggap sebagai perkara biasa. Ketika itu, keberkesanannya mungkin boleh dipertikaikan.

5. Copywriting: Dijangka juga perkhidmatan copywriting akan terus mendapat sambutan. Jika sebelum ini khidmat design sudah diguna ramai, tidak seperti khidmat copywriting, masih ramai yang berkira-kira.

Maka dijangka pada tahun 2011, akan lebih ramai yang akan menggunakan perkhidmatan copywriter terutama dari Malaysia sendiri.

Pro: Bagus untuk copywriter dan bakal copywriter. Boleh ambil peluang ini yang masih terlalu fresh di pasaran tempatan. Banyak cabang yang boleh dimasuki sama ada salesletter, headline sahaja, ayat-ayat iklan dan sebagainya.

Kontra: Produk-produk yang sama. Laman web yang bagus surat jualannya (copywriting) akan lebih berupaya mendapat minat bakal pembeli. Maka yang ala kadar pula pasti akan ketinggalan jauh.

6. Pembangunan Web: Pasaran dunia web developing di Malaysia masih lagi segar bugar (fresh). Yang saya perhatikan sejak tahun lepas, bidang ini mula diterokai oleh mereka yang telah nampak peluang ini.

Bidang ini ada beberapa cabang seperti membangunkan web untuk individu dan perniagaan (secara tempahan), web aplikasi untuk usahawan (seperti MiniNiaga) dan juga web yang dibuka secara percuma kepada orang ramai (pendapatan utama melalui iklan).

Kepada mereka yang mempunyai kemahiran pengaturcaraan seperti PHP dan MySQL, boleh ambil peluang ini dengan mencipta pelbagai aplikasi yang boleh digunakan oleh para usahawan.

Pro: Amat bagus kepada peniaga dan usahawan (end user) kerana dapat melakukan bisnes dengan lebih terurus.

Kontra: -kurang pasti-

Kesimpulan

Mungkin ada beberapa perkara lagi yang saya terlepas pandang. Tetapi saya yakin beberapa perkara di atas akan lebih banyak berlaku pada tahun 2011. NAMUN….. Apa jua yang bakal berlaku, konsep asas perniagaan akan tetap sama iaitu:

  • Produk (yang ada permintaan)
  • Laman web (platform/cara jualan)
  • Promosi/Pemasaran
  • Pembeli

Jangkaan atau prediction hanyalah memudahkan kita merangka strategi sahaja. Contohnya Facebook, apabila kita telah tahu rakyat Malaysia semakin ‘menggilainya’, maka kita boleh merancang usaha pemasaran untuk produk dan perniagaan kita.

Kedua, lakukan sahaja apa yang kita mahu buat walaupun tidak termasuk dalam jangkaan yang bakal berlaku dengan lebih hebat. Yang penting adalah PROMOSI BERKESAN yang KONSISTEN.

Selamat maju jaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Ada Apa Dengan 2011?

  1. Saya jangka tahun akan lebih ramai yang berpeluang didedahkan dengan dunia perniagaan melalui internet dengan munculnya pelbagai produk berkaitan affiliate, mencipta info produk, pemasaran dan banyak lagi. Dan sudah pasti semakin merancankkan jualan produk di pasaran tempatan kita.

  2. pengamatan yang amat tajam dariapda seorang IM ternama. Saya masih stick dengan produk fizikal. Sentiasa melakukan inovasi untuk memastikan sentiasa ada permintaan…

  3. great.. baguuuuss.. hee.. wpn tumpuan pgila2 tenet adlh soft products, tp produk2 fizikal masih blh jd ‘ranking 1st’ bila cara:
    1) promosi
    2) penghantara produk
    3) kualiti/kehendak produk
    – bila cara2 ni memudahkn pmbeli..

    neway.. ssetengah pembeli tu, depa jenis takut nk beli on9, takut brg xsmpi,, so, bnda tu pn kn alert utk IM 🙂 maaf.. sy IM bru,, heee

    1. Bagi saya, pasaran tidak akan tepu. Cuma persaingan akan lebih meningkat. Siapa yang terus “up to date” dan sentiasa pro aktif sahaja akan terus berdiri teguh dan terus menjadi pilihan ramai.

  4. perancangan kena betul sebelum menghasilkan apa saja produk di samping merancang sistem pemasaran yang efektif.

    hasilnya ialah, KEJAYAAN!

  5. Salam bro Zul,
    Selamat tahun baru 2011 ye.
    Semoga tuan sihat sentiasa.
    Tahun baru ni saya akan memperbaiki mutu keewangan saya. Lebih banyak plan dan pelaksanaan akan dilakukan.
    Moga-moga berjaya

  6. tahun 2011 adalah sangat penting bagi autobizz.com.my.
    Ia baru baru dilaunch dan kena berusaha kuat untuk menjana lead dan pengambilan dealer kereta.
    Sesiapa minat jual kereta online, sila kunjungilah autobizz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *