Inspirasi Maya Enterprise, Genap 3 Tahun!

Mungkin pembaca semua dan juga pengikut setia saya tidak mengetahui nama perniagaan saya. Sebaliknya lebih mengenali nama saya dan juga nama domain blog ini iaitu SmartUsaha.com.

Nama perniagaan saya yang berdaftar adalah Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X). Nama domain perniagaan ini adalah www.InspirasiMaya.com.

Sijil Pendaftaran Perniagaan

Sijil Pendaftaran Perniagaan ('06)

Inspirasi Maya Enterprise didaftarkan pada 5 Disember 2006. Kiranya pada hari ini, 5 Dis 2009, genaplah 3 tahun perniagaan yang berdaftar ini. Walaupun berdaftar pada 5 Disember 2006, namun saya melakukan perniagaan internet dari tahun 2005 lagi.

Namun bagi saya, sesebuah perniagaan yang berusia di bawah 10 tahun, ia terlalu muda untuk dikira sebagai matang. Tiga tahun pertama hanyalah satu tempoh percubaan dan ujian. Jika lulus, maka kemungkinan besar perniagaan dapat diteruskan dengan lebih lama. Itu pun, masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dilalui…

Sebenarnya, saya tidak terlalu menggunakan nama perniagaan ini. Saya lebih menggunakan SmartUsaha.com untuk penjenamaan. SmartUsaha.com adalah salah satu ‘produk’ Inspirasi Maya Enterprise (IME). Dan di bawah SmartUsaha.com, lahirnya beberapa produk tertentu.

Saya lebih banyak menggunakan nama perniagaan itu untuk urusan-urusan rasmi sahaja seperti penyewaan ruang pejabat, urusan kurier, urusan dengan pihak bank dan lain-lain lagi. Itulah antara kelebihan jika kita mempunyai nama perniagaan yang berdaftar, lagi-lagi melakukan perniagaan secara sepenuh masa.

Fungsi IME setakat ini saya lebihkan kepada penerbitan produk-produk informasi. Ada lagi beberapa bidang yang lain, namun tidak begitu aktif. Sekarang ia lebih kepada penerbitan produk informasi dan juga rangkaian blog. Fungsi ini akan diteruskan seperti biasa dan untuk memudahkan pengurusan, saya mendaftar sebuah lagi perniagaan…

Perniagaan baru tersebut khas untuk penganjuran kursus, seminar, bengkel, latihan dan juga konsultasi. Saya akan umumkan kelak namanya selepas saya siap melakukan perancangan. Dengan wujudnya perniagaan kedua ini, pergerakan saya lebih terancang dan teratur.

Semoga tahun 2010 nanti dapat dimulakan dengan baik. Dan semoga Allah memudahkan langkah saya dan langkah para saudara-saudari semua agar dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Inspirasi Maya Enterprise, Genap 3 Tahun!

  1. Mengikut statistik, 90% daripada perniagaan-perniagaan baru yg dimulakan akan gagal pada tahun pertama. Pada tahun ketiga pula, 90% daripada 10% perniagaan yg survive sejak tahun pertama pula akan gagal.

    Syarikat Zul sy lihat tidak termasuk dalam statistik yg gagal malah masih bertahan dan terus berjaya (sebab nya Zul masih buat full-time IM). Sy pasti syarikat Zul akan terus berkembang dan lebih berjaya.

    Syabas Zul dan sy juga ingin jadikan syarikat Zul sebagai sumber motiviasi utk sy terus bergiat dalam bidang keusahawanan.

  2. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Zul kerana sudah genap 3 tahun dalam menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa.

    Teringat masa mula-mula saya daftarkan perniagaan internet dan akhirnya ia bertahan selama setahun sahaja. Namun, kegagalan itulah yang sentiasa dijadikan pengalaman yang berharga untuk meneruskan perjuangan sehingga hari ini.

    Kepada rakan-rakan lain yang dihormati sekalian. Membuat keputusan untuk membina sebuah perniagaan amatlah mudah, tetapi proses untuk mencapai kejayaan itu adalah sesuatu yang mencabar.

  3. zul, mungkin ko boleh cerita pengalaman semasa buat dan daftar perniagaan ni. Mesti ramai yang nak tahu step by stepnya..

    apapun.Tahniah.Dah 3 tahun. Bukan senang nak stay 3 tahun tu..

  4. Tahniah Zul. Bukan mudah melangkah sehingga tahun ketiga. Tempoh tiga tahun ibarat baru tahu bertatih. 5-10 pula barulah dikira mampu berjalan. Kompeni leh dianggap kukuh bila melebihi 10 tahun. Teruskan berusaha.

    1. Satu perkongsian yg sgt berinformatif & bermanfaat oleh Motivasi Kerja. Thanks. Akan sy jadikan ini sebagai benchmark.

  5. Tahniah kepada saudar Zul kerana masih fokus dan terus bertahan untuk satu tempoh yang cukup lama. Saya rasa sudah 3 tahun juga saya mengikuti perkembangan saudara. bermula dengan produk pakej kit blogger dan kuasa forum, semuanya saya miliki. Cepat betul masa berlalu.

  6. Tahniah buat en Zul dan Inspirasi Maya,

    Saya tak ingat sangat dah berapa lama saya ikuti perkembangan blog SmartUsaha ni, tapi rasanya dah lebih 2 tahun. Ada blog yang saya baca sekali je dan terus tak nak baca. Tapi blog ni semakin di baca, semakin nak baca lagi! Saya yakin kalau en Zul terus maintain kualiti post2 seperti yang dah ada ni, saya pasti Inspirasi Maya akan bertahan untuk tempoh lama lagi.

    Tahniah untuk en Zul

  7. Daya Glokal Enterprise pula adalah nama syarikat saya yang telah ditubuhkan pada tahun 2007. Baru lepas saya renew lesen perniagaan saya. (berapa kali reject hanya nak daftarkan nama syarikat.. huhuhu..)

    Bagi mereka yang pernah membuat bisnes mail order konvensional mungkin mengenali nama ini. Kini Daya Glokal Enterprise lebih menumpukan bidang penganjuran dan seminar.

    Seminar akan datang akan di adakan di UTHM pada 10hb Jan 2010. Semoga kita sama2 success! 🙂

      1. Undangan ceramah ke IPTA atau IPTS biasanya bergantung kepada usaha para pelajar atau pensyarah. Jarang penceramah masuk sendiri melainkan memang mereka tawarkan proposal untuk itu. Tapi biasanya kalau masuk sendiri, sambutan kurang sebab lumrah di alam IPT, kalau tidak kerana terpaksa atau wajib, mereka tidak akan hadir. 🙂

  8. Salam Smartzul.
    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah usaha saudara untuk terus kekal dalam arus perkembangan internet. Bagi saya ia bukanlah mudah untuk terus kekal dan berkembang. Banyak arus dugaan yang harus dilalui dan ditempuhi untuk terus maju. Secara ikhlas, blog yang pertama dan dibaca oleh saya adalah blog smartzul secara tidak sengaja dan saya masih membaca post-post di blog ini.
    Akhir kata, teruskan usaha saudara smartzul untuk terus maju. Syabas.

  9. Salam ..Zul,syabas & tahniah atas usaha anda utk terus ‘survive’ dlm dunia perniagaan.Tentunya apa yg dilakukan oleh sdr Zul akan menjadi inspirasi kpd rakan2 perniagaan yg lain,terutamanya bagi mrk yg baru berjinak2 dlm perniagaan internet khususnya.

    Kipidup & good luck

  10. Bagi saya jika hendak memilih nama syarikat adalah lebih elok pilih nama sendiri, jika tidak begitu sesuai pilihlah nama yang berkaitan dengan bisnes yang kita buat, atau pilihlah nama yang membawa maksud yang baik dan berinspirasi.Yang bagusnya yang mudah diingat dan disebut.

    Buat persediaan dengan menyenaraikan lebih dari 9 buah nama yang dipilih.

    Syarikat pemilikan tunggal tidaklah mahal dan renew tahunan untuk nama syarikat yang atas nama sendiri hanya RM30 manakala atas nama syarikat hanyalah RM60 sahaja… 🙂

  11. tahniah saudara zul. saya sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dan kejayaan saudara adalah inspirasi kepada saya untuk terus bergiat dalam bidang perniagaan.

    semoga terus maju jaya dan sukses saya doakan.:)

  12. Tahniah dan sybas pd SmartZul Semoga Inspirasi Maya Enterprise terus memberi inspirasi kepada bakal ushawan dan ushawan2 yg bergiat dalam perniagaan internet. Semoga Allah terus memberi rahmatNYA pd saudara utk menerusakan perjuangan murni di tahun 2010 dan seterusnya….Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *