Ini bukan berbisnes Internet

Seseorang itu tidak dikatakan berbisnes internet apabila:

1. Tidak jelas sepenuhnya apakah produk utama mereka yang perlu dijual dan dipromosikan sepanjang masa.

2. Tidak jelas dengan matlamat, visi dan misi perniagaan. Paling teruk, tiada langsung.

3. Berjam-jam lamanya berada di laman web sosial seperti Facebook, forum komuniti online, blog, Youtube, Twitter dan sebagainya tanpa melakukan apa-apa tindakan yang terancang dan memberi hasil untuk bisnes. Sebaliknya, mereka hanya ‘bermain-main’ sehingga tiba waktu tidur.

4. Hidup tidak terurus. Ibadat seperti solat, makan, minum, hubungan baik dengan pasangan, keluarga dan rakan-rakan tidak terurus dengan baik. Jika hal-hal itu gagal diurus dengan baik, apatah lagi sebuah perniagaan.

5. Tidak ada sistem dokumentasi formula, strategi dan tindakan. Setiap hari dilalui tanpa hala tuju dan rujukan yang tetap.

6. Tiada pelan perancangan sekurang-kurangnya untuk setahun.

7. Tiada kaedah yang diyakini berkesan. Sebaliknya hanya melakukan promosi sambil lewa, tidak merekodnya dan hanya menunggu hasil sahaja. Begitulah rutinnya sehingga bertahun-tahun.

8. Tidak ada jadual untuk memudahkan pengurusan hidup dan perniagaan.

9. Sentiasa mencari maklumat baru padahal sudah banyak diketahui. Mereka menunggu waktu yang sesuai untuk mula bertindak seperti apabila sudah cukup ilmu dan maklumat. Hakikatnya waktu itu tidak akan muncul.

10. Berkenalan dengan usahawan lain tanpa memikirkan apakah kerjasama yang boleh dilakukan untuk jangka masa pendek dan panjang.

11. Buat kerja separuh jalan dan kemudian buat perkara lain dan begitu juga hasilnya. Ia berlaku berulang-ulang kali.

12. Pendapatan turun naik dan tidak stabil. Bukan kerana pasaran atau ekonomi, tetapi kerana sikap malas berusaha dan hanya bertindak apabila terdesak.

13. Tidak fokus pada satu-satu usaha dan mahu buat ‘semua’ perkara atau cabang bisnes.

14. Tidak kenal diri sendiri terutama kelebihan dan kepakaran yang dimiliki.

15. Tidak jelas sumber pendapatan utama, sampingan dan pendapatan pasif perniagaan.

Seseorang itu hanya dikatakan seorang usahawan internet apabila dia mempunyai sekurang-kurangnya satu produk atau perkhidmatan yang boleh dipromosikan pada setiap masa secara konsisten. Dia juga ada perancangan, matlamat yang jelas dan pergerakan yang konsisten. Pendek kata, orang lain akan lihat dirinya mempunyai pekerjaan dan bukan seorang penganggur.

Tetap Ada Penawarnya…

Tidak dinafikan manusia itu lemah. Sifat bertangguh dan juga rasa takut untuk bertindak merupakan perkara yang dihadapi oleh kebanyakan manusia. Namun, kita diberi peluang dan pilihan untuk melakukan yang terbaik.

Berita baiknya… Jika anda melalui perkara di atas, usah gusar kerana ia boleh dihapuskan dan kejayaan boleh dicapai oleh anda seperti mana orang lain. ALLAH itu maha kaya. DIA akan bantu hambaNya yang tekad untuk berubah dan berjaya.

Berikut adalah saranan yang boleh diusahakan:

  1. Lakukan perkara yang terbalik bagi setiap perkara yang disenaraikan di atas. Contohnya jika sebelum ini tiada rancangan perniagaan, hasilkan ia. Tidak perlu lengkap dan sempurna, janji ia jelas. Rancangan perniagaan umpama sebuah peta.
  2. Lakukan solat taubat. Mungkin dosa-dosa di hati telah membuatkan kita rasa sukar untuk bergerak. Lakukan pada setiap malam terutama tatkala orang lain sudah tidur.
  3. Kerapkan bersedekah, keluarkan zakat dan infakkan harta ke jalan Agama.
  4. Meminta maaf kepada mereka yang pernah kita lakukan kesalahan. Orang yang paling utama untuk kita memohon maaf adalah ibu bapa kita sendiri.
  5. Memaafkan kesalahan orang lain dan tidak menyimpan rasa benci, marah dan dendam. Perasaan benci dan marah hanya membuatkan kita membazir tenaga dan ‘gelombang minda’ yang sepatutnya dialirkan kepada usaha perniagaan dan pembangunan hidup.
  6. Berhenti mencari ilmu baru. Gunakan dahulu ilmu yang telah diketahui dan apabila keadaan kembali stabil, sambung kembali belajar perkara baru. Belajarlah sedikit demi sedikit. Ini dikatakan sebagai pembelajaran sepanjang hayat.
  7. Luangkan masa untuk merancang kembali perniagaan dan aspek-aspek lain kehidupan seperti minda, emosi, agama (spiritual), fizikal, kewangan dan hubungan. Rancang apa yang perlu sahaja. Mengambil langkah meminimakan (simplify) perkara yang perlu dilakukan adalah cara terbaik untuk tidak tertekan (stress). Tanpa kertas rancangan perniagaan dan hidup, perjalanan di dunia sukar untuk dilalui dengan jelas.
  8. Perlu jelas MENGAPA kita berniaga. Untuk apa? Kerana apa?
  9. Masa untuk memulakan nafas baru, catatan baru dan hidup baru. Melangkahlah dengan usaha yang satu, fokus yang satu dan keyakinan yang padu. Kita perlu FOKUS!

Yang paling penting adalah tidak mudah berputus asa. Jiwa perlu kuat, hati perlu tekad.

Kita tidak akan berubah kepada yang baru jika kita hanya melakukan perkara yang sama pada setiap hari. Jika kita mahu berubah kepada keadaan baru, maka kita perlu ubah sikap kita kepada sikap yang baru juga. Ya, segalanya mengenai SIKAP (attitude).

ps. Panduan Asas Membina Blog Sendiri versi Resell Rights kini terbuka kepada 15 orang sahaja lagi. Peluang ini adalah terakhir selama-lamanya. Tidak akan dibuka lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Ikuti perkembangan saya di Facebook:

http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Ini bukan berbisnes Internet

  1. Ada 2 sebab utama kenapa kita gagal dalam perniagaan. Apa-apa jenis perniagaan pun. Pertamanya, tiada fokus dalam kerja. Bila kita fokus tapi masih gagal, mungkin disebabkan tuhan ‘menyekat’ rezeki kita kerana banyaknya dosa kita.
    Tulisan tuan ini telah ‘memukul’ minda dan hati saya. Betapa banyaknya yang perlu saya kerjakan.

  2. Perkongsian terbaik dari SmartZul. Pengisian masa amat penting dan kepentingan itu akan dinilai dari sudut keputusan yang diperoleh.

    Semoga semua dapat manfaatkan anugerah masa ini dengan sebaiknya. 🙂

  3. Salam,
    perkongsian ini harus di baca oleh semua usahawan. Rata-rata semuanya bersikap demikian kerana sukar untuk menjawab bila di tanya mengapa berniaga, apa matlamat, apa tujuan…

  4. Satu renungan buat aku..huhu

    ada perkara yang di tulis tu sama dengan situasi aku sekarang.insyallah aku akan laksanakan penawar yang di berikan itu.

    thanks bro Zul satu perkongsian yang menarik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *