Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Industri Perniagaan Internet di Malaysia + Insaflah..

Rata-rata, begitu ramai yang semakin berminat untuk mendapatkan pendapatan melalui internet. Satu ketika dahulu, kita melihat begitu ramai yang melibatkan diri dengan pelaburan skim cepat kaya secara offline, namun satu demi satu jatuh dan runtuh. Itulah hakikat skim cepat kaya yang tidak berdiri di atas asas yang kukuh, di samping begitu mudah untuk dicari dan dipantau oleh pihak berkuasa. Ini menyebabkan mereka sukar bergerak bebas.

Namun kini, segalanya hampir berubah. Kebanyakan mereka yang mempunyai kemampuan IT atau tidak, kini menggunakan internet untuk menjalankan kegiatan yang tidak beretika, tidak bermoral dan hanya mementingkan dunia semata-mata. Maafkan saya jika terkasar, tetapi sampai bila ini akan beterusan? Mereka ‘bebas’, tidak dikenali dan sukar dikesan.. Skim pelaburan yang banyak berselindung di balik perkataan yang mengelirukan, umpama riba, tetapi dipanggil faedah. Bunyinya lain, tetapi hakikatnya sama.

Baiklah, apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah, perkembangan perniagaan internet di Malaysia pada ketika ini memang semakin meningkat. Namun, kebanyakannya adalah seperti yang saya nyatakan di atas… Skim pelaburan cepat kaya atau juga dikenali sebagai SKIM PONZI. Saya sudah ‘malas’ untuk mengetengahkan hal ini sebab amat susah untuk menyedarkan mereka yang ‘keras’ kepala dan tak mahu menerima nasihat. Pelbagai alasan yang diberikan.. Jika anda berdebat dengan mereka, anda pasti ‘kalah’. Percayalah, mereka adalah insan yang degil. Biarkan mereka.. Nanti, mereka akan tahu tinggi rendah langit..

Jadi, saya ingin mengajak pembaca semua meninggalkan mereka dahulu.. Biarlah mereka buat apa yang mereka ingin buat.. Kita sebagai umat Islam, bukan hanya patut memulau musuh-musuh Islam, bahkan kekadang kita ‘terpaksa’ memulau orang-orang kita sendiri untuk menyedarkan mereka. Walau pahit, tetapi ia adalah ubat.

Mari kita sama-sama membina perniagaan internet yang kukuh. Betul-betul ada produk dan berniaga. Bukan melabur-labur wang yang ada.. Lebih-lebih lagi ke dalam program yang entah apa yang dilaburkan.. Kita orang Islam, dan kita wajib mengikut garis-garis yang telah syari’at tetapkan di dalam melabur.. Sekali lagi, jangan melabur kepada program atau kepada syarikat yang tidak ada pokok pangkalnya, tidak ada kejelasan. Laburkanlah wang anda untuk membuka perniagaan internet yang sebenar. Gunakan wang anda untuk membeli hosting, domain, menghasilkan produk, masuk bengkel, seminar, kursus dan membeli buku rujukan. Ini lebih berilmu berbanding melakukan perkara lain yang sia-sia atau hanya mendapat duit semata-mata.

Kedua, jika anda telah sedar dan faham skim-skim pelaburan yang tidak berfaedah dan bermanfaat kepada kita umat Islam, hebahkan dan sebarkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain. Ingatlah, ia satu ibadat kerana ia menyelamatkan sebuah jiwa daripada melakukan sesuatu yang merugikan diri dan agama.

Ketiga, marilah menuntut ilmu dan juga mengkaji mengenai perniagaan internet. Begitu ramai yang mahu memulakan perniagaan internet. Ada yang bernasib baik, ada kawan yang benar-benar memahami perniagaan internet, lantas memberi panduan kepada yang nak memulakan. Tapi, kasihan kepada yang tak tahu apa-apa, berjumpa dengan ‘si singa’ yang kelaparan, mengajak melabur duit dan membuat program yang kosong dari sudut ilmunya dan faedahnya..

Ayuhlah para pembaca semua, saya amat berharap kita semua menjadi usahawan internet yang bukan hanya berjaya berniaga dengan baik dan berilmu, tetapi yang lebih penting adalah keredhaan Allah Yang Maha Esa. Tiada perkara lain yang lebih utama melainkan keredhaan Allah.

Saya mengingatkan diri sendiri dan juga sahabat semuslim semua…

Wassalam.

Facebook comments:

One Response to “Industri Perniagaan Internet di Malaysia + Insaflah..”

  1. lazi says:

    Tahniah , banyak yang saya pelajari dari blog anda ini. Ini baru betul Melayu Maju. teruskan usaha untuk memajukan bangsa.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)