Ini Blog Keusahawanan dan Perniagaan Internet :)

Apa khabar anda semua? Semoga sihatlah yer.. Dua tiga hari ni saya melihat perkembangan di internet di Malaysia seperti menurun sedikit, mungkin semua dah mula sibuk nak balik kampung dan beraya kot. hehe.. Apapun, pandu kereta hati-hati dan semoga selamat sampai.

Ok, kali ini saya ingin menyatakan bahawa, blog ini memfokus kepada keusahawanan dan perniagaan internet, dan sebab itulah jika anda perasan, saya amat jarang membincangkan perkara lain lain seperti adsense, affiliate dan cara-cara lain buat duit. Bukan tak akan disentuh langsung, tetapi akan ditulis juga sebagai perkara sampingan.

Mengapa bisnes? Kerana saya sudah katakan di tulisan yang lepas, bisnes sendiri lebih untung tinggi dan tahan lama, tak perlu bergantung harap kepada orang lain sepenuhnya. Walaupun begitu, saya tidak nafikan membuat duit melalui cara lain seperti adsense dan affiliate lebih ‘mudah’, tak perlu susah-susah fikirkan produk. Ya, semuanya ada pro dan kontra, bahkan saya sendiri melakukan benda-benda tu. 😉

Namun, saya ingin pastikan anda dan juga saya sendiri memiliki sekurang-kurangnya satu perniagaan internet sendiri, bukan hanya ‘menumpang’ produk orang lain sahaja. Kita perlu ada satu sumber pendapatan yang mantap, tidak boleh bergantung kepada program sampingan semata-mata.

Dan ingin saya nyatakan, saya tidak sesekali berminat untuk menyentuh mengenai perkara yang saya tidak minat seperti forex. Kenapa saya menyatakan hal ini? Kerana saya ada juga menerima emel yang meminta panduan daripada saya mengenai forex, padahal saya tidak buat pun benda ni.. hehe.. Lantas, saya tak balas pun emel mereka. Jadi, kalau anda orang tu yang hantar emel kat saya tanya pasal forex, saya minta maaf, forex bukan pilihan hati saya dan blog ini tidak akan menyentuh mengenai hal itu sama-sekali.. Maksudnya, saya tak akan ajar atau bagi tips mengenai ‘program-program’ sebegitu.. 😉

Akhir kata, jika anda masih keliru, tak tahu nak bermula ebiz, tak apa. Jangan risau, sebab ia perkara normal, begitu juga saya dulu dan begitu juga dengan mereka yang dah berjaya sekarang. Semuanya bermula dengan kekeliruan dan tak tahu.. Maka, gerakkan langkah anda perlahan-lahan dan penuh sabar. Kelak, insyaAllah anda akan dapat ‘rentak’ yang dicari.

Sekian dahulu daripada saya, jumpa lagi.

P/S: Mencari ruang iklan banner berpotensi? Keterangan lanjut, sila klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Ini Blog Keusahawanan dan Perniagaan Internet :)

  1. Yup.. btul tu.. sbb tu saya fokus kpd perniagaan internet 100%..

    Sbb dari situ tiada sbarang prcanggahan.. Jual produk atau perkhidmatan design dan dapat duit..

    Sbb tu la Perniagaan Internet & Program Jana Wang Internet lain maksudnya..
    Tlampau byk bezanya.. Bacalah blog zul ni & fahamkan la smuanya..

    PS: Err zul.. bila balik raya?

    1. em…
      faham betul2…
      ni blog perniagaan internet…
      hanya untuk orang yang berminat perniagaan sahaja…
      skim memang tak dialukan…hehe

      han

  2. Memang info ttg keusahawanan dan perniagaan internet yg sy cari di sini. Kalau ade sesapa nak info ttg forex dan sebagainya, bolehlah pergi kat blog lain… 😉

    1. blog forex pun okeh jugak. cuma kena buat rujukan yang berasingan laa kalo nak tahu perkembangan forex yang dikatakan potensi pendapatan juta-juta. begitu sekali penangan forex… saya pun tak berapa reti sangat pasal forex nih…

      apa yang pasti di sini takder maklumat berkenaan forex…

  3. Hmmm aku pun baru jek berjinak2 ngan dunia perniaagaan internet, well setakat nie byk ilmu keusahawanan internet aku perolehi dr weblog En.Zul kite nie … Gud job bro …. 😀

  4. Perdagangan Forex asing timbul karena adanya perdagangan barang-barang kebutuhan/komoditi

    negara yang bersifat internasional. Perdagangan (Eksport-Import) ini tentu memerlukan alat bayar yaitu

    WANG yang masing-masing negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeda satu sama lainnya sesuai

    dengan penawaran dan permintaan diantara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI

    MATA WANG antara negara.

    Perbandingan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat

    internasional dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan. Nilai mata uang

    suatu negara dengan negara lainnya ini berubah setiap saat sesuai volume permintaan dan

    penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Yang

    secara nyata hanyalah tukar-menukar mata wang yang berbeda nilai.

    HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI FOREX

    1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima

    * Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.( perpindahan akaun)
    * Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
    * Pembeli dan penjual mempunyai wewenang penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum

    (dewasa dan berpikiran sehat)

    2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli yaitu:

    * Suci barangnya (bukan najis)
    * Dapat dimanfaatkan
    * Dapat diserahterimakan(perpindahan akaun)
    * Jelas barang dan harganya
    * Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
    * Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.

  5. oh… di sini tiada dagangan forex. dan takkan ada perbincangan forex.. nampaknya kena cari tempat lain laa untuk bincang forex… mohon maaf banyak2 laa jika tidak ada forex di sini…

  6. blog ni memang blog utk perniagaan internet..
    dan bukan utk forex atau skim internet ye…

    utk pelawat yang datang mencari tip ebiz ada la…
    kalau nak benda lain takde ek…
    ingat tu..

    han

  7. oh… kalo begitu saya tersilap tempat rupanya nak mencari pelaburan cepat kaya. namun saya tetap beruntung lantaran dapat mengelakkan diri saya dari terjebak dengan skim yang entah apa-apa … lantas saya boleh membina perniagaan internet yang sebenar dengan penuh komitmen. lagipun saya taknak rugi ribu2 lantaran terpengaruh dengan cakap-cakap orang untuk mendapatkan duit sesegera mungkin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *