Internet Marketer Makan Ikan Kecil?

Artikel ini diambil dari laman blog Tuan Shamsuddin Kadir, seorang penulis buku dan trainer. Saya baru sekali bersua dengan beliau semasa kursus usahawan pada Januari 2009 yang lepas.

Saranan saya, kalau nak belajar buat bisnes yang sebenar, belajarlah dengan beliau melalui kursus yang beliau anjurkan atau membaca buku-buku tulisannya.

—————

Artikel ini bagi menjawab banyak pertanyaan tetamu halaman www.ShamsuddinKadir.com berkenaan dengan emel-emel yang sentiasa memenuhi ruangan ‘inbox’ kita.

Ketika ini banyak emel-emel yang dihantar ke dalam peti box ‘inbox’ emel kita berkenaan dengan  jadi kaya, buat duit, duit senang, duit masuk dan banyak lagi yang bersumberkan internet marketing. Ramai juga individu yang memasukinya. Kenapa bisnes ini seolah tidak wujud sekitara 1990 – 1996? Kini 2009, bisnes jenis ini sudah ada di mana-mana, ada yang mendapat beribu-ribu emel jenis ini sehari. Banyak juga masa dihabiskan apabila kita ingin ‘delete’ emel jenis ini.

Sebahagian bisnes jenis ini di Malaysia dipelopori oleh individu yang tamat pengajian di peringkat universiti, sama ada masih ‘belum dapat kerja’ ataupun sudah bekerja tetapi dibebani dengan komitment ‘hutang’ ataupun gaji yang tidak pernah cukup.

Satu dari perkara kenapa bisnes ‘buat duit’ ini menjadi pilihan banyak individu, kerana modalnya teramat murah, hanya dengan kos membeli domain (.com) dan hosting (tempat di mana file dan website kita beroperasi).

Antara bisnes yang dilakukan oleh sebahagian Internet Marketer di Malaysia adalah bisnes yang mengambil duit dari individu-individu yang hidup makan gaji ataupun yang masih menggangur. Kerana individu yang makan gaji majoritinya hidup dalam keadaan terdesak, apabila menangung bebanan komitmen yang tinggi setiap bulan. Timbulnya persoalan untuk mendapat pendapatan kedua ataupun lain yang mudah.

Adakah bisnes jenis ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lumayan? Bisnes jenis ini perlu bertahan dan perlu bekerja dengan lebih keras kerana majoriti sumber bisnes adalah menyediakan keperluan individu yang sedang terdesak (duit tidak cukup).

Jika kita melayari dunia internet, hanya beberapa kali sahaja kita menjumpai website yang menjual barangan ataupun servis yang diperlukan seharian dalam kehidupan. Iaitu website yang menjual keperluan hidup dan bukannya keperluan membuat ‘duit’ ataupun  ‘jadi kaya’.

Apabila bisnes internet kita adalah ‘buat duit ataupun jadi kaya’ yang berasaskan bagi menarik individu yang sedang terdesak, kita hanya dapat bertahan untuk sementara waktu. Iaitu selagi mana belum timbulnya testimoni yang mengatakan ‘aku tidak jadi kaya pun selepas beratus-ratus ’skim’ yang ditawarkan oleh Internet Marketer’.

Kita juga boleh lihat dan kaji sendiri, siapakah antara Internet Marketer yang menjual “buat duit @ jadi kaya” yang berjaya melahirkan seorang individu yang berjaya jadi kaya?

Semoga lebih ramai Internet Marketer yang menyediakan keperluan sebenar rakyat Malaysia terutamanya dan dunia umumnya dilahirkan.

Sebagai individu yang celik ilmu, kita perlu berwaspada dari menyertai ataupun menghabiskan masa berkualiti dengan mengadap komputer berjam-jam sehari semata-mata untuk ditipu.

Semakin banyak individu yang tertekan dengan gaji yang tidak cukup, semakin banyak graduan yang tidak dapat kerja, maka semakin banyak ‘Internet Marketer’ di lahirkan di Malaysia.

Semoga Tuan dan Puan yang berminat berkecimpung menjadi Internet Marketer, pilihlah bidang bisnes yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan juga membantu meningkatkan ekonomi Malaysia.

Shamsuddin Kadir

Sumber: http://www.shamsuddinkadir.com

ps. Bersamalah kita menjaga nama baik industri Internet Marketing di Malaysia. Jangan jadi jerung! 😀

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Internet Marketer Makan Ikan Kecil?

  1. Pada saya tidak ada jalan mudah utk berjaya,tidak dinafikan,ramai yg mudah tertipu dgn berbagai skim buat duit di internet..jika keadaan ini berterusan,msa akn dtg boleh menjejaskn kredibiliti perniagaan online di Malaysia..

    Tentu ramai yg prnah dpt email sebegini :
    (labur RM50 sekali seumur hidup!…pulangan berganda-ganda!)…setakat hari ini,saya tak prnah dengar lg ade yg jadi kaya raya melalui skim macmni..sama-sama fikirkan.

  2. Saya amat tertarik dengan artikel saudara. Memang betul apa yg saudara dan saudara Shamsuddin katakan. Ramai yang tidak faham tentang perniagaan melalui internet ini sehingga ramai yang tenggelam dalam hal2 berkaitan Internet, dan bukannya PERNIAGAAN!

    Wang dijana melalui permainan Internet dan bukannya dijana dengan perniagaan MELALUI Internet. Internet hanyalah salah satu marketing channel perniagaan.

    Jadi, tiada aset yg dibina, tiada pengurusan pelanggan, tiada pengurusan kewangan dan tiada perkembangan syarikat.

    Jika tiada ini semua, ianya bukanlah perniagaan sebenar!

  3. Mengikut pengalaman saya menyertai seminar perniagaan internet, ramai peserta fokus kpd bagaimana hendak kaya, bukan pada perniagaan internet itu sendiri. Bila mereka sedar betapa banyaknya yang perlu dibuat, ada yang terus kelihatan ‘blur’ and berputus asa. Di sinilah saya lihat pentingnya peranan khidmat bantuan penganjur seminar.

    1. Sebab itulah pihak penganjur perlu berterus-terang dari awal lagi supaya peserta tidak memfokus kepada duit, tapi perlu fokus pada proses. Tapi selepas diingatkan peserta masih fikirkan duit saja, itu sudah salah peserta sendiri.

  4. Insya ALLAH, semoga produk berbayar saya yang ingin dihasilkan kelak tidak termasuk dalam kategori ‘makan orang’ ni. Padahnya menganiaya orang. Kalau boleh, nak lari dari niche cari wang ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *