Ilmu Vs Teknik: Bagaimana Mendapat Hasil Yang Banyak?

Mengapa dalam 100 orang, biasanya hanya seorang sahaja yang mendapat hasil yang banyak dan lebih?

Mengapa dua orang yang mempunyai produk dan laman web yang sama, tetapi hanya salah seorang sahaja yang berjaya?

Salah satu sebabnya adalah, orang yang berjaya melakukan sesuatu dengan betul dan dalam sedar. Mereka tidak melakukan sesuatu secara sembrono (tangkap muat) dan dengan ‘rasa-rasa’.

Contohnya, apabila kita ingin mempromosikan sesuatu produk melalui emel, kita tidak boleh sekadar menaip emel sesedap rasa hati kita sahaja. Sebaliknya, kita perlu menaip emel dengan penuh perancangan dan menggunakan teknik-teknik penulisan yang berkesan.

Daripada tajuk emel, kandungan emel dan ‘call to action’, semuanya perlu membuatkan pembaca tidak sabar-sabar mahu mendapatkan (membeli) produk itu. Ayat-ayat yang ditulis perlu membuatkan emosi pembaca ‘tercabar’.

Maka sebab itulah mengapa orang yang mendapat banyak hasil terus mendapatnya berulang-ulang kali kerana mereka menggunakan formula dan teknik yang terbukti berkesan, berbanding orang lain yang masih mencuba.

Ilmu Vs Teknik

Ilmu tidak menjamin seseorang itu berjaya dalam sesuatu kempen promosi. Sesiapa sahaja boleh membaca 1000 buah buku atau ebook, namun tidak semestinya semua orang mampu mendapat hasil yang baik.

Di sinilah terletaknya ‘rahsia’ kejayaan kebanyakan orang iaitu teknik yang terbukti berkesan. Ia bermaksud, apakah perkataan-perkataan yang membuatkan pembaca tidak sabar untuk membeli, apakah bentuk ayat yang membuatkan emosi pembaca teruja untuk membuat bayaran dan sebagainya.

Kita perlu tahu semua itu…. Dan, itu semua hanya boleh diketahui daripada mereka yang telah tahu apakah bentuk ayat atau teknik yang telah terbukti, di mana mereka bukan guna hanya sekali, tetapi berkali-kali.

Swipe File

Salah satu cara untuk belajar teknik yang berkesan (formula) adalah dengan melihat ayat-ayat dan bentuk kempen promosi yang dilakukan oleh mana-mana usahawan. Namun tidak cukup dengan hanya melihat, kita perlu mendengar penjelasan mereka mengenai formula yang mereka gunakan itu.

Swipe File adalah koleksi ayat-ayat yang digunakan sama ada untuk promosi melalui emel, blog, artikel, Facebook dan sebagainya. Ia boleh didapatkan secara percuma, namun yang terbaik adalah kita mendapatkannya beserta dengan penjelasan lanjut oleh pemiliknya.

Saudara Rahman Basri telah membuka peluang untuk sesiapa sahaja yang mahu memiliki senjata rahsianya di mana beliau menawarkan Pakej Swipe Copy. Di dalam pakej ini, beliau memberikan ayat-ayat atau template yang telah beliau gunakan. Hanya perlu fahami bentuknya dan sesuaikan dengan kempen promosi kita. Tidak perlu lagi kita menciptanya sendiri.

Ilmu Vs Teknik: Dua perkara berbeza

Ilmu boleh menjadikan seseorang itu manusia yang baik, tetapi Teknik akan membantu seseorang itu meraih hasil yang lebih baik. Memiliki kedua-duanya akan menjadikan kita seorang usahawan yang berjaya.

Pakej Swipe Copy

Klik di sini untuk mendapatkan pakej ini

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Ilmu Vs Teknik: Bagaimana Mendapat Hasil Yang Banyak?

  1. Perkongsiam artikel yang sangat menarik. Sbb tu ramai yang beli ratusan ebook, tapi masih lagi tak sampai ke tahap yang diinginkan (next level).

    1. Perumpamaan terhadap artikel ini adalah seperti solat. Ramai orang tahu solat, tetapi tidak semua merasa khusyuk. Untuk khusyuk, ada teknik-teknik dan kaedahnya. Begitu juga dalam perniagaan, secara teori kita banyak tahu, tetapi apabila sampai kepada praktikal, kita gagal.

  2. Kata kunci yang dapat buat ialah
    1) tidak melakukan sesuatu secara sembrono (tangkap muat) dan dengan ‘rasa-rasa’.
    2) perlu membuatkan pembaca tidak sabar-sabar, emosi pembaca ‘tercabar’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *